Wednesday, April 30, 2014

Kata Khalid dia akan jadi MB setakat penggal ini saja

SUSUPAN PETANG                                                                             

Maaflah petang-petang begini sambil minum kopi Aceh dan kueh "kosong" saya nak mulakan posting ini dengan ketawa ala-ala Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani; hahahahaaaaa. Kenapa saya memilih ketawa Abdullah Sani kerana sesuai untuk mengulik hati saya apabila terbaca cuplikan twiter MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang berbunyi; Saya tidak bercadang menjadi MB penggal ketiga, tetapi hanya akan menghabiskan penggal ini."

Dia juga menyebut pada akhirnya nanti dia mahu dikenali orang yang berkhdimat kepada rakyat.

Kenapa saya ketawa, kerana Khalid mengeluarkan kata-kata itu pada saat dia sedang bertarung nyawa dengan Azmin Ali untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR. Dia bercakap ketika dia masih berada atas kerusi MB Selangor yang didudukinya dengan kuasa politik.

Dan dia berkata begitu ketika dia baru sahaja terlepas dari bahanan projek Kajang Move.

Sebenarnya, Khalid dan orang-orang seperti Khalid boleh bercakap lebih lunak daripada itu. Misalnya, beliau boleh kata; bila saya berhenti nanti akan memberikan segala harta yang ada untuk rakyat Selangor. Khalid boleh tambah perkataan itu kerana ia lebih melunakkan lagi telinga pandir-pandir yang mendengarnya.

Setakat mengeluarkan kata-kata tidak menjadi masalah. Selagi lidah tidak bertulang dan lembu ia boleh diucapkan apa saja.

Apakah Khalid sedar atau tidak dan mengira kata-kata itu dipercayai oleh rakyat Selangor? Mungkin bagi Khalid yang dilihat jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat, merasakan keikhlasan itu. Tetapi seperti saya kata tadi, dia berkata di atas kerusi politik, sesiapa pun tidak mempercayai akan kebenarannya.

Kerusi politik menjadi lesen besar untuk seseorang melakukan, atau bercakap apa saja.

Bukan sahaja Khalid, sudah banyak orang-orang politik yang berjanji seperti itu, mahu berhenti, memberi laluan kepada orang lain, tetapi apabila tiba saatnya, kata-kata akan berpusing dan bertukar arah pula. Kata-kata awal (janji) itu akan hilang lenyap seprrti MH370. Justifikasi baru akan dicari bagi menghalalkan tindakan. Itulah sifat orang politik.

Jadi Khalid tidak payahlah berjanji itu dan ini. Kalau beliau ikhlas, berhentilah sekarang tak payah tunggu akhir penggal. Tindakan dan serangan dilakukan kepadanya lebih cukup daripada cukup untuk beliau berhenti. Katakan, serangan daripada Azmin tidak wajar dipedulikan, tetapi serangan daripada tujuh juta rakyat berhubung dengan masalah air sudah memadainya.

Apakah telinga Khalid tidak mendengar apa yang rakyat katakan kepadanya? Dan keputusan pemilihan yang sedang berlaku ini juga boleh dijadikan indikator yang beliau sedang ditolak oleh orang partinya sendiri.

Saya yakin dan percaya berdasarkan bangsa orang politik, DNA orang politik Khalid hanya akan cakap sahaja tetapi tidak akan berbuat. Kenikmatan politik sudah pun mulai menyelinak ke dalam pembuluh darahnya. Sekurang-kurang dua kali beliau menyebut menghabiskan wang kepada parti, tetapi tidak sekali beliau menjelaskan berapa pendapatan beliau sejak menjadi MB Selangor?

Jujurlah! [wm.kl.5:54 pm 30/04/14]

3 comments:

Unknown said...

Dengan Nama Allah SWT
Cakap salah tak cakap pun salah . Ada sahaja nak di reka reka cerita agar "Point Of View " jadi modal untuk bicara

mohd sayuti omar said...

Juga dengan nama Allah, kalau dah masuk dalam politik, samalah terjerlos dalam longkang, walaupun dibasuh kesan psikologinya tetap ada. Jangan masuk dalam dunia politik. Saya adalah penulis, pemerhati dan perakam politik.Harap sesiapa baca blog saya memahami realiti ini. Blog pendidikan, rap, ataupun bola sepak tak ada elemen politik.

Attar said...

Salam. Saya telah respons dalam twitter, Khalid ini, seorang yang sengaja tidak memahami hakikat MB adalah jawatan politik dan jawatan itu hak milik parti yang menguasai kerajaan negeri, yakni hak PR, bukan hak eksklusif individu yang diberi amanah menjawat jawatan itu.

Sepatutnya, Khalid mengeluarkan kenyataan sebagai seorang ahli politik, iaitu jika parti masih mengingini khidmat saya sebagai MB, saya akur.

Banyak orang melihat kritikan dan teguran dari Azmin, dan kini dari Dap, adalah teguran yang bukan dari individu tetapi teguran parti. Anwar sendiri pun beberapa menyindir Khalid secara terbuka soal pengurusan lebihan simpanan akaun Selangor, soal pembangunan org Melayu di kawasan majoriti org Melayu yg diabaikan Khalid, soal akses org politik dlm pentadbiran Selangor.

Namun, Khalid agak selamat dari Pas Selangor. Adakah ada sesuatu hubungan istimewa antara Pas Selangor dan Khalid? Jika diamati, Khalid sendiri tidak peka dan tidak endah pada partinya sendiri malah cabang yang dia sendiri menjadi pengerusinya.

Isu dan kemelut PKNS, MOU air Selangor dan Langat 2 ditangani secara rahsia sejurus seblm prk Kajang masih mistri.

Kini, isu catuan air, sehinggakan Anwar sendiri yg memgarahkan Khalid menamatkannya. Anwar membuat sidang media khas tentang isu air ini.

Isu catuan air kelihatan yang menentukan keputusan ialah Syabas dan Span. Khalid dilihat berbeza dari segi sikap dan tindakan sebelum mou air dan selepas mou air ditandatangani. Selepas Mou air Selangor, Khalid seperti kehilangan "power" ke atas Syabas. Dilihat dari sini, persoalan apakah yg mendorong Khalid melalui Faekah sanggup membelakangi Exco dan Anwar dlm memeterai Mou Air Selangor.

Khabarnya, bekas pengurus besar pkns yang melonjakkan keuntungan untuk pkns telah pun dilamar oleh konglomerat Singapura. Dan, kini jawatan pengurus besar pkns kini dipangku oleh individu yang sebelum menerajui glc selangor yang rugi saban tahun. Inilah hebatnya Khalid.

Prinsipnya, apabila keakuran pada parti tidak ada, menganggap diri hebat, memandang remeh ketua sendiri, corak pentadbiran ala "one man show" dan musyawarah tidak berlaku, maka tibalah masanya seseorang individu itu berundur sebelum diundurkan.

Wallahualam.