Monday, December 14, 2009

Susupan Tengah Malam

Betulkah Ustaz Mat Bodohkan Peniaga?

SEBENARNYA saya tidak suka masuk campur dengan apa yang ditulis oleh bloger lain apa lagi kalau perkara itu sensitif. Sebab itu saya jarang membaca blog orang tertentu kerana tidak mahu mengetahui apa yang ditulis dan dikarainya hatta mengenai saya.

Tetapi kerana beriya benar seorang penjenguk blog saya dari Kelantan meminta saya membuka blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kicdefella), saya tidak dapat mengelak untuk tidak membukanya dan menghayati catatan terbaru Tuan Syed itu.

Saya baca posting Syed Azidi dibawah tajuk "Dari Bazar Tok Guru Jadi Busut Almenantunya" yang terbaru. (Nampaknya Syed Azidi terus menyerang Ariffhami!) Sewaktu membaca intro catatan Syed Azidi ini baru saya faham kenapa penjenguk berkenaan meminta saya membaca dan menganalisa posting terbaru Syed Azidi itu.

Mudah saja, intro tulisan itu memberi gambaran sikap Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob (Ustaz Mat) sebagai kasar, tidak bertatasusila dan menghina tetamunya. Mesej itulah yang penjenguk berkenaan minta saya mengulasnya.

Intro tulisan itu pada pandangan saya adalah sesuatu yang tidak kena dan ada motif yang tersirat di sebaliknya. Ia sungguh mengejutkan dan sungguh tidak munasbah sekali. Rasanya bukan saja saya, pembaca lain juga mengenali siapa dia Ustaz Mat tidak percaya dengan apa yang ditulis Syed Azidi itu.

Menurut Syed Azidi, Ustaz Mat telah mengeluarkan kata-kata bodoh kepada para peniaga yang menjadi tetamu tidak diundang yang datang (menyerbu) ke pejabat Timbalan Menteri Besar berkenaan.

“Kamu bodoh...” begitulah gambaran yang diberikan Syed Azidi. Kononnya Ustaz Mat mengatakan bodoh dan enggan bermesyuarat dengan tetamu yang terdiri dari para peniaga itu.

Petikan sebahagian intro tulisan Syed Azidid:

“Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyuarat bermula dengan langkah kiri apabila Dato’ Ahmad menafikan ucapan terimakasih wakil peniaga Pasar Lama MPKB-BRI.

“Kami ucap terima kasih kerana Dato’ TMB sudi berjumpa kami….” Kata wakil peniaga itu.
“Bukan saya yang nak jumpa, kamu yang nak jumpa saya….” jawab Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Bermula dari situ suasana mesyuarat beransur tegang sehingga setelah beberapa ketika sahaja, Dato’ Ahmad Yakob yang terkenal dengan sikap ramah dan berbudi pekerti tinggi itu bangun dan berkata “bodoh!” ke arah wakil peniaga lalu menoleh ke arah pegawainya dan berkata, “cukup sampai sini saja mesyuarat…” lalu melangkah keluar hanya kembali semula ke dalam mesyuarat setelah sebahagian dari ahli mesyuarat meningalkan majlis itu.”

Saya jadi terkulat dan terkejut membaca intro diatas. Minda saya terus menolak apa yang Syed Azidi tuliskan itu. Masakan Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas itu tergamak mengeluarkan perkataan demikian. Ustaz Mat seorang Ustaz yang pernah berhadapan dengan ribuan murid, setahu saya tidak pernah ada anak muridnya atau ibubapa khasnya di Sekolah Menengah Rantau Panjang mengadu yang Ustaz ini biadap atau mengatakan anak muridnya sebagai bodoh.

Semua orang Kelantan kenal dengan Ustaz Mat, seorang yang lemah lembut, pendiam dan tidak suka kepada publisiti. Hatta beliau dipermainkan atau diremehkan, beliau tidak peduli dan biarkan saja. Beliau banyak mengalah dan menyerahkan dirinya kepada takdir. Beliau tidak pandai pasang poster untuk mempublisitikan dirinya. Adalah tidak munasabah kalau dengan perangai yang dikenali itu, beliau tergamak mengeluarkan perkataan demikian. MasyaAllah.

Jadi apakah sebenrnya yang berlaku di pejabat beliau tempoh hari? Di sini saya tidak mahu menafikan apa yang didedahkan Syed Azidi berhubung dengan projek Bazar Tok Guru itu. Ia semuanya betul, baik fakta dan urutan ceritanya serta pengeksploitasian terhadapnya demi keuntungan besar.

Memang kerajaan Kelantan menerusi Tok Guru Nik Aziz sendiri berjanji dengan para peniaga. Bahawa peniaga yang akan dipindahkan dari Aked Uda akan diberikan tingkat bawah dengan harga RM40,000 seunit dan bukan tingkat 1 dan 2 dengan harga RM92,000 seunit. Ini janji Tok Guru dan janji ini dirakam dalam bentuk audio visual.

Jadi wajar kalau para peniaga marah kepada kerajaan negeri kerana kerajaan tidak berpegang kepada janji. Bukan saja para peniaga itu sesiapa pun marah kalau janji tidak betul dan pemimpin bersikap munafik, mereka akan dibenci dan dimarah.

Cuma apa yang ingin dijelaskan di sini seperti mana maklumat yang saya tahu, versi yang berlaku di pejabat TMB seperti mana dikarai oleh Syed Azidi itu bukan seperti itu. Laporan Syed Azidi itu kurang tepat. Hal ini Syed Azidi sendiri meraguinya! Saya syorkan agar beliau menghubungi sendiri Ustaz Mat bertanyakan apa yang berlaku sebenarnya. Cara Syed Azidi merakam peristiwa itu seakan sengaja mahu memburukkan Ustaz Mat?

Sebenarnya yang mengatakan kamu “bodoh”, bukan Ustaz Mat sebaliknya beberapa orang perniaga yang menyerbu ke biliknya. Sebaik perniaga itu masuk ke bilik TMB itu mereka terus memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kerajaan ‘penipu’ dan ‘bodoh’ berhubung mungkir janji mengenai pembahagian lot bazar berkenaan. Yang yang dimaksudkan peniaga itu ialah bukan kepada Ustaz Mat tetapi kepada seluruh pemimpin Pas Kelantan.

Memang perniaga itu berhak marah dan memaki hamun demikian kerana mereka merasa kena tipu menerusi projek berkenaan. Itu tidak boleh dinafikan dan para peniaga tidak boleh disalahkan. Tetapi apa yang dikesalkan Ustaz Mat ialah sikap perniaga itu bertindak tanpa hujung pangkal menyebabkan Ustaz Mat merasa kesal dan terkejut.

Cara mereka menyerbu bilik Ustaz Mat itu, memang tidak kena dan bukan cara para peniaga yang berakhlak dan perangai orang Islam. Adat bertamu diketepikan. Gara-gara itulah kalau benar Utsaz Mat terpaksa menghentikan pertemuan yang tidak dirancang itu kerana kurang senang dengan sikap berlebihan itu.

Katanya kehadirian para peniaga itu tidak diketahui langsung oleh Ustaz Mat. Kumpulan itu muncul dengan tiba-tiba. Ustaz Mat mengetahuinya sebaik beliau beredar dari bilik mesyuarat Exco.

Jadi wajar kalau Ustaz Mat tidak mahu berjumpa dengan mereka. Pertama beliau tidak tahu mengetahui bagaimana kedudukan projek berkenaan kerana ianya diuruskan oleh Exco lain. Beliau hanya baru diberikan tanggungjawab oleh mesyuarat Exco untuk menanganinya. Keduanya pertemuan itu tidak dibuat apa-apa temu janji.

Ustaz Mat terpaksa bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertikaian projek itu apabila mesyuarat Exco meminta beliau menguruskannya. Mulanya mesyuarat Exco terus meminta Exco yang sebelum ini menguruskan projek berkenaan melengsaikan pertikaian itu. Malangnya Exco berkenaan tidak mahu dan melepaskan tanggungjawab kepada Ustaz Mat. Menjadi amalan Exco berkenaan bila ada sesuatu masalah atau terkapit dia akan melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Sikap tidak bertanggungjawab ini nampaknya berterusan.

Ustaz Mat tidak ada pilihan selain daripada menerima tanggungjawab berkenaan. Sikap diambil oleh Ustaz Mat adalah sikap tanggungjawab bersama. Yang lebih penting lagi mungkin beliau tidak mahu menyusahkan Tok Guru kebetulan pula beliau adalah timbalan menteri besar.

Mesyuarat Exco hari itu bukan membincang masalah itu secara detail, melainkan melakukan pertukaran tanggungjawab saja dari Exco berkenaan kepada Ustaz Mat. Jadi mustahillah kalau tiba-tiba Ustaz Mat boleh terus berjumpa dengan peniaga dan menyelesaikan masalah itu.
Persoalan disini timbul dan boleh dikaji ialah kenapa para perniaga itu menyebu Ustaz Mat?

Siapakah yang memberi tahu bahawa projek berkenaan kini bertukar tangan kepada Ustaz Mat, sedangkan pertukaran tanggungjawab itu hanya baru berlaku. Di sini apa yang dapat diagakkan sudah tentu ada polong yang memberi tahu ataupun mengarahkan para peniaga berkenaan berjumpa dengan Ustaz Mat? Seakan kedatangan peniaga itu sudah dirancang terlebih dahulu. Motif di sini jelas, ianya untuk menyusah dan memburukan batang tubuh Ustaz Mat.

Dalam konteks ini para peniaga berkenaan tidak boleh disalahkan. Mereka melakukan itu kerana mereka diberi green light. Para peniaga juga tidak tahu yang Ustaz Mat tidak tahu menahu dengan apa yang berlaku – projek berkenaan. Yang perlu dipersalah dan dimaki di sini ialah si polong yang meminta para peniaga berjumpa dengan Ustaz Mat.

Apa yang penting di sini para peniaga seharusnya memahami isu ini sebenarnya. Mereka tidak boleh marahkan Ustaz Mat tanpa usul periksa. Dan saya yakin Ustaz Mat sedia untuk berunding dengan para peniaga itu selagi ianya dijalankan secara beradab. Lagipun menjadi polisi dan dasar kerajaan berunding dengan sesiapa saja untuk kepentingan rakyat.

Kesimpulanya yang berlaku di bilik Ustaz Mat tempoh hari yang mengatakan Ustaz Mat mengatakan peniaga “bodoh” seperti mana dikarai oleh Syed Azizi itu adalah tidak benar dan mungkin ia juga mempunyai motif yang Syed Azidi sendiri yang mengetahuinya. Apakah Syed Azidi masih terus ditunggang, sama-samalah kita menganalisa apa yang berlaku dan carilah jawaban sendiri. Yang jelasnya sedikit sebanyak dengan catatan (intro) tulisan itu Syed Azidi berjaya menimbulkan persepsi buruk mengenai Ustaz Mat. [wm.kl. 1:05 am 14/12/09]

14 comments:

MySafru said...

Tn HJ MSO, saya ingat blogger tadi dah tak nak serang sapa sapa. Tapi ayat yg dia tulis dan kejadian yg berlaku hari tu, naluri saya menyatakan ada orang tolak belakang supaya berani.

No body touch Datok Mat, tapi dia ni...

sembang haroki said...

bagi kick, hanya HUSAM saja yang layak untuk apa2 jawatan samada dalam parti atau kerajaan negeri, kerajaan pusat atau jawatan bukan kerajaan!!! itu pasal si HUSAM tak buka mulut hingga sekarang walaupun kick menyerang secara rakus dan kejam terhadap TGNA dan keluarga, sedangkan kick adalah "budak HUSAM" dan HUSAM mengaku sebagai "budak" TGNA.
malangnya tiada seorang pun pimpinan pas mendesak HUSAM menjelaskan siapa sebenar kick!

Izazulzilati said...

Tuan Hj.

Saya amat bersetuju jika dia cuba untuk membetulkan kepincangan, jika benar, apa yang berlaku di dalam PMBK yang berkaitan dengan Arif Fahmi.

Dalam posting terbaru tentang Bazaar Tok Guru, saya nampak beliau telah tersasar ke daerah yang tidak sepatutnya, Dato' Mat TMB.

Persoalannya, kenapa Dato' Mat? Apa agenda dia/mereka? Adakah satu misi telah dimulakan untuk membunuh karekter dan persepsi tehadap pemimpin dan parti PAS?

Naluri saya berkata sedmeikian.

Unknown said...

Syed azizi mungkin berhasrat nak jatuhkan kerajaan PAS kelantan

ibnmustaffa said...

Jika melihat filem 'Perempuan Melayu Terakhir' (PMT) tulisan beliau, maka kita akan tahu iktikad pemikiran syed ini.

Perspektif pemikiran beliau terhadap gerakan Islam adalah begitu, maka cukup hairan bin ajaib apabila sebuah jemaah Islam menggunakan khidmat beliau utk tujuan yg juga memusykilkan.

Maka, inilah akibatnya jika memberi kerja penting dengan tidak bertapis, atau memang sengaja tidak mahu ditapis. Penipuan dan fitnah adalah mainan biasa kepada beliau, seperti juga fitnah dan penipuan didalam cerita PMT.

batunisan said...

nampaknya usaha masih diteruskan untuk menaikkan exco tersebut walaupun dah declare tak nak jawatan mb kelantan.
kaedahnya dengan menekan tmb supaya menolak jawatan tersebut, dan kemudian hanya tinggal ust amar sahaja sebagai penghalang. sungguh licik permainannya.

nampaknya bukan kerja mudah untuk ust mat ambil alih tugas mb sekiranya betul terjadi.. akan ada duri dalam daging yang sentiasa menekan dari dalam sehingga beliau terpelanting..

kemungkinan exco tersebut melihat sejarah kejatuhan tokoh besar maka pengganti selepasnya tidak akan mampu bertahan lama.

sebagaimana tokoh besar presiden suharto, selepas kejatuhannya bj habibi tidak mampu memegang jawatan tersebut untuk tempoh yang lama. begitu juga dengan tun mahathir, paklah tidak mampu memegangnya untuk tempoh lama, pasti ada duri dalam daging yang menekan dari dalam..

kemungkinan begitu juga di kelantan, rasanya selepas tgna melepaskan jawatan, tokoh selepasnya mungkin tidak dapat bertahan lama..
nauzubillah..

Syeikh YB said...

kona sana kona sini akhirnya rakyat melihat banyak ketempangan pentadbiran tgna.dari projek bazar rakyat hinggalah pemerasan kebun getah duku dokong milik rakyat di kg limau kasturi gua musang.akhirnya rakyat yang mengundi Pas berdoa qunut nazilah terhadap pimpinan pas kelantan

Kama Irahsa said...

Tuan MSO,

adalah tangan2 ghaib yang tak senang tengok air yang tenang..lalu nak mencampak batu supaya berkocak sedikit..masakan tidak, Ustaz Mat dikatakan pengganti MB sekiranya Tok Guru mengundur diri..

ada la yang dah berangan nak jawatan MB kalau nama baik Ustaz Mat tercemar..

InMine said...

Kalau betul lah perkataan "bodoh" digunakan, memang patut perkataan itu digunakan kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh persatuan penjaja kerana apa yand ditandatangani bukannya perjanjian yang mempunyai legal standing, tetapi hanyalah "memorandum persefahaman" atau MOU yang tiada legal standing. Kalau pihak PMBK mungkir pun tidak menjadi masalah kerana ianya hanyalah MOU sahaja dan bukannya perjanjian.

melikapakjangak said...

Orang yang percaya dan berpegang teguh kepada al-Quran dan Hadis tidak akan gundah, gementar, saloh-aboh takut gagal dengan segala pelan, rangka dan kerangka kejahatan, doa kebinasaan dan sebagainya bagi pembunuhan kerektor.

Yang pasti yang dimangsakan akan dapat pahala berganda jika bersabar menghadapi perancangan jahat manakala pemangsa akhirnya akan diaibkan oleh percangan sendiri kerana sebijak manusia merancag, bijak lagi perancangan Allah.

Allah Maha MaThu siapa yang patut disurat dan ditakdirkan-Nya menjadi pemimpin, termasuk sebagai MB Kelantan dan sapa yang tidak layak. Sebanyak mana dan sebijak mana perancangan dibuat bagi membunuh krektor seseorang, yang telah tersurat dalam takdir-Nya juga yang akan jadi MB.

Kalau maa-mana tokoh telah berusaha dengan keras dan menghabiskan banyak wang dan menggunakan pelbagai cerdik pandai yang membuat perancangan secara jahat tetapi masih juga ada hadangan, pada saya kena berhenti mabuk air sejuk dengan angan-angan nak jadi pemimpin, kena memuhabah diri sama ada layak atau tidak ntuk jadi pemimpin.

Kalau rasa diri tidak mungkin tercatat dalam suratan takdir akan jadi MB, baik tak payah berusaha untuk jadi MB, takut nanti rosak otak. Saya ada kawan di Tanah Merah yang kerana dia merasa lebih bijak dari Zahari Affandi (penulis novel Bulan Merah Di Tiga Kuala) mereng dan asyik meratib atas kubur dan bertanya kenapa Zahari boleh berjaya sebagai pengarang besar sedangkan dia tidak walhal dulu sama-sama kerja buat gertak.

Kawan saya tu penulis yang aga produktif dan turut menghasilkan senikata lagu berjudul Musim Menuai nyanyian Norma Jan tetapi telah dikredit nama orang lain sebagai penulis liriknya.

Sampai sekarang kawan saya itu keal dalam keadaan merengnya dan terharu saya membaca harapan terakhirnya yang tercatat dalam satu blog milik seorang blogger bahawa sebelum beliau mati, dua orang yang sangat ingin ditemuinya iaitu Zahari Aaffdi (bekas boss sayta di Harian Watan dulu) dan dengan saya.

Semasa saya di Tanah Merah, beliau serig bermalam di rumah sewa saya tetapi bila tengah malam beliau hilang. Bila dicari rupanya dia sedan meratip atas kubur di tanah perkuburan di belakang rumah sewa saya. Dia jadi macam tu kerana terlalu mahu jadi apa yang tidak mampu diraih dan barangkali tidak ditakdirkan ke atas dirinya. Dalam kes keinginan untuk jadi MB ganti Dato' Nik Aziz, jangan pula sampai ada yang mereng dibutanya. - Ramli Abdul Halim

sinach zawawi said...

bro MSO,

masalahnyaa cerita xlogik camtu pon ade org quote n sebar2kan dlm blog2 etc..obvious it's a lie..sesapa kat kelantan mesti tahu siapa tuab Hj Mat nih..pernah nama dia kena serang sblum ni?dulu pihak2 yg gile kerusi xnampak dia as treat..bila da ade yg usulkan nama dia pengganti Tok Guru,mulala tangan2 ajaib menulis against dia..nampak x? dia nyer personaliti n perwatakn jauh lagi baik dari mana2 pimpinan di kelantan(termasuk Tok Guru sndiri) n even can be said seluruh pimpinan di Malaysia..my sister pernah buat kajian personaliti n dia pilih tuan hj mat sbagai tokoh..xpernah lupa cane kagumnya kakak terhadap dia..

semoga Allah selamatkan dia dr segala kejahatan tngan2 xberakal..

Unknown said...

Salam MSO,
Saya adalah penjengok setia blog MSO,tapi bab Ust Mat ni terasa MSO telah mendapat maklumat yang salah.Tolong betulkan cerita ini kerana Allah Maha Mengetahui.

Saya wakil peniaga yang hadir pada 6/12/09 dan alami sendiri peristiwa "bodoh" tersebut.Berikut kronologi untuk makluman MSO:

1 ) 11 orang wakil peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked UDA hadir ke pejabat TMB pd 6/12/09 pukul 10.00 pagi setelah dimaklumkan oleh pegawai TMB bahawa TMB sedia berjumpa kami setelah kami menghantar surat untuk bertemu bertarikh 25/11/09.

2 ) TMB mulakan mesyuarat dengan Alfatihah.Ucapan alu2an oleh wakil peniaga disanggah oleh TMB kerana pertemuan tersebut diminta oleh pihak kami,bukan TMB yang panggil untuk bertemu.Memang betul persatuan kami yang meminta untuk berjumpa.

3 ) majlis awalnya berjalan dengan mesra dan kami berpeluang cerita masalah kami ( Bazaar Tok Guru ),cuma bila TMB cerita pasal struktur bangunan di sarawak yang rakyatnya lebih suka berniaga ditingkat 1...kami katakan bahawa orang sarawak tak berpelajaran.Duduk atas pokok,TMB kata "BEROK" dok atas pokok.

4 ) Lepas tu TMB maklum untuk adakan mesyuarat penuh dihadiri Exco berkenaan,MPKB,SUK dan Setpol TGNA dan wakil setiap peniaga.Kami minta setiap persatuan hantar 2 orang tapi dibantah oleh TMB.Seorang dah cukup katanya.

5 ) Kami tak setuju dan cuba mendesak...lepas tu TMB kata kecek BODO,lalu bangun bawa fail dan terus masuk bilik.TMB bagi isyarat kat Setiausaha Sulit "setakat ni jah "

Majlis berhenti setakat tu tanpa penutup,sebahagian wakil peniaga balik setelah TMB tiada.

Kami harap MSO betulkan balik apa yang ditulis...Kami bukan serbu TMB,kehadiran kami diterima setelah membuat temujanji.

Kami mungkin sedikit kasar tetapi ini bukan kali pertama kami bermesyuarat,sudah beberapa siri kami bertemu Exco ( Takiyudin,Husam,Anuar Tan MPKB, PMBK).Takde masalah pun,tegang dalam mesyuarat biasa kerana kami bukan golongan lepasan universiti.

Tolong jaga maruah kami,cukuplah TMB kata kami "BODO",harap MSO siasat betul sebelum tulis.

Demi Allah dan Rasul apa yang saya katakan dialami sendiri,bukan dengar cakap.Harap MSO jangan tulis berdasar sentimen,yang benar tetap benar tanpa mengira siapapun.

Tolong betulkan artikel tuan kerana apa yang ditulis itu 300% palsu,bukankah perkara bathil itu menjauhkan kita dari jalan yang lurus.
Sekian,semoga kita semua diberkati Allah kerana benar.

R'zley theshoots said...

Selepas di kuda tokguru ,tak menjadi kini Ust Mat PULA JADI MANGSA...nak burukan TMB pulak dah...
Kalau nak jadi MB cakap terus terang je.....jangan dok buat 'onar'

soalan...Siapa yg patut bertanggungjawab bawa si bodoh 'KICK'dalam negeri ku ini

Ku ingat Taqwa said...

Salam. Astaghfirullah hal a'zim. Moga Allah menghancurkan pengkhianat-pengkhianat parti. Amin