Sunday, April 10, 2011

Ulasan Tengah Malam

Rakyat Sarawak Berbelah Bahagi dan Keliru?

[kemaskini] RAKYAT Sarawak nampaknya masih berhati-hati untuk membuat keputusan mengejut dalam pilihan raya umum Sarawak ke-10 kali ini. Ada semacam sedikit kekeliruan dan kebimbangan yang belum terhuraian bersarang di kepala mereka.

Ada yang keliru dan seperti tidak tahu untuk membuat pilihan. Mereka masih membuat analisa dan perhitungan yang mendalam untuk mengelakkan mereka akan kecewa kemudian hari kerana membuat keputusan silap. Dipercaya sikap serba salah dan buntu ini akan berlanjutan hingga ke hari-hari terakhir sebelum menjelang 16 April.

Sikap berhati-hati dan waspada ini baik, sekaligus menunjukkan mereka tidak mudah mengikut arus dan musim. Sebagai orang yang biasa dengan pukulan arus sungai dan gelombang laut mungkin mereka lebih arif segala tarian dan lenggang lengguk bukan saja sungai tetapi politik juga.

Setelah melalui sembilan kali pilihan raya, mungkin mereka sudah matang sedikit kalau pun tidak sepenuhnya. Kalau orang di Semenanjung masih lagi kolot dan belum mahu keluar dari tempurung usang sepenuhnya, apa lagi mereka yang baru mendapat cahaya.

Sikap itu penting kerana apa juga keputusan yang diambil nanti adalah untuk masa depan mereka dan generasi akan datang.

Ada setengah sudah membuat ketetapan awal yang mereka akan menolak BN. Bagi mereka yang merasakan sudah cukup untuk BN apatah lagi menerusi Taib Mahmud untuk memerintah Sarawak sesudah 30 tahun beliau merajai di negeri bumi Kanyalang ini. Mereka yang sebegini sudah nekad tidak akan merubah keputusan hatta pun dibayar. Mungkin kalau berlaku sogokan wang mereka akan ambil tetapi tidak sedia untuk memberi undi seperti slelunya.

Tampaknya sudah ada kesedaran di kalangan pengundi terutamanya golongan muda.

Penerusan Taib untuk memerintah Sarawak dianggap sebagai satu kecelakaan baut mereka. Faktor utama mereka menolak Taib ialah bukan soal dia sudah tua, atau dengki kerana kahwin muda dengan wanita Lebonis, tidak. Tetapi kerana terlalu kuat makan tanah. Sifat Taib sebagai jin tanah inilah meloyakan rakyat Sarawak. Isu ini diperkatakan seluruh lapisan rakyat di Sarawak. Mungkin juga haiwan seperti Ungka, Orang Utan, Rimau dan Gajah turut sama membantah kerana habitat mereka dibaham Taib Mahmud. Kalaupun yang tidak membantah ialah anak beranak Bujang Senang di sungai Rejang kerana mereka menghuni dalam air.

Pergi ke jerung mana, dan tanyalah rakyat Sarawak baik dari kalangan pertengahan, cerdik pandai atau rakyat marhain, rata-rata tidak setuju dengan Taib disebabkan isu tanah. Sikap Taib sebagai jin tanah menyebabkan mereka lupa beberapa pembangunan duniawi yang
besar yang dibangunkan oleh Taib. Barang kali inilah bahana kalau sudah lama. Apapun kalau lama sangat akan dicemuhi dan boring.

Dalam pada itu ada rakyat Sarawak yang membuat perkiraan bahawa Taib boleh dinyahkan tetapi PBB dan BN jangan. Mereka bimbang kalau BN kalah menyebabkan kuasa orang Melayu akan hilang. Pengistyharan Baru Bian sebagai ketua menteri Sarawak kalau Pakatan menang menimbulkan pelbagai tanda soal dan perbahasan. Mereka yang masih mempunyai sentimen tebal kepada PBB, takut kuasa Melayu akan hilang kalau BN tidak lagi menjadi tunggak pemerintahan Sarawak.

Walaupun persoalan ini agak aneh, tetapi hal inilah dijaja dan dijual. Dijadikan modal untuk meracuni pemikiran rakyat supaya menolak politik baru diperkenalkan Pakatan Rakyat.

Jika hendak dikira apa yang Melayu merasa lebih dan untungnya kalau BN (PBB) terus berkuasa. Banyak kepentingan dan hak Melayu ditangan BN tidak terjaga. Malahan dengan kerakusan dan sifat Jin Tanah yang menjadi perangai Taib menyebabkan banyak tanah orang Melayu (tanah adat NCR) sudah tergadai dan terlepas ke tangan pihak lain.

Sebenarnya keyakinan atau anggapan BN menjaga kepentingan orang Melayu hanya retorik dan igauan sahaja. Kalau peringkat awal dulu mungkin ya, tetapi bukan hari ini. Hari ini PBB dan BN bukan lagi boleh dianggap menjaga dan membela kepentingan Melayu tetapi parti yang menjaga Taib dan para kroninya.

Justeru golongan (bernostalgik) ini masih berkira dan memerlukan jawaban dan hujah yang kuat kenapa PBB atau BN perlu ditolak. Mereka masih berfikir dan mencari justifikasi kenapa harus tukarkan BN dengan Pakatan Rakyat. Bagi mereka menolak BN bererti menolak kuasa Melayu. Perkara ini satu mitos yang sudah dipasung secara hidup-hidup dalam minda orang Bumiputera Sarawak.

Inilah situasi yang berlaku hari ini, kekeliruan dan rasa serba salah, confius di kalangan orang Melayu. Dan BN pula suka kepada kekeliruan ini kerana mereka beranggapan boleh menyelamatkan mereka. Isu ini sengaja dimainkan oleh PBB untuk memastikan orang Melayu menolak Pakatan Rakyat. Secara umumnya ethnik lain, Cina, Iban dan Dayak tidak 'makan' dengan isu ini. Berlaku perubahan besar sikap di kalangan ethnik ini pada masa ini.

Acahan atau pun isu ini dibantah oleh Melayu dalam PKR. Seorang Profesor dari Semenanjung menyatakan politik Melayu akan tetap berkuasa. Beliau membuat hujahan itu berdasarkan kepada jumlah calon yang diletak menunjukkan Melayu masih majoriti.

Jadi katanya dengan angka ini bagaimana boleh katakan kuasa politik Melayu akan hilang di Sarawak? Kalau seseorang itu waras dan tidak mudah termakan propaganda BN yang kini sudah terdesak tidak lara dan ralik untuk menerima hujah-hujan BN yang bersifat rasis itu. Amihnya juga dalam saat pemimpin BN menerima slogan 1 Malaysia yang dipancarkan di Semanjung tetapi di masa lain menimbulkan soal Melayu dan kesukuan.

Perkara ini juga sebenar satu retorik saja. Kalau orang Melayu terperasaan bahawa mereka menguasai politik Sarawak adalah salah. Saya masih ingat kata seorang bekas pegawai kerjaaan yang merupakan ahli PBB tetapi kini bencikan Taib mengatakan, bila masa Sarawak diketuai oleh orang Melayu. Taib Mahmud, Rahmah Yaacob kedua anak dan bapak saudara itu katanya bukan Melayu, mereka adalah Melanau.

Ini jarang orang sedar dan insaf kerana menganggap Melanau itu dalam kelompok Melayu. Realitinya Taib tidak pernah memberi laluan kepada pemimpin PBB dari Melayu tulen. Tenguk saja apa jadi kepada Adnan Satem, Abang Johari Openg, diketepikan atau dimain-mainkan begitu saja. Sebab apa, sebab mereka Melayu. Sesungguhanya sentimen Melanau terlalu tebal didalam jiwa Taib sehingga dia merasakan Melanauisme itu satu suku lain yang terasing dari Melayu.

Begitu juga dengan pemimpin PBB yang berketurunan Melayu lain seperti Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Bujang Ulis tidak mendapat tempat dihati Taib Mahmud. Orang lupa kepada hakikat ini bahawa Taib secara diam sebenarnya anti Melayu?

Makanya kedudukan kini masih seri, kerana kalau pun Baru Bian dinobatkan sebagai KM Sarawak selepas 16 April ini tidak ada sesiapa yang boleh mendabik dada atau merasai menang. Baik Cina, Dayak, Iban, Bidayau, Penan dan sebagainya tidak boleh merasakan mereka berkuasa kerana Baru Bian bukan Dayak atau Iban. Baru Bian adalah orang Hulu.

Pemilihan Baru Bian yang berkebetulan menjadi pemimpin baru PKR Sarawak dirasakan tepat bagi mengambil hati atau tidak menyakiti hati mana-mana pihak. Dalam erti kata lain Baru Bian boleh dijadikan pemimpin yang mempersatukan ethnik yang mendokong dalam PKR.

Berhubung isu ini PKR perlu jelas kepada rakyat khasnya di kampung-kampung. Setengah mereka masih belum faham. Apa lagi kalau diasak oleh BN ia menyebabkan sentimen ethnik ini boleh menjadi penghalang kepada agenda politik yang sedang dijanakan menerusi pilihan raya umum ke-10 ini.

Masa masih ada untuk PKR memberi penjelasan dan mematikan isu ethnik atau sikap rasis BN ini. Sebaliknya kalau PKR dan Pakatan Rakyat juga gagal menangani dengan baik isu ini boleh menenggelamkan kebencian umum kepada Taib Mahmud. [kcg.1:08 am 10/04/11]

No comments: