Wednesday, March 14, 2012

Ulasan Berita

Apakah Dakwaan Abu Bakar Ada Kena Mengenakan Dengan RM700 Juta?

Apakah dakwaan oleh Abu Bakar Hassan berhubung tindakan Tabung Haji (TH) dikatakan telah menganiayakan usahawasan Bumiputera ada kena mengena dengan pendedahan rambang yang saya buat menerusi blog ini beberapa minggu lalu yang mana TH bakal kehilangan wang pendeposit bakal haji sebanyak RM700 juta apabila syarikat yang dijamin gagal atau mengalami kerugian.

Katanya wang pendeposit itu bila-bila masa sahaja akan dikeluarkan hanya menanti pihak bank menuntut dari TH. Syarikat yang dijamin TH katanya sudah tidak ada harapan lagi untuk hidup.

Pihak TH tidak membuat sebarang penafian ke atas pendedahan itu, hanya diam membisu saja. Menteri yang menjaga urusan TH yang dikaitkan dengan wang zakat juga tidak ‘berketek’ – diam membisu, nafi pun tidak mengiya pun tidak.

Semalam seorang pengarah syarikat yang mendapat projek dari TH Abu Bakar mendedahkan bagaimana TH telah menganiaya usahawan bumiputera bila mana TH meluluskan projek itu kepada syarikat bukan milik Islam.

Kata Hasan mulanya projek untuk membangunkan sistem giliran beraturan untuk urusan kaunter asalnya dianugerahkan kepada salah satu syarikat TH, Tetha Edge Berhad.

Bagaimana pun syrikat itu tidak membangunkan sendiri tetapi diberikan kepada syarikat milik bukan orang Islam. Beliau menyifatkan pemberian itu sebagai pecah amanat dan khianat. Umum tahu pendeposit dalam TH adalah orang Islam yang menyerahkan wang mereka untuk diurus dan ditabirkan secara Islam.

Tindakan itulah juga didakwanya perbuatan yang menganaktirikan syarikat milik orang Islam, sedangkan syarikat beliau sendiri, Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd mampu menjalankan projek tersebut.

Sehubungan itu Abu Bakar membuat pededahan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menanganinya. Kalau boleh PPIM juga patut menyiasat dakwaan rambang oleh sumber dalaman berhubung TH bakal kehilangan RM700 juga. Penyiasatan jangan ditangguh-tangguhkan tetapi perlu disegerakan. [wm.kl.5:00 pm 14/03/12]

No comments: