Friday, March 11, 2011

Belasungkawa

Bekas Adun Salor Kelatan Meninggal Dunia

BARU sekejap tadi saya menerima perkhabaran dukacita, bekas Adun Salor Buni Amin Hamzah (foto) telah meninggal dunia jam 4:30 petang ini kerana serangan jantung. Allahyarham meninggal di rumah isteri mudanya di Jertih.

Jenazahnya akan dibawa ke kampungnya di Salor.

Buni Amin memenang Dun Salor dua penggal 1999 dan 2004. Tahun 1999 beliau menang dengan menewaskan Ahmad Rosli Ibrahim dengan majoriti 2,482. Manakala tahun 2004 menang dengan Siti Jeleha Hussein dengan majoriti 1,133.

Pilihan raya umum 2008 Allahyarham tidak bertanding kerana kerana memberi laluan kepada Husam Musa.

Allahyarham meninggalkan dua isteri. Al Fatihah. [wm.kl 7:11 pm 11/03/11]

No comments: