Monday, October 18, 2010

Berita Busora

Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan Yang Baru

SEPERTI mana yang telah dimaklumkan sebelum ini (lihat posting 13 Oktober), Inysa-Allah lewat tengah hari ini adinda kedua Sultan Mohamad Ke V, iaIni Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra (foto) akan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan yang baru.

Sebelum ini Tengku Muhammad Fa-iz adalah Tengku Bendahara Kelantan.

Majlis Mesyuarat Exco Kelantan Kelantan bersama Majlis Perajaan Kelantan akan bermesyuarat pada pagi ini bagi urusan pemasyhuran berkenaan.

Satu sidang akhbar bagi memaklumkan perkhabaran gembira itu kepada sekalian rakyat juga akan dibuat menjelang sebelah petang bertempat di Istana Negeri Kubang Kerian oleh Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan, Aseri Alis.

Perkhabaran yang saya terima awal sebelum ini ternyata benar dan benar-benar menggembirakan rakyat. Tahniah untuk rakyat Kelantan yang menyanyangi dan senantiasa menjujung kasih kepada semua karbat di Raja Kelantan.

Semoga semua kerja berjalan sempuran dan dalam pemeliharaan Allah subhanahwatala. Allhaukbar... Allahuakbar ... Allahuakbar. [wm.kl. 8:00 am 18/10/10]

2 comments:

ANAFAKIR said...

Gadingan yg dialu-alukan oleh sekalian rakyat jelata.Sementelahan pula Tuanku akan berangkat menunaikan haji,kira amat sesuai permasyhuran perlantikan Tengku Mahkota untuk memangku tugas Sultan selama masa ketiadaan baginda dalam negeri.

YTM Tengku Faiz Petra dikira memiliki ciri2 seorag raja yg saling tak tumpah seperti kekanda baginda.Amat molek sangat jika baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota..ada backup untuk Tuanku Sultan.Daulat tuanku,Allah Hu Akbar 3x.

amd duron said...

salam..saya yang bukan berajakan sultan kelantan amat berbangga kerana mempunyai sultan sedemikian.