Friday, December 23, 2016

Penderitaan rakyat Aleppo mendapat perhatian Darul Hijrah

TABUNG UNTUK ALEPPO

[kemaskini] Penderitaan dan kesangsaraan saudara seagama kita di Aleppo Syria angkara kekejaman regim Bashar as-Assab mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia. Segenap insan yang mempunyai peri kemanusiaan sedang menangis dan kepiluan dengan apa yang dialami mereka kini.

Pengeboman para pemberontak fahaman Sunni yang menguasai bumi Aleppo oleh regim Bashar merupakan peristiwa menyanyatkan hati sebagai menutup tirai tahun 2016. Tanpa mempersoalkan hak dan kebesan bersuara mereka, apa yang berlaku itu satu kekejaman Syiah terhadap Sunni.

Hari ini ribuan rakyat Aleppo hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan kehilangan tempat tinggal, kemusnahan harta benda serta melarikan diri mencari perlindungan. Manakala ribuan kanak-kanak dan orang tua terus dihimpi kesejukan dan kelaparan. Keadaan cuaca sejuk kini, dibawah 5 celcisu (-5) menambahkan lagi penderitaan mereka.

Belum melihat dengan mata kepala sendiri, cukup sekadar melihat gambar dan rakaman klik video mengenai kemusnahan dan kekejaman itu menyebabkan kita akan kekeringan air mata. Aleppo merobek hati segenap insan yang cintakan damai.

Para simpatis kini sedang memerhati dan bergerak bagi membantu sedaya mungkin nasib saudara seagama itu. Dunia juga sedang menangis mengenangkan apa yang berlaku itu.

Tidak terkecuali perhatian dan rasa simpati itu juga dirasai sama oleh Darul Hirjah sebuah NGO yang aktif di Kelantan dan sinonim dengan apa-apa masalah yang di derita rakyat Kelantan dipengerusikan bekas Exco Kanan, Husam Musa.

Penglibatan Darul Hijrah dalam membantu menyelamat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan akhir tahun 2014 lalu menjadikan orang mengenali keperihatinan NGO berkenaan. Atas kecekapan dan kepantasan menyedia pelan tindakan dalam isu banjir menyebabkan ia dipercayai dan diyakini. Bertolak dari itu juga Darul Darul Hijrah mendominasi dalam mengatasi masalah mangsa banjir menyediakan prasarana dan sebagainya bahkan ianya bertindak lebih agresif berbanding kerajaan negeri sendiri.

Bertolak dari pengalaman itu Darul Hijrah dilihat menjadi sebuah NGO yang bukan sahaja menyelamat maruah kerajaan Kelantan dalam kes masalah banjir sebaliknya kesungguhan dan keberkesanan pengurusannya ia dilihat berjaya serta mampu bergerak lebih jauh. Usahanya untuk mengongsi penderitaan dengan rakyat Aleppo yang kini dizalimi dikira tepat.

Kini Darul Hijrah sedang melakukan sesuatu yang lebih bererti untuk menumpahkan simpati kepada saudara kita di Aleppo. Sehubungan itu Darul Hijrah telah melancarkan tabung kemanuisaan Syaria yang dinamakan "Syria Di Hati".

Semua pihak dialu-alunan untuk bersama Darul Hijrah menzahirkan simpati kepada Aleppo, eloklah menggunakan ruang untuk berbudi dan berkorban membantu nasib saudara segala kita di Aleppo yang dibuka oleh Darul Hijrah ini sebaik mungkin. Usaha dibuka Darul Hijrah membuka peluang untuk kita sama-sama meringankan beban saudara segama kita di Aleppo.

Untuk penjelasan lebih lanjut disertakan kenyataan Pengerusi Darul Hijrah , Husam Musa di bawah ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SYRIA DI HATIKU

Pengeboman udara dan serangan darat ke atas Bandaraya Aleppo,Syria menyaksikan kematian dan penderitaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Kini, masih terdapat puluhan ribu lagi rakyat Aleppo termasuk yang cedera dan yang cuba melarikan diri tetapi terperangkap. Antaranya bayi, kanak-kanak, dan warga tua.

Mereka kesejukan dengan suhu di bawah 5 darjah celsius - tidur di tepi-tepi jalan menunggu pasukan pembantu.

Puluhan ribu telah tiba di sempadan Turki selepas mengalami perjalanan yang sukar dan menakutkan. Namun, kemudahan dan peralatan untuk mereka sangat tidak mencukupi.

Yayasan Darul Hijrah (YDH sebagai pertubuhan berdaftar) sejak dulu, Alhamdulillah berterusan melaksanakan MISI KEMANUSIAN untuk rakyat Syria.

Tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad.

Kami bekerjasama dengan Omari Society For Orphan yang beribu pejabat di Gaziosmanpa┼ča, ─░stanbul, Turki. Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.

YDH menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dapat bersama YDH dan Omari Society For Orphan (www.omariorphan.com) bagi menghulurkan apa jua bantuan untuk Rakyat Syria yang sedang menderita atas perang yang ditimpakan ke atas mereka.

Hulurkan segera sumbangan/infaq/zakat untuk Tabung Bantuan Kecemasan Syria Dihatiku. Bantuan anda sangat besar maknanya untuk saudara kita di Syria. Sumbangan Tuan/Puan akan digunakan khusus untuk membeli makanan,ubatan,selimut,baju sejuk, dan khemah buat mereka.

Sumbangan boleh di salur ke akaun:

Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).

Mohon maklum setiap sumbangan via whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit.

Moga sedikit amal jariah meringankan kesusahan saudara kita diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh kita yang paling ikhlas.

YB Dato Haji Husam bin Musa,
Pengerusi Kehormat,
Yayasan Darul Hijrah
[wm.kl.7:13 am 23/24/12/16]

No comments: