Sunday, November 16, 2014

Azmin perlu jelas tentang pembayaran gergsi

MENGUAK RASA                                                                                             

Sekiranya dakwaan pembayaran perberhentian lapan orang pegawai bekas MB Selangor mencecah RM2.5 juta dimana tiap seorang menerima RM700,000 benar, Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan duduk perkara berkenaan kerana bayaran itu dikira melampau.

Walaupun menurut bekas MB Khalid Ibrahim, Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang bertanggungjawab membuat bayaran itu mempunyai simpanan sebanyak RM112 juta dan bayaran itu tidak melebihi dua peratus, tetapi angka itu sangat besar dan bersifat gergasi.

Rasanya belum pernah ada mana-mana pegawai menteri besar dinegara ini yang dibayar sagu hati apabila diberhentikan kerana pertukaran menteri besar.

Ia mengejutkan rakyat Selangor khasnya mereka yang berpendapatan dibawah RM2,500 sebulan. Tidak bermakna wang simpanan yang banyak boleh digunakan sewenang-wenangnya di luar kemunasabahan mengurus.

Menjadi tanggungjawab Azmin membuat penjelasan dan jika perlu wang itu hendaklah diminta agar dipulangkan. Perkara ini, pembayaran gergasi ini terdedah apabila seorang Adun Selangor menulis dalam twiternya ada seorang Exco Selangor yang diminta agar mendapatkan semula wang berkenaan.

Untuk rekod antara mereka yang berkhidmat sebagai pegawai Khalid Ibrahim dan bermati-mati mempertahankan Khalid kekal sebagai MB ialah Faekah Husin yang juga kemudian dilantik menjadi pengurus di MBI Selangor. Faekah sebelum itu adalah Setiausaha Politik Khalid.

Kesegeraan Azmin membuat penjelasan perkara ini sangat dinanti oleh rakyat Selangor. [wm.kl.11:33 am 16/11/14]

No comments: