Friday, April 16, 2010

Menyimpang Jalan Ke Hulu Selangor

Ke Mana Palanivel dan Muhammad Taib?

DUA tokoh awal yang disebut-sebut akan dicalonkan UBN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak kelihatan pada hari pengumuman calon semalam. Puas saya membelek beberapa album dalam blog baik oleh pro pembangkang atau pro parti memerintah atau bebas tidak kedapatan wajah mereka.

Foto blog jurufoto profesional Jinggo juga tidak kedapatan gambar mereka. Saya yakin kalau mereka hadir wajah mereka tidak akan terlepas dari dirakam oleh sdr Jonggo.

Dua tokoh itu ialah Muhammad Mohd Taib dan Palanivel. Kedua mereka antara dua nama yang menjadi sebutan awal untuk diturunkan BN bertanding di situ. Apakah mereka tersesat jalan untuk tiba ke tempat pengumuman calon atau pun tidak hadir langsung.

Muhamad Taib sebagai tokoh veteran tidak sepatutnya tidak hadir. Kawasan Batang Kali di mana salah satu dari Dun dalam parlimen Hulu Selangor adalah kawasan yang pernah diwakilinya. Beliau juga bekas MB Selangor. Pengaruh Muhammad Taib besar di Hulu Selangor. Kalau Muhammad Taib bersikap negatif ia boleh menganggu BN untik bergerak lancar di Hulu Selangor.

Sebelum pengumuman calaon saya menghubungi "General" BN untuk pilihan raya berkenaan. Kata general ini biarlah Muhammad Taib membawa dirinya. Katanya sejak awal hingga kelmarin bekas MB Selangor ini tidak menunjukkan wajahnya langsung. Saya bertanya apakah dia melancong ke luar negara, general berkenaan tidak menjawab.

Apakah Muhamad Taib akan muncul disaat-saat akhir. Sebelum ini ketika namanya cuba ditonjolkan Muhyiddin awal-awal lagi cuba mencantasnya dengan mengatakan; mungkin Muhammad Tai tidak sedia untuk bertanding. Muhyiddin dan Muhammad Taib ada sejarah tersendiri. Dalam perhimpunan agung Umno dua tahun lalu Muhammad Taib telah berlawan dengan Muhyiddin untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Umno.

Mungkin kerana perisitwa itu Muhyiddin yang kini selalu pengurus besar pilihan raya itu bagi BN kurang senang kalau Muhammad Taib diundang untuk sama-sama meriuhkan pilihan raya berkenaan. Muhyddin sudah pasti tidak mahu Muhammad Taib kembali aktif dalam gelanggang Umno kerana ia boleh mencabar kedudukannya.

Begitu juga wajah Palanivel juga tidak muncul pada hari pengumuman calon itu. Beliau juga antara nama yang dijaja dan dibawa oleh MIC untuk bertanding. Apabila nama lain diumumkan mungkin Palanivel segan untuk hadir. Tetapi saya percaya selepas penamaan calon nanti kedua orang tokoh ini akan dibawa ke dalam ceramah bagi menunjukkan BN tidak ada masalah apa-apa dalam menghadapi pilihan raya kecil itu. [***kl.4:20 pm 16/04/10]

No comments: