Monday, April 16, 2012

Tinjauan Khas

Pas Terengganu Jangan Perkecilkan PKR

Semalam saya memaksa diri untuk ke Dungun Terengganu untuk melihat suasana ceramah Anwar Ibrahim di sana dan meninjau perkembangan politik terbaru di negeri itu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dungun mengambil masa enam jam, cukup meletihkan bagi insan seusia saya. Apa lagi sebaik selesai ceramah terus balik.

Mengenang 'kelaaihan' diri menyebabkan saya terfikir macam mana orang politik seperti Anwar Ibrahim boleh mengawal kesihatan dan stabil dalam perjuangan. Betapa tidak orang seperti dia hampir setiap malam menjelajah ke seluruh negara berjuang untuk rakyat. Paling merujakan bagaimana beliau dapat menjaga kesihatan dalam keadaan tanpa rihat yang cukup. Selalunya kalau berceramah di Semenanjung, sebaik ceramah beliau akan pulang.

Agak lama saya tidak ke Terengganu kira-kira tiga bulan. Negeri ini adalah negeri paling akhir saya jelajahi untuk meninjau suasana politik. Kesemua negeri di Semenanjung sudah habis dijajah. Minggu depan kalau tidak ada aral melintang saya akan ken Sabah unhtuk melihat perkembangan mutakhir di sana yang dikatakan cukup menarik.

Walaupun keletihan tetapi saya paksa juga diri untuk ke Terengganu melihat sendiri perkembangan terakhir politik di negeri Penyu Menangis itu. Kandati ada laporan dari kawan-kawan rasanya tidak sah kalau saya tidak menjejak kaki sendiri. Tidak cukup...

Iyalah kalau kita turun sendiri kita dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri. Saya suka lihat sendiri daripada menerima maklumat. Kalau kita pergi sendiri kita boleh membaca daripada suasana majlis, angka yang hadir dan juga selera orang ramai dalam majlis berkenaan. Perbualan dengan orang ramai akan memberi input yang tidak mungkin kita dapat dari laporan orang lain.

Saya ada penilaian sendiri untuk membuat sesuatu simpulan ke atas sesuatu majlis.

Fokus utama saya ke Terengganu ialah bagi melihat sambutan rakayat Terengganu kepada kunjungan Anwar Ibrahim. Semalam Anwar mengadakan beberapa siri lawatan ke Terengganu dalam rangka merasmikan gerak kerja pilihan raya. Sebelum ini terdengar khabar bahawa rakyat Terengganu kurang memberi sambutan kepada Anwar khasnya dan PKR amnya.

Justeru itu maka Pas rakan PKR yang lebih menonjol di sana tidak begitu 'berselera' dengan PKR. Natijahnya Pas dikatakan enggan bekerjasama dan pembahagian kerusi kepada PKR pun dikurangkan. Katanya Pas bersedia memberi tujuh kerusi sahaja kepada PKR lima Dun dan dua parlimen.

Dari segi anga sudah mencukupi, bagi PKR. PKR tidak perlu mengejar lebih dari itu. PKR berangan-angan untuk mendapatkan 11 kerusi; lapan Dun tiga parlimen. Sebenarnya soal pembahagian kerusi tidak penting dan tidak patut dijadikan subjek perbicaraan terbuka. Pas dan PKR boleh berunding secara aman. Perkara paling penting ialah Pas dan PKR perlu pastikan Terengganu jatuh dulu kemudian kalau hendak bergasak, bergasaklah kemudian.

Sikap mempertikaikan kerusi ini satu tindakan tidak bijak bagi kedua-duanya. Apa diamalkan di Kelantan sepatutnya menjadi contoh kedua-dua parti itu. Di Kelantan tidak timbul masalah perebutan kerusi. Baik Pas dan PKR tampaknya dapat menerima hakikat yang ada. Tidak perlu geger-geger.

Dalam siri lawatan ke Terengganu semalam Anwar telah mengunjungi beberapa tempat. Antaranya ialah Kuala Nerus, Losong Kuala Terengganu dan Dungun. Kesemua tempat dikunjungi itu mendapat sambutan hangat. Melihat kepada sambutan itu seolah-olah tidak ada apa-apa masalah kepada rakyat mengenai hubungan PKR dan Pas.

Rakyat nampaknya bersemangat untuk melihat kerajaan UBN Terengganu jatuh 'berdebak'. Mereka tidak fikir atau berkira siapa yang akan bertanding. Seharusnya semangat dan persefahaman rakyat itu diambil untuk dijadikan azimat persepakatan Pas dan PKR terutamanya dalam pembahagian kerusi.

Misalnya majlis ceramah di Dungun memberi gambaran akan kehebatan PKR di situ. Sebelum ini katanya PKR susah untuk mengadakan program disebabkan kurang mendapat kerjasama dari pimpinan Pas kawasan Dungun. Pas pula kalau mengadakan program tidak menjemput wakil PKR? Tetapi dengan kehadirian lebih 6,000 pada ceramah malam itu membuktikan rakyat bersungguh untuk melihat UBN tumbang dan mereka tidak mempedulikan kepada titik bengit politik Pas dan PKR.

Jelas sekali majlis malam itu tidak mendapat kerjasama Pas Dungun. Di kawasan ceramah tidak seprerti biasa, tidak ada sehelai bendera bulan pun dikibar sebagai memberi semangat dan menunjukkan sikap kerjasama. Kerana tanpa kerjasama parti yang sudah berpengalaman itu juga maka pentas ceramah salin tak tumpah macam panggung wayang kulit sahaja. Tidak sepatutnya pentas ceramah seolah-olah berada dalam kubang kerbau.

Saya yaking kalau majlis di Dungun malam tadi mendapat kerjasama Pas jumlah yang hadir mungkin lebih besar dari itu. Mungkin mencecah sampai 10 atau 15 ribu. Seharusnya kesan daripada tidak ada kerjasama dan bertelingkah sesama sendiri diambil iktibar oleh kedua-dua pihak. Kalau ia dibiarkan kemungkinan Pakatan Rakyat boleh kalah bukan kerana kekutana UBN tetapi disebabkan kelemahan dan kecelaruan Pakatan Rakyat sendiri.

Pas kawasan Dungun sepatutnya mengambil sikap terbuka dan understanding seperti diamalkan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang turut sama hadir dan menyampaikan ceramah. Kerjasama dan perpaduan perlu ditunjukkan kepada umum untuk menyakinkan rakyat. Kalau tidak silap pimpinan Pas kawasan yang hadir malam itu ialah bendahari Roslan Ibrahim.

Dalam keadaan apa sekalipun Pas tidak boleh memperkecilkan PKR di Dungun. Mungkin jumlahnya keahliannya jauh lebih kecil dari Pas dan begitu juga jentera pilihan rayanya tidak tersusun, tetapi kalau penyokong dan ahlinya yang kecil tidak memberi undi kepada calon Pas, menyebabkan Pas boleh kalah.

Hakikat ini perlu diingat sebaik mungkin. Dalam politik demokrasi undi walaupun satu ia penting kerana undi yang satu itulah yang memberi kemenangan. Sekali lagi ditegaskan perkara utama yang perlu diletakkan dihadapan ialah untuk menjatuhkan UBN Terengganu bukannya mendapat kerusi untuk diri sendiri.

Soal calon nanti tungguhlah di hari akhir dan sesiapa yang akan dicalonkan baik Pas atau PKR semua pihak harus sepakat menerimanya. [wm.kl.10:25 pm 17/04/12]

2 comments:

john said...

Salam pak mso..

Saya antara yang berada dicelah2 orang ramai pada malam tersebut. Ingat nak bersalam juga dengan pak mso tetapi suasana tak menginzinkan.

Betul, maklumat dari pas kawasan Dungun memang tidak membenarkan pas terlibat dengan PKR. Ini disahkan oleh ahli2 pas kawasan. Sebenarnya dalam hubungan ini kena ada tolak ansur. Pas kawasan telah buat post-mortem untuk PRU 08 dan didapati bilangan undi untuk calon PKR merosot berbanding dun. Tambah lagi dengan ketidak-upayaan jentera2 PKR yang bergantung sepenuhnya dengan PAS.

Wakil2 muslimat seolah-olah sudah serik dengan wakil dari PKR yang langsung tidak berkeupayaan dalam berkempen. Mereka tidak mahu 'pisang berbuah dua kali' dan jika sekirannya PKR masih lagi mengidam kerusi di Dungun ini alamatnya PKR akan terkial-kial.

Kenyataan dari PKR yang mahukan kerusi yang lebih adalah kenyataan yang tidak cermat pada saya. Kenyataan telah keluar melalui akhbar untuk tatapan umum ini memaksa PAS terpaksa mengeluarkan kenyataannya. Ini bagi menjaga akar-umbi Pas. Jadi diharap PKR dapat 'mengukur langit ini tinggi atau rendah' untuk negeri Terengganu.

Mengenai kehadiran pada malam tersebut, jumlah yang ramai adalah kerana kedatangan DS Anwar Ibrahim yang masih lagi relevan. Jika DSAI bukan penceramah utama, saya percaya nak kumpul 200 orang cukup sukar. Saya akui faktor Anwar lah yang memberikan kehadiran yang ramai.

Jadi untuk negeri Terengganu ini, saya sokong kenyataan Pak MSO pastikan dulu kemenangan baru nak bergasak. Untuk makluman saya bukan pengundi di kawasan Dungun tetapi salah seorang yang pernah mengikuti era reformasi semasa di Universiti. Semoga cahaya perubahan akan bersianr selepas PRU 13 TAKBIR!!

Hishamuddin said...

Salam,

Ceramah mlm semlm mmg kelihatan hambar tanpa secebispun bendera bulan. Sebagai anak jati Dungun, saya terpanggil utk memberi sedikit komen. Rata2 yg hadir mlm semlm adalah ahli PAS. Pada mulanya saya mendengar ceramah itu di tempat peniaga2 menjual makanan yg berjarak lebih kurang 30meter dr pentas ceramah. Alangkah hampanya dgn kemudahan speaker yg di gunakan..."org ganu panggil bunyi mcm kentut dlm kain". Kenapa ini harus berlaku? Sepatutnye speaker yang di gunakan berkualiti tinggi dan mampu menghasilkan bunyi pd jarak yg lebih baik seperti mane ceramah Ustak Nasaruddin Daud(speaker DUN Kelantan)malam tadi bertempat di surau Tuan Guru Hj. Zainal Abidin yg berjarak 2km dari rumah saya, namun sayup2 masih kedengaran suara penceramah.

Skrg mmg agak ketara nampaknya perselisihan PAS/PKR terengganu. Adakah PKR negeri menghalang bendera PAS di naikkan jika majlis itu anjuran mereka? Jika itulah sebabnya amat kebudak2lah sikap pimpinan PKR negeri. Dalam hal pembahagian kerusi, PKR harus beralah demi kekuatan PR. Kerusi yg di tawarkan oleh PAS sudah memadai dgn minoriti ahli yg mereka miliki. DS Anwar dan Cikgu Pa pun satu hal, kenapa sebelum ceramah tak minta bendera PAS di naikkan sama. Persetankan gelagat pemimpin bawahan yg merugikan parti demi menunjukkan keegoan masing2.

Keseluruhannya ceramah mlm td boleh di katakan berjaya. Cuma pada pengiraan saya kehadiran mlm td hanya sekitar 3000-3500 org sahaja berdasarkan pungutan derma sekitar RM9000.
P/s: Tuan MSO nampaknya kena hebohkan aktiviti harian tuan agar senang penjenguk Blog tuan dpt bertegur sapa dan bersua muka ketika tuan hadir ke majlis di negeri penjenguk blog tuan. :)