Tuesday, March 31, 2009

Berita Tengah Malam

Abdul Hadi Sahkan Ada Perrtemuan Lapan Biji Mata di Kota Bharu

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengesahkan memang berlaku pertemuan lapan biji mata di Kota Bharu Isnin lepas. Pertemuan itu melibatkan dirinya, timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Jelas Abdul Hadi pertemuan itu adalah rutin bila ada sesuatu isu yang perlu dijelaskan ataupun bagi menerima nasihat dari Nik Aziz berhubung sesutau perkara yang rumit dan memerlukan penjelasan.

Ditanya apakah butiran yang dibicangkan Abdul Hadi menjelaskan ia ada berkaitan dengan idea penubuhan kerajaan perdamaian, unity gorvenment dan juga hal-hal lain termasuk strategi Pakatan Rakyat.

Abdul Hadi juga menjelaskan pertemuan itu berlangsung dengan baik dan menggembirakan apabila Menteri Besar Kelantan itu mendapat penjelasan benar mengenai unity government dan menerima idea itu yang telah timbul salah faham di pihaknya tidak lama dulu.

Blog ini telah mendedahkan pertemuan berkenaan tetapi tidak mengaris lanjut butiran pertemuan itu yang berlangsung di JKR 10 sambil bersarapan pagi. [wm.kl. 11:30 pm 31/03/09]

Celoteh Murai 36

Apabila Ezam Kata Najib Cerdik...

SERONOK juga Murai membaca berita mengenai Ezam Mohd Noor yang memuji dan memuja Najib Razak. Menurut Ezam Najib adalah manusia yang cerdik. Katanya kecerdikan Najib itu disahkan sendiri oleh Anwar Ibrahim. Ezam kata dia pernah bertanya Anwar siapa paling cerdik dalam Pemuda, maka jawab Anwar, Najib paling cerdik.

Ezam menggunakan cop mohor Anwar untuk ambil hati Najib.

Bila membaca berita Ezam itu Murai tiba-tiba teringat kisah Murai bersama datuk sewaktu sambil mengail ikan di sungai masa kecil dulu. Murai bertanya kepada datuk Murai, mana yang lebih laju larinya antara gajah dengan kuda? Jawab datuk Murai; tentulah gajah yang kuat. Kenapa? Murai bertanya. Sebab gajah besar, jawab datuk Murai selamba.

Murai percaya hidup-hidup apa yang datuk Murai cakapkan itu. Iyalah, ikut logik akal masa tu, gajah besar tentu dia kuat lari berbanding dengan kuda. Setelah Murai besar, bersekolah dan pandai membaca dan mengeja baru Murai tahu yang kuat larinya bukan gajah tetapi kuda. Rupanya jawaban datuk Murai itu untuk tes IQ Murai saja.

Begitulah juga agak Murai dengan cerita Ezam itu. Kenapa Anwar kata Najib yang cerdik kerana ingin tes IQ Ezam saja. Bila Ezam percaya kepada jawaban Anwar itu bermakna otak dan akal Ezam tidak berapa cerdik dan cekap untuk memahami ujian Anwar. Ezam masih menggunakan otak kebudak-budakannya.
Paling kebudak-budakan lagi ialah apabila Ezam kini telah menggunapakai jawabannya itu untuk memuji Najib. Tak tahulah Murai apakah Najib menerima pujian Ezam itu.

Biarlah... cuma Murai terfikir kenapa akhir-akhir ini Ezam memuji Najib tinggi-tinggi; cerdik, bijak, pintar dan pandai dan macam-macam lagi. Jawabnya mudah saja sebab Ezam sudah bersama Najib dan Najib pula sudah nak jadi PM, jadi Ezam nampak Najib besar macam gajah seperti mana Murai tengok masa belum khatan dulu.

Murai percaya lepas ni bukan saja Ezam akan mencerita ke hulu ke hilir dalam tiga pilihan raya kecil yang sedang berjalan sekarang ini mengenai kebijaksanan Najib, tetapi Ezam juga akan menceritakan mengenai kemuliaan dan kehebatan Rosmah Mansor sebagai wanita pertama Malaysia.

Tentunya Rosmah akan dilukiskan begitu hebat dan angguh melebihi Wan Azizah ataupun Jaenne Abdullah. Tak mengapa puji dan ceritalah duhai Ezam... tak dak orang nak marah pun. Cuma jangan pula Ezam jual cerita kononnya dia pernah bertanya kepada Wan Azizah isteri siapakah paling bijak dan cantik?

Kalau Ezam nak puji Rosmah, gunalah 'hadith' sendiri dan jangan mencari-cari hadith orang lain. Dan tidaklah kena bagi Ezam kalau sudah memuji Najib tidak pula memuji Rosmah. Kena puji dua-dua baru adil namanya. Kan dua-duanya dah besar!

Murai: Hanya kenal Nyonya Mansor.

Eksklusif Tengahari

Najib Kena Bersihkan Diri Sebelum Jadi PM

PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang meminta Mohd Najib Razak membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Ini menurut Abdul Hadi perlu kerana Najib bukan saja ketua kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Adalah menjadi hak kita sebagai rakyat meminta Najib membersihkan dirinya terlebih dahulu kerana Islam mementingkan kepada pemimpin yang bersih dari segala dosa,” tegasnya dalam pertemuan eksklusif di pejabatnya tengah hari ini.

Abdul Hadi merujuk kepada beberapa isu yang melingkari diri Najib Razak yang diperkatakan sejak lama dulu.
Keburukan mengelilingi diri Najib katanya bukan saja diketahui oleh rakyat negara ini tetapi seluruh dunia mengetahuinya apabila ia disiarkan dalam media massa antarabangsa.

Antara tuduhan atau persepsi buruk yang dilekatkan kepada Najib berhubung dengan kelakuan rendah moral dan juga jenayah.

Kes-kes seperti ini amat besar kesannya dan memalukan serta tidak perlu ditempelkan kepada seseorang yang bakal menjadi pemimpin nombor satu negara.
“Najib mungkin tidak melakukannya dan ia juga mungkin semua itu fitnah, tetapi apabila ia sering disebut ini menyebabkan diri Najib kotor dan Najib wajar menjelas dan membersihkannya,” jelasnya.

Tegas Abdul Hadi lagi, selagi Najib menepisnya begitu saja dan mendiamkan diri selama itu tuduhan-tuduhan huduh itu akan melekat kepada dirinya.

Untuk membersihkan dirinya Najib boleh melakukan menerusi saluran atau bentuk, menerusi mahkamah atau parlimen.

Misalnya Najib boleh mendakwa pihak-pihak yang menuduh ke atasnya dan biar mahkamah menentukan.

Beliau merujuk kepada dirinya sendiri yang satu masa dituduh oleh media Barat mengatakan beliau adalah seorang pengganas dan orang nombor tiga dalam jemaah al-Qaida.

“Saya saman media berkenaan dan mahkamah mendapati semua itu adalah fitnah,” jelasnya lagi sambil berharap Najib akan membuat tindakan yang sama.
Setelah mahkamah atau parlimen menentukan diri Najib bersih barulah beliau boleh memegang jawatan berkenaan. Manakala katanya sementera Najib dalam proses menyucikan diri Abdullah Ahmad Badawi bolehlah terus memegang jawatan Perdana Menteri. "Tidak ada sebab untuk Abdullah melepaskan jawatan PM yang dipegangnya kini," tegasnya.

Manakala menyentuh mengenai pertemuannya dengan Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu minggu lalu, Abdul Hadi menjelaskan pertemuan itu bagi mendapat pandangan mengenai beberapa perkara daripada Nik Aziz.

Pertemuan yang turut sama dihadiri Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut sama membincang strategi Pakatan Rakyat dan juga mengenai idea mengagaskan unity government.

"Alhamdulilah Tok Guru Nik Aziz telah memberi beberapa nasihat dan pandangan yang baik yang akan dijadikan pedoman dalam membincangkan idea ini," jelasnya.
Menjawab pertanyaan kenapa Nik Aziz mengkritik idea itu secara terbuka baru-baru ini, Abdul Hadi menjelaskan ia bukan disengajakan tetapi kerana beliau (Nik Aziz) tidak mendapat maklumat dan penjelasan yang sebenarnya. "Bagaimana pun alhamdulilah kini semuanya sudah selesai," jelasnya. [wm.kl. 4:00 pm 31/03/09]

Lintas Pagi

Satu Lagi Pilihan Raya Kecil Selepas 7 April?

BELUM pun selesai tiga pilihan raya kecil yang sedang berlaku sekarang ini, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai timbul pertanyaan kerusi manakah pula akan menjadi kosong selepas ini? Apakah selepas ini giliran kerusi Parlimen Kepala Batas yang kini disandang oleh bakal bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi kosong?

Kemungkinan akan berlaku pilihan raya kecil Kepala Batas ini sangat besar. Untuk apa Abdullah duduk tercokol lagi di kerusi berkenaan setelah beliau tidak lagi menjadi perdana menteri. Apakah beliau sanggup dan tergamak duduk di kerusi belakang sebaris dengan Tengku Razaleigh Hamzah, Rafidah Aziz dan lain-lain sebagai anggota dewan rakyat.

Biasanya kerusi belakang yang bertentangan dengan Speaker dikhaskan kepada wakil rakyat-wakil rakyat berstatus 'lesung hindik' atau 'lesung tumbuk' - wakil rakyat lanjut usia dan tidak lagi menjawat apa-apa jawatan penting dalam parti maupun kerajaan.

Apakah Abdullah sanggup melihat kerusinya di hadapan sebelah kanan Speaker yang akan mula diduduki Najib RAzak pada persidangan akan datang. Kerusi itu tidak ubahlah seorang janda yang ditinggalkan si suami kerana masalah kemangkatan pucut!

Jawabanya tentu sekali tidak. Atau apakah beliau akan menjadi ahli berhormat yang tidak akan masuk ke dewan persidangan? Sekiranya Abdullah boleh menerima keadaan itu betapalah rendahnya nilai politik seorang Abdullah Badawi.

Logiknya tidak ada sebab lagi untuk Abdullah terus duduk tercokol di situ. Dan kalau untuk jadi ahli parlimen setakat hendak ambil elaun saja ia juga tidak munasabah dan memalukan sahaja.

Mahatahir Mohamad apabila sudah melepaskan jawatan perdana menteri tidak lagi bertanding dalam pilihan 2004. Dia terus menjadi lesung hindik yang pergi ke merata tempat untuk memburukkan kepimpinan dan kerajaan Abdullah. Selepas itu sekalipun beliau tidak menjejakkan kaki ke parlimen untuk tidak mengingatkan dia kepada si janda itu.

Saya kira Abdullah tidak akan mengikut budaya dan perangai Mahathir. Abdullah tidak akan mengkritik kepimpinan Najib secara terbuka seperti mana dilakukan Mahathir walaupun ada aspek-aspek yang beliau tidak setuju.

Bagaimana pun dalam situasi hari ini bukan senang untuk Abdullah mengosongkan kerusi Kepala Batas bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan. Kesan dan akibatnya nanti tentulah buruk kepada UBN.

Pada saya samada beliau akan lepas atau tidak kerusi Kepala Batas bergantung kepada keputusan tiga pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang ini. Sekiranya kesemua pilihan raya kecil itu berpihak kepada UBN, mungkin beliau akan berfikir untuk melepaskan kerusi berkenaan. Sebaliknya kalau keputusan berpihak kepada Pakatan Rakyat susah untuk Abdullah melakukannya kerana pilihan raya itu kelak akan menjatuhkan martabat UBN.

Sudah pasti dia akan terus berada di kerusi parlimen Kepala Batas sehingga tamat tempoh parlimen penggal ke 12. Kalau kena jadi tunggul di dalam parlimen, jadi tunggullah tidak mengapa asalkan maruah UBN dapat dijaga. Bak satu babak dalam filem Musang Berjanggut garam ke garamlah asalkan Puspawangi yang bikin! Bukankah Abdullah rela berkorban untuk parti dan tidak akan mederhaka kepada UBN?

Jadi samada Abdullah akan mengosongkan kerusi itu atau tidak bergatung sepenuhnya kepada keputusan tiga pilihan raya kecil ini. Kalau dua daripada tiga pilihan raya kecil itu berpihak kepada PR tidak mungkin Abdullah akan mengosongkan kerusi itu.

Pun begitu jika berpandukan kepada kebiasaan tidak ada sebab lagi Abdullah yang sudah tidak lagi menjadi perdana menteri untuk kekal sebagai wakil rakyat biasa. Dalam dunia mana pun keadaan yang dilalui Abdullah itu beliau kena berundur dan lepaskan kerusi Kepala Batas secepat mungkin.

Mengosongkan kerusi Kepala Batas itu adalah satu lagi penghormatan rakyat kepadanya sebagai pemimpin yang tidak suka berbalah. [wm.kl. 9:30 am 31/03/09]

Monday, March 30, 2009

Bintang Mengerdip

Tahniah Kepada Mohd Amar Kerana Dianugerah Darjah Kebesaran

PENGERUSI Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan Sains dan Teknologi, Mohd Amar Nik Abdullah, 47 (foto) hari ini menerima anugerah darjah kebesaran, Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DKJMK) yang membawa gelaran Dato' daripada Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahaya Petra.

Anugerah itu di sampaikan hari ini pada majlis adat istiadat sempena hari ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke-59. Majlis berlangsung di Balai Besar, Kota Bharu.

Mohd Amar yang juga Adun Panchor, Pengkalan Chepa merupakan penerima tunggal darjah kebesaran dari kalangan ahli politik Kelantan pada hari keputeraan Sultan Kelantan kali ini.

Mohd Amar salah seorang anggota Exco yang menjadi kesayangan Menteri Besar, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan anak pemimpin terulung Pas Kelantan yang sezaman dengan Nik Aziz, Nik Abdullah Arshad yang juga kawan dan guru politik Mursyidul Am Pas itu.

Bintang politik Mohd Amar mula menyerlah ketika beliau menjadi ahli Parlimen Pengkalan Chepa sebagai mengganti ayahnya yang berundur dari politik pada tahun 1995. Di kalangan pemimpin pelapis Pas Kelantan beliau dikata tokoh yang benar-benar mengetahui mengenai suka duka perjuangan Pas Kelantan sebab beliau mengikut jejak ayahnya sejak kecil lagi.

Tahun 1999 Mohd Amar dibawa balik bertanding di DUN Panchor untuk membantu kepimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan dilantik menjadi salah seorang Exco. Pengembalian itu juga sebagai persiapan untuk mendedahkan Mohd Amar dengan seluk belok kepimpinan peringkat negeri.

Dalam hierarki Pas Kelantan beliau merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAs Kelantan bersama Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Mohd Amar seorang pemimpin pelapis yang suka merendah diri dan bekerja dalam senyap. Beliau juga tidak menggemari kepada publisiti melebih-lebih, malahan publisiti mengenai dirinya seakan langsung tidak ada ini menyebabkan sesetengah orang tidak pernah merasai kehadirannya.

Mohd Amar juga merupakan gandingan dengan seorang lagi Exco yang bertindak sebagai membantu Nik Aziz untuk merancang pembangunan sosial dan kebajikan rakyat, iaitu Takiyuddin Hassan (Datuk).

Penerimaan darjah kebesaran hari ini yang membawa gelaran Dato' membuktikan kepimpinan dan ketokohan Mohd Amar sebagai pemimpin selepas Nik Aziz diikhtiraf. Tahniah kepada Mohd Amar. [wm.kl. 9:15 pm 30/03/09]

Dendam Bukit Gantang 2

Nizar Sudah Turun Padang, Sambutan Memberangsangkan

BELUM sampai 24 jam selepas disahkan sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang, Menteri Besar Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin telah turun ke gelanggang menemui rakyat akar umbi bagi menjelaskan misi dan visi pilihan raya kali ini.

Ia bukan saja setakat memenuhi kekosongan kerusi ditinggalkan Allahyarham Roslan Shahrum tetapi pilihan raya kali ini membawa natijah lebih penting dari itu.

Nizar nampaknya tidak membuang masa dan terus bergerak tanpa memepdulikan dua calon lain, Ismail Saffian dan seorang calon bebas.

Pagi tadi dengan diteman Adun Kuala Sepatang, Tai Sing Ng (PKR), Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai (DAP) dan Adun Semanggol, Ramli Tusin (PAs) Nizar telah turun ke Kuala Sepatang menemui masyarakat Cina di situ. Pengundi di kawasan ini berjumlah 19,699 pemilih.

Dalam kesempatan itu Nizar menemui semua lapiran masyarakat, peniaga, pemandu teksi, guru, orang awam, kanak-kanak, remaja, kakitangan kerajaan dan juga anggota pasukan keselamatan.

Sambutan ke atas kunjungan Niazar dan rombongan kempennya memberangsangkan. Orang Cina nampak begitu jinak dan mesra dengan Nizar dan ada yang terang-terang memberi pengakuan untuk memilih Nizar.

"Lu tak payah lusing, kita olang akan tetap undi lu...," begitulah tutur seorang pengundi yang sudah lanjut usia. Dia tidak percaya yang datang memeluk dan berjabat tangan dengannya adalah calon pilihan raya berkenaan dan bekas Menteri Besar Perak yang masih dianggap Menteri Besar Rakyat.

"Lu olang calon wakil rakyat ke?" tanya pengundi berkenaan tidak percaya kerana mungkin baginya Nizar terlalu humble.

"Iya... iya, saya Mohdmad Nizar calon Pakatan Rakyat," balas Nizar. Mereka berpelukan dan bertepuk bahu mesra.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambart yang dirakam Zamzarina yang mengikuti Nizar ke Kuala Sepatang kira-kira selama satu jam bermula jham 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. [wm.kl 6:30 pm 30/03/09]

Kemuliaan Penjenguk

Prihatin Dari Penjenguk Blog Merah Tinta Kepada Nik Madihah

SEORANG penjenguk blog Merah Tinta telah bermurah hati menghulurkan sedikit sumbangan kepada Nur Madihah Mohd Kamal,18 pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2008 yang mendapat 20A. Sumbangan berupah wang itu diamanahkan kepada saya untuk disampaikan kepada adik Nur Madihah.

Pembaca blog berkenaan membaca coretan saya menerusi pojok Murai yang diposting tidak berapa lama dulu. Pembaca berkenaan yang begitu terharu dengan kejayaan Nur Madihah menghubungi saya untuk menyampakan sumbangan berkenaan.

Disebabkan kesihatan tidak berapa mengizinkan baru semalam dapat saya serahkan sumbangan berkenaan dengan ditemani seorang rakan sdr Md Radzi Mustafa.

Mulanya saya berhajat untuk menjenguk sendiri keadaan Nur Nur Madihah dan kelauragnya di kampung Parang Punting. Serentak itu mahu melihat sendiri suasana kampung nelayan berkenaan dan kehidupan penduduknya yang dikatakan rata-rata daif.

Tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan kebetulan pula Nik Madihah sibuk menghadiri beberapa majlis yang meraikan kejayaannya yang diadakan berbagai pihak menyebabkan niat berkenaan tertangguh. Kami hanya berjumpa di pintu belakang istana Negeri Kubang Kerian.

Semalam Nik Nur Madihah dengan ditemani ayah dan ibunya sedang dalam perjalanan hendak memasuki ke istana Negeri Kubang Kerian untuk membuat latihan bagi upacara menerima hadiah hari ini, di mana Sultan Kelantan dan Raja Perempuan Kelantan meraikan kejayaan anak-anak cemerlang dan kurang bernasih baik di istana sempena hari keputeraan Al Sultan Kelantan. Nik Nurmadihah merupakan salah seorang penerimanya sebagai pelajar cemerlang.

Ayah Nik Nur Madihah, Mohd Kamal Ismail dan ibunya terharu dengan sumbangan berkenaan dan beberapa kali mengucapkan terima kasih atas sumbangan berkenaan. "Terima kasihlah, menyusah balik untuk menyerahkan sumbangan ini, terima kasih banyak," lapaz Mohd Kamal terharu.

"Tak apa yang penting saya dan pembaca blog saya juga merasa seronok atas kejayaan Nik Nur Madihah dan sumbangan ini hanya sebagai penghargaan atas kejayaan itu saja," balas saya.

Sementara itu Nik Nurmadihah ketika ditanya apakah beliau sudah membuat keputusan berhubung tawaran yang diberikan kepadanya menjelaskan beliau masih belum membuat keputusan muktamad.

Dan di sini saya merakam ribuan terima kasih kepada penjenguk blog berkenaan atas sumbangan ikhlas itu. Semoga Allah s.w.t. juga yang dapat membalas segala kebaikan itu. Amin. [wm.kl 5:30 pm 30/03/09]

Menilai Makna Tiga Pilihan Raya

Kosmetik Perpaduan Umno Mencabar Rakyat

PERHIMPUNAN agung Umno minggu lalu memberi semangat dan menambahkan keyakinan baru kepada orang-orang yang bimbang mengenai nasib parti berkenaan. Mereka yang sudah reput tulang dengan kekalahan BN dalam pilihan raya umum lalu tiba-tiba seakan terpulih daripada stroke kecil yang menakutkan itu.

Sedikit sebanyak perasaan takut dan cemas mengenai nasib Umno Barisan Nasional (UBN) seperti terubat sedikit. Kalau ibarat luka ia terbalut. Semuanya kerana Abdullah Badawi mengumumkan secara rasmi beliau akan berundur dan serahkan kuasa kepada Mohd Najib Razak.

Biarlah peralihan itu berlaku. Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentunya akan sedia berhadapan dengan sesiapa saja dan tidak menegiskan semangat mereka. Hatta kalau ada seribu Najib dalam Umno pun ia sedikit pun tidak akan mematahkan semangat pembangkang. Kembalilah seribu orang seperti Mahathir ke dalam Umno pun ia sedikitpun tidak akan melemahkan semangat pembangkang.

Atau pun ambillah seribu orang macam Salentia ia seguris pun tidak merawangkan rakyat dan jiwa pembangkang. Pengembalian Mahathir atau penerima Salentia tak ubah seperti tulang-tulang kering yang disangkut didinding untuk diasapkan bagi menghalau hantu dan jin sahaja! Tidak lebih dari itu.

Orang-orang Pas, PKR dan DAP yang sebelum ini yang tergencat dengan beberapa kasus yang menimpa dan berlaku dalam parti masing-masing kini bangkit semula setelah mereka melihat Umno mula menyancang dan menyusun barisan baru. Kelebihan pembangkang ialah mereka akan bersatu sebaik saja hala lintar berbunyi dan kilat memanah awan. Mereka cepat-cepat menyediakan payung sebelum hujan turun.

Kesediaan Mahathir menampalkan najis ke mukanya sendiri dan ditunjukkan pada hari akhir perhimpunan Umno itu ia turut memberi semangat kepada rakyat yang menuntut perubahan dan Malaysia Baru. Kehadiran Mahathir yang dilihat suatu foya-foya politik itu membangkit jiwa pembangkang untuk berjuang.

Datang dan marahlah Mahathir kami sedia menunggu! Mungkin begitulah seruan gelap yang menjadi tangkai pendinding diri para pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat bawahan.

Dengan kosmetik perpaduan itu lalu Umno pun dilihat sebagai berpadu. Tangan-tangan kalangan Umno yang kerapu dan bernajis sebelum ini kerana mengkritik sesama sendiri pun dilihat bergandingan dan berpelukan. Selawat ke atas Junjungan dialunkan persis menyambut kelahiran bayi baru bernama Umno.

Media massa lalu meratib seolah-olah Umno baru dilahirkan semalam dengan disambut seribu malaikat dan diletakkan atas dulang emas berlapikkan ‘seperah’ putih bersih bertahta bening 'sutramara'. Begitulah gambaran yang dikosmetikkan.

Kehadiran rakyat ke pusat penamaan calon di Taiping dan Bukit Selambau semalam sungguh luar biasa dan membuktikan rakyat sudah membina pasukan perang? Dalam ekonomi yang kering, rakyat dikatakan tidak ada wang, tidak ada kerja dan susah untuk cari makan, namun mereka boleh berhimpun, bersorak dan bertakbir, Allahuakbar....ini bermakna hambatan kehidupan semasa tidak menghalang jihad dan azam mereka.

Hanya kuasa dalaman dan semangat ghaib saja yang boleh menghimpun puluhan ribu begitu bagi menyambut kemaraan Umno yang dikatakan berpadu itu.

Tiga piliihan raya kecil itu, P 59 Bukit Gantang, N Bukit 2, Selambau dan Batang Air memberi signifiken baik kepada BN dan Pakatan Rakyat. Lebih-lebih lagi Bukit Gantang memberi makna besar kepada Pas dan Umno.

Ia akan memberi petanda dan menjadi penunjuk arah yang jelas dan lurus kepada rupa dan suasana politik selepas ini. Kemenangan kepada Pakatan Rakyat maka terbina highway untuk membina kerajaan baru selepas pilihan raya umum ke-13 nanti. Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mesabotaj pembinaan jalan lurus ke Putrajaya bagi pembangkang!

Dalam konteks Perak sendiri Bukit Gantang tidak dapat tidak akan dijadikan ukuran populariti antara Mohamad Nizar Jamaluddin dengan Sultan Azlan Shah. Ia menjadi neraca kepada rakyat bagi menentukan apakah hukuman ke atas Nizar sebagai derhaka itu benar ataupun tindakan Sultan Perak itu dilihat sebagai salah di mata rakyat!

Walaupun mahkamah sedia menanti dengan keputusannya namun pilihan raya Bukit Gantang akan membuat keputusan dengan 55,471 pengundi sebagai hakim agung yang mutlak. Pastilah hakim rakyat lebih berbisa berbanding dengan segala hakim lain kecuali Rabul Jalil. Keputusan hakim rakyat tidak boleh ditolak dan dinafikan oleh mana-mana mahkamah.

Kita tidak mahu memikirkan apakah kesan dan akibat selepas keputusan itu dibuat. Namun yang nyatanya begitulah hakikat pilihan raya itu. Allah seakan senagaja membawa pulang Allahyarham Roslan Shahrum keribaan-Nya bagi mewujudkan sebuah mahkamah rakyat bagi mengadili kemelut politik di Perak. Allah juga seakan menggerakan hati Umno untuk melakukan rampasan kuasa bagi menguji sejauh mana besar dan hebatnya kuasa rakyat. Tanpa rampas kuasa itu penentuan ini tidak boleh dilakukan.

Demikian juga halnya di Kedah. Pilihan raya Bukit Selambau memberi petunjuk kepada masa depan kerajaan Kedah. Bukit Selambau adalah penentu dan bakal menjadi benteng ampuh samada kepada kerajaan Kedah atau BN. Sekiranya BN berjaya meruntuhkan Bukit Selambau ini bermakna mereka akan mara untuk meruntuh Gunung Jerai, Pokok Sena, Padang Serai, Padang Terap dan lain-lain atau merampas Pantaloon.

Di Sarawak pula Batang Ai akan menjadi pancang kepada Pakatan Rakyat. Kekalahan sudah dalam tangan namun kemenanagan di Batang Ai akan menjadi pancang bermulanya gerakan rakyat menghancurkan hegemoni Taib Mahmud dan BN. Kemenangan PKR bermakna panji keadilan rakyat sudah terpacak di bumi Kenyalang itu.

Bagi PKR kekalahan tidak membawa apa-apa implikasi. Kerana BN Sarawak seawal lagi membendung dan menghalang pemimpin Pakatan Rakyat daripada memasuki Sarawak. Demokrasi di Sarawak adalah pagar berduri bagi pembangkang! Perlawanan PKR di Batang Ai adalah perlawanan dengan semangat dan simbol-simbol sahaja. Bagaimana pun ia satu peluang terbaik untuk melihat kemampuan PKR yang dikatakan sudah mulai menyentuh hati nurani rakyat Sarawak.

Tiga pilihan raya kecil 7 April ini juga menentukan apakah kosmetik perpaduan yang dicipta dalam Umno minggu lalu akan ternoda atau sebaliknya? [wm.kl. 11:30 am 30/03/09]

Lentang Bukit Selambau

Kehadiran Ramai Calon Bebas
Demokrasi Kita Sudah Demam

SEBELUM menganalisa perkembangan pilihan raya di kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau Kedah serta melihat peluang parti atau calon-calon bertanding saya ingin memberi fokos kepada apa yang berlaku di Bukit Selambau, Kedah. Bukit Selambau nampaknya lebih menarik berbanding dengan Bukit Gantang dan juga Batang Air, Sarawak.

Apa yang menyebabkan Bukit Selambau menarik ialah kerana ramai calon yang bertanding di situ. Ada sebanyak 15 orang calon, 13 calon Bebas dan satu BN dan PKR - Pakatan Rakyat. Dari jumlah itu lapan orang berbangsa India, enam Melayu dan seorang Cina. Sayang tidak ada bangsa Siam!

Mungkin bagi sesetengah orang melihat kehadiran begitu banyak calon-calon pada pilihan raya itu sesuatu yang menyeronokkan, namun dari segi kualiti dan kesihatan demokrasi ianya tidak sihat. Apakah demokrasi kita tidak berapa sihat, sudah pincang? Sudah demam ataupun gila? Digilakan oleh orang-orang yang tidak memahami tujuan dan maksud apa itu demokrasi dan apa itu pilihan raya?

Umum tahun hanya seorang saja yang akan dipilih untuk mewakili rakyat DUN Bukit Selambau yang mempunyai 34,977 pengundi. Kalau mengikut akal sihat sepatutnya hanya tiga orang saja calon yang perlu bertanding, MIC yang mewakili BN dan PKR mewakili Pakatan Rakayat dan seorang sebagai calon bebas. Tetapi kenapa begitu ramai.

Bukit Selambau lebih dikenali kawasan India kerana peratusnya tinggi berbanding di tempat lain iaitu sebanyak 29.53%, walaupun hakikatnya peratus Melayu paling tinggi sebanyak 50.20%. Pengundi Cina 19.25 %. Disebabkan di sinilah antara kawasan peratus tertinggi India maka India merasakan kawasan ini hak mereka mutlak. Sebenarnya jika mengikut kepada peratus orang India tidak berhak bertanding di sini.

India juga merasakan kawasan itu milik mereka kerana sebelum ini ianya diduduki oleh India. Tradisi ini menjadikan Bukit Selambau sebagai bukit India. Pada pilihan raya umum 2004 ia diwakili V Saravanan daripada BN. Manakala dalam pilihan raya umum ke -12 dimenangi V Arumugam yang bertanding atas tikit Bebas dan menyertai PKR.

Kerana kedudukan itu India merasakan keawasan ini hak mereka walaupun peratus Melayu tinggi. Lantara tradisi itu juga baik BN dan Pakatan Rakyat (Pas) tidak berani untuk meletakkan calon Melayu. Inlah implikasi daripada formula perpaduan yang diterima pakai oleh BN dan PR.

Mungkin senario dan tradisi itulah menjadi rangsangan kenapa ramai calon Bebas dari kalangan India. Kejayaan atau nasib baik diterima V Arumugam yang bertanding bebas kemudian dilantik menjadi Exco juga menjadi dorongan. Masing-masing berharap apa yang berlaku ke atas Arumugam akan berulang, manalah tahu kalau tuah badan dapat menjadi Exco.

Dari sudut lain kenapa ramai calon India kali ini menunjukkan berlaku perpecahan di kalangan masyarakat India di situ. Sekruang-kurang masyarakat India berpecah kepada tiga kumpulan, MIC, Hindraf dan yang menyertai PKR. Jadi kerana masing-masing calon yang diletak oleh fraksi itu tidak dipersetujui sebulat suara oleh fraksi itu maka mereka menghantar calon bebas sebagai protes. Mungkin juga penyokong Pas berbangsa India turut sama meletakkan calon mereka?

Apakah untungnya bagi masyarakat India dengan apa yang berlaku di Bukit Selambau itu? Sudah tentu undi India akan berpecah dan ini menyebabkan peluang untuk mereka hantar wakil bangsa mereka sedikit melalui jalan sukar. Cuma nasib baiklah parti PKR dan BN tidak meletakkan Melayu. Sekiranya ada calon Melayu mewakili parti pada pilihan itu mungkin kerusi itu menjadi milik orang Melayu.

Seperkara lagi yang menarik untuk direnung kenapa pula ramai bebas Melayu? Apakah mungkin mereka yang mendaftar diri untuk bertanding itu tidak berpuas hati dengan Umno yang memberi kerusi itu kepada MIC atau tidak puas hati dengan PKR yang meletakkan calon India. Atas fakta peratus pengundi Melayu tinggi mungkin mereka tidak setuju dan penyertaan itu sebagai protes.

Kemungkinan juga calon bebas Melayu itu dari kalangan penyokong ekstram Pas. Disebabkan tidak setuju dengan tindakan Pas menyerahkan kerusi itu kepada PKR maka golongan itu menghantar calon mereka sebagai protes?

Atau pun bukan kerana fakta itu, penyertaan begitu ramai calon bebas itu saja-saja untuk memeriahkan pilihan raya berkenaan atau pun menggambarkan orang Kedah khasnya di Bukit Selambau sudah tidak ada kerja lain untuk dilakukan, jadi mereka jadikan pilihan raya itu sebagai kerja salingan menghilangkan puas atau mengisi masa kosongan sekurang-kurangnya menjelang hari mengundi 7 April.

Pada saya penyerataan beramai-ramai dalam satu pilihan raya itu sesuatu yang tidak praktikal dan merosakkan demokrsi itu sendiri. Kemurnian dan kesucian demokrasi untuk memilih pemimpin nampaknya tidak dihormati dan dipermain-mainkan. Kebajikan calon-calon bebas itu bagi saya tidak lebih daripada satu persendaan kepada demokrasi. Jadi kalau sistem yang diterima pakai sudah ternoda apa lagi yang boleh diharapkan darinya?

Benarlah pandangan saya lebih 20 tahun lalu bahawa demokrsi bukannya satu sistem terbaik untuk memilih pemimpin. Demokrasi boleh dimain-mainkan, boleh dipersendakan begitu rupa sekali oleh sesiapa saja yang cukup umur dan ada sedikit wang atau yang sedia dialatkan. Bukankah pilihan raya itu untuk mencari pemimpin terbaik? Jadi kalau ianya dileluconkan begitu bagaimana ia akan hadir seorang pemimpin yang baik?

Mungkin disebabkan situasi itulah maka pemimpin yang dilahirkan menerusi sistem demokrsi buruk, tidak berkualiti dan gagal untuk menjanakan aspirasi rakyat serta membawa kesejahteraan kepada rakyat. Boleh berbohong dan boleh munafik kepada rakyat. Boleh memutar belitkan kata-kata dan mengeksploitasikan apa saja termasuk tumbuhan dan haiwan.

Demokrasi dan pilihan raya tak ubah seperti papan dam di atas wakaf yang boleh dimainkan oleh sesiapa saja untuk menghalau kepuasan kerana tidak ada kerja lain. [wm.kl 10:00 am 30/03/09]

Sunday, March 29, 2009

Dendam Bukit Gantang 1

Menyekang Mata Demi Penjenguk Merah Tinta

[kemaskini 3:10 am 30/03/09] SEBAIK menjejak kaki ke rumah kira-kira setengah jam lalu saya terus mendapatkan laptop dan melayari blog, lihat apa yang berlaku. Kerinduan kepada penjenguk sudah membuak. Tengah hari tadi Zamzarina yang berada di lokasi penamaan calon di Taiping, Perak telah memberi tahu akan mengirimkan gambar yang dirakamnya di sana. Saya kira jam 4:00 petang gambar itu sudah masuk ke dalam email saya.

Di tengah perjalanan pulang, saya menjadi resah sendiri. Sebab blog tidak diupdatekan. Kemudahan internet dalam perjalanan tidak ada! Sewaktu berhenti makan menjelang Maghrib saya menelefon anak perempuan agar membantu saya. Minta dia updatekan beberapa keping gambar yang dikirimkan Zam.

Saya yakin penjenguk blog ini sudah tertanya-tanya kenapa tiada laporan terus dari Taiping ataupun Bukit Selambau.

Apabila saya buka blog adalah beberapa keping gambar yang dimasukkan [saya kekalkan postingnya dibawah], tidak ada caption dan tidak ada apa-apa catatan dan laporan, kering. Memang pun itu saya saya arahkan. Posting itu menandakan bahawa saya masih bekerja untuk melaporkan apa-apa perkembangan dalam blog ini serta femi mengubati hati penjenguk yang kepingin untuk mengetahui perkembangan di Bukit Gantang atau Bukit Selambay dan juga di Batang Ai.

Beberapa penjenguk ternyata tidak berpuas hati. Penjenguk bernama Poksu, menaksirkan saya sudah keletihan untuk mengulas apabila beliau gambar-gambar berkenaan. Manakala yang lain nampaknya mengerti dan berpuas hati dengan gamabr yang dipostingkan. Kepada Poksu insyaAllah saya tidak akan keletihan selagi ada pengunjung dan penjenguk yang ingin menyelak blog ini.

Dalam email peribadi pula beberapa penjenguk setia meminta disediakan ulasan segera berhubung pilihan raya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Nampaknya Bartang Ai tidak menjadi perhatian sangat. Mereka ini mahukan maklumat segera mungkin juga bagi dibandingkan dengan laporan dan analisa di blog lain.

Kerana badan keletihan, mata juga sudah layu, insyaAllah ulasan dan analisa selanjutnya akan dipostingkan besok, tidak mungkin untuk pagi ini. Semua bahan, fakta dan idea untuk memberi gambaran tentang tiga pilihan raya kecil berkenaan suah pun terdampar dalam kepada.

Dalam kesempatan yang 'letih' ini saya ucapan terima kasih dan pohon maaf kepada penjenguk blog ini kerana tidak dapat mengikuti laporan langsung dari Taiping Perak dan juga Bukit Selambau. Kepada pemanggil yang meminta ulasan dan pandangan sejak dari pagi semalam dan juga memberi laporan di Bukit Selambau dan Batang Ai juga diucapkan terima kasih.

Bersama ini dipostingkan semula gambar-gambar yang lengkap dengan caption untuk tatapan anda. Terima kasih juga kepada Zamzarina yang membekalkan gambar-gambar di sekitar kawasan penamaan calon ini. Selamat pagi Isnin! [wm.kl. 3:20 am 30/03/09]

[Posting asal]
Gambar Sekitar Penamaan Calon di Parlimen Bukit Gantang



Saturday, March 28, 2009

Dari PWTC Akhir

Akhirnya Mahathir Masuk Juga Dalam Majlis Rasuah

AKHIRNYA Mahathir Mohamad tidak dapat berpuasa dan menahan dirinya untuk sama-sama bercepuah dengan selut dosa rasuah apabila beliau hadir ke perhimpunan agung tengah hari ini.

Mahathir bersama isterinya, Siti Hasmah Mohd Ali tiba sewaktu ucapan penangghan disampaikan oleh Timbalan Presiden baru, Muhyiddin Yassin kira-kira jam 12:30 tengah hari. Beliau duduk di pemerhatian khas tingkat atas Dewan Merdeka.

Sebelum ini Mahathir mengatakan dirinya akan tercemar kalau dia berada dalam majlis disertai oleh orang mendukung rasuah. Mahathir marah apabila anaknya kalah dalam pertandingan ketua pemuda dan menyalahkan kekalahan itu kerana Khairy dibenarkan bertanding walaupun menantu Abdullah itu didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin.

"Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah." begitulah ujar Mahathir.

Kata-kata itu menunjukkan Mahathir begitu kudus dan bersih sehingga tidak layak untuk berada dalam majlis parti yang dianggotainya lebih 60 tahun. Seolah-olah selama 22 tahun kepimpinannya sedikit pun tidak tercemar dan terlibat dengan rasuah.

Apakah beliau sudah merasakan majlis itu sudah suci atau disamak dari noda dan selut rasuah apabila menyedari Abdullah akan mengumumkan persaraanya sebagai perdana menteri petang ini?

Ataupun kekotoran itu terus hilang apabila beliau telah mendapat tahu yang anaknya Mukhriz akan dipertimbangkan untuk dibawa masuk dalam Kabinet baru Najib kelak. [pwtc.kl 12:30 t/hari 28/03/09]

Dari PWTC Akhir 1

Khairy Diboo Dan Disorot

KETUA Pemuda baru Umo, Khairy Jamaluddin terus diejek dan diboo oleh sesetengah perwakilan pada pagi ini. Setiap kali namanya disebut orang ramai menyorat dan memboonya. Ejekan itu kerana ada yang tidak berpuas hati dengan kemenangan sebagai ketua pemuda.

Mungkin pihak tertentu sudah mengatur dan merancang untuk membookan Khairy bagi memalukannya. Perwakilan berkenaan dari kalangan pemuda tidak mempedulikan kepada Presiden parti, Abdullah Ahmad Badawi yang masih tercokol di atas pentas.

Abdullah hanya tersengeh dan tunduk bila setiap kali mendengar sorakan itu.

Ketika Muhyiddin mengambil giliran untuk berucap beliau tidak menyebut nama Khairy dan hanya menyebut barisan pemuda sahaja, mungkin bagi mengelak perwakilan anti Khairy itu terus mengboonya.

Khairy pula setiap kali disorak dan diboo hanya mampu tersenyum pahit dan sesekali kelihatan melepaskan tension dengan bercakap-cakap bermodal angin dengan Ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang berada di sebelahnya. [pwtc.kl]

Laporan Lewat

Unity Government
Pertemuan Hadi, Haron Din, Anwar Dengan Nik Aziz
Sudah Terlewat

MALAM Isnin lepas ada dilaporkan empat pemimpin tertinggi parti politik bertemu lapan biji mata. Sampai sekarang ini berita berkenaan tidak dapat dihidu oleh mana-mana media ataupun blogger. Apakah pertemuan itu tidak penting maka ia tidak dilaporkan? Atau memang tidak ada sesiapa mengetahui mengenai pertemuan itu.

Pertemuan yang dimaksudkan itu berlangsung di Kota Bharu, Kelantan. Pemimpin tertinggi itulah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang bertemu dengan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan itu berlaku di Kota Bharu, bermula jam 8:30 pagi hingga 11:00 pagi bertempat di kediaman menteri besar JKR 10. Pertemuan itu berlaku sambil keempat pemimpin tertinggi itu bersarapan pagi.

Anwar, Abdul Hadi dan Dr Haron Din tidak serentak dari Kuala Lumpur dan menaiki kereta sama menuju ke JKR 10.

Persoalanya apakah tujuan pertemuan itu? Sehari sebelum berlaku pertemuan itu terlebih dahulu pertemuan antara Anwar Ibrahim dengan Abdul Hadi Awang bertempat di pejabat Harakah di Jalan Pahang. Mereka yang sama-sama di parlimen kemudian berarak ke pejabat akhbar Pas itu.

Mungkin pertemuan awal itu sebagai persiapan untuk menemui Nik Aziz. Itu tidak penting tetapi apakah butiran dan tujuan pertemuan itu. Masakan ianya sekadar untuk duduk sekali dan minum pagi saja?

Dari apa yang difahami pertemuan itu berhubung dengan idea unity government yang dilontarkan oleh Abdul Hadi Awang. Pertemuan dengan Nik Aziz itu untuk menjelaskan idea berkenaan. Tetapi kenapa pula harus ada Anwar sekali? Apakah Anwar juga bersetuju dengan cadangan Abdul Hadi Awang itu dan beliau perlu ke Kota Bharu bagi menjelaskan kepada Nik Aziz?

Kalau begitu, apakah tidak cukup dengan Hadi dan Haron Din untuk menjelaskan kepada Nik Aziz.

Sejak Abdul Hadi melontarkan idea unity government ia ditegur oleh Nik Aziz. Cara Nik Aziz tegur sampai mengungkitkan dia adalah nakhoda menggambarklan beliau memerangi idea berkenaan. Bagi Nik Aziz idea Abdul Hadi hampas!

Kesemua yang terlibat dalam pertemuan itu tidak mengerluarkan apa-apa kenyatan sampai ke hari ini. Baik Abdul Hadi maupun Anwar tidak memberi penjelasan. Nik Aziz juga tidak memberi apa-apa butiran.

Dengan terdedahkan berita ini, bolehlah wartawan tanya mereka ini apakah hasil atau tujuan keempat pemimpin berkenaan bertemua selama kira-kira dua jam itu.

Cuma saya mendapat tahu, tujuan pertemuan itu ialah bagi menjelaskana difinasi unity government yang ditentang oleh Nik Aziz disebabkan salah faham beliau itu. Nik Aziz dikelirukan mengenai maksud sebenarnya yang mengandungi motif tersendiri. Setelah dijelaskan pada pertemuan itu khabarnya Nik Aziz telah memberi lampu hijau untuk membincang mengenai kerajaan perpaduan.

Sayang persetujuan yang dibeirkan itu sudah terlewat. Kalau Nik Aziz ikhlas dengan persetujuan itu ia sudah tidak memberi apa-apa makna lagi sebab orang yang sedia untuk membincang mengenai unity government dari Umno sudah pun tidak ada kuasa lagi dan akan berhenti esok ataupun lusa.

Hendaknya Pas tidak terikat dengan idea unity government saja dan selepas ini akan timbul pula idea lagi yang lebih memaju dan memantapkan lagi Pakatan Rakyat. [wm.kl. 9:50 am 28/03/09]

Friday, March 27, 2009

Ulasan Isu

Hasrat Shahrir Letak Jawatan
Kerana Maruah Atau Tak Setuju Dengan Najib?

SHAHRIR Abdul Samad (foto) membayangkan beliau akan melepaskan jawatan menteri kabinet yang disandangnya ekoran beliau tidak terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Shahrir mengambil tindakan itu sebagai tanggungjawabnya setelah kalah dalam perebutan anggota MT semalam. Shahrir membuat kesimpulan kekalahan itu disebabkan ahli Umno merasakan beliau gagal sebagai seorang anggota Kabinet.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu memang dikenali sebagai seorang yang berprinsip, tegas dan suka membuta kejutan sejak dulu lagi.

Kalau ditengok sekali imbas wajar orang kalah dan tidak mendapat kepercayaan parti berundur dari memegang apa-apa jawatan. Soalnya apakah kekalahan itu benar beliau sudah hilang kepercayaan ahli Umno?

Bukankah di sepanang kempen perebutan jawatan kali ini hangat diperkatakan soal rasuah dalam Umno. Pemilihan kali ini tidak dapat dielakkan daripada rausah politik. Makanya sesiapa yang tidak sedia melakukan dosa dan noda itu mungkin akan kalah.

Dalam hal ini Shahrir adalan antara mereka yang membenci rasuah politik. Beliau antara pemimpin yang tidak yakin bahawa wang dapat melahirkan pemimpin yang berkalibar.

Seorang ketua Umno bahagian dari Terengganu pernah menceritakan kepada saya bagaimana Shahrir menolak wang yang disediakan oleh seorang taukeh Cina bagi membantu beliau bertanding merebut jawatan pada satu tahun lalu.

Kata ketua bahagian itu beliau sungguh terkejut dan terpaksa memulangkan wang itu kepada taukeh Cina berkenaan. Jumlah wang itu bukan sedikit, RM2 juta katanya.

Bayangkan bagaimana kalau wang itu sampai kepada perasuah politik? Tentu ditibal dan dibungkusnya. RM2 juta bukan sedikit sudah cukup untuk membeli satu jawatan tertinggi dalam Umno.

Apakah kekalahan Shahrir semalam kerana beliau tidak bermain wang? Kalau beliau kalah disebabkan 'salamannya kosong', beliau tidak perlu merasa malu. Kekalahan itu adalah kekalahan bermaruah. Beliau kalah bukan kerana tidak menunjukkan prestasi baik dalam kerajaan tetapi kerana implikasi lain yang tidak ada kena mengena dengan prestasi kerjanya.

Pernah saya diberi tahu oleh seorang menteri Kabinet antara menteri banyak membantu Abdullah Badawi, memberi pandangan dan mengkritik kerajaan ialah Shahrir. Beliau seorang yang ikhlas dan serius dengan tugasnya untuk membawa kebaikan. Selain Shahrir menteri lain yang terkenal sebagai kuat membantu menjayakan misi Abdullah ialah Ahmad Shabery Chik, Menteri Penerangan, Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim.

Mereka yang lain menurut menteri itu berkerja ala kadar sahaja kerana mereka mempunyai konflit jiwa dengan Abdullah. Mereka akan mula memecut apabila Najib Razak menjadi Perdana Menteri.


Sudah pasti kalau ahli Umno melihat kepada performance dan juga keikhlasan Shahrir dalam membantu Abdullah, Shahrir tidak perlu melepas jawatan. Sebaliknya Najib harus menolak kalau Shahrir terus dengan cadangan itu. Lainlah kalau tindakan Shahrir itu kerana beliau tidak yakin dan percaya dengan Najib sebagai perdana menteri.

Apakah itu sebenarnya sebab musabab Shahrir hendak berhenti? Cuma beliau menjadikan penolakan perwakilan itu sebagai alasan saja? Yang sebenarnya beliau tidak tergamak untuk menerima Najib sebagai ketuanya?

Seperkara lagi sekiranya tindakan Shahrir itu dikira adil dan wajar, maka menteri-menteri lain yang kalah dalam pertandingan juga harus mengambil tindakan sama. Kerana yang kalah bukan saja Shahrir tetapi masih ada segugus yang lain. Semua calon-calon ‘lesung hindik’ atau ‘lesung tumbuk’ termasuk yang menjawat jawatan menteri kalah. Mereka juga kena letak jawatan kalau formula dan tanggungjawab Shahrir itu diambil kira.

Begitu juga dengan Menteri Pelancongan, Azalina Othman Said yang kalah perlu meletak jawatan. Apa lagi Azalina disiasat SPRM menjelang pemilihan Umno. Menteri ‘lesung hindik’ atau 'lesung tumbuk' Rais Yatim dan Syed Hamid juga kena letak jawatan kerana mereka juga kalah.

Begitu juga dengan beberapa orang menteri besar, Adnan Yaacob (MB Pahang), Abdul Ghani Othmanm, (MB Johor juga kalah), Mohd Isa Sabu, (MB Perlis) dan Mohammad Hassan, (MB Negeri Sembilan) juga kalah.

Mengambil kira apa yang dirumuskan oleh Shahrir itu mereka ini juga perlu melepas jawatan masing-masing.

Juga kalau Shahrir merasakan dia perlu letak jawatan kerana merasakan dia orang Abdullah Badawi, maka menteri dan menteri besar-menteri besar itu juga perlu berbuat demikian kerana mereka juga dilabelkan sebagai orang Abdullah Badawi. Terutamanya menteri besar yang pernah membuat simbol lucah.

Bagaimana pun di sini saya yakin mereka yang kalah itu tidak akan sedia mengambil risiko seperti mana Shahrir Abdul Samad. Mereka akan menggunakan seribu alasan untuk kekal kecuali mereka akan disingkirkan oleh Najib. Kerana atas sifat orang politik susah untuk mereka meninggalkan takhta apabila sudah naik, bukan saja orang Umno orang Pas juga begitu! [wm.kl. 8:00 pm 27/03/09]

Menanti Jumaat

Tahniah Mustapa, Ubahlah Umno Kelantan

MAKIN lama saya melihat Umno Kelantan semakin kecil. Kekecilan ini menyebabkan Pas menjadi makin besar. Pas menjadi berani kerana Umno penakut! Apakah masalah Umno Kelantan? Apakah Umno Kelantan tidak ada semangat dan kekuatan? Begitu takutkan kepada Tok Guru Nik Aziz Nik Mat? Umno Kelantan mempercayai mitos yang mereka fikir sendiri bahawa Kelantan tidak akan dapat ditawan selagi ada Nik Aziz. Apakah Nik Aziz keramat?

Dan apakah selepas Nik Aziz Pas tidak akan kuat? Siapakah yang boleh mengatakan Pas Kelantan akan hancur kalau tidak ada Nik Aziz? Pas bukan milik Nik Aziz. Di zaman Asri ada mitos mengatakan Pas akan lemah kalau Asri tidak ada. Ternyata mitos itu tidak benar. Ironisnya Asri bukan saja meninggalkan Pas tetapi akhirnya menyokong Umno. Ternyata Pas jadi lebih kuat.

Pas tidak akan mati selagi ahlinya berpegang kepada aqidah perjuangan asalnya. Pas bukan hidup kerana pemimpinnya, tetapi kerana hidup disebabkan ahli komited dan bersemangat. Pas akan mati kalau pemimpinnya cuba merosakan Pas dengan menyuntik idea-idea sekular seperti mana Umno lakukan. Pas bukan kuat kerana keperibadian seseorang.

Berbalik kepada masalah Umno Kelantan, apa yang sudah menimpanya? Makin lama Umno makin kecil. Pemilihan baru ini membuktikan Umno Kelantan makin terhakis, terpinggir dan tidak ada semangat. Umno Kelantan tidak dihormati lagi. Nampaknya penghromatan sanjungan yang Umno Kelantan pernah terima dulu kini berpindah ke Sabah. Umno kini menghormati kepada Umno Sabah.

Dari mempuyai tiga pemimpin peringkat tertinggi (MT) kini ada tinggal dua orang saja pemimpin di MT dari Kelantan. Pada masa dulu Umno Kelantan gah dengan kedudukan Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail sebagai Naib Presien Umno atau pun Hussein Ahmad sebagai Ketua Penerangan. Umno Kelantan juga boleh gah bila Annuar Musa pernah bertanding jawatan ketua pemuda Umno.

Hari ini tidak ada seorang pun pemimpin dari Kelantan yang menduduki jawatan tertinggi itu. Semuanya takut dan menjadi phobia dengan Nik Aziz di samping tidak pernah habis berkubang sesama sendiri.

Nasib baik Mustapa Mohamed (foto) mendapat undi terbanyak meraih 2,259 undi. Kemenangan besar itu dapat dijadikan ubat dan penawar kepada Umno Kelantan. Seorang lagi calon MT dari Kelantan (bakal MB Kelantan yang tidak menjadi), Awang Adek Hussein dari berkedudukan dalam lingkungan top ten kini merundum ke nombor 21, hampir-hampir tergelincir. Calon muda Sazmi Miah pula tidak termasuk book langsung.

Apakah kerana Awang Adek tidak dapat jadi MB dan Sazmi Miah kalah dalam pilihan raya maka mereka tidak diberikan kepercayaan lagi oleh Umno? Kalau kalangan Umno sendiri tidak memberi sokongan apa lagi dengan rakyat Kelantan. Jawabnya dalam pilihan raya-pilihan raya seterusnya kalah lagi Umno.

Apa pun pada kesempatan ini diucapkan tahniah kepada Mustapa Mohamed (Stopa Mamat) kerana berjayaan mendapat undi terbanyak. Barang kali selepas ini Mustapalah pula akan diharap untuk memimpin Umno sekali lagi. Hendaknya Mustapa berani buat perubahan dan keputusan seperti mana yang disarankan oleh ahli Umno. Carilah penasihat yang tahu politik dan ligat berfikir sikit orang-orang seperti Sabree Shafe Kadok misalnya.

Perubahan itu juga termasuk attitude dan cara Mustapa berkerja daripada seorang pegawai kerajana kepada seorang politik. Ini adalah peluang akhir bagi Mustapa untuk menunjukkan kemampuan. Kebetulan pula pada masa ini Tok Guru Nik Abdul Aziz juga sudah tidak begitu bertenaga lagi bolehlah Umno mula mengenali seterus barunya.

Begitu juga samseng politik Kelantan juga kini sudah berada dalam keadaan serba tidak kena. Samseng ini kali ini tidak akan dapat berperanan untuk mana-mana pihak kerana dia sudah jadi seperti penghidap kusta yang dibenci oleh semua orang. Inilah masanya untuk Mustapa membina semula Umno Kelantan bagi menyangi Pas. [wm.kl. 12:00 t/hari 27/03/09]

Analisa Kepimpinan Umno

Najib Kini Bergelar 'Maharaja Jib' Yang Gagah Perkasa

DI DALAM rumah sendiri (Umno), kini Mohd Najib Razak berada dalam keadaan selesa dan selamat. Beliau tidak perlu membuang masa berfikir untuk mententeramkan Umno dan menjaga keselamatan kuasa yang beliau miliki. Perwakilan Umno yang membuat pemilihan semalam benar-benar menterjemahkan keinsafan keinginan ahli mahu memperbaiki parti tersebut. Keperitan dialami semasa pilihan raya umum ke-12 lalu dijadikan pengajaran cukup baik.

Tepat seperti mana ramalan dan analisa sebelum ini bahawa Najib memang mempunyai pengaruh yang kuat. Umno kini hampir 90 peratus dikuasai oleh Najib berdasarkan kepada orang-orang dan penyokongnya. Kemenangan orang Najib menjelaskan pengaruh Najib menyeluruh dalam Umno.

Justeru, Najib akan melangkah ke Putrajaya menjadi perdana menteri ke-6 yang kuat, penuh bersemangat dan penuh keyakinan bertitle sebagai seorang maharaja, Maharaja Jib.

Ternyata isu-isu peribadi yang dilontarkan pembangkang terhadap Najib tidak dipedulikan perwakilan. Orang Umno tidak menerima dakwaan ke atas Najib, dan tetap menganggap sebagai anak dewa politik yang lahir dari sanggama orang tuanya di langit biru.

Atas semangat itu dan apa yang ditunjukkan para penyokongnya, maka Najib akan selamat dalam Umno, walaupun di luar masih simpang siur dan beliau disirami persepsi buruk dan hanyir!

Realiti ini tentu mengayatkan hati pembangkang. Bagi penyokong pembangkang yang berakal panjang dan tidak emosi dapat menebak sesuatu dan menimbulkan sedikit rasa bimbang. Nyata bayangan bahawa perhimpunan kali ini memberi kesan buruk kepada Umno silap. Perpecahan yang diharapkan daripada hasil pemilihan ini juga tidak berlaku. Walaupun pemilihan Umno penuh dengan kotoran, rasuah dan sebagainya namun itu tidak menjadi masalah dan tidak mencacatkan Umno kerana budaya dan amalan itu sudah 'diijamakan' (konsensus) Umno sebagai halal.

Jika diperhati dan ditelitikan hampir semua mereka yang terpilih menganggotai Majlis Tertinggi (MT) terdiri daripada orang-orang Najib. Mereka yang menyokong Najib sejak zaman pemuda Umno lagi; yang kagum dengan Najib. Semua mereka yang dikatakan orang Abdullah tewas dan kalaupun ada yang menang mereka yang sempat menukar baju T berwajah Najib di saat-saat akhir.

Dua menteri yang dikenali pasti sebagai orang kuat Abdullah, Shahrir Abdul Samad, Azalina Othman Said tewas. Begitu juga menteri besar, Pahang, Adnan Yaacob dan menteri besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan tewas. Jarang MB tewas dan gagal menempatkan diri di kerusi MT atas kapastitinya selaku pengerusi perhubungan. Tetapi kelaziman itu kini dihanyutkan oleh pengaruh dan aura Maharaja Jib.

Hanya dua orang saja menteri yang dianggap sebagai orang Abdullah menang, iaitu Shaziman Abu Mansor dan Zulhasnan Rafique. Manakala yang lain seperti Ahmad Shaberi Cheek, Ismail Sabri Yaaob, Hamzah Zainuddin yang dikatakan orang Abdullah juga menang tetapi setelah mereka juga mula menunjukkan kesetiaan kepada Maharaja Jib.

Dengan Muhyiddin Yassin menjadi timbalan dan dibantu dengan tiga naib presiden, Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal kedudukan Najib bagaikan maharaja yang mempunyai hulubalang dan sang setia yang gagah perkasa dan akan sehidup semati. Mereka inilah yang akan memegang lembing dan tombak sepanjang masa sambil duduk, berdiri dan baring untuk mempertahankan Maharaja Jib.

Kalaupun Najib merasa sedikit teralat ialah dengan kemenangan Khairy Jamulddin sebagai ketua pemuda Umno. Itu pun tidak ada masalah, pengaruh Khairy tidak sampai ke mana dalam pemuda. Kahiry juga sebagai seorang yang sudah seronok berkecimpung dalam Umno selepas ini juga berikhtiar untuk menjadi hamba Maharaja Jib yang baik.

Manakala wanita pula, tidak usah ceritalah, mana ada wanita yang keras dan tegas. Shahrizat bukan serikandi persis Chut Nyek Din atau Kartini yang akan berani mengkritik Maharaja Jib. Shahrizat adalah wanita yang berhati wanita. Saya sering bermadah mengenai wanita, hanya satu perkara saja yang keras yang ada pada wanita iaitu mulutnya, yang lain semua lembik dan lembut.

Selepas ini Shahrizat Abdul Jalil akan 'bersujud sawi' kepada Maharaja Jib mengambil alih peranan tukang masak untuk menyiapkan juadah santapan presiden yang dipegang oleh Rafidah Aziz sebelum ini.

Dengan realiti itu Najib kini memperolehi sokongan kuat dalam Umno. Beliau tidak ada apa-apa masalah yang perlu dikhwatirkan lagi. Keadaan ini akan ditambah dengan sokongan dari luar, daripada bekas PM, Mahathir Mohamad yang dari hari Jumaat sampai hari Khamis menghentam melanyak Abdullah untuk membolehkan Najib dimasyorkan sebagai Maharaja Jib.

Umno kini juga sudah tidak ada blok-bok tertentu. Tidak ada siapa yang akan menjadi ketua blok untuk berhadapan dengan blok dan kekuasan Maharaja Jib.

Apa yang hendak dibentangkan di sinilah ialah semoga senario yang ada dalam Umno kini diperhati oleh pembangkang atau mereka yang ingin mencari untung dengan berlakunya perpecahan dalam Umno dengan harapan dapat membina kerajaan baru.

Pembangkang yang ingin menangguk di air keruh dengan perbalahan Umno hendaklah mula berfikir mencari strategi baru. Laba diharap menerusi perbalahan dan perpecahan Umno nampaknya sudah tipis dan kabur.

Saya tidak mengira orang-orang yang kecewa, kalah, yang semuanya kalah bersama Abdullah akan bangkit membela diri dan menentang Najib secara diam. Tidak ada! Lagipun Abdullah sendiri sudah melafazkan ikrar dan taat setia kepada Najib dan beliau rela menurunkan maruahnnya dari bekas seorang general menjadi sang setia nombor satu bertaraf saldadu ‘kaki pekal’ = kaki bengkok.

Apabila general sudah mengaku kalah apa lagi dengan panglima dan para saldadu kaki pekal pun turut merapat sembah dan meniarap bila general baru melintas, atau mereka akan terus tabik bila terdengar saja batuk general walaupun bayangannya belum nampak.

Justeru, perkembangan dalam Umno kini memberi syarat jelas kepada pembangkang agar berhati-hati dan membuat perkiraan baru. Pembangkang perlu bertindak mengubah strategi daripada mahu mengambil kesempatan atas perpecahan Umno kepada pengukuhan diri sendiri. Pembangkang (Pakatan Rakyat) perlu perkemaskan ikatan pakatan. Pembangkang akan kecewa kalau masih terus mengharapkan perpecahan dalam rumah tangga Umno.

Yang penting selepas ini serangan ke atas Umno, memomokkan kononnya Umno akan hancur dan sebagainya perlu dirihatkan sedikit dan tumpukan kepada mencari helah dan modal lain. Pembangkang lebih baik terus meracuni pemikiran umum dengan masa depan Umno yang sudah tidak diyakini kerana permasalahan, idealisme, budaya, tradisi dan juga iltizam perjuangannya yang tidak menentu itu, dan bukannnya terus bercerita mengenai perpecahannnya dan juga menghimpun segala macam masalah peribadi (termasuk fitnah) ke atas pemimpinnya.

Sebagai seorang maharaja yang berkuasa, ada wang dan segalanya, Najib sudah tentu akan menyediakan makanan dan juadah harapan indah kepada orang Umno yang bertaraf pemimpin. Najib tidak akan membiarkan mereka, akan diberi makan dan dikurung agar tidak mencakar mukanya. Dan orang Umno sangat jinak diperlakukan begitu.

Kesimpulannya hasil pemilihan Umno telah berjaya meletakan parti itu dalam satu pasukan yang kuat dan bersemangat. Najib telah mendapat saf kepimpinan yang hampir 100 peratus mereka yang mendokongnya. Impiannya agar diberikan saf tersendiri sudah tercapai.
Pastinya juga saf itu akan mula berfikir mengubah corak perjuangan parti itu serta menyesuaikan dengan tuntutan semasa rakyat yang kini makin ghairah disangkutkan ke bahu Pakatan Rakyat. Sekiranya Umno dan Najib dapat merubah ia memberi impak yang buruk kepada pembangkang untuk pilihan raya akan datang! [wm.kl. 6:00 am 27/03/09]

Thursday, March 26, 2009

Dari PWTC

Keputusan Rasmi: Sah Muhyiddin Timbalan Najib

[kemaskini 10: 45 malam] BARU sekejap tadi pengumuman rasmi keputusan pemilihan kepimpinan Umno telah dibuat oleh pengerusi tetap, Onn Ismail. Keputusan tidak berubah, Muhyiddin Yassin sah menang sebagai timbalan presiden mengalahkan Mohamad Mohd Taib.

Ahmad Zahid Hamidi pula memenangi Naib Presiden nombor satu dengan mendapat 1,592 undi diikuti Hishamuddin Hussein mendapat 1,515 undi dan Mohd Shafei Afdal 1,445 undi.

Sah semua calon "lesung tumbuk" kalah.

Keputusan Tidak Rasmi : Muhyiddin Timbalan Najib

BELUM SAH Muhyiddin Mohd Yassin memenangi jawatan timbalan presiden mengalahkan Mohamad Mohd Taib. Muhyiddin dikatakan memperolehi 1,545 undi manakala Mohamad Taib 919 undi. Kalau angka ini benar bermakna 45 undi rosak.

Untuk jawatan Naib Presiden dikatakan tiga orang terpilih, Ahmad Zahidi Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal. Khalid Nordin berada di tempat keempat dan terlepas untuk menjawat jawatan Naib Presiden. Kesemua calon 'lesung tumbuk', Rais Yatim, Mohd Isa Samad, Rahim Tamby Chik dan Syed Hamid tewas nampaknya tewas.

Keputusan rasmi dijangka akan diumum setengah jam lagi. [pwtckl 9:50 pm 26/03/09]

Dari PWTC

Lagi Ulasan Kemenangan Khairy

RUMAH siap pahat masih berbunyi. Itulah sering berlaku dalam budaya dan tradisi kita. Kata orang adat pertandingan ada kalah dan ada menang. Yang menang tentu gembira manakala yang kalah berduka nestapa dan menyesal tidak sudah.

Mengenai pertandingan ketua pemuda semalam, calon yang kalah kena menerima kekalahan mereka. Mukhriz Mahathir menyifatkan ia sebagai adat dan kekalahan itu bukan bermakna perjuangannya sudah selesai.

Suara dari halkum kekecewaan itu sama dengan tagline perjuangan ayahnya, perjuangan belum selesai. Perjuangan tidak akan selesai selagi hayat dikandung badan. Bila sudah meninggal dunia baru perjuangan berakhir. Perjuangan baru akan bermula, menjawab sebagai persoalan di atas dunia termasuk soal rasuah, fitnah, adu dombak dan sebagainya.

Memerhati keadaan semalam Mukriz lebih berani dan 'bertelor' berbanding dengan Khir Toyo. Kelibat Khir tidak nampak pada saat pengumuman hendak dibuat. Khairy saja ke sana ke mari tidak dapat menahan gelodak kegembiraanya. Keberanian Khir melawan Karpal Singh rupa-rupanya satu sandiwara sahaja.

Kenapa Khir tidak muncul? Bukankah Khir seorang pemberani dan seorang beriman, kata Yahaya Ismail. Seorang beriman perlu bersifat tawadauk dan sabar dengan apa saja yang berlaku. Juga hendaklah redha atas qadar dan qada Allah s.w.t.

Kemenangan Kahiry tidak dapat diterima oleh para penyokong Mukhriz. Mereka mempertikaikan tentang Khairy yang dikenakan amaran setelah bersalah terlibat dengan politik wang. Penyokong Mukhriz mencerca dan melaung Khairy rasuah, Khairay rasuah.

Bantahan itu sudah terlewat dan tidak ada gunanya. Kenapa tidak dibuat awal-awal lagi.

Sepatutnya penyokong Mukhriz bergabung dengan Kadar Shah Sulaiman Shah dan Mazlan Harun yang pertikaikan keputusan Lembaga Disiplin dan pengurusan Umno. Tetapi setelah rumah siap baru pahat nak berkokok tidak kenalah.

Kalah terima sajalah kekalahan itu. Kahiry pun tidak mengaku dengan menang. Lebih separuh perwakilan tidak menyokongnya. Dia hanya mendapat 304 undi ini bermakna 486 tidak menyokong beliau. Kedudukan Khairy tidak selesa dan perlu bijaksana dalam mengendalikan Pemuda. Khairy memerlukan ilmu pengasih bagaimana hendak menjinak semua pemuda di bawah kepimpinannya.

Ada sedikit analisa mengenai pertandingan pemuda semalam. Mulanya Khir Toyo berada dalam keadaan selesa. Khir telah meraih sokongan lebih 350 undi. Mukhriz hanya kira-kira 135 perwakilan sahaja, manakala Khairy sekitar 300 undi. Undi Khairy ini adalah undi semula jadi. Sejak awal itulah jumlah undi Khairy... ia tidak bertambah dan tidak berkurang.

Bagaimana pun nasib Khir malang bila berlaku swing disaat-saat akhir. Pengundi Khir telah berpindah kepada Mukhriz inilah yang menjahamkan Khir. Perpindahan itu juga tidak cukup memenangkan Mukhriz dan situasi inilah menyelamatkan Khairy yang sudah pun bernyawa ikan itu.

Perpindahan undi (undi pecah) yang disifat Khairy sebagai pemuda berani itu berlaku setelah pemuda arif menghayati ucapan dan mesej yang disampaikan oleh Najib Razak dan juga Hishamuddin Hussein. Faktor lain juga mungkin disebabkan Pemuda terikut dengan rentak cakap-cakap mengatakan regim Mahathir akan kembali menguasai Umno.

Mungkin mereka percaya kepada dendangan itu menyebabkan pemuda yang cerdik dan membawa semangat kepemudaan terpaksa mengorbankan Mukhriz kerana kalau Mukhirz menang benih Mahathir akan menyubur dalam Umno semula.

Di sinilah silapnya Mukhriz bila nak berlawan membenarkan bapaknya masuk campur. [pwtc kl 9:15 pm 26/03/09]

Dari PWTC

Momentum Berubah, Hishamuddin Mungkin Kalah!

PANDANGAN selepas sebahagian perwakilan membuang undi masing-masing aliran dan kepercayaan hasil tinjau rawak telah merubah momentum yang ada sebelum ini. Perubahan ini sukar untuk dipercayai tetapi inilah rata-rata yang diperkatakan di sekitar bangunan Umno, lobby hotel dan kedai-kedai kopi.

Perubahan paling jelas dan mengejutkan mengenai kedudukan Hishamuddin Hussein Onn. Banyak cakap-cakap kedengaran bekas Ketua Pemuda itu mungikin tidak lekat untuk jawatan Naib Presiden. Ahmad Zahid Hamidi kini mengambil alih tempat Hishamuddin dengan mendahului calon-calon naib presiden lain.

Tempat kedua ditinggalkan Zahid terisi oleh Shafei Afdal ataupun Khalid Nordin. Manakala tempat Shafei Afdal atau Khalid Nordin diisi oleh Mohd Isa Samad. Nama Isa yang disenaraikan sebagai empat nama yang tidak berpeluang katanya menyinar di saat-saat akhir ini. Mungkin perwakilan terpanggil dengan seruan Abdullah yang mahukan ada perimbangan antara lama dengan baru.

Kelebihan Mohd Isa berbanding dengan tiga nama 'lesung tumbuk' lain, ialah mungkin perwakilan bersimpati kepada nasib yang diterimanya di mana beliau digantung dan menyebabkan jawatan naib presiden yang dimenangi penuh kontrovesi itu terlepas.

Mungkin juga kerana masih ada perwakilan yang menyokongnya dan menghormati atas kesetiaanya menyebabkan beliau menjadi pilihan.

Yang menariknya ialah mengenai Hishamuddin. Ini satu perkembangan yang mendewaskan Umno sekrianya Hishamuddin tidak lekat untuk jawatan itu. Seperti mana disebut permasalahan yang berlegar di dirinya mungkin telah dihidu oleh perwakilan.

Sikap keras dan degilnya untuk terus mendokong polisi Mahathir mengenai PPSMI mungkin tidak disenangi oleh perwakilan. Jadi tidak hairan kalau tiba-tiba kedudukan cicit pengasas Umno itu jatuh mendadak malam ini.

Kedudukan Muhyiddin bagaimana pun masih kekal mendahului Mohamad Mohd Taib. Pun begitu keadaan tidak selesa mungkin juga wujud dan menganggui pemikiran Muhyiddin. Muhyiddin sendiri tentu tidak senang duduk. Sekiranya berlaku upset pada jawatan Naib Presiden ia juga boleh menyebabkan Muhyiddin akan termenung panjang. Ulasan seterus akan menyusul..[pwtc kl 3:00 pm 26/03/09]

Dari PWTC - Analisa

Siapa Timbalan dan Naib Presiden Umno?

TUMPUAN para pemerhati dan khalayak politik kini ialah kepada pemilihan jawatan timbalan presiden Umno dan tiga orang naib presiden yang kini sedang berjalan. Pengundi untuk jawatan itu sedang berlangsung dan dijangka berakhir lewat petang ini. Keputusannya akan diketahui lewat tengah malam ini.

Pertandingan untuk jawatan timbalan presiden sengit antara Muhyuddin Yassin dan Mohamad Mohd Taib. Walaupun Mat Taib dikatakan tidak merupakan cabaran sebenar namun pandangan itu terinsut apabila seorang lagi calon dinafikan hak bertanding. Undi Mohd Ali Rustam dikatakan dan memihak kepada Mat Taib.

Kononnya undi itu ialah sebagai simpati kepada nasib Ali Rustam yang tidak dapat bertanding. Itu adalah pandangan di luar dewan Merdeka tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno. Saya sendiri tidak nampak penyokong Ali akan menyatakan simpati kepada Ali dengan memilih calon yang tidak munasabah untuk menjadi timbalan Najib. Rasanya perwakilan Umno masih sihat akalnya.

Lagipun Ali tidak berkempen dan mengajak penyokongnya memberi sokongan kepada Mohamad Taib. Bahkan Ali kelihatan seolah-olah tidak merasai apa-apa terhadap apa yang berlaku ke atas dirinya. Sebaliknya beliau seakan gembira dan rasa sudah terbela dengan apa yang berlaku.

Apabila Ali diberi jaminan akan terus kekal sebagai Ketua Menteri Melaka, Ali tidak kehilangan apa-apa. Jaminan itu beliau sangat berterima kasih. Justeru jaminan itu perlu dibalas dengan menumpahkan kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bagi kepada Najib. Dalam konteks ini Mohd Ali perlu menyediakan persajian kepada Najib antaranya menyatakan sokongan kepada orang pilihan Najib.

Kerana itu saya kira Muhyiddin kini dalam kedudukan selesa. Apa lagi semasa ucapan dasar Abdullah tadi beliau tidak pun memihak kepada mana-mana calon dan tidak sedikit pun mengungkit tindakan Muhyiddin yang memperkenalkan pelan peralihan kuasa dan bersungguh pula untuk menyegerakan pelan berkenaan.

Zahiriahnya Muhyiddin akan mendapat kemenangan besar untuk jawatan timbalan presiden ini.
Bagi jawatan Naib Presiden pula ada empat nama yang popular disebut-sebut di mana-mana saja. Hishamuddin Hussein, Ahmad Zahid Hamid, Khalid Nordin dan Shafei Afdal. Kerana keadaan itu menyebabkan perebutan jawatan ini sebenarnya berlaku dari kalangan empat orang ini saja.

Manakala empat orang lagi adalah calon-calon 'lesung tumbuk' yang sudah berusia dan berada di luar lingkaran spritual dan selera Umno tahun 2000 ini. Mereka itu ialah Syed Hamid Albar, Rais Yatim, Rahim Tamby Chik dan Mohd Isa Samad.

Biarpun mereka ada wibawa, berpengalaman dan intergriti seperti Syed Hamid Albar, namun arus dan gelombang yang melanda Umno kini serta penampilan golongan di bawah 50-an akan mengalpakan segala kebaikan itu. Sejauh mana sangat orang muda senang dengan perwatakan dan pemikiran orang tua? Tenguklah sebijak-bijak dan segeliga Mahathir pun mereka tolak juga.
Dalam hitungan saya sukar untuk empat orang tokoh ini menempatkan diri di kerusi naib presiden. Walaupun Abdullah ada memberi peringatan, biar ada perimbangan, tetapi peringatan yang sedikit itu akan terpana dengan keghairahan dan keyakinan para perwakilan yang ingin melihat Umno berubah.

Di antara empat nama tadi siapakah bakal tercicir? Apakah Hishamuddin Hussein Onn? Jika dilihat kepada masalah yang membelit Hishamuddin, seperti isu bahasa Melayu, (PPSMI), performance beliau sebagai ketua pemuda dan menteri pelajaran, Hishamuddinlah yang harus menangis kelak.

Tetapi kerana hubungan Hishamuddin dengan Umno begitu kukuh sebagai cicit kepada perjuang Umno menyebabkan sesetengah perwakilan merasa berdosa kalau cicit pengasas Umno itu diketepikan. Makanya Hishamuddin terselamat apa lagi abang sepupunya (Najib) sudah berada di atas yang sedikit sebanyak akan turut menjeling siapa-siapa yang dipilih perwakilan.

Menteri Agama, Zahid Hamidi sangat popular. Kelebihannya kepada pandai meletakkan diri dalam dunia apa saja. Zahid mempunyai sembilan nyawa boleh hidup di darat, di air dan di udara! Dengan kelebihan ini sepatunya beliau akan mendapat undi terbanyak. Atau setidak-tidaknya beliau harus berada setangga lebih atas dari Hishamuddin.

Yang pasti tercicirnya dari empat nama ini ialah Khalid Nordin atau Shafei Afdal? Katanya ada kesungguhan perwakilan inginkan ada wakil dari Sabah dalam Umno begitu tinggi sekali. Wakil Sabah harus ada untuk menyelamatkan Umno dan menghilangkan rasa kecewa Umno Sabah. Atas kepentingan itu Shafei akan dimenangkan walaupun dari segi keupayaan, kelayakan dan kualitinya sebagai menteri jauh lebih rendah berbanding dengan Khalid Nordin. Bagi orang Sabah sendiri seharusnya bukan Shafei yang menjadi wakil mereka namun kerana dialah panglima Najib maka dia dilihat orang yang cocok sekali.

Dikesempatan ini suka saya syorkan orang-orang yang kalah untuk jawatan Naib Presiden khasnya yang memegang jawatan menteri kabinet hendaknya turut digugurkan dari Kabinet terutamanya orang yang cair bercakap fasal undang-undang dan perlembagaan tetapi dia sendiri tidak menghormati kepada air kencingnya sendiri itu. [pwtc.kl 1:15 pm 26/03/09]

Dari PWTC

Sama-sama Hantar Jenazah Politik Abdullah Ke Kubur

ABDULLAH Badawi baru saja selesai menyampaikan ucapan dasarnya. Tidak ada apa yang mengejutkan dan tidak ada apa juga yang menarik. Ucapan Abdullah sama dengan ucapan berberapa ucapan dasar sebelum ini.

Yang bezanya kali ini tidak ada visi baru yang dikemukakan. Tidak ada projek untuk rakyat. Mungkin kerajaan sudah tidak ada wang? Elok juga kalau beliau tidak mengumumkan apa-apoa polisi baru, sesuai kerana beliau sudah mahu berhenti jadi janji-janji untuk menggula-gula rakyat biarlah dilakukan oleh Najib Razak.

Bagaimana pun ucapan itu kurang memuaskan perwakilan kerana Abdullah tidak menyebut bilakah tarikh beliau akan melepaskan jawatan. Penantian perwakilan tidak terjawab apabila Abdullah masih berteka teki dengan tarikh itu. Apa lagi beliau hanya menyebut tugasnya sebagai presiden akan berakhir selepas perhimpunan ini tetapi mendiamkan tarikh perlepasan jawatan PM.

Yang ditunggu dari Abdullah ialah bilakah beliau akan melepaskan jawatan PM secara rasmi kepada Najib.

Pun begitu kepada pendokong Najib jangan risau lagi. Bagi pembangkang juga tidak guna mempolitikkan peralihan itu. Segala-galanya sudah selesai. Abdullah tetap akan turun dan melepaskan kesemuanya kepada Najib. Bersamakah selepas ini kita lihat dan analisa bagaimana corak pentadbiran Najib pula. Apakah akronim yang bakal digelajarkan ke atas Najib. Apakah kepimpinan Najib nanti akan dikenali dengan kepimpinan NM atau NR.

Abdullah nampaknya tidak mahu derhaka kepada Umno. Beliau tidak mahu memikirkan mengenai nasib negara selepas ini. Nasib negara dan kedudukan orang Melayu biarlah Najib yang tentukan. Beliau juga tidak melihat ke atas apa yang akan berlaku pada Umno lagi. Beliau sikit pun tidak membayangkan kepada perwakilan sesiapa yang harus dipilih. Apakah Abdullah mengenali mereka itu semua sebagai korup dan tidak mempunyai setiakawan dalam perjuangan?

Kesimpulannya Abdullah sudah tidak ada apa-apa lagi. Lubang kubur untuk mengambuskan jenazah politiknya sudah pun disediakan. Hanya menunggu masa saja. Biarlah Abdullah pergi dalam keadaan tenang dan jangan ganggu dia.

Ketulusan dan kejujuran yang cuba dipamerkan secara berbelit-belit itu perlu dihormati. Sikapnya untuk mengekalkan rekodnya dengan Umno dalam keadaan bersih perlu disanjung. Kalaupun beliau tidak sempat meninggalkan legasi besar untuk negara, tetapi kejujuran dan ketulusan beliau dalam soal itu satu hal yang mengkagumkan.

Apa lagi jika dibanding dengan Mahathir, Abdullah jauh lebih gentelman dan terpancar ketulusan yang benar. Di sepanjang ucapan tadi Abdullah tidak pun mengada-ngada membuat sebak, sedih atau menangis, sebaliknya beliau biasa sahaja. Kesedihan itu diselindungi dengan kekuatan imannya sebagai seorang pemimpin yang tidak bercita-cita besar seperti orang lain. Kepada Abdullah blog Merah Tinta mengucapkan selamat bersara! [pwtc kl. 12:00 26/03/09]

Analisa Kemenangan Khairy

Khairy Ada Aura Anwar

KEMENANGAN Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Umno yang baru tepat dan sekaligus menunjukkan kebijaksanaan perwakilan pemuda membuat pilihan mereka. Kemenangan Khairy menjelaskan pemuda memilih mengikut citarasa mereka dan tidak terikat dengan kebendaan. Mereka tahu memilih antara intan dengan kaca.

Mana bakal pemimpin muda yang boleh membawa perubahan dan mana yang masih berlegar dalam kepompong lama.

Ada beberapa perkara menarik tentang Khairy yang meletakkan kemenangan baginya.

  • Ada keberanian dan bersikap terbuka dan melatari suasana semasa.

  • Gigih, tabah menghadapi kecaman ke atasnya terutamanya oleh Dr Mahathir Mohamad.

  • Mempunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja dengan pandangan dan akalnya sendiri.

  • Dia juga lebih rapat dan mesra dengan pemuda.

  • Perwatakannya menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain.

  • Mendapat simpati apabila beliau dikacau oleh Lembaga Disiplin.

  • Kerana langsung tidak didokong oleh bapa mertuanya, Abdullah Badawi.

Soal politik wang mungkin menjadi faktor dan mungkin tidak tetapi saya tidak mahu masukan dalan intry ini. Saya percaya kesemua calon main politik kerana bukan Umno kalau tidak main politik. Rasuah itu sudah sinonim dengan Umno!

Kemenangan Khairy sekali lagi menjelaskan pencalonan tidak menunjukkan gambaran undi yang sebenarnya. Kemungkinan di sini kenapa Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak tempoh hari ialah disebabkan tanpa disedari Mukhriz mungkin menggunakan modal kempen yang melewati orang lain kalaupun tidak dilakukan sendiri tetapi oleh proksinya.

Kehadiran Khairy jangan dipandang sepi oleh parti pembangkang. Tanggapan Umno akan hancur dengan Khairy menjadi ketua pemuda rasanya kurang tepat dan seolah menarik lastik tanpa ada batu dalam pelapiknya. Tanggapan dan tuduhan ini tidak mudah untuk menguburkan Umno di tangan Khairy.

Sudah tentu sebagai seorang yang mempunyai political will yang tinggal Khairy akan cuba memperbaiki dirinya, mempamirkan kepimpinannya dan paling bahaya ialah idea geliga yang ada kepada menantu bakal bekas perdana menteri ini cukup mencabar oposisi.

Petunjuk awal boleh dilihat semasa beliau berucap selepas diumumkan sebagai ketua pemuda Umno baru. Penuh bersemangat, bervisi dan mempunyai gerak body yang sesuai dengan citarasa pemuda dan saya yakin ramai juga puteri yang teruja dengan kemenangan Khairy itu.

Melihat kepada ucapan dan gaya Khairy selepas diumumkan kemenangan itu entah kenapa ingatan saya terhimpau pada tahun 1982 dulu ketika mana Anwar Ibrahim memenangi jawatan ketua pemuda Umno dengan mengalah Suhaimi Kamaruddin. Kalau tidak silap juga dengan undi sekitar 50. Ada aura Anwar di keliling Khairy.

Inilah yang parti pembangkang kena awasi. Terutamanya Pas yang juga akan memilih ketua pemuda baru memerlukan pemuda yang setanding dari segi semangat, kelimuan dan pengalaman politik yang mantap.

Ingat untuk berhadapan dengan Khairy tidak cukup kalau setakat mengungkitkan apa yang dituturkan oleh Dr Mahathir ke atasnya selama ini atau mengungkitkan soal kekayaan Khairy menerusi rangkaian perniagaannya.

Mencerita kekayaan orang lain dengan kita sendiri tidak rajin berusaha adalah kerja kurang cerdik. Keburukan lama seseorang itu akan terhapus dengan wibawa dan keyakinan tinggi yang bakal ditunjukkan dari masa ke semasa.

Dalam pada itu sedikit ingat untuk Khairy semoga beliau akan merubah budaya pemuda yang “berhora hore” sebelum ini dan jadilah pemuda yang berkualiti. Khairy sendiri sesudah menjadi ketua perlu mengunting kata-kata kesat yang pernah disebutnya sebelum ini.

Perangai dan dendam Hishamuddin Hussein yang sampai ke lahad memaki hamun Anwar Ibrahim rasanya mungkin tidak wajar diteruskan.

Bukankah keris kini tidak akan diarak lagi? Jadi Khairy kena simpan keris keramat pemuda Umno sebagai kenangan dan suatu legasi Hishamuddin. Khairy kena gerakkan minda pemuda dengan akal yang sihat, berpandangan jauh dan berpolitiklah untuk bangsa dan negara. Jangan sesekali cuba menyempitkan dunia yang luas terbentang ini. [d’kota kl. 8:30 am 26/03/09]