Monday, December 21, 2015

Taki kata kenyataan diterjemah di luar konteks

JELAS SORE

Berlaku salah tafsir, ulasan di luar konteks maksud sebenar terhadap kenyataan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan oleh beberapa portal berita berhubung dengan kenyataan beliau yang akan memaaf dan melupai peristiwa lalu bersama Umno.

Kenyataan yang disebut Takiyuddin forgive and forget ditafsir sebagai "memaaaf dan melupai" segala kejahatan Umno ke atas Pas selama ini disangkal oleh Takyuddin. Menurut Takiyuddin beliau tidak menjawab pertanyaan apakah Pas akan memaaf dan melupai kesalahan Umno, daripada mana-mana wartawan.

Bagaimana pun menurut transkrip dikeluarkan sebuah portal berita Takiyuddin ada menyebut perkataan "forgive and forget". Terjemah perkataan itu ke dalam bahasa Melayu itulah dipertikaikan Takiyuddin yang meletakkan kesilapan kepada portal dan suasana semasa sidang akhbar bising.


Takyuddin tidak bersetuju dengan terjemaah itu yang bermaksud sepertimana diterbitkan oleh beberapa portal berita.

Sehubungan itu dilain kali. Takiyuddin seharusnya lebih berhati-hati dalam melayan wartawan apa lagi portal yang akan membuat laporan mengikut kehendak dan kecenderongan mereka. Beliau sebagai peguam harus tahu dan bijak mengelak megeluarkan kata-kata yang boleh dieksploitasi.

Disebalik menyatakan kesediaan Pas memaaf sesiapa bersalah atas prinsip Islam, dalam konteks dengan Umno sewajarnya juga Takiyuddin juga menyeru agar Umno juga memohon maaf kepada Pas terhadap apa-apa kesilapan dan dosanya kepada parti itu selama ini. Dengan cara itu barulah nama proses kerjasama sama yang hendak dilaksanakan nampak ikhlas dan jujur.

Saya sendiri tidak percaya kalau Takiyuddin boleh mengeluarkan kenyataan bermaksud demikian, memandangkan kedudukannya itu. Bukan pantas baginya untuk membuat jaminan itu atas kapasiti sebagai SUA, kerana jaminan seperti itu sepatutnya dari datang Muktamar. Apabila ia dilaprkan begitu kenyataan sangat mengejutkan saya.

Dalam pada itu kemungkinan juga langkah Pas Selangor akan membuat kenyataan berhubung ura-ura Pas akan bekerjasama dengan Umno dalam masa terdekat. Pas Selangor akan menyatakan sikap dan pendiriannya. Kesediaan Pas Selangor itu seperti ada pandangan lain yang tanpak kontradik dengan pandangan beberapa pemimpin atasan Pas, termasuk Abdul Hadi Awang.

Perjumpaan Abdul Hadi dengan Ibrahim Ali baru-baru ini pun dilayan dengan rasa geli geleman oleh Pas Selangor sehingga dikeluarkan kenyataan tegas menyatakan Pas Selangor tidak akan sesekali berkerjasama dengan Perkasa(M), Ibrahim Ali. Mungkin rasa geli geleman itu makin dirasai apabila Takiyuddin dan Mustapa Ali sekali lagi berjumpa dengan Ibrahim dengan hadir dalam perasmian persidangan tahunan Perkasa(M).

Dan boleh jadi begitu juga kehadiran Abdul Hadi bersama Najib Razak di pentas Multaqa anjuran Alumni Al Azhar dan kehadiran Timbalan Mutrsyidul Am Ahmad Yakob dan Ketua Ulama Mahfodz Omar menyebabkan Pas Selangor terpaksa menyatakan sikap. Apakah Pas Selangor juga geli geleman dengan situasi itu?

Apakah Pas Selangor akan menjadi Pas negeri pertama akan mengambi sikap dan pendirian berbeza dengan Pas negeri-negeri lain khasnya di Pantai Timur yang sudah tidak tahan rasa untuk bersama Umno. Kalau benar begitu ia tidak pelik kerana kekuatan dan pengaruh Pas di Selangor berbeza dengan Pas Kelantan dan Terengganu. [wm.kl.2:01 pm 21/12/15]

No comments: