Wednesday, February 24, 2010

Selingan Rasa

Seni dan Bakat Yang Terbiar!

VANDALISME biasanya dikaitkan dengan kegiatan jahat yang dilakukan tanpa sengaja! Ia berlaku dari kalangan kanak-kanak. Kegiatan ini juga dianggap sebagai hobi. Misalnya perbuatan merosak pondok telefon, meragut pohonan hiasan di taman, memecahkan bangku atau peralatan permainan, menyepak ting kosong, dikaitkan sebagai perbuatan vandalisme.

Kegiatan vandalisme ini sebenarnya bukan terhad kepada golongan kanak-kanak dan remaja sahaja. Tetapi ia juga melarat kepada orang dewasa. Kalau menconteng dinding, melukis tembok termasuk dalam perbuatan vandalisme, maka si pelakunya ialah orang dewasa.

Mereka yang bukan dari kalangan sengit otak ataupun cacat pemikiran tetapi mereka yang berpendidikan, ada bakat, kemahiran serta mempunyai tenaga kewangan. Sebab jika dilihat kepada beberapa bentuk vandalisme ini, ia mempunyai nilai seni tinggi dan mengkagumkan.

Jadi apakah wajar kita namakan kegiatan seperti ini sebagai vandalisme? Hasil kerja mereka bukan setakat suka-suka tetapi memerlukan keperihatinan tinggi dan ketekunan. Mereka melukis dan menconteng sambil expression ilham mereka untuk dihayati oleh pengguna jalan raya atau sesiapa yang menyedarinya. Di sini semacam wujud manusia yang kehilangan ruang dan mencuba ruang publik untuk kepuasan mereka.

Jika diamati dalam contengan itu ada masej tertentu yang ingin disampaikan. Biasanya secara abstrak. Ada berbagai bentuk. Paling mudah dijumpai ialah bentuk karton, hantu yang bertemakan seram atau misteri. Namun semua penjelmaan daya kreatif vandalisme itu sebagai peluahan perasaan yang bergelojak di hati.

Satu lukisan di tembok di Seksyen 5, Wangsa Maju benar-benar merujakan saya. Lakaran itu amat tinggi nilainya. Apa yang menjadi tanda tanya lukisan di tembok itu juga sering kali bertukar tema dan bentuk. Kurang periksa pula saya apakah ia hanya ditampal di situ di mana lukisan dibuat atas kanvas terlebih dahulu.

Yang jelasnya lukisan dan lakaran berbagai bentuk yang membawa mesej tersendiri sering bertukar dan besarnya persis poster wayang gambar. Jika dilihat kepada hasil dan saiznya ia memerlukan wang yang bukan sedikit untuk menyediakannya.

Saya yakin mereka yang mengerjakan adalah mereka yang berketrampilan dan ia dikerjakan secara berpasukan. Apakah kegiatan vandalisme yang mempunyai bobok ini tidak boleh dikendalikan agar ia menjadi kerja atau kegiatan yang faedahnya lebih luas dan bersistemetik.

Mungkin pihak berwajib ataupun mana-mana bahagian di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, misalnya jabatan yang menguruskan kebudayaan dan keseniaan boleh menguruskan kegiatan ini. Apa kata kalau dianjurkan satu pertandingan lukisan muril (vandalisme) di ibu negara? DBKL hanya perlu menyediakan tembok saja di mana segala peralatan para peserta muril vandalisme ini bawa sendiri.

Dan contengan atau muril itu nanti bolehlah didunakan di mana-mana ataupun hasilnya akan dijual dengan ini pelukis tembok ini dapat juga hasilnya atau mengabadikan karya mereka di mana-mana daripadi hilang begitu saja apabila pihak DBKL bertindak membersihkan tembok yang dikotorkan itu. [wm.kl. 10:00 am 25/02/10]

1 comment:

firdaus said...

Graffiti bukanlah satu bentuk vandalisme, lukisan dan coretan yang sebegitu cantik tidak mungkin boleh dianggap vandalisme, semuanya dalam perancangan..

vandalisme adalah bagi mereka yang sudah sakit otak atau otak tak terima isyarat tentang penjagaan harta awam

malah zaman batu lagi sudah ada graffiti, malah berterusan hingga ke zaman Mesir kuno dan Romawi, mereka mencoret sejarah mereka di dinding untuk tatapan generasi akan datang dan itulah tujuannya

zaman sekarang pula ia mungkin dilukis sebagai mengeksperasikan kepada ketidakadilan sosial dan poltik dalam masyarakat kini disamping menunjukkan sebarang pemberontakan

bagi mereka yang celik dan faham maksud tersirat pada seni takkan ada yang keliru melainkan pada mereka yang jahil dan tidak dapat melihat sesuatu yang melangkaui, maka bagi mereka apa yang dibuat akan mudah dianggap vandalisme sedangkan dalam hidup dia sendiri penuh dengan vandalisme tidak pernah sedar pun......