Thursday, March 12, 2015

Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno?

SUSUPAN PETANG                                                                         

Mursyudul Am Pas yang baru.
Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Haron Din, perlantikan bomoh Islam itu sebagai Musyidul Am Pas sebagai menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan Pas.

Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron Din memberitahu, desas desus cadangan ada sebahagian pimpinan Pas ingin melihat Umno dan Pas bergabung mendapatkan persetujuan Dr Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ianya perlu disegerakan.

"Dr Haron mahukan proses itu dijalan denga segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah dimana akan berlaku kekeliruan kepada aali," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Berdasar kepada maklumat dari rakan saya itu, perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am yang diumum semalam boleh disifatkan seperti satu tindakan ke arah untuk meyegerakan agenda mempersatukan Pas dengan Umno yang sudah lama dirancagkan itu. Saya juga mengetahui rancangan ini yang disusun pada 2012 oleh pihak-pihak tertentu yang turut sama membabitkan Hasan Ali yang masih dalam Pas pada masa itu.

Walaupun perlantikan Dr Haron itu dilihat agak songsang kerana melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu disegerakan. Katanya tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir MAC dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.

Apabila perlantikan Haron itu disegerakan semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh Haron.

Perlantikan itu yang diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.

Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno, Najib Razak tampak senang dan suka dengan perlantikan Haron Din itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada bomoh perubatan ala Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.

Dengan mengingati pesanan arwah Fadzil Mohd Noor yang mengatakan sekiranya Umno baik dengan Pas tentulah ianya ada sesuatu niat yang tidak baik, cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Apakah pujian Najib itu membawa petaka itu?

Bagaimana pun sekiranya benar Dr Haron Din beriya mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas.   [wm.kl.7:50 pm 12/03/15]

6 comments:

Unknown said...

Tuan MSO,

Dengan post terbaru tuan kali ini, saya yakin tuan akan dilabel sebagai blogger PASMA oleh penyokong pro-UG.

Unknown said...

Saya sudah menyangkakan perkara ini akan berlaku bila "BOMOH" ini di lantik sebagai musyidul 'am PAS. Apa tah lagi bila ia nya di lakukan dengan tergesa gesa tanpa kehadiran president. Yang lebih mengeruh kan kaedaan bila penyebab banjir besar di Negeri Kelantan di lantik sebagai timbalan nya.
Sekira nya apa yang hajatkan oleh si "BOMOH" and the gang ini menjadi kenyataan maka suahsana huru-hara di dalam PAS sudah PASti akan berlaku dan berpandu kan ayat 113 dari surah HUD saya akan keluar dari menjadi ahli PAS walau pun orang kata bila berseorangan akan mudah di baham oleh srigala. Elok kalau di baham srigala dari bersekongkol dengan puak yang zalim.

AzfiqSolutions said...

Salam Tuan MSO,

Saya jangkakan bermacam kebarangkalian yang mungkin akan berlaku pada pas pasca TGNA..Kalau sebelum ini apa2 keputusan besar perlu mendapat restu TGNA, maka selepas ketiadaan tuan guru menyebabkan kuasa membuat keputusan pergi kepada Murshidul Am yang baru yang mungkin agak bertentangan dengan aspirasi TGNA sebelum ini iaitu tidak sekali2 akan bekerjasama dengan pihak sebelah sana..
Ini sebenarnya suatu yang baik juga untuk melihat samada majoriti ahli pas akan menyokong tindakan sesetengah pemimpin yang ingin wujudkan kerjasama dengan pihak sebelah sana..ini hanya dapat dilakukan semasa muktamar..isu2 yang berlaku antara pemimpin2 membuka minda ahli2 untuk memilih dan menentukan halatuju di masa hadapan termasuk memilih pemimpin yang yang mampu mencorakkan masa depan parti..seandainya majoriti yang masih cuba mengekalkan kepimpinan yang sediaada sekarang ini, sesiapa pun tidak akan mampu menghalang ketentuan ini, begitu juga seandainya kepimpinan yang ada pada hari ini bertukar, semua pihak perlu redha..ini hanya akan berlaku andainya ada pihak yang berani untuk membuat perubahan demi kebaikkan seluruhnya..apa2 pun, saya anggap semua pihak perlu bersedia termasuk menyediakan pelan kontigensi sekiranya apa yang dirancang tidak membuahkan hasil seperti hubungan antara sesama gabungan dalam PR..PR perlu bersedia untuk kehilangan rakan tapi mungkin rakan yang lain akan menyertai mereka dan mendapat sokongan rakyat..
Wallahu a'lam..
(Maaf analisis politik saya yg begitu cetek ini.tp inilah kemahuan dari orang muda seperti saya yang memerhati dan menilai apa yang berlaku)

Assalamualaikum..

suparjo@blogspot.com said...

Tuan MSO, saya setuju penggabungan Pas-Umno termasuk muslim PKR sebab menepati perintah Allah. Tuhan larang umah berpecah, sebab berpecah menyebabkan umah gentar. Suka tak suka, apabila itu perintah Allah maka terimalah sekalipun hati/nafsu memberontak. Namun jika kita tebal dengan nafsu demokrasi, seruan Tuhan itu sangat menjengkelkan. Moga-moga semua mendapat petunjuk.

reggie said...

Saya sokong bergabung untuk perpaduan Islam (bukan perpaduan Melayu) dan juga bukan kerana untuk mendapat tempias Ghanimah 1MDB. Kalau bergabung bolehkah Pas menentukan hala tuju UMNO????
Bolehkah Pas mengawal rasuah, knonisma, hedonisma yang sudah jadi budaya UMNO???

Unknown said...

salam en mso...

saya bukan penulis yang mahir..namun apa yang dicoretkan disini adlah dari hati..naluri kecil saya yakin TGHA tidak akan memilih untuk bersama UMno tapi yang mengusarkan saya adalah adakah beliau mendapat nasihat yang benar dari para penasihat beliau...takat yg saya lihat pergolakan dalaman ini ada Tok Dalang...dari kita memihak pada mana@ kem...ada baiknya kita cari Tok Dalangnya>.saya masih terkilan apa yg berlaku pada MuKtamar Pas di johor tatkala mat sabu mahu menyampaikan ucapan....hati kecil saya terdetik menyatakan kejadian itu adalah titik mula kekusutan...maaf andai saya tersalah fakta @ andaian tersasar...