Friday, May 8, 2015

Kalau Syed Hamid di Tabung Haji mungkin pembelian tanah 1MDB tidak berlaku?

SEBELUM JUMAAT                                                                                          

Beberapa tahun lalu apabila Syed Hamid Albar tidak lagi disenaraikan dalam Kabinet Najib Razak, bekas ahli Parlimen Kota Tinggi itu diberikan penghormatan untuk dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji. Cadangan atau penyerahan Tabung Haji kepada Syed Hamid itu dikira tepat dan sesuai sangat. Syed Hamid dikenali sebagai seorang kedekut tetapi mempunyai prinsip dan ketegasan.

Syed Hamid tak jadi dilantik jadi pengerusi TH.
Sepantasnya orang berkeperibadian dan berintegriti begitu ditempatkan di institusi itu yang menjaga kepentingan umat Islam. Tabung Haji bukan sembarangan institusi, ia merupakan satu lembaga yang bertanggungjawab menjaga wang berbillion ringgit pendeposit calon-calon Haji dimana memerlukan seorang yanag amanah.

Lembaga itu hendaklah dijaga dan diawasi sebaik mungkin, bukan sahaja soal perbelanjaan, tetapi aktiviti pelaburannya untuk menambahkan pendapatan juga perlu diawasi dan dipastikan berjalan selari dengan syariat Islam. Harus diingat wang digunakan atau ditabungi oleh pelabur di institusi itu adalah yang bersih dari sebarang najis.Pulangan dividen juga haruslah wang yang bersih.

Bekas Menlu itu, katanya senang dengan tawaran itu. Dia sudah pun bersedia. Surat perlantikan itu juga sudah diterima dan dibacanya. Cuma beliau belum sempat untuk memasuki pejabat lembaga itu kerana kebetulan saat itu dia sedang bersiap-siap untuk mengerjakan umrah.

Syed Hamid berkira-kira sekembali dari Makkah dia akan memulakan tugas barunya disitu, menyelia dan mentadbir wang pelabur Tabung Haji. Ada setengah qaul mengatakan Syed Hamid sudah pun menjejak ke bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan mengarahkan kakitangan agar membuat sedikit pindaan untuk pejabat barunya itu.

Malang setelah beliau kembali dari mengerjakan umrah, saat hendak memulakan tugas, tiba-tiba perlantikan itu ditarik balik. Sebagai gantinya beliau diberi tugas dan jawatan baru sebagai Pengerusi Suruhanjaya Kenderaan Awam dan Darat (SPAD), menjaga bas, lori dan teksi. Beliau tidak bertanggungjawab menjaga kapal, bot dan perahu serta kapal selam, kerana kenderaan itu dikategorikan sebagai kenderaan laut.

Pertukaran jawatan itu jauh bezanya walaupun tarafnya sama "pengerusi". Beliau lantas memasuki pejabat SPAD dan tidak ke bangunan Tabung Haji tanpa ada apa-apa 'ogehan' dan bantahan. Itulah stail dan sikap Syed Hamid seorang yang akur dan jujur.

Dan hari ini selepas kecurnya berita mengatakan Tabung Haji telah membeli tanah 1MDB bernilai RM 188.5 juta, dimana pembelian itu meragukan akan ketelusan dan tujuannya, baru saya faham kenapa Syed Hamid tidak dibenarkan masuk ke Tabung Haji. Saya yakin dan percaya kalau Syed Hamid yang menjadi Pengerusi Tabung Haji apa yang berlaku sekarang ini tidak akan berlaku. Dia juga tidak akan tersalah berkomunikasi dengan ahli lembaga pengarahnya.

Syed Hamid bukan budak penjaga kereta, jauh sekali sebagai ketua samseng kampung Dusun. Dia seorang diplomatik dan berkelulusan sebagai peguam dan pengamal undang-undang. Pengalaman dan pengetahuan yang ada kepadanya tidak memungkinkan hal-hal terjadi di Tabung Haji yang tidak syariat atau meragukan itu akan terjadi.

Ertinya penolakan Syed Hamid dari dilantik menjadi pengerusi Tabung Haji, katanya atas nasihat seorang "personalis" yang rapat dengan PM itu, ada tujuan dan motifnya. Begitu juga dengan perlantilkan CEO dibuat dengan penuh selektif. Ia adalah untuk memudahkan kerja-kerja yang berlaku sekarang ini dilakukan tanpa ada kawalan, tinjauan dan pemerhatian dari segi perundangan sivil dan syariah.

Mungkin selepas kecoh skandal pembelian tanah bernilai ratusan juta itu menyebabkan Syed Hamid tertunduk sambil tersenyum dan sedikit memahami apa yang berlaku ke atasnya.

Sekarang bolehlah media massa cuba-cuba tanya hal ini kepada Syed Hamid Albar. Apakah benar maklumat yang saya catat ini. Mungkin surat tawaran untuk beliau dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji masih ada dalam simpanannya. Cubalah... Syed Hamid sesungguhnya bukan "Mat Maslan" kandati pun mereka dari bumi yang sama.  [wm.kl.12:29 pm 08/05/15

1 comment:

mawar said...

Ya MSO, terkedu saya sekejap...tulisan yang menarik.
Kenapa tidak Syed Hamid.