Sunday, October 2, 2016

Kisah Zahid Hamidi dan Bersih 5

Salah satu pose Bersih 5 di Kota Bharu.
SELINGAN

Pushhh... sehari dua ini sibuk sedikit, ada kerja besar dalam hidup saya - menulis dan menyiapkan buku terbaharu, pertama untuk tahun 2016. Tahun ini hanya tinggal dua bulan lebih sahaja lagi. Tahun Hijri pula sudah melangkah ke tahun baharu 1438. Sepanjang tahun ini (20016) saya belum menghasil atau menerbitkan apa-apa buku. Jadi saya kena penuh kelendar yang hampir ditutup ini.

Buku terakhir ialah; Nasib: Pas, Amanah dan Najib dalam PRU14. Buku itu terbit diakhir tahun lepas. Sedang elok selesai proses penerbitan berurusan dengan pencetak saya masuk wad, dan terpaksa melayan diri berbulan-bulan. Kerja rutin menerbitkan buku jadi tertangguh. Urusan pengedaran dan penjualan buku itu juga terjejas.


Alhamdulilah, dengan masa tersisa ada dua bulan setengah ini saya sedang menyiapkan buku mengenai analisis Piraum ke-14 di samping menduga dan memfirasatkan siapakah yang akan menjadi PM sebagai mengganti Najib Razak. Setakat ini penulisan lancar dan laju serta melekakan sehingga ada kala terabai makan dan minum telan ubat sekali.

Gara-gara itu sudah pasti blog dan media sosial lain tertinggal oleh saya. Isu pula banyak dan cepat berlalu bagaikan hujuh di awal Disember. Semua isu menarik untuk diulas, diberi pencerahan serta justifikasi mengikut laras pemikiran kita, saya.

Permainan dan percaturan politik bangsa kian kronik dan kronik.

Ada dua isu yang menarik perhatian saya dan perlu diulas tetapi kerana kengkangan masa ia terlepas atau hampir terlepas. Pertama isu penampilan Zahid Hamidi di persidangan PBB. Isu bahasa dan wibawa Zahid sebagai TPM.

Ucapannya panjang lebar dalam bahasa Inggeris. Penampilan Zahid berucap dalam bahasa Inggeris itu menjadi isu. Ada yang menyinis dan ada yang memuji Zahid. Ada yang kata bukan soal ketidakfasihan beliau dalam bahasa Inggeris perlu diketengahkan, tetapi isi ucapannya itu perlu dinilai.

Saya setuju soal ketidakfasihan bahasa Inggeris Zahid. Dia bukan berlajar dalam aliran Inggeris pun. Alirannya ialah bahasa Melayu sedikit Arab. Tidak seperti Najib belajar di luar negara atau seperti anak-anak bangsawan lain yang berpeluang mendalami bahasa Inggeris berfikir bahkan berbudaya Inggeris. Saya setuju juga apa harus dinilai ialah intisari ucapannya.

Dalam hal ini saya mengambil sikap berkecuali dalam dua keadaan itu. Bagi saya yang setuju sangat kalau bahasa Melayu dimartabatkan di arena antarabangsa. Cara memartabat itu selain daripada memurnikan sebutannya ialah menjadikan ia alat pertuturan menyampaikan hujah dan pandangan yang baik.

Kenapa Zahid tidak berucap dalam bahasa Melayu? Kenapa harus memilih bahasa Inggeris? Tidak ada alasan kalau hendak katakan pendengarnya (delegasi) tidak faham sebab ia ada penterjemah. Dalam hal ini bagi saya Zahid tidak mempunyai jatidiri yang kental mengenai bahasanya sendiri. Dia berasa rendah diri, tidak yakin dan berasa jatuh nilai kalau bertutur dalam bahasa Melayu.

Pemikiran Zahid masih lagi pemikiran lama yang tidak harus lekat kepada bakal PM.

Walhal Zahid patut menjual bahasa dan harga dirinya di sidang berkenaan. Belum pernah ada penutur dari Malaysia yang bercakap bahasa Melayu dalam sidang PBB? Semua bercakap dalam bahasa Inggeris. Selain mereka kebetulan mendapat dididikan Inggeris, mungkin mereka juga rasa rendah diri kalau berucap dalam bahasa Melayu. Seperti apa dialami Zahid itu. Maka walaupun sebutannya tidak betul tetapi janji dia boleh menyembur kata-kata tertulis dalam bahasa Inggeris.

Pada tahun 70an kalau tidak salah, pernah seorang wakil dari Malaysia yang mendapat peluang berucap dalam satu sidang PBB menggunakan bahasa Arab. Orang itu ialah Ibrahim Azmin, bekas wakil rakyat Kuala Nerus. Dia memang belajar di Arab, Ummu Qura Makkah. Hairan juga saya kenapa dia tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu sling Terengganu? Kalau itu boleh dibanggakan tentu ada kelainan penutur dalam sidang PBB, hanya itu sahajalah.

Mengenai isu Zahid dan bahasa Inggeris ini, saya sudah lepas komen sinis saya dalam twiter berbunyi: bahasa Inggeris Zahid sudah ada peningkatan. (Peningkatan di sini bunyi "idran" Jawanya kurang. Mungkin sebelum ke PBB dia sudah berlatih menyebut sling bahasa Inggeris ala PBB dengan rajin dan bersungguh. Lain kali kita mahu dengar Zahid berucap dalam bahasa Melayu di PBB pula seperti mana Seokarno dari Indonesia yang tidak pernah memperkecilkan bahasanya walaupun di mana dan di hadapan siapa pun beliau berpidato.

Demikian Karno yang berani dan tidak heran kepada mana-mana bangsa. Dia adalah petriotik yang sejati.

Bersih 5

Isu kedua menarik juga ialah mengenai road show pramula Bersih 5 yang diadakan di beberapa buah bandar besar pada hari Sabtu. Melihat kepada catatan dan pemasukan foto aktiviti itu di muka buku meriah sekali. Sambutannya rata-rata dalam skala kecil sahaja. Tetapi yang penting ia meriah dan menggambarkan rakyat sedia bangkit. Antara yang sempat dibaca road show atau dalam bahasa lain kerahan di buat di Perlis, Kota Bharu, Melaka, Pulau Pinang dan juga di Teluk Intan.

Majlis berjalan aman kecuali di Telok Intan ada provokasi menyebabkan gerombolan Bersih 5 terpaksa berhadapan dengan sekawan bebudak baju merah. Bukan budak hitam. Khabarnya ada peristiwa merebut banner Bersih, ada yang kena tumbuk dimaki hamu dan sebagainya.

Saya tidak mahu ulas panjang dan sebut pun siapa yang menjadi ketua gang si baju merah itu. Bagi saya nama orang itu tidak ada nilai sedikit pun. Menyebut orang yang tidak ada nilai merugikan masa kita dan memberi publisiti percuma kepadanya. Cukup sebut ketua baju merah tanpa pun menampilkan wajahnya. Kalau pun tidak tampil dengan kejahatannya orang sudah cam.

Yang saya hendak perkata di sini, bahawa road show itu berjaya. Kempen mengajak rakyat agar turun 19 November ini berjaya. Sambutan di Kota Bharu, Perlis, Melaka dan lain-lain menggalakan. Kuning sudah tumbuh dan cambah maka himpunanya kemuncaknya di KL akan lebih besar.

Nampak kerahan ke himpunan Bersih 5 kali ini lebih kemas dan serius lagi. Dengan acara selingan disediakan ia menarik perhatian. Bersih 5 bukan lagi sekadar berdemo tetapi sebuah fiesta Kuning-Kuning. Ia menjadi fiesta tahunan rakyat yang cintakan keradilan dan kebersihan dalam segenap aspek kehidupan. Manakala kumpulan baju merah akan dikenang dan ingat sebagai Singa antogonis.

Saya percaya Bersih 5 juga sama dengan siri-siri Bersih sebelum ini, ia tidak memberi kesan untuk menurunkan Najib Razak. Datanglah berhimpun 100 juta sekalipun Najib tidak akan turun. Orang yang tidak ada maruah, air muka dan tidak pernah berasa bersalah dengan jenayah yang dikaitkan kepadanya, tidak menjejskannya.

Sebab itu dalam al Quran Tuhan berseru untuk mengajar manusia beriman kepada-Nya, dengan menyebut; wahai orang-orang beriman. Ertinya mereka tidak beriman tidak termasuk dalam seruan itu. Sama dengan kritikan, unjuk rasa menyatakan protes itu hanya didengar oleh orang-orang yang ada mata, telinga dan akal yang sihat sahaja. Yang tidak sihat tidak bermoral tidak akan mempedulikannya.

Seperti mana seruan Tuhan tadi, hanya orang yang beriman sahaja akan mendengar, takut dan patut kepada perintah-Nya yang tidak beriman akan membiarkan sahaja bahkan mencela. Beriman kepadanya pula bukan bermakna pakai kopiah, simpan janggu sejemput atau 32 urat dan berjubah, itu budaya Padang Pasir, yang beriman ialah yang bertakwa kepadanya.

Budaya padang pasir tidak semestinya beriman dan bertakwa kerana di padang pasir selain manusia, ada lembu, unta, biri-biri dan juga orang kafir, munafik dan sebagainya.

Dan mengenai Bersih 5 mesejnya ialah membenci kekotoran dan ketidakadilan.

Lain-lain isu juga menarik tetapi tidak sempat hendak disentuh di sini termasuk isu angkat Manila kad tertulis huruf 355, isu Mufti yang berpandangan menentang 355 tidak jatuh kafir dan sebagainya.

Saya menitik koman di sini dulu buat sementara bagi peluang kepada saya meneruskan penulis buku baharu saya. Wassalam. [wm.kl.1:35 pm 02/10/16]

No comments: