Monday, July 25, 2011

Susupan Tengahari

Bintang-Bintang Bola Sepak Kelantan
Akan Beraksi di Stadium Kelana Jaya

SEMPENA Himpunan Anak Kelantan di rantauan pada 30 Julai ini para peminat bola sepak dari seluruh negara khasnya dari Kelantan yang berada di sekitar Lembah Kelang akan berpelung untuk menemui semula bintang-bintang bola sepak Kelantan dari tahun 60-an hingga tahun 80-an.

Mereka akan didatangkan khas dari Kelantan untuk mengadakan persembahan pada himpunan berkenaan serta beramah emsra dengan warga Kelantan yang berada di luar Kelantan.

Menurut pengarah himpunan itu, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah seramai lebih 20 orang bintang-bintang bola sepak asal Kelantan telah berjaya dihimpunkan dan akan dibawa untuk menemui para peminat mereka di Stadium Majlis Bandaran Petaling Jaya, (MBPJ) di Kelana Jaya pada hari tersebut.

Menurut Wan Abdul Rahim yang juga ahli Parlimen Kota Bharu dan merupakan kaki bola bintang-bintang bola sepak itu kini sedang mengadakan latihan insentif untuk persembahan khas berkenaan.

Menurutnya di antara bintang-bintang bola sepak Kelantan yang tersohor dan pernah menyarungkan jersi kebangsaan yang akan terlibat ialah; Dali Omar, Mahadi Yusuf, Wan Zawawi Wan Yusuf, Hamzah Husein, Kamaruddin Abdullah.

Kamaruddin Mohd Noor, Nik Fauzi Nik Hassan, Wan Hassan Wan Daud, Nik Salleh, Abdul Hamid Ghani, Yassin Mohd Noor, Ramli Abdullah, Afandi Yusuf dan lain-lain.

Kata Wan Abdul Rahim kebanyakan mereka masih dalam keadaan sihat dan dapat memperagakan kehandalan mereka masing-masing.

"Kita bawa mereka bukan untuk bersama anak-anak Kelantan mengembalikan nostalgia mereka dalam arina bola sepak," kata Wan Rahim. Selain itu jelasnya lagi usaha itu juga sebagai penghargaan kerajaan Kelantan kepada jasa-jasa mereka selama ini yang menaikan nama dan imej Kelantan dalam arina bola sepak.

Selain itu katanya, tujuan lain bagi memperkenalkan mereka kepada generasi baru dan juga untuk membuktikan bahawa Kelantan tidak pernah 'kasik' dalam melahirkan bintang-bintang handalan dan jagohan negara.

"Kita (Kelantan) mempunyai jagohan dalam bidang bola sepak bukan sajak mutakhir ini tetapi sejak beberapa dekad dulu lagi. Misalinya Dali Omar bukan saja dikenali di Malaysia tetapi diperingkat antarabangsa," tambahnya.

Peluang ini sepatutnya tidak akan dilepaskan oleh seluruh peminat bola sepak negara ini dan temuilah mereka pada majlis Himpunan Anak Kelantan pada hari tersebut kerana selepas ini mungkin sukar untuk menemui mereka dalam sebuah persembahan sebegitu nanti.

"Saya bersetu mereka yang mengenali mereka dan pernah meminati mereka yang berada di sekitar Lembah Kelang akan keluar beramai-ramai untuk bersua muka dengan bekas bintang-bintang bola sepak kita yang kini sudah menjadi lagenda.

Usah itu juga nanti adalah diharap akan dapat mengembangkan lagi suka bola sepak di Kelantan dan penerusan komitmen mereka dalam bola sepak akan tambah memberi erti kepada pembinaan kompleks stadium baru di Kelantan yang berharga RM159 juta seperti mana diumumkan oleh Menteri Besar, Nik Abdul Aziz baru-baru ini. [ttdi.kl 1:03 t/hari 25/07/11]

No comments: