Sunday, July 31, 2016

Husam akan umum sertai Amanah?

BERITA SABTU

Teka teki parti mana yang menjadi pilihan bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa (foto) sebagai wadah penyambungan perjuangannya akan terjawab tidak lama lagi. Husam membayangkan beliau akan mengumumkan parti yang akan disertai itu dalam masa terdekat.

Katanya mungkin orang ramai sudah dapat mengagak parti mana yang akan disertainya. Sebelum ini Adun Salor itu memberi tempoh enam bulan untuk beliau meneliti dan mendapat pandangan orang ramai sebelum beliau membuat pilihan menyertai wadah baharu penerus perjuangan membela rakyat.

Friday, July 29, 2016

Pintu Ajal Belum Terbuka (3)

3. MATI TIADA TARIKH

SEJAK kita mula mengenali hidup dan mengetahui perjalanan sebuah kehidupan akan berakhir dengan sebuah kematian, kita dihadapkan dengan pelbagai cerita dan kisah mengenai kematian. Semua cerita-cerita kematian dianggap tragedi itu menakutkan. Sebenarnya kematian bukan sebuah tragedi tetapi ia adalah perjalanan biasa pola yang diharungi manusia.

Kulinafsin za-ikatimaut, (  كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ )  - Tiap-tiap yang bernyawa itu pasti (wajib) akan mati. Lanjutan dari surat An Anbya ayat 35 itu berbunyi; Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Dalam surah Jumaat ayat 8 pula Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya kematian yang kau lari daripadanya, sesungguhnya ia tetap akan menemuimu." Maksudnya bahawa kematian itu sesuatu yang sahih.

Thursday, July 28, 2016

Kempen rebut jawatan dalam Umno bermula

SENYUM MALAM

Ramai orang bingung dan rasa pelik malahan menganggap tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap bekas Gebenur Bank Negara, Zetti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Ghani Petail dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ((SPRM) Abu Kassim Mohamad sebagai bersifat serampang dua mata.

Khairul Azwan Harun
Khairy Jamaluddin.
Laporan polis itu dibuat Khairul Azwan kononnya mereka bertiga berpakat untuk menjatuhkan PM Najib Razak dengan mendakwa memendedahkan maklumat palsu berhubung skandal 1MDB dan dibocorkan kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ). Kebetulan mereka bertiga ini juga individu berjawatan yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, dana RM2.6 billion dan kes-kes lain.

Kenapa orang ramai pening dengan tindakan Khairul Azwan itu kerana ia mengaitkan penjawat awam, atau mereka yang dilihat tidak ada kepentingan politik sepanjang mereka menjalankan tugas dan melaksanakan tanggungjawab. Gara-gara itu maka ianya dilihat tindakan Khairul Azwan itu sebagai anih dan pelik. Manakala bagi pegawai kerajaan pula menyifatkan ia perbauatan biadap.

Tuesday, July 26, 2016

Pilihan raya negeri Pulau Pinang tidak perlu

ULASAN

Saya diminta memberi ulasan dan pandangan hasrat pimpinan DAP Pulau Pinang yang ingin mengadakan pilihan raya negeri (Pirane) di negeri itu. Sebenarnya saya tidak memahmi kenapa suatu pilihan raya Pirena perlu diadakan. Apa masalah dan hambatannya? Apakah kerajaan Pulau Pinang kini sudah hilang suara atau majoriti dalam DUN?

Saya pernah melontarkan pandangan kecil, kalau Pirane itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada kerajaan (Najib Razak) sebagai tebusan agar membebaskan Lim Guan Eng daripada tindakan mahkamah yang berlaku sekarang ini, ia adalah strategi yang sia-sia.

Pirane itu itu tidak akan memberi bekas apa-apa kepada Lim Guan Eng (foto) dan DAP kalau itulah maksudnya. Melihat kepada keseriusan kerajaan (baca Najib Razak dan Umno Pulau Pinang) menerusi SPRM mengheret Guan Eng ke mahkamah menunjukkan mereka nekad untuk "menyendor" - memenjarakan Ketua Menteri itu. Singa muda DAP itu perlu direhatkan dalam kandang besi.

Monday, July 25, 2016

Kenapa Fatah kemuka injuksi terhadap Gelari Tani Sdn Bhd?

CERITA KELANTAN

Ramai orang terkejut apabila membaca berita Yang di Pertua Pas Kawasan Rantau Panjang Abdul Fatah Haron telah mengemukakan injuksi ke atas syarikat Gelari Tani Sdn Bhd (356554-U) di mahkamah Tinggi Kota Bharu 13 Julai lepas.

Berita itu dilaporkan oleh media massa bersumberkan daripada Husam Musa. Husam ketika itu berarada di mahkamah sama kerana menjadi saksi dalam satu kes saman terhadap kerajaan Kelantan. Beliau menulis secara tidak langsung berhubung beberapa kes yang berjalan ketika itu.

Friday, July 22, 2016

Kisah orang Pas berebut tanah?

PERHATIAN

Dua tiga hari lepas kita dikejutkan dengan satu kes mahkamah di Kota Bharu Kelantan membabitkan pemimpin tertinggi Pas, seorang Yang diPertua Kawasan, seorang bekas Bendahari Pas dan seorang lagi bekas Setiausaha Agung Pas Malaysia berserta dengan lebih setengah sedozen anak-anak bekas seorang Adun Pas Kelantan.

Fakta kes: Yang diPertua Pas berkenaan telah mengemukakan satu petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Bharu berkaitan sebidang tanah yang sedang dalam proses dimajukan untuk pembinaan rumah untuk rakyat. Apa menjadi perhatian kenapa soal tanah dan projek itu sampai ke Mahkamah? Apakah yang tidak kena dan rahsia di sebalik kasus itu? Apakah ia seperti kes "gemulah" kambing Japnapari sehingga ke mahkamah?

Sepatutnya proses pembangunan untuk rakyat seperti pembinaan rumah mampu milik dan sebagainya tidak terganggu sehingga terpaksa mendapat penyelesaian di mahkamah. Tentu ada sesuatu yang tidak kena dan ia menjadi misteri kepada umum. Malang lagi ia membabitkan orang parti agama yang selama ini dianggap ikhlas, jujur dan mencari keredhaan Allah dalam perjuangan demi rakyat.

Saya sedang mengumpul maklumat akan membawa kisah pertelingkahan berkenaan dalam blog ini. Tunggu jangan tidak tunggu. Wassalam Mso. [wm.kl.6:01 pm 22/07/16]


Pintu Ajal Belum Terbuka (2)

2. TAHU SAKIT

JIKA kita seorang "pencerap" yang baik kepada keadaan diri kita, baik dari dalam atau dari luar, kita akan tahu setiap perubahan yang berlaku ke atas diri kita. Kita akan maklum apa-apa perubahan yang kita alami.

Mustahil kita tidak tahu tentang apa-apa berlaku ke atas diri kita. Sebab semua perkembangan; rasa, perasaan, naluri dan sebagainya kita dapat mengalaminya. Setiap anggota yang menjadi komponen kita ada fungsi dan peranan tersendiri yang sangat unik. Kita seharusnya menyedari evolusi diri.

Kulit kita pedih bila tersentuh sesuatu yang keras, mata berpinar kerana termasuk habuk atau cahaya, kaki berdenyut kerana tersadung duri atau sembilu dan sebagainya, kita dapat merasai dan mengesaninya apakah sebab musababnya. Kecualilah kita sudah hilang segala deria rasa, semua sel-sel saraf kita rosak, pancaindera kita sudah tidak berfungsi lagi, maka ia mungkin tidak dapat dikesani. Tetapi selagi saraf kita hidup, pancaidera kita berfungsi ia dapat dirasakan dan menjadi petunjuk kepada kita untuk bertindak.

Sunday, July 17, 2016

Beranikah Zahid menjadi wira penyelamat negara

IKTISAR

Ahmad Zahid Hamidi bukanlah seorang ahli politik yang boleh dianggap cemerlang dan jauh sekali mempunyai pemikiran siasah mampan. Dia hanya seorang anak Melayu keturunan Jawa yang minat dengan politik dan berwarna Islami.

Zahid memakai semutar Jawa.
Kelengkapan dirinya sebagai seorang politik, pemimpin yang mempunyai idealisme tidak seberapa. Ditinjau pemikiran politik yang ditetasnya, baik di zaman menjadi ketua pemuda Umno membawa ke hari ini, orang nombor dua, dari aspek menguruskan krisis dan menjawab isu-isu berkenaan keselamatan negara tidak begitu menyakinkan.

Zahid tidak menggambarkan kemampuan sebenar diperlukan oleh orang bakal memimpin negara. Beliau masih belum merubah stail dan pendekatan politiknya serta gagal menambahkan ilmu dan pengetahuan politik walaupun sudah berada pada takah hari ini.

Najib perlu berhenti, Zahid perlu berani

ULASAN PETANG

Apa yang sedang "berbagar-bagar"  dan bermain dalam kepala anda kini? Dan apakah harapan yang ada nantikan daripada apa yang sedang anda fikirkan? Iya, kepala kita yang sayang kepada negara dan merasakan negara sudah berada di ambang kehancuran, terkesimak dengan apa yang meletus semalam, pendendahan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengenai saman awam yang berkaitan langsung dengan maruah dan "keselamatan" negara kita.

Ianya mengenai skandal 1MDB syarikat pelaburan strategik milik kerajaan yang diperkatakan sejak beberapa tahun ini. Pendedahan DOJ semalam memberi maklumat dan menjadi akses baharu menyebabkan kita semua "terkejut beruk" dengan apa yang berlaku. Pendedahan itu juga sekaligus memadamkan pesepsi terhadap 1MDB yang dicorakkan oleh kerajaan, (Najib Razak) sebelum ini sebagai berjalan dengan teratur dan terhindar daripada sebarang penyelewengan.

Langkah 13 Adun Pas Selangor pratikal

SINGGUNG PAGI

Langkah 13 orang wakil rakyat Pas di Selangor yang membuat kenyataan menyokong pandangan Timbalan Presiden parti itu Tuan Ibrahim Tuan Man supaya gencatan senjata dilakukan di kalangan parti-parti pembangkang, mempunyai mesej tersendiri yang perlu difahami.

Walaupun Tuan Ibrahim telah mengkhianati reputasi dirinya sendiri dengan pandangan itu, namun ia masih tetap "valid", pandangan beliau itu sesuatu pendekatan politik yang matang. Menyedari akan kematangan itulah maka 13 orang wakil rakyat Selangor yang diketuai oleh Pesuruhjayanya membuat kenyataan sokongan itu.

Pandangan Tuan Ibrahim itu disambut meriah oleh banyak pihak dan menerima ia satu formula terbaik untuk tumbangkan UBN. Bagaimana pun Tuan Ibrahim seakan menafi balik pandangan dan gesaan itu apabila presiden partinya tidak bersetuju dan tetap mahukan Pas bersendirian.

Pujian dan sanjungan Annuar kepada Tengku Razaleigh lewat 30 tahun

ULASAN

Annuar Musa sekonyang-konyang memuji cara Tengku Razaleigh Hamzah berpolitik dengan menganggap ahli parlimen Gua Musang itu sebagai tokoh politik yang memberi hasil kerja terbaik dan berhemah tinggi yang perlu diteladani.



Tengku Razaleigh berucap pada majlis perjumpaan raya.
Kenyataan indah itu semuanya dibuat bertitik tolak daripada kenyataan Tengku Razaleigh yang berhasrat untuk tidak mengegakalkan kerusi parlimen Gua Musang dalam Peraum (pilihan raya umum) akan datang.

Lanjutan itu Ketua Penerangan Umno itu memuji Tengku Razaleigh sebagai seorang negarawan yang perlu dihormati dan diteladani. 

Friday, July 15, 2016

Tuan Ibrahim, Dr Mahathir dan Najib

SENDA SORE

Seputar minggu ini. Cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti-parti pembangkang mengurangkan pertelagahan sesama sendiri dan menumpukan serangan kepada UBN, dengan melakukan gencatan senjata ditolak "leper-leper" oleh Guru Hadi. Guru Hadi bertegas Pas mahu bersendirian(?) dan sesiapa yang hendak bersama dengannya perlu mengikut acuannya.

Guru Hadi yakin dan penuh egostik menegaskan hanya acuannya dapat mengeluarkan kueh berkualiti yang dipercayai membawa ke syurga.

Penegasan Guru Hadi itu menunjukkan dia tidak hormat pandangan orang lain, dan menerima pandangannya sahaja. Dipercayai Guru Hadi mendapat sokongan kuat Guru Harun.  Dan penghunus keris lain juga bersamanya termasuk Ketua Dewan Ulama dan Setiausaha Agung.

Thursday, July 14, 2016

Pintu Ajal Belum Terbuka (1)

1.SAKIT SATU NIKMAT

DI MANA hendak saya mulakan penulisan buku, BIOGRAFI SEBUAH KESAKITAN ini? Kadang kala kebuntuan dalam mencari pemulaan ini menjadikan kerja sesuatu penulisan tidak bermula. Berhari-hari fail atau floder yang sudah dibuka ditinggalkan sepi. Ada kalanya fail dan floder berkenaan menjadi masam begitu saja. Jadi biarlah saya memulakan penulisan ini dari mana-mana sahaja, janji penulisannya sudah bermula. Yang penting ia dimulakan.

Untuk buku ini saya telah membuat rangka dan format isi kandungannya. Tetapi itu sebenarnya sebagai tanda letak kerja sahaja. Ia tidak semestinya menjadi dan lengsai. Seperti kerajaan hendak membina projek besarlah, buat majlis letak batu asas. Bukan main lagi majlis itu meriah, dikerah segala orang hadir. Disediakan jamuan makan dan minum kemudian acara itu disiarkan pula dalam telivisyen dan akhbar. Dipropagandakan secukupnya. Alih-alih projek itu tidak menjadi, malahan ia tidak pun dimulakan. Ia bermula setakat peletakan batu asas sahaja kemudian ditinggalkan begitu saja sehinggakan lokasi atau tapak projek itu menjadi semak samun.

Menterjemah cadangan gencatan senjata oleh Tuan Ibrahim

SESUDAH SUBUH

Cadangan berupa gesaan dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan gecatan senjata bagi menumpukan untuk menghadapi BN bolehlah dianggap sebagai ole-ole hari raya Aidifitri daripadanya. Cadangan itu juga menunjukkan keterbukaan politik (kewarasan fikrah politik) orang nombor tiga dalam parti agama itu.

Saya sedikit terkejut, tetapi banyak tersenyum apabila membaca laporan mengenai hal itu. Berbagar-bagar dalam kepala saya kenapa dan mengapa beliau tiba-tiba membuat gesaan itu. Yang pastinya tentu ada nawaitu atau sebab-sebab tertentu kenapa ia dilontarkan.

Dari sudut politik parti-parti pembangkang cadangan itu sesuatu yang sangat pratikal dan ditunggu-tuggu. Itulah yang sepatutnya pembangkang lakukan bagi kepentingan rakyat, menyifarkan pertelagahan sesama sendiri - penentang UBN. Tanpa gabungan di kalangan pembangkang, UBN tidak akan tumbang dan Najib Razak akan terus bermaharajalela, melakukan apa saja mengikut nafsunya kalau sikap diambil pembangkang kini, berpecah, bersuku sakat sehingga menjelang Piraum akan datang.

Sunday, July 10, 2016

Kisahku sebuah Biografi Kesakitan akan dimulakan

PERHATIAN

Pembuka bicara.

Saya akan mula memuatkan tulisan mengenai diri saya ketika menghadapi sedikit ujian daripada Allah taala baru-baru ini apabila saya disahkan menghidap kanser Lymphoma (DLBCL) akhir tahun lepas. Ujian atau pun musibah yang terpikul atas pundak saya itu tidaklah "semencabar" kalau dibandingkan dengan kesangsaraan golongan mustadh'afin di Syaria, Pelastin dan lain-lain yang berjuang mempertahankan maruah diri, agama dan tanah air sejak berpuluh dekad lampau; namun begitu apa yang saya lalui itu ia cukup mencemaskan ahli keluarga.

Saya juga merasai apa yang Dr Maza rasakan

REAKSI

Saya berkongsi perasaan yang sama dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) berkaitan dengan "kebebasan akhbar" diamalkan portal berita MalaysiaKini yang menaik turunkan berita tentang pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang memberi gambaran seolah-olah pendakwah itu menggalakan keganasan.

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Perkara itu sempat menjadi isu dan mendapat reaksi beberapa pihak sehari dua lepas.

Saya membaca artikel dalam portal berkenaan dan perasaan saya, samalah dengan apa yang menjadi tanggapan Dr Maza. Sebagai penulis kecil dan terlibat dalam dunia kewartawanan dan akhbar, saya memahami tujuan artikel begitu ditulis. Iya mungkin benar mahu mengamalkan kebebasan berakhbar, tetapi tidak dapat tidak di celah-celahnya ada nawaitu mencari keuntungan.

Monday, July 4, 2016

Permohonan baik daripada Husam mustahil dilayan Agong

REAKSI

Permohonan dikemukakan bekas Exco Kanan Kelantan Husam Musa supaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah satu permohonan yang baik dilihat ia dibuat demi kepentingan negara dan rakyat.

Penitahan agar status laporan audit itu yang diOSAkan, sebagai memastikan negara ini ditadbirkan dengan penuh integriti.

Apabila laporan audit mengenai 1MDB itu dibuka semula, rakyat akan dapat menilai laporan itu dengan penuh adil dan saksama bagi mereka mengetahui apa yang berlaku dalam 1MDB yang telah direkodkan sebagai skandal terbesar negara bertaraf lima bintang itu.

Sambil membuat cadangan itu Husam bertanya, bolehkah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu menitahkan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara, serta menitahkan satu salinan diberikan kepada mereka? Maksud Husam Agong minta Ketua Audit Negara memberi taklimat kepada mereka dan serahkan satu salinan untuk Raja-Raja.

Salam Aidifitri, terima kasih yang tidak terhingga...

CATATAN RAYA

 اَلْحَمْدُلِلّهِ bersyukur kita (saya dan isteri) ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang dan kesempatan melalui hari-hari tersisa untuk dipenuhi dan dimaknakan dengan segala amal jariah dan perjuangan menegakkan "amal maruf nahil munkar".

Bagi diri saya dan juga isteri, kesyukuran mendalam kepadaNya, Tuhan Rabul Jalil, kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk sama-sama merayakan hari Kemenangan ini - Idufitri sekali lagi. Dalam saat nafas seperti menghujung, masih ada ruang dan peluang dikhaskan buat saya dan isteri, inilah yang memberikan seribu makna dan keisanfan buat kami berdua, orang yang ingat dan mangasihi kami, juga anak-anak, keluarga dan rakan taulan.