Monday, March 5, 2012

Ulasan Kemelut Pas

Api Terus Membakar Jerami
Fhahrolrazi Buat Sidang Akhbar Jawab Petang Ini

Sidang akhbar yang diadakan oleh Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali pagi ini tidak banyak mengubah keadaan di Kedah. Sidang akhbar itu hanya penjelasan berhubung keputusan atau pun gambaran suasana di kediaman MB di Mentaloon malam Sabtu lalu. Sidang akhbar itu menjelaskan persetujuan umum yang dicapai pada pertemuan mahabbah itu tetapi bukan yang hakiki.

Sidang akhbar hari ini tidak mengkonkritkan sesuatu yang diharapkan ini menyebabkan api masih membakar jerami kering di Kedah.

Ia sama sekali tidak menamatkan kemelut yang sedang melanda Kedah sekarang ini. Mustapa menjelaskan bahawa pihak Pas Pusat meminta supaya dua Exco yang enggan sambung khidmat mereka sebagai protes itu, Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh menerima semula jawatan itu. Manakala Azizan Razak dikekalkan sebagai MB Kedah dan juga sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah. Itu saja tidak ada perkembangan yang diharapkan selain dari apa yang sudah kebanyakan maklum.

Itu sahaja pejelasan Mustapa tidak lebih dari itu. Rasanya penjelasan itu sudah tidak perlu lagi kerana orang sudah pun mengetahui. Namun ianya dibuat sebagai rekod official saja. Orang luar dan pemerhati sudah dapat mengagak bahawa kemelut itu tidak selesai selepas perjumpaan itu apabila tidak ada sidang akhbar segera pada malam itu.

Kalau kemelut itu selesai sudah tentu sidang akhbar diadakan di Mentaloon malam itu di mana puluhan wartawan sedang menanti. Sidang akhbar itu seharusnya menampil kedua pihak yang bertelagah - Pharolrazi dan Azizan) duduk bersama presiden Abdul Hadi Awang yang diapit setiausaha agung Mustapa Ali dan kooradinator Salehuddin Ayub sambil membaca kenyataan yang diputuskan. Begitu juga semua dewan-dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat Pas perlu juga ada sama. Kalau perlu mungkin Dewan Himpunan juga patut ada.

Tetapi bila tiada sidang akhbar dan masing-masing terutamanya Phahrolrazi masih diberi peluang untuk berfikir dan berbincang dengan kawan-kawannya, di luar ertinya kemelut itu tidak selesai. Himpunan mahabbah malam itu hanya menghabiskan beras sahaja tanpa memberi signifeken yang sebenarnya.

Saya sudah dapat agak bila majlis memberi peluang kepada Phahrolrazi untuk menerima pandangan kawan-kawannya keadaan akan berubah. Apa lagi Phahrolrazi yang menyerahkan seratus peratus keputusan dirinya kepada ulamak (kawan-kawannya) menyebabkan keputusan ataupun konsensus akan berubah. Jadi apakah erti dan faedahnya majlis mahabbah itu diadakan?

Sepatutnya Pas Pusat membuat keputusan yang jelas dan ketetapan diambil yang tidak boleh dirubah-rubah lagi pada malam itu selepas mendengar penjelasan, pengakuan ataupun peluahan perasaan kedua-dua pihak. Bila tidak ada ketetapan dan arahan wajib itu menunjukkan Pas Pusat tidak bersedia dengan keputusan jitu dalam mengadakan majlis itu.

Apabila Phahrolrazi dilepas untuk menerima pandangan di luar majlis mahabbah itu maka tentulah keadaanya jadi lain. Pandangan Pharolrazi juga akan berubah bila mana ia melihat suasana berbeza dari kediaman MB itu. Teringat keadaan kes Phahrolrazi ini samalah keadaanya kita hendak pergi beli kereta terpakai. Jangan sesekali bawa ramai kawan kalau kita hendak pergi beli kereta terpakai. Kesudahannya nanti kita tidak jadi beli apabila kawan itu komen begini, kawan ini komen begitu. Sebaiknya kita pergi bersendirian dan buat keputusan sendiri.

Nah begitu juga sepatutnya berlaku pada malam itu. Phahrolrazi perlu pergi bersendirian dan buat keputusan sendiri. Atau kalau ketua dewan ulamak sudah ada malam itu, mereka harus membuat keputusan sama ada terima atau tidak tawaran malam itu juga. Meminta untuk berfikir di luar majlis adalah silap. Tidak ada gunanya memanjangkan masa dan hari kerana ia meletihkan banyak orang. Cara itu tidak fatanah.

Hari ini (atau ketika) ini Phahrolrazi katanya sedang membuat kenyatan akhbar sebagai menjawab sidang akhabr Mustapa Ali tadi. Saya sudah beri amaran kalau asyik berbalas kenyataan akhbar sampai ke bila pun kemelut itu tidak akan selesai.

Semisalnya dalam sidang akhbar petang ini Phahrolrazi yang bersendikan kepada ulamak menolak jawatan Exco itu sudah tentu ia memerlukan satu lagi sidang akhbar oleh pihak Pas Pusat pula keesokannya. Pas akan menjelaskan hal-hal tertentu bersabit dengan penolakan itu dan ketetapan baru perlu dibuat. Selepas itu dibalas pula oleh sidang akhbar oleh pihak Phahrolrazi pula. Bila hendak ada kesudahan. Lama-lama kelamaan Pas Kedah jadi 'koleh'.

Semua pihak nampaknya beriya dan serius hendak menyelesaikan kemelut berkenaan. Semua pihak menerima hakikat bahawa kemelut itu boleh meruncingkan keadaan Pas. Kalau tidak pun di pihak ulamak yang katakanya agak rigid dalam hal ini. Ulamak bermati-matian seolah tidak mahukan Azizan lagi kerana kononya banyak kemungkaran yang dilakukan. Di satu peringkat katanya ada fatwa mengatakan bahawa Azizan wajib diturunkan?

Dalam hal ini perlu ada kebijaksanaan dan maslahat berpolitik. Pihak yang berpandangan begitu perlu sedar apakah mereka fikir dengan tiada kemungkaran yang mereka maksudkan itu kemenangan akan tercapai? Atau pun dalam hal ini kemenangan (kuasa) tidak perlu? Kalau tidak perlu buat apa dari sisi lain menerima sistem politik untuk mendapat kuasa? Ulamak yang tidak bijak dan reti bahasa dan alam politik elok tidak menyertai politik kepartian?

Masalah yang dihadapi Phahrolrazi itu nampaknya tidak difahami sedalam-dalamnya oleh banyak pihak termasuk Pas Pusat. Apa yang dituntut ialah supaya 'kemungkaran' yang mereka tafsirkan itu dihapuskan. Kedudukan Phahrolrazi sebagai Exco atau tidak, tidak berbangkit. Jadi apa salahnya kalau Pas Pusat menekan kepada pembersihan kemungkaran-kemungkaran itu - iaini kesalahan Azizan Razak tetapi tidak pedulikan soal Phahrolrazi mengenai kedudukannya sebagai Exco.

Beliau sudah kata tanpa jawatan tidak mengapa dan dia akan tetap setia dengan parti. Bagus. Nah Pas Pusat perlu berusaha membersihkan kemungkaran dan memperbetulkan sistem pentgadbiran Azizan saja dan dalam masa sama tidak perlu mengharap Phahrolrazi dan Ismail menerima jawatan Exco. Mudah saja.

Kepada saya bukan hanya dengan cara Phahrolrazi dan Ismail kembali menjadi Exco untuk menampakkan Pas berpadu dan kuat, tetapi yang penting Pas harus memberi jaminan tidak akan ada lagi kemungksaran dilakukan Azizan selepas ini. Kesilapan Azizan bukan saja tidak disetujui oleh Phahrorazi dan Ulamak tetapi pihak-pihak lain juga. Inilah perkara pokoknya tetapi tidak cuba diatasi oleh Pas Pusat melainkan untuk meletakkan mereka sekatil kemudian capture kepada umum kononnya mereka damai.

Jadi kalau petang ini Phahrolrazi dan Ismail menolak jawatan Exco atas nasihat ulamak, jangan kata apa-apa terima dengan baik. Anggap keputusan itu terbaik. Tetapi apakah dengan menolak itu kalau kemungkaran Azizan tetap berlaku juga bermakna kedua mereka dan ulamak sudah berpuas hati dan rasa menang?

Kalau tidak, maka lebih baik terima jawatan Exco setidak-tidaknya dengan jawatan itu boleh digunakan untuk menegur dari dalam akan segala kemungkaran itu. Kalau Exco sudah tidak pegang, kemungkaran pula berterusan, ini bermakna ulamak Kedah berada dalam keadaan dua kali rugi.

Dan ia akan menjadi tiga kerugian kalau golongan ulamak bergabung dengan mereka yang benci dengan Azizan melawan Azizan dalam pilihan raya. Golongan yang membenci Azizan juga jangan begitu rasa sedap hati dalam keadaan Azizan sakit begitu yang beliau tidak ada penyokong?

Dalam politik untuk mendapatkan kuasa keadaan Azizan yang lemah itu juga boleh ditegakkan untuk dijadikan senjata. Sebelum ini sudah banyak kali orang yang lemah, disangka hendak mati tiba-tiba menjadi hidup semula bila mereka disimbah semangat. Dalam politik orang lemah menumpang harap kepada pihak yang kuat. Ini sudah satu fitrah alam.

Sedarlah duhai orang Pas Kedah terutamnya pimpinan atasan sejarah sering kali berlaku dan kita pula selalu mengalpa sejarah. [wm.kl.4:38 pm 05/03/12]

No comments: