Friday, March 4, 2011

Susupan Pagi

Ada Bloger Hebat Jumpa Najib?

SEMALAM lagi saya mendengar khabar tentang seorang bloger hebat akan terbang ke Australia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak dan Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor. Setakat ini belum dapat maklumat dari Australia mengenai perkhabaran itu. Tetapi saya tidak menolak kalau peristiwa itu berlaku. Amat tidak mustahil apa lagi dalam keadaan seperti hari ini, harga mulai turun!

Sebenarnya sudah lama usaha dijalankan untuk mempertemukan kedua mereka ini. Banyak masalah dapat diselesaikan terutamanya di pihak Najib dan Rosmah kalau bloger ini berjumpa dengan Najib. Setidak-tidaknya Najib dan Rosmah kehilangan satu ekor nyamuk dari mengangguk tidur mereka.

Kalaulah pertemuan ini berlaku maka akan berlakulah satu perubahan besar dalam perang yang dilancarkan ke atas Najib oleh bloger berkenaan. Apakah bloger berkenaan bertindak seperti Amerika atau para penjual senjata kepada negara yang sedang dihimpit masalah dan berangan-angan untuk berperang?

Apapun segalanya tidak dapat disahkan. Cuma apa yang boleh diperhatikan kalau muncung pena (blog) bloger berkenaan sudah berganjak haluan dalam tempoh seminggu dua ini, bermakna adalah pertemuan itu. Tentang bayaran usaha difikirkan, deal di peringkat antara bangsa tentu lebih mahal dari rundingan di The Mall atau pun Chow Kit Road. [wm.kl.10:48 am 04/03/11]

5 comments:

ANAFAKIR said...

Andai berjuang [ menjadi blogger ] hanya kerana nama dan wang maka apalah yg dpt utk hari akhirat.Jika berjuang kerana kebenaran takpe la..teruskan, cuma jika hanya kerana kemewahan dan duit,kehebatannya itu akan lenyap sekelip mata sahaja.

amir aiman akashah said...

pertemuan tersebut tidak dapat lari dari dari 'aspek tawar menawar', sudah tentu jumlah RM akan menjadi agenda utama dalam pertemuan itu nanti, sudah pasti helaian-helaian kebenaran tidak akan diselak dan dijadikan agenda utama peerbincangan mereka bertiga nanti.

apa yang menjadi persoalan disini mengapa blogger tersebut seakan sudah kehilangan kuku dan taring untuk terus mencakar demi kebenaran.....adakah beliau telah diugut?? ditawar 'sesuatu'?? hanya mereka dan tuan empunya serta Allah swt yg mengentahui cerita sebenar.

msmuri said...

Inilah Malaysia... macam-macam ada (pinjam trademark astro)... naga, buaya, dinosaur dan seangkatan dengannya ada dalam politik Malaysia... naik meyampah teman tengokkan gelagat dia orang tu...

Unknown said...

Salam..
Apakah org tu sang RAJA Putra yang kini hanyut merempat diluar negeri...

tak dea yang mustahil orang camtu boleh berubah...

Tok guru yang berserban pun boleh bertukar arah dan tujuan.

cuma yang kesiannya maruah diri sama seperti 'melacur' cara terhormat hilang perinsip dan adab seorang muslim sejati...

Ku ingat Taqwa said...

didoakan semoga dia (blogger berkenaan) diberikan kegundahan hati dan perasaan selama hidup didunia.