Thursday, November 10, 2011

Susupan Tengah Malam

Dendam Lembu Terbalas

[tanpa edit] PKR mengambil masa lebih setahun untuk membalas 'dendam' apa yang dilakukan oleh pemuda liar yang didokong Umno Selangor ke atas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Khalid pada tahun pertama beliau jadi MB telah memberi lembu korban kepada kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak. Pemberian lembu korban itu dianggap sebagai perbuatan salah dan ada unsur-unsur rasuah.

Alasannya naif kerana lembu itu diberi kepada parlimen di luar Selangor sedangkan duit digunakan membeli lembu adalah duit kerajaan Selangor?

Laporan kepada SPRM dibuat oleh sebuah badan bebas atau Ngo yang menguruskan perihal rasuah lembu korban itu. Kalau tidak silap saya Nazree Yunus yang tampil membuat laporan SPRM ke atas Khalid. Ketika itu Nazree adalah budak suruhan dan anak didik Ezam Mohammad Nor di dalam sebuah badan bertindak apa dinamakan Gerak.

Nazree hari ini sudah menyertai PKR dan menjadi Ketua Angkatan Muda PKR di Negeri Sembilan. Beliau tidak ikut jejak bekas bosnya kembali menjilat butut Umno dan diberikan upah menjadi senator boy.

Ketika itu riuh randah fasal lembu. Khalid sendiri jadi malu kerana beliau digelar lembu. Sepanduk menguntuk MB yang berbunyi berbagai kata-kata penghinaan diangkat untuk menjatuhkan imej dan maruah Khalid. Antara kata-kata itu "MB Bodoh Macam Lembu", "Khalid Lembu" dan sebagainya.

Bunyi sepanduk itu sebenarnya menggambarkan khalayak yang membawa kepala lembu tersebut yang lebih primitif daqripada orang yang belum tamadun dan tahu tekan lif untuk naik ke menara KL.

Bila dibuat aduan SPRM secepat kilat pula membuat siasatan ke atas laporan dibuat Gerak itu. Akhirnya SPRM mendapat Khalid tidak bersalah dan tidak ada unsur rasuah. Itulah politik, lembu korban untuk dibuat kebajikan pun dibawa ke SPRM. Apa yang diterima Khalid sama yang diterima Nik Aziz di Kelantan yang hendak pergi tunai haji pun dibawa ke SPRM. Sampai MB itu terpaksa membatalkan niat untuk ke Makkah.

Tuhan itu Maha Adil dan Maha Membalas. Hari ini keaiban yang dirasai Khalid itu dan sebahagian orang dalam PKR itu sudah terbalas. Kalau ia sebagai dendam PKR kerana menghina MB mereka, kini ia terbalas. Pendedahan yang dibuat oleh PKR berhubung penyelewengan dalam projek fedlot bernilai RM250 juta yang diberikan kepada keluaraga Sharizat Jalil telah menjawab cerita sebenarnya.

Pendedahan bagaimana pengusaha projek itu telah membeli kondominum bernilai RM9.8 juta menyebabkan semua penghinaan ke atas Khalid sebelum ini terjawab. Pendedahan itu menebus aib kerana fitnah. Kini yang ternyata bermain dengan lembu dan mencuri wang rakyat ialah menteri UBN dan bukannya MB PKR atau Pas.

Apa yang berlaku seperti mana didedahkan Saifuddin Nasution Ismail itu sungguh mengaibkan sekali. Apa lagi ia melibatkan maruah dan integriti perdana menteri, timbalan persana menteri, menteri pertanian dan asas tani, menteri wanita, ketua pemuda dan lain-lainnya. Orang ini mula cuba menyumbat rahsia busuk ini (penyelewengan) ini dengan kain buruk persis menyumbat mulut lembu berair agar tidak meleleh air liur.

Tetapi Tuhan Maha Berkuasa. Kalau sudah busuk, ia tidak dapat dilindungi dengan sebatang lalang lagi. Betapa ia dikunci dan ditutup kemas kemen tetapi bila ia busuk ia akan berbau juga. Curahlah berdozen minyak wangi ia akan tetap membusuk, menerawang ke lubang hidung rakyat jelata. Pihak PKR telah berjaya menghidu bagaimana wang untuk projek lembu itu disalah gunakan membeli kondo di Bangsar bernilai RM9.8 juta.

Itu yang telah didedah yang belum terhimbau busuknya masih banyak. Peruntukan untuk projek lembu itu banyak. Nescaya ada lagi. Pendedahan itu bukan saja memalu, mengejut tetapi melucukan. Peruntukan untuk projek lembu digunakan untuk beli kondo. Benar kata Saifuddin kondo dan lembu tak ada kena mengena langsung.

Sebenarnya masih banyak penyelewengan dan tembelang busuk UBN yang belum didedah. Yang terdedah itu hanya tidak sampai 1 persen. Selepas ini akan ada lagi pendedahan demi pendedahan keburukan dan penyelewengan dilakukan UBN. Logiknya tidak dinamakan kerajaan UBN kalau ia bukan menyonglap wang rakyat.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemberi maklumat terutamanya berhubung bukti transaksi wang untuk pembelian kondo berkenaan. Anda sebenarnya adalah wira negara kerana keberanian anda rakyat dapat tahu akan "mahabul"nya kerajaan UBN ini. Terima kasih juga kepada tiga pemimpin pelapis PKR yang berani dan ulet Saifuddin, Rafizi dan Tian Chua kerana menguruskan pendedahan itu secara sistemetik sekali. [wm.kl.11:39 pm 10/11/11]

No comments: