Saturday, August 3, 2013

Menanti Ahmad Yakob Selepas 100 Hari

RENCANA KHAS                                                                                   

Sehari dua lagi atau tepat pada 1 Syawal nanti akan genaplah 100 hari Ustaz Ahmad Yacob menjadi MB Kelantan. Beliau dilantik menjadi MB Kelantan tanggal 6 Mei menggantikan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sehari selepas pilihan raya ke-13 tamat. Masa 100 yang dianggap sebagai dalam pantang adalah penting bagi Ahmad sebagai MB baru. Dalam tempoh itu segala tindak tanduk dan pendekatan beliau akan diperhatikan. Pencapaiannya mulai ditilik dan dinilai sebaik mungkin.

Ahmad Yakob sedang dinilai.
Demikian juga stail atau pendekatan pentadbirannya akan disorot oleh umum. Gagasan wawasannya akan diperhitungkan. Apakah perubahan yang sudah atau sedang beliau fikirkan untuk dilaksankan akan diperhati dengan cemat oleh pemerhati politik dengan penuh minat. Umpama persembahan pertama pemain import dalam pasukan bola sepak, penglibatan sulungnya akan menjadi tumpuan ramai.

Sebenarnya bukan saja pemerhati politik bebas tetapi pihak musuh Pas (Umno) serta ahli-ahli parti sendiri juga akan membuat penilaian sendiri. Akan mengikuti Ahmad di sepajang tempoh itu. Sudah pasti dalam hal ini beliau akan dipadankan atau dibanding dengan apa yang Nik Aziz Nik Mat lakukan. Segala rekod Nik Aziz khasnya di awal pemerintahannya (tahun 90-an) akan dibuka balik untuk dipadankan dengan apa yang Ahmad telah lalukan dalam tempoh 100 hari.

Sebenarnya tidak adil untuk membandingkan Ahmad dengan Nik Aziz kalau hanya berpandukan kepada tempoh 100 hari itu. Nik Aziz memerintah selama 23 tahun, manakala Ahmad boleh disifatkan baru 23 hari. Tentulah jauh jarak dan 'farak'nya antara dua tempoh itu. Seadilnya tidak pun layak untuk diletakkan Ahmad di atas kerusi sama untuk dibandingkan dengan Nik Aziz.

Namun seperti dikatakan tadi, penampilan sulong Ahmad akan terus dinilai dan diperhatikan. Ia akan dicongak apakah beliau mampu untuk mengikut jejak pentadbiran Nik Aziz atau pun akan 'surender' awal di tengah jalan. Orang akan mulai melihat apakah kelemahan dan kelebihan beliau berbanding Nik Aziz. Semua itu akan dijadikan kayu ukur setidak-tidaknya untuk suku penggal pertama DUN Kelantan.

Semua pihak kena beri masa untuk beliau melakukan sesuatu dan mempamirkan wajah dirinya sebagai MB. Beri peluang untuk beliau menunjukkan kebolehan dan kemampuannya. Dalam hal ini Ahmad tidak boleh hanya beranggapan dia hanya sebagai peyambung pentadbiran Nik Aziz tetapi perlu ada idea dan brand tersendiri. Beliau adalah Menteri Besar Kelantan.

Perkara itu bukan senang dan mudah. Ahmad perlu mengubah cara dia berfikir atau menangani masalah. Beliau kini bukan lagi Timbalan Menteri Besar (TMB), tetapi beliau adalah Menteri Besar. Seorang MB beliau kena lebih bertanggungjawab. Harus berani melakukan perubahan dan menjana idea-idea dan pendekatan baru. Ia bukan lagi menurut arahan atau menjadi wakil, tetapi menjadi ketua dan mengarah orang.

Ahmad harus faham tugas dan tanggungjawab sebagai TMB sebelum ini, amat berbeza dengan tugas sebagai MB. Kalau dahulu setiap apa yang berlaku atau perubahan ia akan diletakkan atas batu jemala Nik Aziz, tetapi tanggungjawab itu telah berpindah ke atas bahunya.

Mengenangkan jawatan itu bukan sesuatu yang diburu oleh Ahmad, melainkan ia amanah tentu beliau sendiri tidak ada perancangan atau strategi awal untuk mentadbiran Kelantan. Boleh dikatakan beliau tidak bersedia dengan bekalan perubahan dan pembaharuan ke atas pentadbiran Kelantan. Saya percaya beliau lebih merasakan dia diminta meneruskan tanggungjawab sebagai MB dari berambisi untuk memegang jawatan itu.

Jawatan satu takdir

Kenapa saya berkata begitu. Kerana kalau dia seorang yang berambisi atau sudah mengangan-angankan jawatan itu sejak beberapa tahun lalu pasti dia sudah ada perancangan yang hendak dilakukan. Beliau sudah pun menghamilkan idea dan harapan. Tetapi tidak begitu bagi Ahmad Yakob. Dia lebih menerima tanggungjawab itu sebagai satu takdir yang terpaksa dipikul.

Sebab itu beliau sering mengulangi harapannya agar beliau dibantu. Beliau mengalu-alukan apa juga tunjuk ajar dan sedia dikritik demi kebaikan. Sikap rendah diri dan tawaduk yang merupakan pakaian asalnya terbawa-bawa walaupun beliau kini sudah menjadi CEO kepada negeri Kelantan. Sikap dan perwatakan ini sukar dihakiskan kerana ia sudah sebati dengan anak tok guru pondok itu.

Bagai mana setelah menerima tanggungjawab itu, bermakna gagal atau jaya Ahmad sebagai MB Kelantan ia terletak di atas bahu para rakan-rakannya. Mereka yang dilantik menjadi Exco merupakan hulang balang beliau untuk mengurus dan mendbrian Kelantan. Mereka inilah penjana apa-apa perubahan dan pendekatan baru yang hendak diterapkan oleh Ahmad. Dalam hal ini Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalannya memain peranan besar menyelamat dan menjaga maruah Ahmad.

Sekiranya  Exco yang dilantik tidak dapat memberi sumbangan bermakna, bekerja dengan penuh bersemangat, didikasi, ikhlas dan telus darjah atau markah Ahmad sebagai MB akan melonjak. Tetapi kalau sebaliknya, beliau akan gagal sebelum tiba hari sepatutnya. Hendak tidak hendak Ahmad harus berundur. Jadi di sini anggota Exco seramai sembilan orang itu adalah penentukan jaya dan gagal pentadbiran Ahmad sebagai MB. Dari sembilan Eco itu lima yang lama dan empat yang baru menjadi pemangkin kesuksesan Ahmad untuk menerusikan pentadbiran Nik Aziz.

Selain Exco individu atau pihak yang akan menentukan jaya atau gagal Ahmad sebagai MB ialah para lantikan politiknya dalam pelbagai aspek. Terutamanya mereka yang dilantik menjadi pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC) dan CEO syarikat berkenaan. Pengerusi dan Pengarah Urusan syarikat GLC memain peranan penting dalam menjana kewangan negeri. Mereka boleh disifatkan sebagai nadi dan gebnur kewangan negeri. Gagal dan jaya akan terletak ditangan mereka. Ahmad boleh melontarkan idea dan kehendak rakyat seperti mana dijanjikan, tetapi mereka ini yang akan menghadam untuk melahirkan hasil yang baik.

Bila menyebut perkara ini menimbulkan sedikit kebimbangan kepada saya. Sejauh mana mereka ini bekerja untuk Ahmad Yakob. Ini berikutan ada maklumat kononnya sudah ada beberapa individu tertentu yang membentuk menjadi kumpulan cuba bertindak dan mempengaruhi Ahmad untuk melaksanakan agenda peribadi mereka. Apa yang ketara ialah mengenai pemajakan tanah-tanah kerajaan untuk menjanakan kewangan negeri.

Mungkin tidak elok saya menyebut secara mendalam di sini, tetapi cukup setakat mengungkitnya untuk dijadikan perhatian Ahmad. Kalau Ahmad sudah menyedari akan perkara ini bagus. Sebaliknya kalau tidak ia perlu diawasi agar tidak sampaikan fenomena kerana ia membahayakan kedudukan Ahmad sebagai MB di kalangan rakyat. Kewujudan kumpulan ini bakal menjadi masalah.

Dalam hal ini Ahmad harus berani dan tegas mengenai hal-hal pemberian tanah atau apa-apa kontrek kerajaan. Dasar yang dilaungkan iaitu terbuka dan telus hendak dilaksanakan sepenuhnya. Apa yang kena pastikan dasar ataupun sistem diguna pakai biarlah menguntungkan negeri bukan individu atau syarikat tertentu. Mungkin pendekatan atau stail memberi apa-apa projek atau tanah kepada kroni di kalangan parti sudah tidak wajar lagi kerana cara itu merugikan kerajaan.

Pengalaman dilalui oleh Nik Aziz sebelum ini wajar dijadikan iktibar. Sebelum ini menerusi pendekatan mesra dan tidak mahu menyakiti hati, berlaku 'penyelewengan' di mana kerajaan memberi kelulusan tanah kepada individu tertentu tanpa mengira keuntungan kepada kerajaan. Anugerah bersifat ingin membantu rasanya tidak diperlukan lagi. Apa lagi syarikat sama memperolehi tanah atau tander lebih dari dua kali sehingga wujud beberapa berjouis di Kelantan.

Berbalik kepada tempoh berpantang Ahmad 100 hari, seperti juga orang lain, saya sendiri sedang membuat penilaian kepada kebolehan dan persembahan beliau sebagai MB. Saya mahu bertindak lebih adil tanpa mahu memberi apa-apa kupasan secara mendalam tetapi cukup melihat kepada semangat yang beliau lemparkan sebagai menjadi MB.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, sikap atau pendekatan yang beliau ambil cukup sesuai dengan perwatakannya lemah lembut dan terbuka. Beliau tidak mahu agresif dalam apa-apa tindakan atau berlawan dengan pihak musuh, Umno. Dalam kata lain Ahmad tidak mahu terjebak dalam kontrovesi. Kesediaan beliau menerima 'padahan' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi menjadi tuan rumah bersama tilawah membaca Quran tahun ini, mejelaskan akan sikap sedarhana dan pendekatan beliau. Apa yang dicuba diterapkan Ahmad Yakob satu perubahan yang positif yang saya kira diterima rakyat Kelantan.

Rakyat merasa bangga

Rakyat Kelantan tentu merasa bangga dengan apa yang berlaku itu. Setidak-tidaknya rakyat Kelantan merasakan mereka sudah mulai diraikan. Ketegangan antara Federal dengan Kelantan boleh mengendur. Pun begitu Ahmad tidak tidak boleh berpuas hati setakat itu saja. Beliau harus melalukan atau mewujudkan beberap bentuk kerajsama lain yang lebih bermakna lagi. Di pihak Umno pula perlulah mengambil peluang ke atas perubahan dan pendekatan baru dibawa MB baru ini.

Seperkara yang saya tampak dan ianya perlu disegerakan ialah menjalinkan hubungan dengan badan-badan atau lembaga milik kerajaan Persekutuan yang ada hubung kait langsung dengan negeri Kelantan. Maksudnya ia berjalan atas premis negeri, seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesar), Felcra dan lain-lain. Elok kalau Ahmad mengikat kerjasama dengan badan-badan ini. Peringkat pertama ialah meminta lembaga atau badan-badan itu meletakkan wakil-wakil kerajaan negeri di dalam institusi itu. Peruntukan itu sudah tersedia ada tetapi tidak dipenuhi.

Dengan semangat dan stail kepimpinan baru, selaras dengan konsep wasatiyah, Kada dan Kesedar atau Felcra rasanya boleh memenuhi keperluan itu. Agensi kerajaan dibawah federal itu kena mengotakan janji diakui Mustapa Mohamed yang akan sedia bekerjasama dengan Kelantan. Kalau masalah menempatkan wakil kerajaan dalam lembaga berkenaan pun tidak boleh dan mahu dilakukan tidak gunalah bercakap untuk berkerjasama apa lagi mengharapkan keharmonian politik lebih tanggung dari itu.

Begitu juga dengan badan-badan lain seperti Majlis Sukan dan Kebudayaan Negeri, Pelancongan Negeri atau Jabatan Pertanian perlu ada wakil didalam majlis berkenaan. Demikian juga dipihak kerajaan negeri bagi merealisasikan kerjasama ini serta menampakknya ia realstik (ada timba balik) kerajaan negeri boleh melantik wakil-wakil daripada Umno menduduki badan-badan atau lembaga pengarah di dalam syarikat GLC atau pun seumpamanya. Kalau hanya mengharap satu pihak ia tidakakan menjadi kenyataan, maka kedua pihak perlu saling memnberi dan menerima mengikut kapasiti dan kouta sepatutnya.

Akhir yang saya ingin tegas untuk perhatian Ahmad Yakob beliau perlu rajin menyemak apa jua keputusan berhubung sesutau perkara besar khasnya melibatkan tanah atau pemberian projek kepada mana-mana pihak, hendaklah disemak berkali-kali. Ahmad jangan menerima keputusan dibuat oleh sepihak saja tetapi perlu ada semakan dengan pihak-pihak lain yang boleh dipercayai. Ini bertujuan untuk tidak memerangkap beliau dalam pagar berduri yang sedang dibina indivudu-individu tertentu yang siap sedia mengambil kesempatan untuk diri sendiri.  [wm.kl.8:09 am 03/08/13]

1 comment:

Unknown said...

Ustaz DAY perlu melantik dan mengadakan panel penasihat pembangunan dan ekonomi Kelantan yg terdiri dari CEO/GM anak2 sykt SLC.

Lantiklah mereka yg berkaliber dan berkemampuan untuk menerajui sykt. dan memacu ekonomi dan pembangunan negeri dan TIDAK melantik mereka semata-mata kerana mereka 'orang/mesra PAS'.

Alim dan wara' bukanlah rukun utama untuk menjadi pemerintah sebuah negeri, tapi perlu bijak dan mahir dalam pentadbiran dan pengurusan negeri serta soleh.

Saya mengesyorkan Ustaz DAY supaya mengelilingi dirinya dgn cerdik pandai yang jujur, dan amanah untuk menasihati dan membantu beliau memacu Kelantan demi amanah terhadap rakyat dan negeri.