Sunday, October 31, 2010

Eksploitasi Ahad

Kelantan Menang 'Pilihanraya Kecil' Bolasepak

SEMALAM Tuhan telah memakhbulkan doa dan harapan peminat setia bola sepak Kelantan dengan mengizinkan Kelantan buat pertama kalinya dalam tempoh 55 merangkul piala berprestaj itu. Kelantan menang dengan menundukkan Negeri Sembilan 2 -1 dalam permainan penuh dramati, emosi dan gumapalan keringat jantan dan air mata.

Sejak sepak mula lagi kira-kira 70,000 peminat Kelantan berdebar-debar apakah pertemuan kali kedua peringkat akhir itu dengan Negeri Sembilan akan berpihak kepada mereka, atau Kelantan akan menangis sekali lagi. Kekalahan 3- 1 kepada pasukan jolokan Hobin Jang Hobin itu setahun lalu masih menghantui peminat dan penyokong bola sepak Kelantan.

Sebenarnya bukan saja di kalangan penyokong biasa saja yang memendam perasaan dan harapan itu, tetapi termasuk juga seluruh rakyat Kelantan dan para penyokong berada di grand stand menanti keputusan malam tadi penuh debaran.

Adalah malang kalau Kelantan gagal untuk membawa pulang piala berkenaan ke Kota Bharu malam tadi. Tentulah kekecewaan itu akan dijemlakan dalam tindakan fizikal yang sukar untuk diramalkan. Apakah sekali lagi akan berlaku kebakaran di Bukit Jalil kalau Kelantan tewas malam tadi? Ada kemungkinan itu bila mana ada gambaran dan aksi-aksi ganas yang terpamir di kalangan penonton. Malam tadi letupan mercun dan balingan botol air mineral masih berlaku.

Penyokong Kelantan terkenal dengan sikap fanatik dan panas barannya. 'Mungkin' (tentu) kerana Allah sudah mengetahui apakah tragedi kalau Kelantan kalah maka diselamatkan dengan kemenangan penuh bergaya itu bagi mengelakkan kecelakaan berlaku yang memburukkan sukan bola sepak.

Apapun tahniah, tahniah dan tahniah kepada pasukan Kelantan atas kejayaan itu. Tahniah pertama kepada Preiden KAFA, Annuar Musa yang berjaya membawa ombak baru dalam bola sepak Kelantan khasnya, akhirnya mencipta sejarah untuk Kelantan dalam bolasepak. Tahniah juga kepada pemain Kelantan, tahniah istimewa untuk Khairuddin Omar dan Badri Radzi yang menjaringkan gol kemenangan. Tahniah istimewa juga buat penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menyelamatkan maruah Kelantan dengan kekebalannya menjaga gawan. Dan tahniah kepada jurulatih yang tenang B Sathaniathan.

Tahniah juga kepada penyokong Kelantan yang memberi sokongan berterusan kepada pasukan Wira Merah mereka itu. Kombinasi ketiga pihak inilah; pengurus, pemainan dan penyokong yang semuanya memiliki keazaman dan iltizam tinggi yang membawa kemenangan. Sudah tentu kejayaan ini juga tidak sempurna kalau bukan atas komitmen dan sokongan padu oleh kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Tokguruku, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan tentunya juga kejayaan ini dibanggai oleh Sultan Kelantan yang baru, Sultan Mohamad Ke V. Kehadiran Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacon semalam adalah mengganti batang tubuh Nik Aziz. Manakala pengumuman cuti peristiwa untuk Kelantan hari ini diumumkan Ahmad sebagai menunjukkan komtimen kerajaan dalam bidang itu.

Dari sisi lain secara tidak langusng saya melihat kejayaan Kelantan itu sebagai hadiah kepada Sultan Mohamad ke V yang baru dimashyurkan sebagai sultan baru Kelantan dan juga cendermata untuk Nik Aziz yang menyambut genap 20 tahun beliau menjadi MB. Sesungguhnya kemampuan meraih kejayaan agung dalam bola sepak itu tertakdir ketika Nik Aziz menjadi MB dan Sultan Mohammad Ke V menjadi raja. Takdir ini juga adalah ketentuan azali.

Tentunya saya sendiri sebagai anak Kelantan dan pernah juga bermain bola semasa kecil macam Nik Aziz sampai tercedera lutut, merasa bangga. (Tetapi saya tidaklah sampai cedera lutut kerana dalam game bola sepak saya lebih banyak menjadi linesman simpanan, bukan pemain). Saya merasakan kejayaan semalam adalah hak mutlak Kelantan. Kelantan memang berhak untuk menjadi jagoh.

Bayangkan betapa Kelantan begitu lama menghausi piala berkenaan. Sudah 55 tahun. Sebelum ini Kelantan pernah mara ke perlawanan akhir tiga kali. Kali pertama tahun 1955, kedua 1970 dan ketiga tahun lalu, 2009. Selepas melalui empat permainan akhir baru Kelantan dinbobat sebagai juara bersama 11 pasukan negeri lain.

Begitu juga dengan sokongan peminat, bukan bermula dua tiga tahun ini, tetapi ia sejak tahun 60 dan 70-an lagi. Tahun 70-an stadium Sultan Mohahhamd ke IV senantiasa penuh sesak dengan penonton bila setiap kali kesebelasan pasukan mereka turun ke gelanggang. Kelantan juga mencatat lagendanya sendiri dalam bola sepak dengan melahirkan tokoh-tokoh bola sepak yang bukan saja terkenal di peringkat negeri atau nasional tetapi ke peringkat internasional.

Nama-nama seperti Mohamad Che Su, Syed Ahmad Syed Kuning, Wan Zawawi dan Dali Omar dan lain-lain adalah nama yang sinonim dengan bola sepak Kelantan. Bila disebut bola sepak nama mereka akan dirujuk. Malahan Dali Omar turut mengharumkan nama Kelantan di Australia. Beliau juga dikatakan mempunyai kehebatan tendangan sehingga merobekkan jaring. Manakala hero Kelantan era 80-an antaranya, Kamaruddin Mohd Noor, Nik Fauzi, Wan Aniza Daud, Hashim Msutapa dan ramai lagi.

Jadi bolesepak bukan bermula dalam tempoh tiga tahun ini. Cuma tiga tahun ke belakangan ini adalah penyudah kepada usaha gigih pasukan Kelantan yang dimulakan sejak 55 tahun lalu. Annuar Musa adalah sebagai penyambung kepada usaha yang dilakukan oleh beberapa pengurus dan Presiden KAFA sebelum ini. Adalah keterlaluan kalau hendak dikatakan Annuar adalah bapa bolasepak Kelantan, kerana bola sepak Kelantan lahir sebelum Annuar Musa mengambil kepimpinan boleh sepak Kelantan lagi. Kalau Annuar sebagai bapa tiri bola sepak Kelantan mungkin ada benar dan panggilan itu tepat.

Pengisian atau kemunculan Annuar memimpin KAFA bukan dilihat sesuatu yang bertolak dari kesungguhan semula jadi beliau dalam sukan itu. Tetapi kehadirannya kebetulan saja bagi mengisi kekosongan waktu beliau kini yang banyak senggang setelah gagal dan tumpas dalam game politik. Beliau kini tidak ada apa jawatan dalam politik kecuali ketua Bahagian Umno Ketereh. Jadi masa yang lompong itu harus diisi agar ia bererti. Bola sepak ialah escapism saja yang mungkin juga caranya untuk mengurangkan timbunan akaunnya atau menambah timbunan itu.

Kejayaan Kelantan semalam ia bukan kerana sebuah permainan atas pandang yang memakan masa selama 90 minit yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Kejayaan Kelantan mempunyai signifiken lain yang boleh diterjemahkan dalam skop siasah yang lebih luas. Semua pihak menerima hakikat pasukan Kelantan yang mendapat dokongan padu menjadi agen pengubah iklim dan landskap bola sepak negara ini. Dalam kata lain pasukan Kelantan mencetus fonomena baru dalam bola sepak negara ini.

Kemampuan ini satu lagi kekehebatan dan keunikan rakyat Kelantan. Bahawa rakyat Kelantan boleh mengungguli sesuatu bidang jika mereka mahu. Apa yang dicatat oleh Kelantan dalam bolasepak ini akan menjadi ikutan dan dibanggai sama oleh rakyat negeri lain. Sudah tentu selepas ini bolasepak negara ini akan terus menyemarak.

Justeru jika diulas dari sudut siasah kemampuan rakyat Kelantan membawa ombak baru kepada bola sepak negara itu menandakan rakyat Kelantan juga mampu membina ombak baru dalam politik. Malahan rakyat Kelantan sudah lama mencipta sejarahnya sendiri kerana berani melakukan pertukaran kerajaan beberapa kali. Rakyat Kelantan tidak jumud seperti rakyat negeri lain yang hanya mempercayai satu parti saja mampu membentuk kerajaan.

Apakah dengan meletusnya momentum baru dalam bolasepak negara yang dicetuskan oleh rakyat Kelantan itu juga akan terbawa dalam gelanggang politik? Bahawa perubahan dan penyemarakan bolasepak itu akan mengalunkan gelombang baru dalam baluh politik negara?

Keberanian rakyat Kelantan mengambil risiko menukar kerajaan beberapa kali itu akan mula diikuti oleh rakyat negeri lain? Bahawa semangat rakyat Kelantan dalam bolasepak itu akan diciplak dan diadaptasikan ke dalam dunia politik oleh seluruh rakyat negara ini untuk menukar kerajaan yang ada kini kepada kerajaan baru pada pilihan raya akan datang? Kalau tempoh 55 tahun mengubah persepsi kepada bolasepak Kelantan apakah 55 tahun juga akan mengubah persepsi rakyat kepada politik negara?

Begitukah? Kalaulah bolasepak itu boleh disama dengan politik kemungkinan itu tidak mustahil. Kalau Kelantan menang dalam 'pilihan raya kecil' bolasepak ini, tidak mustahil rakyat Malaysia yang mengambil semangat Kelantan itu akan menang dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Maka mulai hari ini bersiap sedialah untuk menanti satu lagi sejarah baru yang akan dicetak dalam stadium politik negara ini yang diarusi dari evolusi bolasepak. [wm.kl. 12/thari 31/10/10]

Saturday, October 30, 2010

Cerita Hari Minggu

Coincidence Hari Jumaat
Bertemu Tiga Bekas Penjawat Penting


KELMARIN berlaku lagi coincedence - pertemuan ringkas secara tiba-tiba yang cukup menyenangkan dengan tiga insan yang sedikit malang! Mereka ini adalah penjawat jawatan penting dalam politik negara. Saya sudah lama 'mencari' orang-orang ini ataupun ingin mengetahui di manakah mereka kini dan bagaimana mereka sihat atau pun tidak! Coincedence semalam sepertilah diaturkan begitu rupa.

Semuanya berlaku di perkarngan masjid Al Gurfran, di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ketika saya mampir untuk mendirikan solat Jumaat di masjid yang indah permai terletak di atas bukit kecil itu.

Sebenarnya sebelum ke masjid itu saya terlebih dahulu bertemu dengan Fauzi Zakaria yang pernah menjadi setiausaha akhbar Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dalam banyak setiusaha akhbar MB Kelantan, Fauzi inilah yang pendek tempoh perkhidmatnnya. Kalau tempohnya setahun lebih saja. Beliau adalah setiausaha akhbar MB Kelantan yang ketiga selepas Wan Ismail Wan Jusoh, kini Adun Melor.

Setiausaha akhbar MB Kelantan yang pertama ialah Husam Musa, kedua Wan Ismail Wan Jusoh, ketiga Fauzi (ini), keempat Suhaiba dan yang kini Ahmad Fadhli Shaari. Jika dilihat kepada pencapaian ternyata Husam berjaya meletakkan dirinya sebagai setiausaha akhbar Nik Aziz yang cemerlang beerdasarkan pencapaian Husam. Beliaulah setakat ini satu-satunya setiausaha akhbar yang kemudian dinaikkan pangkat menjadi setiausaha politik.

Lama saya mencari dan bertanya khabar si Fauzi ini. Ke manakah geranganya. Saya tidak pernah mengenalinya, kecuali nama dan semasa beliau menjadi SUA tidak pernah pun berjumpa dengannya. Cerita bagaimana beliau dipecat sungguh menarik dan seperti tidak masuk akal pula.

Katanya beliau hanya melakukan sedikit saja kesalahan kerana tidak menyiapkan ucapan kepada bosnya, Nik Abdul Aziz untuk satu majlis di stadium Sultan Mohamed ke VI Kota Bharu. Gara-gara itu menyebabkan MB itu panik kerana diminta berucap tetapi teks tidak disediakan. Nasib baik Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (bekas TMB) memberi teks ucapannya dapat menyelamatkan keaiban MB itu.

Selepas itu Fauzi tidak lagi berkhidmat sebagai SUA Tok Guru. Katanya beliau dinasihatkan berundur atau beliau sendiri mengambil keputusan berundur sebagai bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Insiden itu pada saya adalah tidak adil. Beliau baru melakukan kesalahan pertama. Apakah Tok Guru begitu marah dan tidak dapat mengawal kemarahannya? Ataupun pengunduran itu kerana ada orang lain yang kurang senang dengan Fauzi disebabkan dia dicopkan klik pihak tertentu. Dalam politik kroni diutamakan termasuk Pas.

Saya bertanya Fauzi mengenai kejadian malang itu. Beliau agak keberatan untuk menjelaskannya dan mahu melupai peristiwa itu. Tetapi beliau ada bayangkan bahawa beliau tidak mengetahui bahwa Tok Guru perlu berucap malam itu kerana itu beliau tidak menyediakan teks ucapan.

Jadi selepas itu beliau hilang dari arus politik Kelantan. Selama ini menurutnya merantau ke Arab Saudi menuruti isterinya yang bertugas di sana. Sambil itu beliau menyambungkan pelajaran di peringkat Phd di salah sebuah universiti di sana.

Sayang orang seperti Fauzi (foto) berperwatakan lemah lembut dan banyak ilmu dibiarkan begitu saja. Beliau adalah seorang pensyarah di Kolej Islam Sultan Ismail Petra (Kias) Seharusnya Pas menghargai modal insan yang dimiliki menerusi Fauzi itu. Kalau boleh Pas bertanyalah Fauzi dan beri peranan sewajarnya kepada beliau. Kalau beliau tidak cekap untuk jadi setiausaha akhbar, berilah tanggungjawab dalam pendidikan ataupun bidang lain yang mampu dikendalikannya olehnya. Bukan senang untuk Pas mendapat seorang ahli yang sudah memiliki fikrah perjuangan seperti Fauzi ini.

Iya, macam disusun atur oleh Allah pula, sewaktu saya hendak masuk ke pintu masjid al Gurfan tiba-tiba saya melihat sosok tubuh tinggi lampai berambut kerinting dan berkaca mata. Dia berjalan bersendirian penuh sentimental dan mungkin hatinya sudah tertempa ke masjid untuk berdepan Allah. Saya menegurnya dan bersalamnya dengannya. Sempat dilempar sebuah senyuman pahit-pahit manis, kelat-kelat daun kandis.

"Lama tak jumpa, semalam ana tengok gambar enta dalam buku Kickdefella.." saya cuba memesari dan menarik perhatiannya. Sambil menyambut tangan saya, dia hanya berkata; "jumpa tempat molek". Maksudnya berjumpa dengannya di pintu rumah Allah.

Dia tanpa membrek perjalanannya kerana mungkin sudah terdengar panggilan Tuhan bertalu-talu terus masuk ke dalam masjid untuk bersatu dengan malaikat. Orang ini juga seorang 'bekas' dan berkhidmat dengan MB Kelantan selama 10 tahun. Dia ialah Annual Bakri Haron, atau Anbakri.

Sudah lama juga saya mencari dan bertanya minda saya ke mana dia ini. Apa dia buat sekarang setelah meninggalkan Kota Darunaim. Saya menanti akan penerbitan buku-bukunya kerana semasa memberi alasan dia berundur dari menjadi Setiausaha Politik MB dulu dia ingin menerjunkan diri dalam dunia penerbitan secara komersial. Ataupun menunggu albumnya kerana dia juga dikatakan bisa mendedangkan lagu-lagu berbentuk seriosa.

Kemuncak kepada coincedence semalam ini selepas sembahyang Jumaat. Ketika menanti teman di kereta betul-betul di albab besar masjid itu, tiba-tiba terjenguk bekas Perdana Menteri ke 5, Abdullah Ahmad Badawi. Beliau melangkah perlahan sambil menerima sambutan salam dari orang ramai. Jalannya terpapah-papah. Begitu melihatnya saya menghampri dan bersalam dengan Pak Lah.

"Eh, apa habaq?" belum sempat saya bertanya, Pak Sudah sudah menghulurkan pertanyaan sambil tersenyum. Senyumannya masih juga seperti sebelum menjadi PM dan semasa menjadi PM. Saya bersalam dengannya dan menundukkan kepala tanda hormat kepada negarawan bergelar Tun.

"Baik. Pak Lah sihat ke?" tanya saya terharus kerana beliau masih mengingati dan mengenali saya.

"Ini kaki uzur sikit. Gaout..." belasnya sambil sedang menyahutkan seliparnya perlahan-lahan. Tangannya dipimpin seseorang. Munkin body gurdnya.

"Lama tak dengar khabaq, you sihat ke di mana sekarang?" tanya Pak Lah balik. Ayat inilah ada favourite Pak Lah.

"Sihat. Saya ada telefon Kamaruzman (Datuk bekas Setiausaha Akhbarnya), tanya hal Pak Lah, dan dia ada bagi nombor telefon, ingat nak jumpa Pak Lah," jelas saya sambil mengiringi dia berjalan keluar masjid. Pak berjalan terhinjuk-hinjuk, nampak sekali dia tidak berapa larat.

"Mailah rumah... boleh sembang-sembang," ajaknya.

"Memang nak jumpa Pak Lah, nanti saya konteks semula," balas saya.

Sejak dia jadi PM saya tidak pernah berjumpa dan hanya bersalam sekali saja semasa beliau merasmikan Koridoraya Pantai Timur (Ecer) bersama Tok Guru Nik Aziz. Selepas itu tidak berjumpa kecuali melihatnya dari kaca tv dan mendengar perkhabaran tentangnya menerusi kekawan.

Saya tidak merasa sedih kalaupun tidak berjumpa dan bersembang seperti dulu. Saya tahu beliau sibuk dan senantiasa ditunggui oleh tetamunya. Saya ingat masa Pak Lah bersendiri di buang oleh Mahathir dari kabinet Pak Lah seperti ahli politik dagang di negara ini. Tidak siapa mempedulikannya. Nasibnya macamlah nasib bekas setiausaha politiknya, Ramzi Abdul Rahman hari ini yang tidak dipedulikan sesiapa.

Walaupun Pak Lah dianggap sebagai PM yang paling lemah dan tidak berjaya tetapi saya tetap menghormatinya. Ada keistimewaan dan kelebihan kepada Pak Lah. Beliau berjiwa besar. Tenguklah walaupun beliau dikecam dan dikritik oleh Dr Mahathir beliau hanya mendiamkan diri, tidak menjawab. Seingat saya hanya sekali saja beliau membedal Mahathir, mungkin beliau hilang sabar.

Lepas itu mahathir terus menggodamnya tetapi Pak Lah bersikap berlapang dada dan mengambil pendirian untuk tidak membalas. Sikap itu akhirnya orang ramai menilai antara beliau dengan Mahathir, ternyata beliau lebih profesional atau matang.

Saya berharap sutau hari kami akan dapat bersembang seperti dulu-dulu semasa beliau belum menjadi PM dan semasa beliau tiada apa-apa jawatan. Hari ini beliau sudah kembali menjadi seperti orang biasa bolehlah saya mendekatinya untuk mengimbau kembali segala sukadukanya dalam politik. Saya percaya waktu ini tidak sukar untuk menemui Pak Lah kerana beliau kini sudah tidak dilingkungi orang para lalat dan langau politik. [wm.kl.9:30 am 30/10/10]

Friday, October 29, 2010

Celoteh Murai 76

Bila Ghairah Untuk Memburukan Orang

MURAI tabik sebelah tangan kepada bloger bernama Hambali Abdul Latif kerana sedia mengaku kesilapan beliau yang salah lapor mengenai Dr Chandra Muzafar. Murai sempat membaca posting beliau itu dan telah mengerutkan kening beberapa kali tatkala membacanya. Murai tak percaya.

Murai tidak baca habis pun posting itu kerana Murai kurang senang dengan Dr Chandara yang Murai rasakan, sudah menjadi virus politik, bila dia masuk PKR kemudian meninggalkan dan melempar tahi kepada ketua PKR dari belakang. Sejak awal penglibatannya dalam politik Murai sudah merasakan ia satu kesilapan besar. Orang akademik tidak layak menyertai politik, sebaliknya hanya layak memberi teori dan formula dalam bilik kuliah saja di depan budak-budak.

Politik memerlukan kekuatan bukan saja mental tetapi fizikal juga. Kalau fizikal kita tidak dikuat ditambah pula rohani yang lemah, maka akan kecundanglah kita. Muzaffar yang terdidik nilai moral tinggi tidak akan tahan untuk bergelumang dengan politik yang tamadunnya kelah hutan rimba.

Kalau tidak silap Murai dalam posting yang telah ditarik itu, Hambali ada menulis atau memberi gambaran yang "Dr Chandra" itu anti Islam ataupun seolah sudah murtad. Itu yang Murai ingat. Murai terkedu membaca ayat itu dan sudah agak melampau dan tidak patut ditangani oleh penulis yang pernah menerima hadiah Rahim Kajai. Kerana setahu Murai bekas timbalan presiden parti Keadilan itu seorang muslim walaupun tidak tahu sejauh mana kewarakannya. Pendedahan dan ulasan itu mengenagtifkan moral Muzaffar.

Manakala sebagai penerima hadiah Rahim Kajai seharusnya penulisan Hambil berkualiti dan tidak boleh diragui apa lagi melakukan kesilapan besar seperti dalam posting berkenaan. Kalau begitu malulah panetia yang mengelolakan anugerah berprestaj berkenaan.

Orang yang dimaksudkan Hambali itu bukan Dr Chandra Muszafar bekas penysarah dan advisernya semasa di USM dulu. Tetapi Dr Chandra lain, Dr Chandra wakil Himpunan Penyokong Pas (DHPP).

Hambali telah pun menarik balik posting berkenaan.
Begitulah yang kita mahu sikap yang ada kepada penulis atau bloger. Kalau mereka tersilap hendaklah mengaku dan pohon kemaafan. Dan dalam keadaan apa juga perlu mempertahankan fakta yang kita kemukakan. Iyalah atas dunia ini manusia mana tidak buat silap, bumi mana tidak ditimpa hujan. Kadang-kadang bumi yang dilindungi bumbung juga tertimpa hujan apabila bumbungnya bocor ataupun bumbungnya roboh disebabkan wujudnya elemen rasuah dalam pembinaanya.

Sesetengah penulis atau bloger - terutama bloger hantu jauh sekali hendak bertanggungjawab. Mereka akan menulis macam tok juara dikir barat saja, karang ikut sedap mulut. Atau penanya macam kaki laba-laba lotong yang mengarut membuat sarang untuk memerangkap mangsa tidak kira apa benda.

Murai berharap mata Hambli tidak saja cerah bila melihat isu yang ada kaitan dengan pembangkang. Jangan peka dan prihatin kepada isu yang boleh memburukkan pembangkan saja, tetapi silaulah juga kepada pihak kerajaan. Penulis profesional akan menulis berpandaukan etikanya bukan berapa pujian kita itu akan dibayar. Kita menulis berdasarkan prinsip berkata benarlah walaupun pahit dan bukan berpandukan kepada berapa banyak helain RM. Murai fikir Hambali bukan jenis itu...

Dalam menulis beliau kenalah chek dan semak terlebih dahulu berita atau maklumat yang diterima. Kena kaji apakah ia logik atau tidak dan apakah yang kita tulis itu menyebabkan orang itu dilihat sebagai jahat.

Sebagai bloger yang pernah jadi wartawan di surat khabar arus persanda sangat memalukan kalau fakta dalam tulisan tersasar jauh, apa lagi kalau fakta itu boleh menjatuhkan maruah dan merosakkan reputasi seseorang seperti mana kesalahan tertukar "Dr Chandra" itu.
Murai percaya Dr Chandra Muszaffar tidak akan terasa hati dan marahkan Hambali kerana Hambali adalah anak muridnya.

Selalunya hati seorang guru tidak mudah terguris dengan kerenah dan sikap nakal muridnya. Guru adalah pendidik bukan pengadudomba. Paling-paling si guru itu akan menangis bersendirian kerana menerima perbuatan anak muridnya itu. Atas sifat manusia dan hubungan anak murid, kalaupun benar Dr Chandra itu Dr Chandra Muzaffar Hambali tidak sepatutnya menulis hal itu. Atas sikap sebagai anak murid beliau kena melindungi keaifannya.

Murai: Ada juga Hambali tulis mengenai Murai yang bukan saja tidak betul, tetapi berbau fitnah yang disengajakan untuk mengoyakkan ekor dan bulu-bulu Murai, Tak pa!

Bidasan & Bilihan Jumaat

Antara Fatmi Dan Ramzi
Dalam Mata Umno

KETIKA berada di tempat di lokasi persiapan perarakan calon Umno di Galas tempoh hari saya kesempatan memerhati lagak dan gaya para ahli dan pemimpin Umno. Paling ketara ialah bagaimana pemimpin Umno yang berkedudukan dan ada kuasa dihormati dan dikerumuni macam burung ketut (pungguk) dihurungi oleh sang burung-burung lain.

Mereka yang ada kuasa atau talian terus dengan sang penguasa ini nampak sekali dirai dan disanjung. Semua datang bersalam ataupun bertepuk bahu, bercanda menunjukkan kemesraan dengannya.

Berlainan dengan mereka yang tidak ada kuasa atau pun hubungan langsung dengan menteri atau perdana menteri. Atau lebih tepat dikatakan bekas. Mereka ini tidak dipedulikan lagi. Kalau bersalaman pun ala kadar sahaja dan tidak berlama-lamaan untuk bertanya khabar dan bergurau senda seperti mana dengan orang yang ada kuasa. Kalau bersalam dengan orang ada kuasa lama dan mahu pula menunjukkan yang mereka akrab dan rapat. Jika ada jurukamera lalu mereka akan bertengek dekat orang berkuasa itu untuk diambil gambar.

Untuk memberi gambaran ini saya mengambil contoh macam mana perbezaan layanan orang Umno kepada dua orang yang keduanya saya kenal dan baik dengan saya, Fatmi Che Salleh dan Ramzi Abdul Rahman. Dari segi pencapaian politik di Kelantan mereka ini lebih kurang saja. Fatmi adalah ketua bahagian Umno Kota Bharu, manakala Ramzi ketua bahagian Kuala Krai. Mereka kini hanya dibezakan oleh kedudukan, Fatmi selaku setiausaha politik perdana menteri manakala Ramzi pula bekas setiausaha politik perdana menteri.

Sebenarnya kehebatan dan kegahan yang dirasai Fatmi kini sudah dilalui oleh Ramzi. Aura ataupun sanjungan orang terhadap Fatmi kini sudah dikecapi Ramzi. Bagaimana kuasa yang ada kepada seorang setiausaha politik sudah dilaluinya. Tetapi ternyata sekali di antara penyandang dan bekas penyandang jawatan yang sama itu bezanya seperti Kutub Utara dengan Kutub Selatan, atau seperti ikan selayang dengan ikan aya.

Di lokasi itu saya memerhatikan tanpa di sedari kedua mereka. Sebaik saja Fatmi muncul di tempat perarakan itu semua orang berebut-rebut untuk bersalaman dengannya. Beliau diikuti macam anak ayam yang mengejar ibunya melarikan seekor cacing. Tidak cukup tangan Fatmi untuk bersalaman dengan setiap orang yang mendekatinya.

Kemunculan Rais Yatim di situ juga diatasi oleh kemunculan Fatmi. Saya nampak Rais tidak begitu dikerumuni oleh orang Umno.

Sebentar kemudian masuk pula Ramzi bersendirian. Tiada sesiapa mengekori sebagai pengawal atau pun jong dondangnya. Tidak ada siapa menyambut beliau. Seolah kemasukan atau kehadirannya tidak disedari. Mereka yang mengerumini Fatmi tidak beralih pandangan. Paling jelas Ramzi pula yang terkayan-kayan untuk mencari kawan ataupun cuba menyelitkan diri dalam kelompok itu elit itu, tetapi tidak begitu dipedulikan.

Setelah menyedari beliau tidak penting, Ramzi berjalan bersendirian. Dari kejauhan saya dapat merasakan betapa dia merasa tidak berguna dalam keadaan itu. Apa yang dilalui itu amat berbeza semasa beliau menjawat jawatan setiausaha politik. Ketika memegang jawatan itu, keadaanya samalah seperti Fatmi hari ini, tidak cukup tangan beliau bersalaman dengan para peminat yang semuanya menyimpan 'anak kerengga' dalam baju.

Apa yang saya saksi itu menjelaskan keadaan di dalam dunia Umno. Bahawa begitu sekali maruah dan darjat seseorang itu akan jatuh ke bumi kalau dia tidak lagi ada kuasa. Keadaan begitu hina sekali serolah-olah itik tidak sudu ayam tidak patut.

Kenapa ini berlaku? Jawabnya tidak lain kerana Umno tidak mengajar budaya menghormati sesama manusia sebagai hamba Allah. Tidak menghormati sesama manusia sebagai ahli Umno. Sebaliknya Umno membawa budaya, seseorang itu perlu dihormati bila ia ada kuasa dan kedudukan. Semua itu boleh ditafsirkan bahawa Umno adalah pertubuhan yang mengajar manusia menghormati orang kerana kuasa dan kedudukan bukan menghormati orang kerana darjahnya sebagai manusia atau ahli parti.

Jadi tidak hairanlah kalau ramai kalangan ahli Umno yang sudah tidak berkuasa merasakan mereka disisih dan dilupakan kemudian perlahan-lahan akan menginsutkan langkah mendeakti parti lain ataupun mengambil sikap bermain dengan cucu dan cicit di kebun belakang rumah. [wm.kl. 7:00 am 29/10/10]

Thursday, October 28, 2010

Sesudah Subuh

Seorang Tokoh Umno Kelantan
Siap Untuk Meninggalkan Parti


[kemaskini] NASIB Umno Kelantan, selepas dikejutkan dengan penjualan alias pelelongan bangunan Umno Kota Bharu dan dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan, Umno Kelantan berdepan dengan satu lagi berita menyayukan parti berkenaan. Seorang tokoh parti itu dikatakan akan bertindak keluar dari Umno dalam tempoh terdekat.

Surat keluar dari Umno katanya sudah pun dibuat. Surat itu akan diserahkan pada hujung bulan ini, 30 Oktober. Selepas penyerahan surat itu satu sidang akhbar akan diadakan di Kuala Lumpur.

Perhimpunan agung yang baru lalu adalah perhimpunan perpisahan tokoh berkenaan dengan parti yang disertai sejak zaman remaja.

Ternyata ucapan dan rangsangan Najib Razak untuk membawa perubahan dan tranformasi kepada Umno tidak menyentuh hati tokoh berkenaan untuk terus berada dalam Umno. Gilang gemilang wajah puteri mungkin sudah tidak mampu mengikat langkahnya dari keluar dari rumah Umno. Mungkin keadaan Umno sudah teruk berbau sehinggakan beliau mengambil keputusan itu.

Tidak dapat dipastikan apakah tindakan tokoh berkenaan akan disertai dengan segerombolan para pengikut dan penyokongnya? Tidak juga dipastikan apakah tindakan itu satu persaraan beliau dalam politik ataupun akan menyertai salah satu parti Pakatan Rakayt? Tetapi dari cakap-cakap orang sekelilingnya tindakan itu bakal memberi tsunami politik kepada Umno Kelantan terutamanya dibahagiannya.

Apa sudah jadi dengan Umno Kelantan? Apakah ini menunjukkan kelemahan Mustapa Mohamed sebagai pengerusi perhubungan ataupun salah siapa? Tentu ada sebab musabab kenapa tokoh berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk mengucapkan 'sayonara' kepada Umno? Elok juga kalau Umno Kelantan membuat kajian menyeluruh kenapa tokoh berkenaan sanggup meninggalkan parti yang dikatakan keramat itu.

Mungkin Umno sudah kehilangan keramat atau dianggap berkarat oleh tokoh berkenaan. Kerana kalau Umno masih membawa berkat dan rahmat 'nan mungkin' tokoh yang dikatakan pernah berpeluh pelai untuk membela dan menjaga hayat Umno sanggup berbuat demikian. Apa-apa pun kita tunggu apakah alasan dan sebab musabab yang akan dinyatakan oleh tokoh berkenaan dalam sidang akhbar yang dijangka pada 1 November nanti. [wm.kl.6:40 am 28/10/10]

Wednesday, October 27, 2010

Coincidence Galas

Bersalam Dengan Zahid Berpeluk Dengan Kickdefella

DI GUA MUSANG semalam ada dua peristiwa atau coincidence yang berlaku pada saya yang mana boleh menimbulkan kehairanan kepada mata yang menyaksikannya. Tentu orang tidak percaya ataupun selepas ini akan meletus pula berbagai andaian dan tafsiran panjang untuk saya. Mereka yang otak kemetot ataupun memiliki tahap politik burung puyuh akan tertanya-tanya dan terperagah. Akan terdesah dalam hati apa sudah jadi dengan MSO?

Kejadian pertama ialah pertemuan atau pertembungan dengan Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi di tempat berhimpun rombongan mengiringi calon UBN. Saya nampak Zahid berjalan masuk dengan diekori kawan saya dibelakangnya, sdr Zabidi Saidi. Saya tidak fikir Zahid akan mesra seperti dulu dengan saya sebab saya baru gelarkan dia sebagai Abu Nawas dan sering menyindir dan mengkritiknya dalam blog.

Tetapi itulah Zahid Hamidi yang hebat dengan PRnya. Biarlah pidatonya berabu dalam perhimpunan agung Umno namun kemesraan dan kepekaannya amat tinggi sekali. Beliau berjabat salam dengan saya dan stail lamanya masih ada. Zahid kalau berjabat tangan akan menarik kita rapat kepadanya sambil bertanya khabar dan bergurau. Ketawanya cerianya tidak akan pernah kering.

"Ustaz Sayutiiii..." begitulah serunya sambil menarik tangan saya merapatkan ke arahnya. Untuk beberapa langkah beliau berjalan sambil menggengam tangan saya. Aksi-aksi saya dengan beliau macam ini sudah kerap, cuma akhir-akhir ini setelah beliau mufarakah dari perjuangan reformis yang beliau yakin tidak betul, jabatan salam demikian sudah tidak ada lagi.

"Sihat?" tanyanya. Kemudian melepaskan tangan saya perlahan untuk menyambut puluhan salam lain. Meskipun ada jabatan saya merasakan jabatan tidak seerat dulu. Longgar di hujung jari. Namun hebatnya Zahid beliau masih boleh bersalam dengan saya. Sedikitpun beliau tidak menunjukkan kejengkilan atas apa yang saya lakukan. Mungkin ada marah bersarang dalam hatinya tetapi tidak dipamerkan. Inilah satu lagi kelebihannya menahan marah dalam hati.

Sebenarnya jarang ahli politik bersifat mesra macam Zahid. Banyaknya kalau kita mengkritik mereka akan menarik muka lain ataupun kalau tersua buat-buat tidak kenal dan tidak nampak. Sebab itu pada saya Zahid seorang seolah-olah tidak tahu marah kepada sesiapa juga.

Coincidence kedua ialah berlaku dalam bilik Pusat Media, Jabatan Penerangan di Hotel Kesedar Inn, bersua dengan bloger yang dianggap hantu di Kelantan sdr Syed Azidi Syed Abdul Aziz, atau Kickdefella.

Saya melangkah masuk ke bilik itu untuk mendapat kemudahan internet bagi mengepos catatan dari Galas berhubung proses penamaan calon. Begitu saya masuk, terjenguk beliau. Sebaik nampak saya dia terus bangun dan berjalan ke arah saya sambil mendepa tangan dan kami berpelukan.

Lagak ini bukan baru dan bukan oportunis. Setiap kali berjumpa dengan saya begitulah dia menyambut saya. Entah apa yang menjadikan kami berkeadaan begitu. Hubungan apa yang telah mengikatkan kami. Selepas berpelukan dia akan melagakan pipinya di pipi saya, kanan kiri kanan. Stail Arab. Begitu jugalah pada tengah hari itu.

Tidak ramai wartawan yang menyaksikan peristiwa itu mungkin mereka tidak mengenali siapa kami, dan hubungan kami atau pun balada mengenai kami yang bersebang dalam blog dua tahun lalu. Sdr Jinggo jurugambar profesional sempat merakam aksi yang berlaku dalam tempoh tidak sampai dua minit itu.

"Apa khabar kekanda?" itulah panggilannya kepada saya, baik ketika berinteraksi ataupun dalam blog. Beliau panggil begitu muka saya lebih tua darinya - beruban, berjanggut juga uban.

"Baik, enta sihat?" tanya saya. Dia mengangguk. Wajahnya ceria menunjukkan dia tidak ada apa-apa keterkilan dengan saya. Tidak ada dosa. Saya juga begitu sedikitpun tidak merasai apa-apa. Saya seorang yang tidak akan mengambil kira apa yang seseorang mencerita mengenai saya. Saya hanya mengambil kira kalau cerita itu berdepan dengan saya. Sebab itulah kritikan dari blog-blog hantu anak haram terhadap saya, saya tidak akan memberi respon.

"Saya sudah tahu enta di sini, dan ana dah sampaikan salam bila pengawal Pusat ini memberi tahu menerusi Fb enta disini. Ada dia sampai salam?," tanya saya.

"Tak tak dak...pula," katanya. Tak apalah.

Tidak lama kami menumpahkan perasaan kerana saya tergesa-gesa mahu membuat catatan untuk blog. Saya membuka satu komputer dan berlayar sambil mengisi catatan dan membiarkan Kickdefella yang duduk sederet dengan Jinggo. Setengah jam kemudian dia datang menghampiri dan menyentuh bahu saya sambil meletakkan sebuah buku berjudul: 'Purnama Retak Seribu.'

"Oh buku... sain dulu..," kata saya sambil mengulurkan pen. Saya menerima buku itu seadanya. Dia tahu mungkin saya agak berat untuk menerimanya kerana isinya sedemikian. Tetapi atas sifat sebagai penulis yang harus profesional dan gentleman saya menerimanya, dan membacanya ketika dalam perjalanan pulang malam tadi. Isinya memang memedihkan tetapi ia membuka banyak persoalan dan ada sisi-sisi yang boleh dipelajari mengenai politik oleh orang tertentu.

Apa yang saya hendak jelaskan disini dan nyatakan bahawa kedua perjumpaan tidak terjangka itu menggambarkan jiwa besar kedua mereka itu. Seorang ahli politik, menteri dan seorang lagi penulis, blogger yang yang ditakuti dan dicemuhi. Mungkin bagi sesetengah orang tidak senang dengan apa yang berlaku itu. Kalau boleh usah layan dan biarkan mereka, terutamanya Kickdefella yang sudah dianggap pemberi bala besar kepada Kelantan. Namun semua pihak seharusnya bersikap tasamuh dengan menerima di sebalik bala itu ada nikmat dan hikmat yang belum terjangkau oleh pemikiran kita.

Saya sering mengata saya boleh mengasingkan di antara nafsu dengan perasaan. Antara personal dan perjuangan. Dalam diri saya ada sempadan sempadan yang orang tidak mudah untuk memahaminya. Hari ini saya boleh puji dan angkat seseorang, esok saya boleh lanyak dan timbusnya dengan tinta merah saya. Perangai saya ini memening bagi mereka yang otak kemetot yang beremosi lebih.

Saya berpegang kepada berani kerana benar, takut kerana salah. Saya berlindung kepada Allah bukan meminta kepada manusia. Saya tidak berhutang budi dengan sesiapa maka saya boleh memuntah peluru tanpa kira masa, jika mereka saya fikir salah dan lari dari prinsip asal saya akan membedalnya tanpa ampun maaf. Cuma saya ada nawaitu tersendiri yang tidak siapa dapat mengetahuinya.

Saya tidak akan bergaduh selamanya dengan seseorang. Kerana kritikan saya kepada seseorang untuk kebaikan. Kalau dia sudah kembali jadi baik, kenapa kita harus bermusuh dengannya? Nabi mengajar kita memaaf dan menerima orang yang insaf. Tetapi malang orang tidak faham sempadan atau pun prinsip sebegini.

Kembali kepada sikap dan semangat jiwa besar ditunjukkan oleh Zahid dan Kickdefella tadi ingin saya pesan dan seru semoga anak-anak muda khasnya yang baru memasuki sekolah politik hendaklah belajar dari apa yang berlaku itu. Kita harus berjiwa besar kalau mahu jadi orang besar. Ego, bongkak atau hidup dengan perangai peribadi kita ia tidak akan membawa ke mana sebaliknya akan menyulitkan kita. [wm.kl.7:10 pm 27/10/10]

Lidah Tidak Bertulang

Politik Beruk Bengkeng dan Tengku Razaleigh

ADA bloger tertentu di pihak Pakatan Rakyat yang mempertikaikan kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah di tempat proses penamaan calon semalam dan cuba mengeskploitkan keadaan kononnya berlaku sesuatu kepada pengarah pilihan kecil Galas itu. Sebenarnya mereka yang lekas menjadikan isu dengan keadaan itu sebenarnya tidak memahami dan mengenali siapa dia Tengku Razaleigh.

Mereka yang mengenalinya baru semalam akan merasa terkejut apabila beliau tidak mengiringi calon dan masuk sama ke bilik penamaan calon bersama pemimpin tertinggi BN lain. Tindakan Tengku Razaleigh itu dirasakan pelik. Tengku Razaleigh seorang yang tidak suka berlebih-lebihan atau menunjuk-nunjuk kerana baginya tidak perlu berbuat begitu. Penaka orang kaya dia tidak suka menunjukkan kekayaannya. Selalunya yang cuba tonjolkan diri sebagai kaya ialah orang miskin yang ego.

Ketiadaan Tengku Razaleigh dalam bilik penamaan calon dan pulang sebelum calon diisytihar menjadi isu bagi menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena di pihak BN. Namun bagi mereka yang mengenali dan pernah mengiringi Tengku Razaleigh ke pusat penamaan calon dalam beberapa pilihan raya melibatkan dirinya sendiri sebelum ini apa yang berlaku itu bukan anih dan bukan satu keluar biasaan yang perlu diberikan perhatian.

Sebelum ini pun semasa menyerah borang pencalonannya sendiri, kekadang Tengku Razaleigh tidak hadir sendiri dan diserahkan kepada wakilnya saja. Orang perlu ingat bahawa Tengku Razaleigh adalah anak raja. Ada masanya beliau masih berdiri atas sifatnya sebagai anak raja. Walaupun pun beliau merendah, humble tetapi sesekali dia tidak akan berada dari paras bawah rakyat marhaen dan darahnya tidak akan bercampur dengan rakyat biasa walaupun digaul dan diuli berapa lama sekalipun. Kenal perangai raja?

Jadi tidak timbul dan perlu diungkitkan kalau beliau tidak bersama calon kemudian dan tidak membuat kenyataan selepas proses itu selesai. Lagipun semalam beliau bukan tidak hadir langsung, ada... berada di luar bersama pengundi. Seperkara lagi yang perlu difahami dan ditafsirkan pilihan raya Galas ini saya lihat ia bukan realistik!

Sebaliknya kalau orang hendak persoal dan mempertikaikan untuk dijadikan isu ialah mengenai bekas Timbalan Ketua Bahagian Gua Musang Saufi Deraman dan bekas Setiausaha Bahagian, Mohd Salleh. Katanya wajah mereka ini langsung tidak timbul (nampak) di sepanjang proses penamaan calon itu. Di mana-mana saja di bawah khemah BN orang bertanyakan mengenai Saufi.

Malam sebelum hari penamaan calon, pihak Umno sudah bersunggut mengenai sikap Saufi dan Salleh yang menghilang diri. Seorang rakan rapat calon BN, Abdul Aziz ketika ditemui di perkarangan rumah Tengku Razaleigh di Bukit Cekati, menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku dan menuduh Saufi tidak berterima kasih dan mengenang budi yang Umno Gua Musang lakukan kepadanya.

"Pelik orang Umno ini bila tiba giliran orang lain dia lari, tetapi masa dia bertanding cari kita sampai belakang rumah, berbeza dengan Pas. Pas bila sudah pilih calon semua sokong sepenuh hati," begitulah keluh rakan calon BN penuh kekesalan.

Kehilangan Saufi sememangnya sesuatu yang menyedihkan kepada Umno. Mungkin tidak sangat bagi Tengku Razaleigh tetapi bagi orang lain termasuk calon BN Abdul Aziz Yusuf. Saufi tidak sepatutnya menghilangkan diri dan beliau perlu memberi sokongan seperti mana orang lain memberi sokongan kepadanya untuk dua pilihan raya.

Mungkin Saufi kecewa dan sedih atas apa yang berlaku kepada dirinya. Selepas kalah beliau tidak dipedulikan oleh parti. Masalah kewangan katanya menjempitkan hidupnya. Tetapi beliau patut sedar keadaan itu bukan kerana Tengku Razaleigh ataupun Aziz. Ia adalah satu perangai atau budaya dalam Umno dan politik. Bahkan dalam mana-mana parti politik sekalipun. Bila kamu kalah, apa lagi tidak kaya dan berdarjat kamu akan dilupakan macam kucing tua saja.

Sebab itu saya bermadah mengenai perjuangan dalam politik dan memberi ingatan kepada pemainnya; "Sebaik kamu melangkah masuk dalam dunia politik kamu kena siapkan diri kamu untuk menangis bersendirian. Kamu harus membayangkan penjara dan kehinaan di depan. Kalau kamu tidak melakukan ini nescaya kamu akan kecewa dan menderita suatu hari kelak. Kita akan diusung dan dijulang bila menang dan kita akan dirembas (dinyah) bila sudah kalah."

Orang politik yang telah kalah dan tidak ada kekuatan dan pengaruh, dia umpama seekor kucing tua. Kucing ini bukan saja tidak dimandikan, di elus, makanan pun tidak lagi disediakan bahkan didoakan supaya jatuh longkang atau digilis kereta dan mati agar ia tidak menyusahkan lagi. Begitulah dalam politik. Saufi yang kalah dalam pilihan raya lalu adalah seekor kucing tua di dapur Umno.

Rajuk Saufi ini katanya sudah sampai ke kemuncak dan membimbangkan. Terdengar beliau akan mengistyharkan diri menyertai Pas menjelang hari mengundi. Katanya Pas sedia mempedulikan Saufi mengikut statusnya. Satu jawatan sudah disediakan bagi membela dan membalas budi Saufi kalau dia rela berpaling tadah.

Sekali lagi...cara Pas ini juga tidak betul. Sikap suka memberi susu kepada anak kera di hutan dan memberi air sejuk kepada anak sendiri sering kali diamalkan. Pas sedia memberi apa saja kepada orang baru menyertai partinya. Projek, balak, jawatan ... minta sajalah akan dipenuhi. Ini cara Pas. Disebabkan terlalu peduli ini menyebabkan ahli sendiri terasa hati. Paling menyedihkan budi ditabur Pas tidak pun dibalas sewajarnya. Padi yang ditanam lalang yang tumbuh.

Tenguk apa yang berlaku kepada Rosli Ibrahim. Masuk Pas, bersembahyang berjemaah dengan Tok Guru tidak sampai pun 10 kali sudah diberi berbagai imbuhan dan jawatan. Balak, senator malahan jawatan speaker pun hendak diberikan. Akhirnya apa jadi? Apakah pengorbanan Rosli di atas segala pemberian dan baik hati Pas itu? Jawablah... dan tanggung di akhirat.

Berbalik kepada kisah Saufi tadi, bagaimana pun rancangan itu tidak sempat berlaku. Katanya pucuk pimpinan Umno mengetahui dan mengambil langkah awal menghalang Saufi. Caranya seperti biasalah memberi sesuatu berbentuk kewangan. Katanya dua hari lalu beliau telah menemui Perdana Menteri, Najib Razak. Dua kali bertemu, sekali di Putrajaya dan sekali di Parlimen. Dalam pertemuan itu katanya beliau berhasil mendapat hajatnya. Najib telah menawarkan satu jawatan di sebuah agensi kerajaan yang bergaji dan berelaun.

Jadi perjuangan Saufi sudah berhasil. Dia mendapat apa yang dikehendaknya. Pancingannya sudah berjaya. Biasalah di dalam Umno dan biasa juga bagi ahlinya. Mereka akan memberi benda kepada orang terdesak dan orang terdesak pula akan meminta apa yang dikehendakinya. Inilah yang menjadi masalah kepada Umno. Perjuangan yang berlandaskan benda tidak akan kekal lama. Politik seperti ini politik beruk bengkeng.

Beruk bengkeng bila dia lapar dia akan menyerang sesiapa saja, dia akan merajuk untuk tidak naik kelapa. Tapi sesudah diberikan sesikat pisang dan air setempurung dia akan kembali tenang dan baik semula. Dia akan cepat-cepat panjat pokok nyiur semula menggugurkan nyiur. Tetapi bila dia lapar kembali dia akan mengukangi fiil haiwanannya itu.

Kalau hendak dikira Saufi sudah pun mendapat jawatan itu. Kalau beliau menuntut, tuntutan sudahpun diperolehi. Dan kalau dia boleh diibaratkan beruk bengkeng itu dia sudah pun dapat pisang. Seharusnya beliau sudah memanjat pokok nyiur semula. Tetapi malangnya sehingga kini beliau masih belum muncul-muncul lagi. Kenapa? Apakah dia kemabukan pisang sehingga tidak tahu jalan untuk kembali ke Galas? Dan sekiranya Saufi tidak juga muncul sampai akhirnya membantu Aziz, apakah relevan Najib mengulurkan nasi kepada Saufi?
Berbahagialah Mat Maslan dengan Feldanya. [wm.kl.10:00 am 27/10/10]

Tuesday, October 26, 2010

Ulasan Tengah Malam

Sharizat Ulangi Kesilapan Khairy?

MENEJLANG pilihan raya umum 2008 dua tahun lalu Khairy Jamaluddin telah melancar kempen untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan dengan slogan "18 Tahun Padan Dan". Maksudnya pemerintahan Pas yang menjangkau 18 tahun di bawah Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu sudah cukup.

Pemuda Umno bertekad untuk mengentikan Pas dari terus menguasai Kelantan. Alasan Khairy ialah Pas miskin dan tidak membangun di bawah Pas.

Kempen Khairy itu ternyata menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan kepada Umno dan juga dirinya. Bagi mereka yang menyanyangi Nik Aziz melihat Mursyidul Am Pas itu bukan saja MB tetapi seorang tok guru yang mendidik agama kepada mereka, menganggap kempen Khairy itu melampau dan biadab.

Anak-anak muda Pas yang tercabar dengan seruan kempen Khairy itu marah dan bangkit mempertahankan kerajaan Pas Kelantan. Dalam sekelip mata saja Pas membuat gerak bingkas untuk menentang kempen berkenaan. Bingkasan Pas itu berhasil, bila mana kempen Khairy itu diejak dan dijadikan bahan ketawa.

Ekoran itu Khairy menghadapi masalah di Kelantan. Beliau bukan saja dibenci oleh rakyat Kelantan tetapi dari kalangan ahli Umno juga. Mereka mengira cara Khairy itu menyalahi adat resam orang Kelantan dan memalukan rakyat Kelantan. Kempen dilancarkan Khairy itu akhirnya memakan diri BN sendiri. Buktikan dalam pilihan umum 2008 UBN hanya mampu menang di enam kerusi saja berbanding 22 kerusi sebelum itu.

Apabila saya mendengar kenyataan Sharizat Jalil dalam siaran tv Astro Awani sekejap tadi yang membayangkan keadaan orang Kelantan seolah berada di bawah paras kemiskinan selagi di perintah Pas saya terus jadi teringat kepada seruan kempen Khairy itu.

Kata Sharizat, "rakyat Kelantan sedar kalau bukan kerajaan BN periok nasi mereka tidak asap". Kenyataan itu begitu sinikal sekali dan mengina rakyat Kelantan seluruhnya. Apa yang hendak digambarkan Sharizat kononnya kerajaan BN saja boleh memjamin kesejahtraan hidup rakyat negara ini. Pernyataan demikin sungguh angkuh dan seolah Sharizat melupai bahawa kuasa menghidup dan mematikan seseorang itu terletak di tangan Tuhan.

Pasti bagi orang Pas Kelantan marah dengan kenyataan itu. Ia menghina kebolehan kerajaan Pas selama ini. Mungkin Sharizat tidak berfikir sewaktu mengeluarkan kata-kata itu.

Saya percaya kata-kata Sharizat itu akan dijadikan modal kempen oleh Pas. Sekiranya Sharizat tidak membuat pembetualan dan penjelasan maksud sebenar kata-kata itu kemungkinan dia akan menjadi libaliti kepada BN di Galas.

Sikap Sharizat itu juga bertentangan dengan sikap dan pendekatan politik pengarah pilihan raya BN, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengambil pendekatan lemah lembut dan memujuk. Walaupun Tengku Razaleigh berdarah raja tetapi beliau begitu bersopan santun dan menghormati semua orang.

Sekiranya BN mahu mendapat kepercayaan rakyat Kelantan di Galas parti itu harus mengawal mulut para pemimpin dan penceramahnnya. Tindakan menghina rakyat Kelantan terutamanya soal kemiskinan dan pembangunan tidak akan dipedulikan rakyat Kelantan. Bahkan kalau soal-soal sosial ekonomi itu diungkit ia akan menimbulkan kebencian dan kemarahan.

Lagipun rakyat Kelantan termasuk pengundi di Galas lebih memahami kehidupan mereka. Adalah salah kalau Sharizat atau mana-mana menteri hendak mengambil kira kemajuan di bandar untuk dijadikan perbandingan dengan Gua Musang. Sharizat harus faham beza antara bandar dengan Gua Musang jauhnya seumpama jarak dari KL ke Gua Musang. [wm.kl.8:35 am 27/10/10]

Haluan Mata Dari Galas

Foto Sekitar Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Galas

BARU sampai rumah dari Galas. Seperti mana dijanjikan di sini di postingkan beberapa keping gambar sekitar proses penamaan calon pilihan raya kecil Galas. Semasa di Galas pagi tadi saya menghadapi kesulitan untuk download foto disebabkan tiada kemudahan untuk berbuat demikian - tertinggal wayer. Jadi walaupun letih dan baru sampai rumah saya cuba gagahkan juga diri untuk postingkan beberapa keping gembar berikut untuk tatapan anda.

Keadaan yang penuh sesak menyebabkan saya tidak mendapat sudut yang baik. Tetapi cukuplah untuk memenuhi janji saya sore tadi. Saya cuba mendapat gambaran di kedua pihak, Pas dan UBN untuk memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Galas. Tetapi nampaknya tidak begitu memuaskan.

Iya apa lah yang dapat dilakukan oleh seorang petugas seperti saya, untuk berkerja ke sana ke sini dalam asakan manusia ribuan tidak terdapat. Aksi pemimpin Pas langsung tidak sempat dirakam. Tetapi saya yakin sudah ada rakan bloger lain telah membuat posting awal. Jadi terimalah sumbangsih dari saya khas untuk pejenguk blog Merah Tinta.

Ulasan di sebalik proses penamaan calon dan desas desus yang kian rancak kedengaran di Gua Musang termasuk perihal UBN yang dikatakan bermasalah akan diulas esok. InsyaAllah. [wm.kl. 10:30 pm 26.10/10]


Calon Pas Dr Zulkefli Mohamad diiringi Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa ke pusat penamaan calon. Foto: Ruzely.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim ikut sama memberi sokongan, mengiringi calon Pas. Foto: Ruzley.

Sebahagian dari kira-kira 8,000 penyokong Pas sedang menanti penuh sabar pengistyharan calon oleh SPR. Foto: Ruzley.

Lagi pemandangan penyokokong Pas yang mengiringi calon mereka.


Perarakan calon Pas sepanjang hampir satu kilometer.

Di belah UBN, kelihatan bekas MB Terangganu Idris Jusuh dan Fatmi Salleh.

Ahmad Zahid Hamidi mengepalai perarakan calon UBN.

Wanita Umno berpakaian serba merah bersiap sedia untuk berarak tapi banner masih di bumi.

Dari Galas

Semangat Pas Lebih Berkobar Dari BN Di Galas

[kemaskini] PROSES penamaan calon pilihan raya kecil Galas baru selesai kira-kira sejam tadi. Dua calon yang diistyharkan akan bertanding pada pilihan raya kecil itu yang akan berlangsung pada 4 November depan, ialah calon BN, Abdul Aziz Yusuf, 47 dan calon Pas, Dr Zulkefli Mohamad, 44. Aziz ialah bekas Pegawai Kesedar manakala Zulkefli seorang pengamal perubatan, doktor.

Ura-ura ada calon bebas yang hebohkan akan menyibukkan pilihan raya berkenaan tidak menjadi kenyataan.

Sepanjang proses penamaan calon berjalan tidak ada kejadian buruk berlaku. Suasana yang biasa berlaku di pusat penamaan calon di mana penyokong kedua pihak saling melakukan provokasi tidak kedengaran. Cuma sesekali kedengaran Judi... Judi apabila penyokong Pas ternampak kelibat Awang Adek Hussein.

Pilihan raya ini dilihat lebih kepada pertandingan dua personaliti, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Apa lagi Aziz calon BN adalah pilihan Tengku Razaleigh dan bukan Umno Gua Musang.

Walaupun Zulkefli bukan calon Nik Aziz atau sesiapa dalam Pas, tetapi Pas lebih menggunakan 'kekeramatan' Nik Aziz untuk mempengaruhi pengundi bagi mempertahankan kerusi Galas. Realiti bahawa pertarungan personaliti ini dapat dilihat kepada permandangan sekitar bandar Gua Musang yang kini dipenuhi dengan gambar atau banner yang mempamirkan wajah Nik Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah. Wajah Nik Aziz tetap menjadi ikon pada pilihan raya ini.

Di serata tempat wajah Tengku Razaleigh Hamzah dan Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih ketara berbanding dengan wajah pemimpin atasan kedua-dua parti berkenaan. Paling jelas ialah wajah Perdana Menteri yang selalunya mewarnai kawasan pilihan raya hampir tidak kelihatan langsung, kecuali banner yang berukuran 2 x 4 kaki yang tergantung di beberapa tinag lampu.

Seperti biasa selepas penamaan calon selesai perhatian umum kini ialah kepada peluang kedua-dua parti berkenaan. Dalam pada itu berbagai indikator cuba diketengah ataupun diterima pakai oleh berbagai pihak untuk membuat andaian awal.

Jumlah perarakan calon menunju ke pusat penamaan calon menjadi petunjuk awal. Dari sini pemerhati akan membuat ukuran parti mana yang kuat, bersemangat dan akan mendahului keadaan. Walaupun ia bukan petanda sahih namun senario ini selalunya diambil kira dan dijadikan asas.

Pada perhimpunan pagi tadi, seperti biasa Pas mendahului BN. Penyokong Pas yang mengiringi calon mereka ternyata berkali ganda berbanding dengan Umno. Dianggarkan lebih 7,000 penyokong Pas berbanding dengan penyokong BN sekitar 3,500. Paling mengkagumkan sebahagian besar mereka yang berarak terdiri daripada anak-anak muda atau mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Dari segi semangat pula jelas Pas lebih bersemangat. Pagi-pagi lagi mereka sudah berbaris di hadapan jalan besar Masjid Tengku Mohammad Faris Petra tempat permulaan perarakan. Khabarnya sejak petang semalam lagi orang Pas sudah menawan masjid berkenaan dan mendiami beberapa surau untuk dijadikan markaz.

Berbeza dengan penyokong Umno yang agak lewat untuk berhimpun. Kebanyakan mereka baru sampai dari luar daerah Gua Musang dan kelihatan tidak begitu bersemangat. Ini berbeza dengan sebilangan besar penyokong Pas dari luar yang datang sejak petang semalam dan bermalam di Gua Musang.

Dari beberapa pandangan pemerhati tempatan yang sempat dikutip mereka berpandukan kepada perarakan hari ini kedudukan 60 : 40 Pas mengatasi BN. Sejauh mana angka ini benar akan diulas kemudian nanti. Perhatian: Gambar juga sekitar penamaan calon itu yang sempat dirakam akan diposting kemudian. [gm.kel 4:20 pm 26/10/10]

Monday, October 25, 2010

Sebuka Mata

Seruan Yang Sia-Sia Dari Khairy

MENANTU utama bekas PM ke 5 Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin yang juga ketua pemuda Umno meminta supaya budaya cah keting di hapuskan dalam pilihan raya kecil Galas. Saya tersenyum sumbing tatkala membaca gesaan Khairy itu. Siapalah dia untuk membuat gesaan itu. Mungkin Khairy sendiri tidak faham apa yang beliau katakan itu, atau memahami bagaimana kegiatan cantas mencantas itu perlu berlaku dan boleh berlaku.

Bila beliau menyebut kegiatan cah keting sebagai budaya, maka ia bukan mudah untuk ditohok. Budaya mengikut definisi Kamus Dewan, ialah tamadun atau peradaban. Ia juga adalah akal budi, dalam konteks ini akal budi jahat.

Sesuatu yang telah menjadi peradaban atau tamadun itu tidak mudah untuk dikikiskan. Seperti mana anjing yang suka memakan tahi, kalau tidak makan pun ia akan menghidunya kerana itu sudah jadi budaya hidupnya. Tamadun dan peradaban itu menjadi bunga dan warna kepada kehidupan golongan yang mengamal dan menganutnya. Tamadun adalah perwatakan dan pembawaan diri zahir dan batin. Hal demikian itu bukan mudah untuk dibuang, ia sudah sebati.

Bukan sahaja di Galas bakal menyaksikan akan berlaku cah keting, dalam Umno tetapi di beberapa pilihan raya sebelum ini. Di Manik Urai, Hulu Selangor juga berlaku. Budaya ini bukan saja dalam Umno tetapi dalam parti lain juga kecuali Pas, di mana kegiatan ini dalam Pas amat kecil sekali, itupun tidak dapat dielakkan ia turut sama berlaku.

Politik berasaskan sekular, kebendaan tidak dapat lari dari budaya cah keting atau pun cantas mencantas ini. Cuba tanya kepada setiap mereka yang menyertai politik khasnya yang memegang jawatan. Apa yang mereka ingini kalau bukan kuasa. Adalah bohong murakab kalau mereka menidakkan akan hakikat itu. Yang tidak inginkan kuasa hanya para penampal poster dan penjaga pos pilihan raya saja. Itu pun mereka juga memerlukan upah cukup sekotak rokok ataupun setin biskut mayat.

Jadi kalau ingin kuasa mereka harus berjuang mendapatkannya. Kuasa dalam politik tidak seperti hujan yang diturunkan Allah tanpa diminta. Atau pun seperti cahaya mentari diberikan Allah tanpa diharap yang mana ianya memenuhi kehendak semua makhluk. Kuasa dalam politik kena cari dan usahakan. Pencarian ini kadang kala melibatkan tektik dan strategi yang dibawa oleh syaitan. Mereka tidak peduli halal dan haram. Sudah banyak kita melihat kemusanahan orang yang mengejar kuasa dalam politik. Ada kalanya kemusnahannya sangat tragis dan dahsyat.

Berbalik kepada 'seruan merdeka' Khairy tadi ianya sia-sia saja. Apa lagi orang tidak merasa malu dengan orang yang membuat seruan itu kerana belau sendiri kelihatan kotor dan dianggap mengamalkan politik wang. Kalau tidak percaya tanya Dr Mahathir Mohamad. Tidak mungkin oramng akan membeli ubat panawar dari penjual ubat yang tubuhnya penuh dengan panau dan kudis.

Kecualilah mereka yang membuat seruan itu orang yang tinggi akhlak. Bersih sykasiah. Jujur dan ikhlas seperti mana Tok Guru Nik Aziz. Orang mempercayai atau mudah cair dengan seruan Nik Aziz kecuali mereka yang ditutup pintu hati oleh Allah seperti mana disebut dalam al-Quran dalam surah al Baqarah ayat ke 10; di dalam hati mereka ada penyakit, maka ditambahkan Allah penyakit lain. Orang ini sampai bila pun akan menolak kebenaran kerana mereka sudah disiapkan azab oleh Allah.

Jadi jawabnya sia-sialah seruan dan harapan Khairy itu. Jaminan beliau kononnya Ketua Pemuda Gua Musang, Bazlan Baharuddin tidak akan melakukan cah kenting hanya jaminan mulut beliau saja untuk mengenakkan keadaan. Kecualilah kalau Bazlan dibayar atau diberi saguhati atas kemalangannya tidak dipilih menjadi calon kemungkinan cah keting itu tidak ada. Itupun belum tahu lagi mungkin puak lain yang tidak menyenanginya pula akan melakukan cah keting. [wm.kl. 8:30 am 25/10/10]

Sunday, October 24, 2010

Menguji Minda

Betulkah Hak Melayu Tidak Akan Hilang?

TEGAS Presiden Umno, Mohd Najib Razak kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain yang termaktub dalam perlembagaan tidak akan terusik kerana ianya terkunci kemas. Sesiapa yang cuba memindanya tidak akan berjaya kerana ia tidak akan berganjak walaupun setitik. Apa-apa perubahan yang hendak dibuat mestilah kena persetujuan majlis Raja-Raja Melayu, katanya. Katanya!

Memahami penegasan Najib itu bermakna orang Melayu tidak perlu rungsing tentang kuasa dan juga hak keistimewaan mereka akan lenyap. Ia tidak akan hilang selagi Raja-Raja Melayu ada. Kalau takdir Pakatan Rakyat mendapat kuasa majoriti dan memerintah negara ini, kerajaan baru itu tidak akan dapat mengubahnya. Ertinya orang Melayu dalam keadaan status quo kuasanya. Tidak perlu walang dan tidak perlu cemas.

Bahawa Raja-Raja Melayu menjadi kunci dan benteng kepada kedudukan hak istimewa orang Melayu itu. Mudah faham, pertahankan raja maka kekallah kuasa orang Melayu?

Jadi kalaulah benar begitu kenapa Umno harus susah payah hendak mempertahankan kerajaan. Mengusik dan memomokkan orang Melayu kononnya kalau Umno pupus dan kalah pilihan raya kuasa Melayu akan hilang? Melayu akan hina dina di negeri sendiri. Ada kepelikan dan keganjilan mengenai penegasan Najib ini dengan hakikat yang ada dan tersurat itu. Semacam kontradik saja.

Soalnya apakah penegasan Najib itu benar? Sejauh manakah perlembagaan itu suci dan tidak akan terganggu oleh kuasa politik? Bukankah apa yang difahami sekarang ini, Raja-Raja Melayu bukan mutlak dan mereka adalah raja berperlembagaan? Ertinya raja akan hidup atas ehsan perlembagaan? Dan perlembagaan pula boleh dipinda menerusi Parlimen. Tidakkah hak ataupun keistimewaan raja-raja (imuniti) telah dirampas sendiri oleh Umno? Kita telah saksikan kejadian bagaimana raja-raja Melayu diaibkan oleh Umno di zaman Mahathir Mohamad menjadi raja daun pisang.

Justeru bagi saya kata-kata Najib itu satu ancaman dan peringatan, tidak lebih dari itu. Ancaman kepada bukan Melayu manakala ingatan kepada orang Umno dan orang Melayu. Najib cuba memberi mesej kepada bukan Melayu bahawa usahlah berusaha untuk merampas hak Melayu kerana ianya sia-sia saja. Manakala kepada orang Melayu pula diingatkan kononnya selagi ada Umno, Melayu akan ada dan dalam pada itu Umno perlu dikekalkan sehingga khiamat.

Sekiranya kata-kata Najib itu benar dan terhakikat begitu nampak sangat Najib telah menggunakan kuasa keramat yang tidak perlu dipermainkan oleh sesiapa itu untuk kepentingan Umno. Najib tidak harus menggunakan kuasa keramat yang ghaib itu untuk dijadikan sandaran agar orang Melayu terus menyokongnya? Itu satu kebodohan rasanya bila Najib membuka pekong kekuatan Melayu yang diperolehi dari kuasa raja itu.

Sebenarnya peringatan itu sudah tidak bererti lagi kalau orang menerima penegasan itu sebagai mutlak dan benar. Apakah orang Melayu akan terpanggil untuk membuat kerja sia-sia itu? Tentu sekali.... tidak. Dan kalau orang Melayu merasakan kedudukan mereka selamat dengan adanya raja-raja, maka orang Melayu tidak perlu mempertahankan Umno cukup mempertahkan raja-raja saja. Tugas mempertahankan raja-raja adalah tugas hak semua orang Melayu.

Di sini saya rasa Najib telah terperangkap dalam kata-katanya sendiri. Bila beliau berdepan dengan bukan Melayu beliau akan menegaskan hal itu. Bila berdepan dengan Melayu beliau akan meminta orang Melayu membimbangi keadaan itu. Tetapi bila beliau berdepan dengan realiti (kedua-dua entiti) di sinilah beliau akan terkial-kial bagaimana hendak menjelaskannya dan akan menampakkan akan kedangkalan serta keterjempitan akal politiknya.

Pada saya tetap yakin bukan Melayu akan terus mengungkit mengenai hak keistimewaan Melayu sampai kapan pun kerana itu termasuk dalam intipati perjuangan mereka baik secara tersirat atau tersurat. Mana-mana bangsa atau kaum atau puak jika mereka tidak memperjuangkan hak mereka adalah bangsa atau kaum yang bodoh. Mana ada persebatian antara gula dan kopi secara hakikinya melainkan dapat dilihat dari fizikal saja.

Tegasnya kalau orang Melayu mahu mengekalkan kedudukan hak istimewa mereka bukan dengan cara mengancam dan mengugut mana-mana pihak tetapi orang Melayu harus bersatu dan berpadu. [wm.kl.9:50 pm 24/10/10]

Berita Dari Galas

Orang Tengku Razaleigh Calon Di Galas

UBN telah menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusuf, 47 sebagai calonnya dalam pilihan raya kecil Galas 4 November nanti. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin Yaasin di Bukit Cekati sekejap tadi.

Pemilihan Aziz itu menempati ramalan dan dugaan awal di mana orang Tengku Razaleigh akan digantungkan harapan untuk merampas kerusi Galas yang dimenangi Pas menerusi Allahyarham Che Hashim Sulaima dalam pilihan raya umum lalu.

Pemilihan Abdul Aziz itu menunjukkan UBN memberi kuasa mutlak kepada Tengku Razaleigh yang dilantik menjadi pengarah bagi menentukan calonnya. Abdul Aziz dilihat orang Tengku Razaleigh Hamzah dan bersetia dengannya.

Pemilihan Abdul Aziz yang dikatakan bukan anak tempatan Galas kerana beliau lama di Limau Kasturi akan menimbulkan rasa kurang senang dari beberapa kalangan Umno Gua Musang. Sebelum ini sekurang-kurang tiga calon lain disebut-sebut layak untuk dipilih sebagai calon bahkan mereka dikatakan lebih berhak dan berkeupayaan baik dari segi ketokohan dan kelulusan.

Mereka ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin, naibnya serta ketua Wanita Wan Hazani Md Noor yang juga seorang ahli senat.

Pemilihan Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa Umno Malaysia telah menswastakan pilihan raya kecil Galas itu kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleigh walaupun masih Ketua Bahagian dan ahli Umno namun beliau dilihat lebih bersendiri kerana masih berpegang kepada semangat Umno 1946. Begitu juga tindak tanduknya dalam isu-isu tertentu beliau terkeluar dari mainstream UBN.

Umno terpaksa menyerahkan tugas selaku pengarah pilihan raya itu kepada Tengku Razaleigh kerana untuk menjaga maruahnya. Sekiranya Umno membelakangkan Tengku Razaleigh mungkin kekalahan sudah tergenggam dalam tangan. Tengku Razaleigh tokoh veteran yang dikatakan masih berpengaruh di Galas dan mampu menarik sokongan untuk kemenangan UBN di Galas.

Ada khabar pada hari penamaan calon kelak akan tampil barisan penyokong setia Tengku Razaleigh dengan karektor ataupun lagaknya tersendiri yang berbeza dengan Umno. Apakah pada hari itu nanti akan memperlihatkan Umno telah berlaku pengasingan awal-awal lagi antara Umno Tengku Razaleigh dengan Umno Najib dan Muhyiddin?

Sementara itu dua malam lalu Pas telah mengumumkan calonnya Dr Zulkefli Mohammad bagi mempertahankan kerusi berkenaan. Zulkfeli sebelum ini pernah bertanding di kerusi Parlimen menentang Tengku Razaleigh sebanyak dua kali namun tewas keduanya. Beliau yang menguruskan sebuah kliniknya sendiri dikatakan sudah sebati dengan masyarakat pelbagai kaum di Gua Musang khasnya Galas. [wm.kl.4:15 pm 24/10/10]

Saturday, October 23, 2010

Ulasan Penggulungan Umno

Si Abu Nawas Dalam Umno

[kemaskini] PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno kali ini tidak banyak berbeza dengan penggulungan di perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Sikap Melayu suka membodek sepanjang masa ini masih kental pada ahli Umno. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya akan datang tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Mohd Shafei Afdal, (foto) Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki. Tahniah untuk Shafei.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau meluahkan apa yang bergelora dalam relung hatinya. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa kompromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda menjadi pengundi. Baginya ini satu musibah bakal menimpa Umno.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP dalam mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan keseluruhan Melayu. Beliau memberi contoh Umno bersama MCA dan Gerakan hanya mampu mendaftar pengundi sebanyak 6,266 berbanding dengan DAP 20,274.

Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberikan tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi. Dengan jawatan itu Shafei tahu sejauh mana komitmen orang Melayu dalam soal pengudian ini.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar sebagai pengundi terutamanya di kalangan ahli Umno. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti? Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi. Kalau ini dijalankan bermakna orang Melayu benar-benar terdesak untuk mendapat undi.

Hishamuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Ucapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripada ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik tanpa cuma mengemukakan idea untuk menambahbaikkan Umno dan menjadi ia parti yang menarik perhatian orang ramai. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu. Sebenarnya tidak cukup bagi Hishamuddin menjual Umno yang orang sudah tahu bila tarikh luputnya ataupun apa ramuan yang ada dalam parti berkenaan.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan bergemuruh untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolah-olah nyawa politiknya dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib dan Rosmah. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat, Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Kisah lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid larut dengan kisah-kisah tafsir ibarat dan suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak-watak berkenaan untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufian, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa. [wm.kl.6:00 pm 23/10/10]

Ulas Perhimpunan Agung Umno

Umno Kelumpuhan Idea dan Semangat

Perhimpunan agung Umno ke 61 akan berakhir hari ini. Sore nanti ahli MT ketua-ketua sayap, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden akan membuat penggulungan. Menggulung segala perbincangan, cadangan, pandangan yang dibuat selama berhimpun tiga hari.

Padangan atau kritikan terhadap Umno akan diulas dan diberi respons. Acara penggulungan ini adalah acara terakhir sebelum tirai dilabuhkan dan perwakilan akan kembali ke tempat masing-masing untuk kembali hidup seperti sedia kala.

Pengulungan juga akan menjadi kesimpulan kepada perhimpunan berkenaan.

Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam perhimpunan kali ini. Walaupun Najib Razak cuba menjaja model politik baru tetapi tidak banyak perwakilan yang mengulas atau memberi respon kepada pendekatan baru itu. Apakah perwakilan tidak faham dengan apa yang hendak diterapkan oleh Najib itu ataupun model politik baru itu hanya omong kosong saja.

Isu ekonomi, pendidikan dan agama masih berpusing kepada soal desakan dan cadangan. Bukan ada data dan fakta dikemukakan tentang pencapaian berhubung agenda bekenaan yang disaran dan dicadangkan sebelum ini.

Perbahasan, cakap-cakap sama seperti perhimpunan sebelum ini. Bagi mereka yang belum pernah menghadiri akan merasakan hebatnya perhimpunan itu. Apa lagi yang dibayar elaun kehadiran RM300 sehari akan memuji mengatakan persidangan itu sehebat persidangan PBB.

Tetapi yang sudah terbiasa akan merasakan kehambarannya dan membosankan. Gambar tula. Perhimpunan hanya mengulangi agenda yang sudah-sudah. Benarlah kata orang perhimpunan itu tidak lebih dari pesta atau kenduri parti yang diadakan sekali setahun saja.

Persidangan itu pula disorot menerusi berbagai-bagai saluran tv dan media. Ia menampakkan ianya meriah sekali. Keadaan ini tidak ubah seperti siaran festival filem ataupun pertandingan lagu-lagu popular saja. Formatnya sama, yang berubah hanya mereka yang dipilih menjadi pemenang. Maksudnya pembahas juga kebanyakan orang yang sama yang sudah dikenal pasti awal-awal yang mampu melambung pemimpin tertentu setinggi-tingginya.

Kalau festiva filem dan lagu, peserta akan tampil dengan pelbagai fesyen pakaian menghairahkan. Mereka akan menjadi perhatian penonton. Begitu jugalah dengan pererta atau pembahas kebanyakannya lebih cuba menampilkan tarikan fizikal dari idea dan karektor. Pantun, gurindam dan madah-madah lunak memuji pemimpin di atas pentas dan loket untuk mengkritik dan sanggup menelan air kumuhan dan kahak sendiri. Inilah jenis pemimpin dalam Umno.

Kalau diperhatikan sejak hari pertama para pembahas dalam apa juga isu menekan kepada nasib dan masa depan Umno. Rata-rata menggesa supaya ahli parti kembali bersatu. Meningkatkan gerak kerja untuk membangun parti. Rasa resah ahli itu seolah Umno seakan sudah tidak akan wujud lagi selepas ini. Atau kerajaaanya berusia 51 tahun akan hilang dalam pilihan raya ke 13 kelak. Terasa sekali akan kegerunan ini.

Sebab itulah Najib menekan yang Umno akan mempertahankan Putrjaya dengan apa saja. Kenyataan angkuh itu sebenarnya melindungi akan kebimbangan Umno dalam pilihan raya akan datang. Lagi kuat Umno cuba membela dirinya, bermakna lagi besar ketakutan Umno kepada masa depannya.

Keadaan Umno kini persis orang yang diserang penyakit kanser akan berusaha mencari apa saja penawar. Kalau disebut atau disuruh makan tahi anjing atau najis babi pun si pesakit ini akan makan tanpa mengira halal atau haram. Yang penting penyakit itu akan sembuh. Begitulah apa yang berlaku Umno yang dipamerkan dalam persidangan itu.

Usaha dan kebimbangan ini sudah lama. Lebih nyata selepas pilihan raya 2008. Soalnya kini apakah Umno akan berjaya memulihkan semangat dan mengembalikan sokongan? Ini yang menakut dan membimbangkan. Dari segi psikologis cara Umno terdesak melakukan apa saja kini menunjukkan parti itu benar-benar bermasalah. Mereka sudah dapat merasakan sokongan semakin pupus dan sudah tiada daya melakukan perubahan hingga terpaksa mengulangi usaha lewat.

Sebenarnya itulah hakikatnya. Kalau Umno masih ada harapan mereka tidak mempergiatkan tindakan mereka. Mereka tidak akan jadi gila menyerang musuh dengan apa juga senjata halal atau haram. Tetapi kerana kanser itu sudah masuk tahap ke empat maka Umno terpaksa berjuang bergalangkan jasad demi menjaga kuasanya.

Soalnya apakah ahli Umno terpanggil dengan segala seruan itu? Hanya ahli Umno saja yang mengetahuinya. Cuma kalau dipandukan kepada perhimpunan sebelum ini ia tidak banyak berbeza. Hasilnya balik asal juga. Umno hanya jadi semangat bila bertemu dalam pesta tetapi akan jadi kecut perut dan meragam bila bersendirian.

Keadaan Umno hari ini tidak boleh dikejutkan lagi kerana mereka sudah kelumpuahan idea dan semangat. Maka petang ini sama-sama mendengar jeritan histeria Najib yang mahu memastikan Umno terus berkuasa. [wm.kl. 1:00 t/hari 23/10/10]

Tahniah Dari Seorang Rakyat

Ciuman Kasturi Buat Nik Aziz: Sempena Genap 20 Tahun Mentadbir Kelantan

[kemaskini] MEREKA atau individu yang merasakan saya sebagai seorang peminat kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mungkin tidak percaya kalau saya sudah tidak bertemu muka dan bersalaman dengan beliau hampir tiga tahun.

Apa lagi orang masih melihat konteks batin dan naluri kemanusiaan saya dengan beliau cukup kuat. Ia tercermin di mana-mana saja akan hal ini. Kandatipun saya sesekali mengkritik beliau, tetapi kritikan itu akan lebih mengemenkan lagi tali konteks batin saya dengan beliau. Orang tahu dan beliau sendiri tahu bahawa kritikan saya tidak lebih daripada sang ibu kerbau yang menanduk anaknya kerana ingin memberi peringatan. Sesungguhnya tandukan itu tidak akan merodak ke hulu hati si anak yang mulia.

Antara saya dengan beliau ada perjanjian dan ba'iah yang tidak mungkin difahami oleh sesiapa. Hanya kami saja yang sedia maklum. Apakah lafaz dan ikrar hanya terbungkus dalam hati kami yang disaksikan malaikat di kiri dan di kanan. Ianya sangat peribadi untuk diangkatkan di sini. Justeru atas kekemasan tali perhubungan itu saya tidak pernah merasakan yang Tok Guru terkedu hati atau marahkan saya, kalau saya jadi sebaliknya. Tidak..

Rasanya ketika Tok Guruku itu sedang berbulan madu dengan sambutan sempena genap 20 tahun pentadbirannya selaku MB Kelantan dewasa ini tidak elok kalau saya mencungkilkan sebab musabab kenapa saya tidak bertemu muka dengannya. Biarlah ia menjadi sebahagian sejarah antara kami - terutamanya saya. Mungkin dilain lembaran dan keadaan akan diceritakan kenapa saya merajuk sendiri tanpa diketahui pun oleh Tok Guru.

Namun beliau tahu akan sebab musabab perenggangan itu. Tahu sangat. Selalunya kalau saya lama tidak muncul di Kelantan ataupun berada di laluan di mana-mana dewan untuk beliau menuju ke pentas untuk bersalam dan mencium tangannya, dia akan bertanya kenapa, lama tidak timbul kalau beliau merasakan saya lama tidak menemuinya? Atau pun akan bertanya sihat ke dan buku baru apa judulnya?

Apabila beliau bertanya demikian saya mengira dia mengunci segala pergerakan saya dalam ainu politiknya.

Hari ini atau tepatnya 21 Oktober lalu genap 20 tahun Tok Guru menerajui Kelantan Darulnaim sebagai MB. Satu kejayaan besar dan rekod tersendiri buatnya. Saya mengira rekod ini tidak mungkin akan terpecah oleh mana-mana tokoh baik dari Pas ataupun Umno selepas ini. Dua dekad, satu jangka masa terlalu panjang yang menunjukkan betapa stabilnya pemerintahan seseorang itu dalam politik kontemporari ini. Pastinya tanpa ada senjata ampuh dan politik bijaksana ianya tidak akan sampai ke tahap itu. Dalam hal ini pada saya Tok Guru memiliki cenduai politik yang sangat menyerap dan mujarab.

Kalau orang Umno berbangga dengan pencapaian Dr Mahathir Mohamad menjadi PM selama 22 tahun, maka orang Pas juga perlu berbangga dengan pencapaian Tok Guru Nik Aziz itu. Bahkan orang Pas patut merasakan mereka merasakan kebanggaan mutlak kerana pencapaian Nik Aziz bukan atas politik adu domba, politik menggunakan kuasa tetapi politik kesedarhanaan dan tulus ikhlas. Mahathir berjaya menjadi PM kerana kelicitan beliau menyingkir seorang demi seorang kawan politiknya yang dianggap menjadi musuh tanpa berhati perut.

Mahathir singkir Tengku Razaleigh Hamzah dalam satu perlawanan penuh misteri dan tertanya-tanya sampai kini tahun 1987. Ada berpendapat kekalahan Tengku Razaleigh hanya dengan kekurangan 53 undi adalah kekalahan yang palsu. Selepas itu Dr Mahathir menyingkirkan Musa Hitam. Terbaru dan amat menghuruharakan parti itu menyingkirkan Anwar Ibrahim menerusi satu konspirasi yang memalukan ummah dan negara tahun 1998.

Namun tidak begitu dengan Tok Guruku Nik Aziz. Dia tidak menyingkir sesiapa, dia tidak memanipulasikan kuasa dan kedudukannya untuk terus kekal dan tercokol di atas kerusinya. Beliau bukan bersikap autokrasi untuk mengekalkan diri atas jemala kekuasaan. Sebaliknya dia diminta dan dirayu oleh rakyat. Disokong dan didoa oleh rakyat. Jadi sokongan rakyat kepadanya lebih kudus dan murni daripada kekaguman kepada Mahathir Mohamad.

Barang kali tidak melampau kalau dikatakan, jikalau Allah tidak memberi kesempatan Pas memerintah Malaysia, tetapi cukup bagi orang Pas buat ketika ini menerima kehadiran Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan di mana aura kehebatannya turut sama dirasai oleh segenap lapisan rakyat dan jiwa negara ini.

Saya sebagai peminat beliau sedari kecil bebangga atas pencapaian Tok Guru. Syabas dan tahniah. Sebenarnya wajar kalau Tok Guru mampu melalui dua dekad pentadbiran atau lebih panjang dari itu. Kekuatan yang ada kepadanya bukan memanipulasi kuasa politik tetapi ia adalah rahmat dan pertolongan Allah. Beliau tidak berlawan dengan musuh menerusi politik struggle tetapi dengan menyerah kepada Allah. Itu saja senjata utama baginya, berdoa dan meminta keredhaan Allah.

Kalau Nik Aziz mengharapkan kepada kuasa politik semata-mata pasti dia tidak akan sampai ke takah itu. Dia akan mati di tengah jalan. Dia tidak bermain dengan kuasa politik dan menjadikan nafsu sebagai pengawalnya. Keikhlasannya membimbing dia terus untuk memerintah Kelantan. Sekali lagi doa menjadi senjata dan perawat sukadukanya. Yang memberi kekuatan dan daya istiqamah yang tinggi.

Dalam melihat perjalanan politik Tok Guru sebagai MB dan ahli siasah, bohonglah kalau di sepanjang dua dekad itu beliau tidak pernah dibaham kedukaan atau tidak menangis. Atau tidak pernah dioleng rasa cemas dan walang atas permainan pihak musuh.

Atas sifatnya sebagai manusia biasa, beliau juga tidak dapat terlepas dari segala pencaroba itu. Selaku peminatnya dan pendamping secara halimunan saya menyaksikan akan detik-detik yang memberi cemas kepadanya. Detik-detik menjadikan dia menggeletar dan takut kepada Allah kerana tidak dapat terus menjaga negerinya sekiranya kekuasaan Islam menerusi Pas hilang.

Ada dua peristiwa yang berlaku di depan mata dan ini juga dapat dirasai oleh rakyat seluruhnya bagaimana Tok Guru pernah berada dalam keadaan cemas yang membimbangkan. Pertama ialah ketika berlaku krisis dengan pihak istana Kelantan tahun 1995 selepas Tengku Razaleigh menguburkan Semangat 46 untuk mendakap semula Umno. Kerana waktu itu istana diperalatkan oleh golongan tertentu telah menganggu Tok Guru Nik Aziz. Tugas dan tanggungjawabnya sebagai MB dicabar dan diganggu. Matlamatnya satu mahu melemahkan kerajaan Tok Guru.

Dengan krisis ini sehingga berlaku sesuatu yang tidak seharusnya berlaku yang rasanya tidak manis untuk disebut semula di sini. Dalam krisis ini Tok Guru dihina sebagai manusia dan MB. Beliau seakan akan hilang segalanya, termasuk kerajaan Kelantan. Namun berkat kesabaran dan doa akhirnya krisis itu mereda dan keadaan kembali pulih. Pihak yang memusuhinya juga akhirnya mengangkat tangan surrender atas kebenaran.

Bayangkan kalau bukan sembarangan, beliau boleh tewas dalam mengharungi krisis berkenaan. Betapa bukan kecilnya krisis itu bila mana seorang MB dinafikan haknya, maruahnya diinjak bila mana huluran salamnya tidak mahu disambut oleh sultan. Kejadian ini bukan dalam kamar sempit tersembunyi tetapi di khalayak. Peritiwa itu penakanya mahu melondehkan maruah Tok Guru itu.

Beluam ada sejarah dalam politik negara ini MB yang berkrisis dengan istana dapat meneruskan pentadbirannya. Seorang demi seorang MB yang menghadapi masalah dengan sultan akhirnya membungkus tikar bantal pulang ke rumah. Namun ini tidak terjadi kepada Tok Guru. Pihak istana yang mendapat nasihat tidak betul akhirnya kembali ke jalan benar, menerima Tok Guru sebagai memanda menteri semula yang bertakwa dan beriman. Semua ini ialah kerana pendekatan dan sikap tasamuh diamalkan oleh Tok Guru yang senantiasa berdoa siang dan malam meminta Allah menunjukkan kebaikan kepada semua.

Saat cemas kedua yang saya saksi ialah pada malam keputusan pilihan raya umum ke 11 tahun 2004. Tidak ada detik dan suasana yang saya rasakan telah menelorkan kerimasan begitu dahysat kepada seorang Tok Guru dan MB. Semuanya kerana Pas kehilangan banyak kerusi. Beliau begitu bimbang sekali Pas akan kehilangan kerajaan, namun disudut hati kecilnya kalau kehilangan itu demi kebaikan tentu beliau redha.

Sepanjang malam itu di atas pejabat Pas di Jalan Dato' Pati Kota Bharu beliau bersolat hajat dan berdoa kepada Tuhan. Sedulang buah-buahan yang dihidang untuk menghambat kerisauan sementara menunggu keputusan langsung tidak disentuhnya. Wajahnya juga muram durja. Tatkala ada perkhabaran jahat mengatakan BN sudah menguasai 2/3 kerusi Dun Kelantan, saya nampak wajahnya pucat dan beliau kelihatan nanar untuk mencari bilik air bagi mengambil wuduk mendirikan solat bagi mendamaikan jiwa.

Tiada kesayuan pada saya melebihi kesayuan malam itu melihat keadaan Tok Guru. Kalaulah malam itu saya boleh membeli tunai segala keresahan dan kewalangannya, tentu sekali saya akan memborongnya semua sekali. Tidak rela melihat seorang tok guru semulia dan seikhlas itu berdukadurja begitu. Tetapi, inilah kelebihan Tok Guru dan orang yang bergantung kepada Tuhan. Baginya apa yang akan berlaku semuanya atas kehendak Allah dan manusia tidak boleh menghalangnya.

Selepas itu tidak ada lagi bala besar yang menimpa dirinya. Kalau pun ada ada cerita-cerita dalaman parti yang boleh membingkitkan telinganya. Semuanya dapat diatasi dengan sikap tawaqus dan doa memanjang. Sikap adil atas kebenaran dan sikap tegas kerana kebenaran menjadikan ubat atas segala itu. Justeru mereka yang cuba untu mengkhinatinya menjadi relai dan insaf sendiri.

Paling akhir ialah serangan jahat ke atasnya yang cuba menghancurkan personaliti beliau sebagai seorang tok guru. Serangan ini dibuat berangkaian dengan serangan ke atas anak menantunya. Tuduhan kononnya beliau menerima rasuah untuk mengerjakan haji adalah satu perbuatan jahat yang sungguh tidak bermoral dan keji. Ia benar-benar mengilan dan mendukacitakan hati Tok Guru berkenaan. Malahan rakyat Kelantan yang tidak berpihak kepada mana-mana warna (parti) juga kesal atas fitnah melampau itu.

Sekali lagi atas kesabaran dan kebenaran beliau berjaya mengatasi segalanya. Dan kekecewaan itu telah digandakan pula oleh Tuhan, di mana tahun ini beliau dikatakan akan mengerjakan haji, bersama Sultan Mohamad Ke 5. Inilah kerja Tuhan yang tidak ada sesiapa dapat membacanya dan menghalangnya. Semalam Tok Guru di keji dan dihina ataupun dipermainkan, tetapi hari ini esok darjatnya diangkat setinggi-tingginya.

Menilai segala kejayaan, pengorbanan dan kesungguhan Tok Guru menjadi MB dan mentadbir Kelantan selama 20 tahun rasanya tidak terbalas oleh sesiapa pun. Jasa dan pengorbanan itu sangatlah besar. Hanya Allah jugalah yang boleh membalas. Dan seperti telah dijanjikan apabila genap saja 20 tahun Tok Guru jadi MB dan membawa Kelantan menerajui perubahan, Allah talaala memberi ganjaran duniawi besar kepadanya dengan mentakdirkan Tengku Mohamad Faris Petra menjadi sultan Kelantan yang baru.

Gandingan antara Tok Guru dengan Sultan Mohamad Ke V adalah gandingan seperti cekrawala bulan dan mentari. Tok Guru memerintah dengan cahaya kelembutan, Sultan Mohammad Ke V memerintah dengan cahaya ketegasan dan keadilan. Dan ciumanku di perkarangan hotel Fully Inn Gua Musang malam kelmarin adalah ciuman kasturi sebagai cederahati dari seorang marhaen kepada seorang memanda kesayangan Sultan. [wm.kl.11:00 am 23/10/10]