Tuesday, December 29, 2009

Angin-angin Petang

Saya Akan Puasa Selama Tiga Bulan Kalau Husam Letak Semua Jawatan

BEBERAPA SMS saya terima bertanyakan perihal Husam bin Musa apakah benar Exco itu akan melepaskan semua jawatan? Yang menelefon bertanyakan hal itu termasuk tiga orang wakil rakyat, dua Pas seorang BN. Saya hairan kenapa pertanyaan ini timbul dan bermain dalam kepala umum. Asal timbul isu dan masalah menimpa Exco itu, beliau dikaitkan dengan tindakan nak lepas jawatan. Macam budak pulak.

Apakah senipis itu iman Husam dalam perjuangan? Bila berhadapan dengan masalah sebesar anak biri-biri pun dikaitkan dengan nak letak jawatan. Kalau tidak silap saya, cerita hendak letak jawatan ini samalah dengan cerita Anwar Ibrahim nak jadi perdana menteri. Kadang-kadang alasan dan perkembangan tidak relevan pun dikaitkan dengan peluang untuk Anwar jadi PM.

Bila timbul isu dalam negara atau melihat wajah Najib Razak berkedut saja, maka timbul spukulasi Najib ada masalah dan akan memaksa Najib lepaskan jawatan kemudian jawatan PM akan diserahkan kepada Najib. Begitulah perihal Husam sama sensitif dengan kisah Anwar.

Jadi cerita Husam hendak letak jawatan ini sudah lapok sebenarnya. Kalau cerita begini benar sudah lebih tiga kali Husam melepas jawatan. Bukan saja jawatan Exco dan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, jawatan ketua cawangan pun telah dilepaskan. Tetapi ternyata setiap kali bergema isu ini Husam tetap berada di kerusinya. Setiap kali itu juga Husam mendapat kekuatan dan semangat baru.

Sekali pandangan isu ini sengaja direka untuk meletakkan value politik Husam sama mahal dengan Nik Aziz.

Bagi saya cerita ini tidak lebih dari satu gimik untuk orang mengenangkan Husam sahaja. Sedangkan batang tubuh sendiri tidak ada apa-apa. Orang lain kalut fikir halnya, dia lena dan rileks bersama anak bininya dan menantu di rumah bermian congkak lubang sembilan.

Maklumat terbaru kini kononnya Husam akan lepas jawatan Adun Salor dan semua jawatan dalam parti. Dari mana sumbernya entahlah. Saya jelaskan di sini bukan bermakna saya suka kalau Husam melepaskan jawatan, tidak.

Bagi saya tindakan itu merugikan Pas saja dan Nik Aziz akan kehilangan seorang partner yang istimewa. Bukan saja kerana implikasi politik bakal menimpa Pas tetapi kerana kerana umum sudah tahu dan artif dengan perangai Husam dan syaksiah politiknya.

Sekiranya Husam melepas semua jawatan saya berani bernazar akan puasa selama tiga bulan berturut-turut. Bukan kerana manggak tetapi kerana menghormati berita pelik yang tidak ganjil yang kedengaran dan menjadi bahan SMS saat ini.

Di antara Husam dengan Tok Guru Nik Aziz saya rasa Nik Aziz dulu akan berhenti. Kalau ada SMS mengatakan Nik Aziz akan melepas jawatan MB dan jawatan dalam parti saya lebih yakin dan merasa lebih tersauk dek akal. Masakan kerana Annual Bakri dan Saiba Yaacob dikatakan tidak disambungkan perkhidmatan Husam nak letak jawatan? Apa kena mengena beliau dengan Annual Bakri?

Kalau Husam nak bela Annual Bakri pun masakan tindakan sebodoh itu diambil? Mengorbankan perjuangannya selama ini. Jadi kepada pengkagum Husam usahlah risau Husam tidak akan berbuat begitu. Saya berani memberi jaminan. Husam yang pernah saya kenal dia tidak akan mengambil keputusan drastik dan setolol itu. Kalau pun ada maklumat itu dari dirinya ia tidak lebih daripada satu test market sahaja di mana dalam ujian-ujian itu beliau sering mendapat keuntungan.

Kepada media massa jangan melaporkan perkhabaran ini kalau anda tidak mahu disaman oleh Husam! [wm.kl. 5:10 pm 29/12/09]

8 comments:

NH Shah Alam said...

Saya setuju dengan pandangan MSO. Kepada MEDIA jangan dok gatal-gatal nak jadikan isu besar untuk melariskan jualan Akhbar, nanti kena saman tak pasal-pasal rugi berjuta ringgit...

Sekarang ni kalau saman Akhbar dah tak main puluh ribu, semuanya juta-juta lemon....


* NH Shah Alam *

ANAFAKIR said...

Tn. MSO...saya tidak terkejut jika Husam melepaskan jawatannya.Semua sekali.Mungkin kecewa dengan sikap TGNA yang membiarkan ahli keluarga [ Ariffahmi dan Nik Amalina ] mencemarkan imej PAS dan kerajaan negeri serta sikap TGNA yang seakan terlalu membiarkan mereka yang terdekat dengannya menconteng arang di muka [ kerajaan negeri ].

Sikap Husam yang membisu selama ini mungkin kerana memikirkan TGNA akan mencari jalan keluar dengan segera tetapi seakan TGNA seperti mengizinkan isu yang menyelubungi PAS negeri dan kerajaan sejak sekian lama itu dibiarkan berlarutan.Kecewa.Rasa terkilan.Benci dengan pelbagai kerenah yang wujud maka saya berpendapat tidak mustahil jika Husam sudi berkorban semua jawatannya.Kalau saya apalah sangat dengan kuasa dan kedudukan jika berada dalam kemelut yang turut dikaitkan terlibat sama dengan isu-isu sensai tersebut.Nak bersuara memikirkan air muka TGNA, nak biarkan akan merosakkan jemaah.Ditelan mati bapa, diluah mati emak.Tersepit di tengah-tengah.Jalan keluar lepaskan semua jawatan.Adakalnya perlu fikirkan diri dan keluarga sendiri.

Depa nak berebut, memfitnah sesama sendiri, dengki mendengki lebih balik ucapkan selamat jalan.Bukan frust atau pentingkan diri tetapi mengalah untuk membuka ruang kedamaian dalam jangka waktu yang panjang.Ada rezeki, ada nasib di masa mendatang mungkin Husam dicalonkan semula.

Cuma...jika benar-benar Husam tekad untuk melepaskan semua jawatannya dalam parti, nampak gayanya ' kurus' lah MSO nanti.Berpuasa 3 bulan, badan akan nampak susut.Cuma elokkah bernazar sebegitu seolah mencabar bekas sahabat sendiri.Seolah-olah telunjuk lurus kelingking berkait.Makin sorong tarik.

Buat Husam, jika sekarang waktunya untuk bertindak demikian memang tidak elok untuk parti dan kerajaan.Jika tidak mahu dicalonkan semula dalam PRU akan datang dan waktu itu melapskan semua jawatan mungkin itu lebih baik.Mungkin atas dasar itulah tn MSO berani bernazar puasa 3 bulan berturut-turut kot.Masih berkeyakinan bekas sahabatnya itu masih ada nilai perjuangan dan setiakawan yang tinggi.Tidak bertindak dalam keadaan kawan-kawan terkapai-kapai mencari pelampung untuk mengelak mati lemas....apa pun dalam politik tidak ada perkataan MUSTAHIL, segalanya mungkin.

abu muaz said...

Tusn MSO lebih kenal Husam dari kita semua. Sebab tu dia berani bernazar.Semua ada dalam kocek MSO.

ibnmustaffa said...

Tuan MSO penting diri ni bernazar begini. Jika ya Husam ingin letak jawatan, maka tuan juga dapat pahala puasa 3 bulan berturut2.

Apa kata tuan MSO tukar nazar, jika ya letak jawatan, tuan berilah sumbangan derma 3 bulan berturut-turut kepada PAS cawangan yang hamba jadi S.Unya. Tuan dapat pahala, hamba pun senang gembira.

-jika boleh, kita bincang.

lah said...

Tuan MSO, Salam Hijrah 1431, Nampaknya ng kelantan byk pergolakan, Pas dgn Pasnya, Umno dgn Umnonya,Raja dgn anak-anaknya, raja perempuan1 dgn raja perempuan2nya???.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum, Tuan, kadang-kadang terasa bimbang juga dalam hati melihat dan memerhati apa yang sedang berlaku dalam PAS lebih-lebih lagi yang ada dalam PAS Kelantan. Ia seakan tidak berkesudahan.

Bila membaca dua posting tuan yang berkaitan dengan Datuk Husamn menambahkan lagi kebimbangan terhadap pergolakan dalam PAS. Dalam suasana hari ini di mana PAS telah boleh menunjukkan kebolehan di Negeri-negeri yang sebelum ini tak pernah sedikit pun kita bermimpi untuk mentadbir seperti Selangor, tiba-tiba PAS berada dalam krisis identiti diri. Kita tidak pernah melihat keadaan ini sewaktu kita jadi pembangkang sepenuhnya dulu. Dulu, kita cukup solit tapi keadaannya benar-benar berubah. PAS Kelantan yang sepatutnya boleh menjadi penasihat kepada PAS negeri-negeri lain kini paling teruk mennghadapi masalah sehingga PAS negri-negeri lain yang baru bertatih tidak berkesempatan untuk berpaut lengan dengan PAS Kelantan.

Mungkin ini ujian dari Allah untuk mengutuhkan PAS tapi Sebagai orang bawah yang hanya mahukan PAS menjadi wadah untuk menuju ke syurga, keadaan ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Namun begitu, seandainya PAS mampu mengharungi keadaan sukar ini dan insya-Allah saya yaki PAS melalui pemimpinnya dan ahli-ahlinya akan berjaya mengharunginya, PAS akan lebih gagah lagi di masa depan. Allahu akbar.

Unknown said...

Salam,

Saya rasa ni adalah balasan dari Allah kerana doa dan harapan buruk TGNA terhadap Najib. Pada TGNA, semua perkara yang dilakukan oleh manusia selain daripada ahli PAS adalah salah.

Mungkin nilah balasan yang dinanti-nantikan. Malah keluarga TGNA yang dianggap sebagai First Family of Kelantan pun akan masuk campur. Keluarga yang dianggap gila kuasa. Mereka ni anggap 20 tahun TGNA sebagai MB tak mencukupi dan mungkin akan melantik salah seorang ahli keluarga sebagai ADUN.

Mussolini said...

dulu PAS = Parti Asri & Sakinah

sekarang PAS = Parti (Nik) Aziz & (Tuan) Sabariah

inilah yang dikatakan kebesaran Allah.

atas dunia lagi Dia dah tunjuk bukti