Wednesday, April 9, 2014

Pilihan raya di Indonesia simple tapi menarik...

TINJAUAN                                                                                         

Saya baru sahaja sampai dari Pelembang, Indonesia setelah tiga hari berada di sana. Kebetulan waktu ini Indoensia sedang melaksanakan tanggungjawab demokrasinya untuk memilih barisan pemerintah baru negara itu untuk periode 2014 - 2019. Kunjungan singkap itu memberi kesempatan kepada saya untuk menijau proses pengundian di Pelembang.

Dua orang pengundi sedang masukan kertas undi ke dalam tong.
Pilihan raya hari ini adalah ke 11 sejak republik itu mencapai kemerdekaan dan merupakan pilihan raya ke-4 selepas reformasi menyebabkan jatuhnya kepimpinan autokrasi Suharto pada tahun 1998.

Seramai 187,847.521 pemilih akan terlibat dalam pemilu kali ini untuk memilih 2,137 anggota DPRD dan 17,500 anggota DPRD kabupaten dan kota. Mereka akan mengundi di 545,791 tempat mengundi di seluruh negara. Manakala sebanyak 12 buah parti bertanding termasuk tiga buah parti tempatan Aceh.



Parti-parti yang bertanding ialah; 1. Parti Demokrasi Perjuangan, 2. Parti Golongan Karya, 3. Parti Gerindra, 4. Parti Demokrat,5. Parti Keadilan Bangsa. 6. Parti Amanat Bangsa, 7. Parti Persatuan Pembangunan, 8. Parti Keadilan Sejahtra, 9. Parti Nasional Demokrat, 10. Parti Hati Nurani Rakyat, 11. Parti Bulan Bintang dan, 12. Parti Keadilan dan Persatuan Indonesia.

Pegawai pilihan raya sedang menyemak nama pengundi.
Pemilihan itu untuk memilih seramai 945 calon anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) yang juga untuk mengisi 136 kerusi rakyat Dewan Perwakilan Daerah.

Keputusan pilihan raya mungkin diketahui selewat-lewat malam ini. Berita terkini menunjukkan parti PDI-P mendahului parti-parti lain. Sebanyak 39 badan bebas yang akan membuat pengiraan awal. Bagaimana keputusan rasmi pemilu hari ini akan diketahui pada 6-7 Mei depan.

Lambakan kertas undi, begitu terbuka sekali.
Suruhanjaya Pilihan Raya, (Komisis Pemilu Indonesia), memberi masa kempen selama 21 hari kepada semua calon dan parti. Menjadi amalan demokrasi di Indonesia menjelang seminggu pemilihan semua logistik dan kempen dihentikan. Masa itu dinamakan 'minggu bertenang', di mana tempoh itu membolehkan rakyat membuat pertimbangan calon atau parti mana yang hendak di coblos, undi selepas mereka diserang dengan kempen.

Di Indonesia, kertas undi tidak dipangkah seperti Malaysia, tetapi dicoblos, ataupun ditebuk lubang. Sepucuk paku disediakan di ruang mengundi, tidak seperti di negara kita, disediakan pencel.

Manakala untuk mempastikan tidak berlaku pengundian dua kali, jari kelingking mereka yang sudah mengundi akan ditanda dengan tinta (dakwat) biru tua. Mereka akan mencelupkan jari kelingking dan bukannya dicalit.
Selesai undi, pengundi diminta celup kelinking dengan dakwat.

Pagi tadi saya sempat meninjau beberapa pusat pengundian di sekitar kota Pelembang. Ternyata proses pengundian di Indonesia begitu simple dan berlangsung dalam suasana ceria dan mesra kekeluargaan. Tidak ada ketegangan berlaku, manakala mereka yang berada di pusat pengundian tidak menunjukkan dalam keadaan stres atau pun serius. Suasana berjalan penuh keceriaan dan mereka seolah-olah dalam satu majlis kenduri.

Tiadak ada aksi merayu dan memujuk pengundi, dan juga tidak ada barung atau bangsal panas disediakan oleh parti-parti bertanding. Apa lagi laungan dan caci maki provokasi tidak berlaku. Begitu juga baik pengundi tua, yang uzur mereka masuk sendiri dan papah ramai-ramai. Tidak ada yang membawa simbol mana-mana parti. Kertas senarai calon dan lambang parti di tampar di pusat pengundian untuk dijadikan rujukan pengundi membuat pilihan.

Manakala pusat pengundinya diadakan di rumah atau kedai kopi yang diubah suai menjadi sebuah pusat pengundian. Manakala kotak undi pula tidak seragam ada yang diperbuat daripada besi dan juga kotak bekasan barangan. Keadaan ini seolah-olah pilihan raya budak-budak sahaja.

Senarai calon dan parti bertanding untuk dijadikan panduan.
Begitu juga pasukan keselamatan seperti polis, rela dan tentera atau 'samseng parti' tidak ada yang mengawal pusat pengudian. Semuanya mereka urus sesama sendiri dengan penuh kepercayaan. Dan apa yang menarik lagi sesiapa boleh masuk ke pusat pengundian tanpa sebarang permit atau surat kebenaran khas. Sewaktu saya singgah di pusat pengundian di PTS 15 kota Pelembang, ketua tempat mengundi mengalu-alukan kedatangan saya dan minta masuk ke bawah bangsal yang dijadikan tempat mengundi untuk merakam gambar termasuk merakam pengundi yang sedang coblos.
Pengundi berjalan tenang ke pusat mengundi tanpa diganggu.

Kerana keramahan dan keterbukaan sehinggakan saya merasa segan untuk merakam proses berkenaan. "Sila pak, masuk rakam di dalam, mereka sedang coblos," begitulah pelawa ketua tempat pengundian di PTS itu. Tidak ada kecurigaan langsung pada wajahnya, dan begitu juga orang lain.

Suasana di sebuah pusat pengundian. Sangat simple.
Suasana ini menyebabkan saya merasakan proses pengundian itu tidak formal dan ia berlangsung dalam keadaan santai.

Mungkin satu segi proses pengundian di Indonesia tidak bersistemetik, tetapi ada ciri-ciri yang lebih baik daripada apa yang berlaku di Malaysia. Paling tidak mereka mesra sesama sendiri, tidak emosi dan menjadikan pilihan raya sebagai kewajiban kepada negara bukan kepada yang lain. [wm.kl.8:58 pm 09/04/14]

3 comments:

SantaidariUK said...

Assalamualaikum.Aduh aduh..bagus sekali Bapak Sayuti memberitakan gambaran pemilu dan suasana keberlangsungan ia di seberang sana. Sesuai dengan semangat pilihanraya, kok begitu tenang dan sangat terkawal sekali ya?Selalunya Malaysia negaraku tercinta ini digambarkan kita sering lebih terkehadapan serbi serbi dan maju dalam pengendalian pemilu dari saudara kita di Indonesia tapi dari segi ini waduh2 Malaysia tampak masih banyak lagi sudut yang perlu diperbaiki dan perlu dipelajari dari mereka.Saya amat mengimpikan itu apa nama- suasana dan semangat yang semacam itu boleh dibawa untuk pemilu di Malaysia....tapi kapan ya dan apa bisa pihak pemerintah menyediakan ruang yang sebegitu yang pastinya tidak akan memberi ruang untuk mereka mengekalkan kuasa pabila pemilu dikendali secara telus, tenang dan muhibbah sedemikian? Loohhh maseh jauh lagi tampaknya....waduh waduh.
wassalamualaikum

Abu Ketereh said...

Yang bagusnya di Indonesia ini, mereka memilih calon, bukan Partai. Proses Demokrasi seharusnya begitu Bpk Sayuti. Kita tidak seharusnya Emosional.
Di Malaysia ini berbeda.Pemimpin partai kepingin melihat partainya menang.
Indonesia lebih demoktratik saya pikir.

Unknown said...

Ya semoga saja malaysia bisa segera berubah keadaan demokrasi nya.Seperti halnya Indonesia yang sudah membayar mahal dengan kemajuan di bidang demokrasi yang aman.Tetapi saat ini kita boleh merasakan bahwa rakyat sudah muak dengan kekerasan dan penindasan rezim yang berkuasa