Sunday, August 20, 2017

Isu Memali kenapa Tuan Ibrahim beriya cadangkan tubuh RIC?

STOP PRESS

Kalau dilihat secara literal cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man agar ditubuhkan siasatan di raja (RCI) untuk siasat tragedi Memali wajar untuk menghuraikan sesuatu yang kabur dan belum tuntas di kepala rakyat. RCI itu bagai mana pun tidak menjamin isu seperti Memali itu tidak akan timbul dan terus dijadikan modal politik golongan terdesak selagi ada politik ala Malaysia.

Tetapi dari sudut lain ia boleh diterjemahkan dan membawa berbagai erti lain di sebalik cadangan pemangku presiden Pas itu. Kita tahu RCI akan mendedahkan apa-apa yang tersembunyi dan menjadi misteri selama ini. Walaupun matlamat agar ditubuhkan RCI itu untuk mengenakan Dr Mahathir Mohamad yang dianggap terlibat  dengan tragedi itu ia memberi beberapa implikasi politik kepada pihak lain juga.

Kalau RCI ditubuhkan siasatannya bukan sahaja di sekitar diri Dr Mahathir Mohamad yang menjadi PM ketika itu, tetapi ia juga bersabit dengan Musa Hitam yang menjadi Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis negara. Musa bertanggungjawab terhadap polis. Tragedi yang meragut 14 nyawa dan dua nyawa anggota polis itu membabitkan pasukan PDRM.

Sudah pasti RCI itu akan melumatkan hal kejadian itu. Persoalan mengenai Dr Mahathir berkaitan isu Memali ialah sama ada ketika kejadian itu beliau berada di Malaysia atau di China? Ini timbul apabila Musa Hitam dalam satu forum di Kota Bharu, menjelaskan Dr Mahathir berada dalam negara ketika itu. Jawaban dan pendedahan Musa itu sebagai menebus dosanya yang dibabitkan dengan peristiwa berdarah itu kesekian lama sehingga memberi kesan jiwa besar kepadanya.

Musa tidak menjelaskan apakah Dr Mahathir terlibat dengan targedi itu dengan mengarahkannya agar minta Polis bertindak? Bukankah polis tertakluk langsung dibawah arahan Menteri Dalam Negeri?

Sebenarnya pembabitan atau tanggungjawab Dr Mahathir mungkin separuh sahaja, manakala separuh lagi tertanggung atas Musa Hitam juga. Tidak mengapa, bila ditubuh siasatan di Raja (RCI) nanti kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Siasatan jujur tidak bermotifkan politik akan mendedahkan kebenaran yang haq.

Bila ditubuhkan RCI perkara lain yang juga akan turut sama disiasat dan digali ini termasuklah "Amanat Haji Hadi" yang dikatakan menjadi perangsang kepada berlakunya sikap keras dan agresif Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dan pengikutnya itu. Semasa pembentangan Kertas Putih di parlimen Amanat Haji Hadi ada disebut sebagai salah satu penyebabanya. Amanat itu mempengaruhi Ibrahim Libya mempercaya tindakannya syahid. Bermakna presiden Pas itu juga tidak boleh melarikan diri dari ikut sama dipanggil dalam siasatan itu nanti.

Jadi apakah apabila Tuan Ibrahim beriya-iya mencadangkan RCI ditubuhkan bermakna beliau mahu sucikan Pas dengan kejadian itu yang mana secara tidak langsung membabitkn Hadi Hadi dan Ibrahim Libya. Ibrahim Libya adalah ahli Pas. Atau apakah Tuan Ibrahim ada agenda lain maka beliau melihat tragedi Memali lebih penting dari skandal 1MDB. Benar juga apabila Mohamad Sabu mempersoalkan sepatut desakan agar ditubuhkan RCI mengenai 1MDB bukan Memali.

Lantaran itu tindakan Tuan Ibrahim mengemukakan cadangan itu mungkin mempunyai motif politik. Mungkin beliau juga tidak berpuas hati dengan sikap membisu Abdul Hadi mengenai tragedi Memali itu. Mungkinkah begitu? Benar kata Husam Musa bahawa Abdul Hadi juga perlu bertanggungjawab terhadap tragedi itu kerana Amanatnya dikaitkan sama.

Kata Husam sehingga kini Abdul Hadi tidak menjelaskan sejauh mana Amanatnya itu mempengaruhi Ibrahim Libya dan pengikutnya. Sikap Abdul Hadi itu menyebabkan orang tidak akan percaya kepada apa-apa Amanatnya selepas ini.

Bagi saya isu Memali akan selesai tanpa ada RCI dan ia tidak perlu membuang banyak wang rakyat, kalau Dr Mahathir Mohamad dan Haji Hadi sedia tampil bersama untuk membuat penjelasan atau pengakuan bersama. Kerana kedua mereka dilihat mempunyai tanggungjawab dan akses langsung kepada tragedi malang yang sudah berlalu hampir 30 tahun lalu. Walahu'alam. [8:48 pm 20/08/17]

11 comments:

giorgio said...

terimakasih atas pencerahan...

Anon said...

Benar sekali Amanat HH adalah penyebab dlm konteks sekarang seperti Amanat ISIS yg menggalakan keganasan dimerata dunia.

Ironisnya, secara politik hari ini HH bersama2 UMNO dgn takwun dan matang bermakna secara automatik HH telah menolak Amanat sendiri.

Bukan roket sains untuk kita mengandaikan HH mesti bertanggungjawab kematian sia ahli2 PAS out memperjuangkan Amanat itu.

aminsihat said...

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan telah mengalu-alukan kesediaan kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja (RCI) bagi mengkaji tragedi Memali.

Bagaimanapun, beliau turut meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berkaitan skandal 1MDB.

Menurut Tuan Ibrahim, RCI bagi kedua-dua kes tersebut perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan rapi dilakukan dan memberi keadilan kepada semua pihak.

Tapi ada pengulas politik yang bermata rabun mengatakan PAS tak mengambil berat mengenai 1MDB dan bersekongkol dengan Najib mengenai 1MDB.

Unknown said...

Amanat haji hadi petaka utama peristiwa memali. Tak payah tuan berahim beria sangat. Kena atas btg hidung sendiri.

Unknown said...

Cara mudah untuk titm kenakan haji hadi..rci akn memaksa haji hadi bersuara n bertanggubgjawab terhadap amanat songsangnya

ZAIYU said...

Nanti hasil RCI mendapati berlaku tragedi berpunca dari sikap PAS lebai2 Pas pasti tak akan terima.
Itu dh memang feel mereka. Yang benar , suci dan bersih hanya lah dari kerongkong mereka saja .
Sekain darinya tak boleh di pakai dan tak boleh di percayai.

Drkecik said...

PAS dibawah Hj Hadi sekarang sama spt UMNO. Dibawah Najib. Tiada keikhlasan dalam tindakan semua menjurus kpd nafsu nafsi semata2. Nasihat rakyat kpd mereka TAKUTI ALLAH KERANA KPDNYA LAH KAMU AKAN KEMBALI.

Unknown said...

Saya cadang hj hadi buat open dialog mcm tun m buat. Semua boleh tanya semua soalan. Hj boleh jelaskan isu memali ni ....

Unknown said...

Betul juga penulisan mso ini,kenapa nak buang duit rakyat sedangkan kertas putih memali sudahpun dikeluarkan pada tahun 1986.Kenapa TITM tak mengesurkan RCI 1MDB?sedangkan ianya issue berat semasa.Rakyat terbebban dgn GST.

Dgn mengesurkan rci memali,mungkin ada udang di sebalik mee,kill 2 bids with 1 bullet.

SCE said...

Amanat Haji Hadi pencetus Peristiwa Memali. RCI perlu memanggil Haji Hadi sebagai saksi yg pertama.

Unknown said...

Salam wth.. kalau kita ingat lagi apa YB Ust. Azizan Razak kata dulu : Tindakan ganas Ibrahim Libya dengan puak-puaknya bukan kerana mereka mewakili pas cuma kebetulan mereka itu ahli pas.
Yang lobai2 pas dok galak nak RCi pehal yer...? Pengganas tu penyokong ayatollah syiah... geng Nahjul Balaghah bekali..