Wednesday, August 6, 2014

Majlis Syura Ulamak Pas mungkin tak bincang laporan PKR

MERENDAK RASA                                                                              

Majlis Syura Ulamak (MSU) Pas akan mengadakan mesyuarat di Kota Bharu lewat petang ini. Ramai berpendapat mesyuarat ini sebagai pintas kepada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas pada 10 Ogos untuk menentukan pendirian Pas berhubung cadangan PKR menukar MB daripada Khalid Ibrahim kepada Dr Wan Azizah.

Mesyuarat MSU itu juga diramalkan akan membuat panduan kepada Ahli Jawatankuasa Pas berhubung pendirian itu. Disebabkan presiden Abdul Hadi Awang kemudian disokong oleh Pemangku Dewan Ulamak Ahmad Yaakob dan disokong pula oleh Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak setuju Khalid ditukar mungkin MSU mengemukakan calon lain, ataupun cadangan alternatif lain.



Cadangan PKR agar Dr Wan Azizah mengganti Khalid sudah pasti akan ditolak oleh MSU atas alasan status Wan Azizah seorang perempuan tidak layak menjadi MB kepada negeri besar dan kaya seperti Selangor.

Dari pengkembangan dan maklumat diperolehi setakat ini MSU akan tetap sepakat mempertahakan agar Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor. Alasan yang diberikan ialah kerana tidak ada pengganti yang layak dan Khalid seorang amanah.

Walaupun PKR telah menyiapkan laporan sebagai panduan kepada Pas dalam menilai integriti Khalid ia tidak akan dipakai. Laporan itu dijangka tidak akan dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Alasan yang akan diberi mereka tidak menerima laporan berkenaan. Laporan tersebut dihantar semalam tetapi sudah bertebaran di layar internet.

MSU juga tidak akan sama sekali mencadangkan nama Adunnya. Bagaimana pun ada kemungkinan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Adun Ijok Dr Idris Ahmad akan disebut dalam pertemuan itu. Sebelum ini ada laporan mengatakan Pas bersetuju kalau Dr Idris menjadi MB, tetapi bukan Wan Azizah.

Pun begitu soal siapa mengganti Khalid tidak akan menjadi perbincangan utama. Yang akan diambil stand oleh MSU bagaimana mengenai sikap Pas selepas ini, apabila Khalid yang dibela akan tetap dibuang oleh parti. Semalam PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Khalid dan meminta menjawabnya 8 Ogos. Kegagalan Khalid berbuat demikian membolehkan dia akan digantung.

Yang hampir pasti laporan setebal 24 muka surat yang disiapkan oleh PKR berhubung integriti Khalid tidak akan dibincangkan. Apa lagi akan menjadi panduan kepada MSU untuk untuk menilai Khalid. Alasan yang akan diberikan kelak ialah, kami, MSU tidak menerima laporan berkenaan.

Setiasuaha Agung Pas, Mustapa Ali yang juga hadir dalam pertemuan itu akan memberi alasan itu. Dan saya difahamkan Mustapa menjelaskan yang beliau masih belum menerima laporan yang ditujukan kepadanya itu. [wm.kl.5:58 pm 06/08/14]

No comments: