Thursday, February 10, 2011

Susupan Petang

Hukum Mereka Sampai Mati!

BERITA dari Butterworth hari ini menarik perhatian saya. Ia sebuah berita biasa yang mungkin tidak akan diberi perhatian ataupun dijadikan iktibar untuk membuat renungi bersama. Berita berkenaan ialah mengenai bekas seorang setiausaha kepada menteri mengaku tidak bersalah memiliki wang seban yak RM2.13 juta.

Cara bekas setiausaha menteri itu memiliki wang itu dengan mengubah wang berkanaan hasil aktiviti haram yang dilakukan di sepanjang tahun lepas.

Mungkin bagi adik kakak yang tidak faham dengan undang-undang dan terma-termanya tidak tahu dan mengerti apa yang dimaksudan aktiviti haram berkenaan.

Yang jelasnya ia bukan dari wang jual dadah atau rompak secara fizikal atau menerusi pengemisan di kedai-kedai mamak. Tetapi menerusi aktiviti yang dihalkan menggunakan kedudukannya. Mereka mengaut keuntungan mentah. Salah satu tektiknya ialah dengan mengambil fee atau pun komisyen atas sesuatu yang dilakukan.

Selalu kedengaran pegawai menteri mengambil tol atau mengutip komisyen daripada pihak tertentu yang menggunakan 'khidmat' mereka. Misalnya mereka ini akan mengenakan fee dengan jumlah tertentu sekiranya mana-mana orang ingin berjumpa dengan bosnya, menteri. Dalam kata mudah mereka menjadikan bos mereka sebagai umpan dan modal.

Seorang pegawai menteri misalnya pernah mengenakan di antara RM3,000 hingga RM5,000 hanya sekadar membolehkan pihak tertentu berjumpa dengan bosnya. Itu belum lagi menteri berkenaan menerima apa-apa proposal atau pun mendapat projek dari menteri.

Selalunya urusan mengusahakan agar proposal disokong menteri pegawai-pegawai hantu ini akan mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit, tidak termasuk kemudahan lain seperti kereta, rumah dan juga pensedekahan hiburan dan pebekalan pelacur kelas artis.

Apa yang pernah berlaku di Perak tidak lama dulu melibatkan dua bekas Exco adalah kegiatan seumpama itu yang sudah lama berlaku. Ia sebenar tidak pelik dan menghairankan lagi.

Kita juga nak tanya kalau setiausaha menteri mendapat sebanyak itu dalam masa setahun menerusi kegiatan haramnya, berapakah pula menteri mengaut komisyen dari kegiatan itu? Apakah menteri hanya menjilat gos saja saja sedangkan pegawainya kaya raya? Tidak masuk akal kalau menteri tidak dapat satu sen pun.

Sebenarnya kegiatan haram yang dihalalkan inilah menjadikan rakyat negara ini susah dan terpaksa membayar sesuatu perkhidmat yang disediakan untuk mereka dengan kadar tinggi. Bayangkan kalau kos asal sesuatu perkhidmatan katakan RM10 juta tetapi apabila dikira dengan komisyen dan fee yang tidak perlu itu menyebabkan kosnya mencecah RM15 juta.
Itu tidak mengapa lagi, ada kalanya harga ditambah sampai 200%.

Satu contoh klasik pembinaan sebuah jambatan di negeri Kelantan. Harga asalnya RM80 juta. Setelah dicampur dengan komisyen kepada pihak yang mengurus akhirnya ia menjadi RM160 juta. Ini bermakna separuh dari harga jambatan itu dibaham oleh orang tertentu menerusi aktiviti-aktiviti haram seperti mana dilakukan oleh bekas setiausaha politik tadi. Inilah yang menjadikan pemakan komisten dan fee ini perut buncit macam katak gomok.

Wajar rasanya kalau kerajaan memperketatkan kawalan atas kejadian ini dan menghukumkan mereka terbabit dengan sekeras hukuman. Kalau perlu para pengyonglap wang rakyat ini dihukum gantung samnpai mati dan bangakinya dilempar ke sungai Sarawak. [wm.kl.6:34 pm 10/02/11]

2 comments:

Unknown said...

MSO: setuju dengan cadangan hukuman mati tu...sbb itu sah menghabiskan dana negara..dan sama taraf dengan memiliki senjata api tanpa lesen tu.

dexidle said...

hukuman paling ringan ISA..orang2 macam ni lah yang patut dikenakan tindakan melalui akta ISA.. boleh mengganggu kestabilan negara (dari segi ekonomi utk jangka panjang) jika tak dibendung... kalau SU kena hukum mati... pak menteri yg terbole perut kenyang mcm katak kembung tu nk hukum mende.. elok campak atas hiway biar lori kontena gilis je...biar bersepai isi perut haram tuh