Thursday, October 15, 2009

Ulasan Peristiwa

Usaha Memulihkan Umno Kurang Diyakini!

BILA diminta pandangan umum - rakan-rakan Facebook mengenai nawaitu Umno hendak memperbaiki parti berkenaan dengan meminda perlembagaanya hari ini, ramai kawan-kawan FB saya memberi pandangan yang hampir sama.

Soalan yang saya lontarkan berbunyi; Sejauh mana keyakinan anda pindaan perlembagaan Umno yang dibuat hari ini dapat menaikkan martabat parti berkenaan? Apakah pindaan itu mampu menghapuskan politik wang dan akhirnya mengukuhkan Umno? Ataupun pindaan itu tak ubah seperti seribu janji yang pernah ditabur sebelum ini untuk memperkukuhkan parti tersebut yang mana akhirnya kosong belaka.

Jawaban dan ulasan yang diberikan hampir sama saja nadanya. Rata-rata tidak yakin atau kurang percaya dengan langkah itu boleh merubahkan Umno. Ada setengah beranggapan isu itu hanya gimik saja tanpa membawa kesan yang diharapkan.

Ada seorang dua bersikap lebih tasamuh untuk melihat perubahan itu dalam tempoh setahun dua. Mereka mahu diberikan masa untuk melihat perubahan yang diharapkan itu.

Pandangan rakan FB adalah pandangan bebas dan agak jujur. Kebanyakan mereka bukan menjadi pengikut parti yang totok ataupun berfikir hanya satu juring saja. Pandangan mereka boleh digunapakai sebagai pandangan yang sihat dari generasi muda.

Sekiranya pandangan ini boleh dianggap mewakili generasi muda dan cerdik pandai, ini bermakna usaha Umno meminda perlembagaan itu tidak membawa banyak perubahan. Politik wang tetap juga akan berlaku di dalam parti itu yang sudah berakar umbi. Kegagalan ini akan membawa natijh kehancuran kepada Umno.

Selain itu ada juga yang bersetuju dan memberi cadangan kalau Umno ingin menghapuskan rasuah politik dalam parti itu dan juga dalam kerajaan bukan dengan cara meminda perlembagaan yang memberi kuasa luas kepada pemilihan tetapi mesti harus ada penekanan pembangunan keagamaan dalam setiap hari ahli Umno dan rakyat.

Maksudnya ahli Umno harus ditunjungi dengan keimanan yang tinggi, di mana mendidik mereka mengenali dan yakin kepada soal dosa dan pahala. Mereka yang sedia melaku dan menerima rasuah ialah kerana tidak percaya kepada soal dosa dan pahala. Kalau mereka yakin pasti mereka tidak akan melakukannya.

Rasuah tidak dapat dicegah dengan undang-undang melainkan dengan iman yang tebal. Semoga pendapat rakan FB saya ini tidak akan diketepikan oleh pihak Umno khususnya dan juga golongan politik di negara ini.

Persoalan rasuah politik bukan saja berlaku dalam Umno dewasa ini. Tetapi ia juga turut mula bercambah dan membibit dalam parti-parti lain yang dulunya dilihat kontras dengan perbutan syaitan yang menjijikkan itu. Cuma parti lain itu bernasib baik kerana rasuahnya masih lagi tersembunyi dan dilindung dengan kitab-kitab tertentu. Hakikinya rasuah sudah berleluasa dalam benua politik Malaysia.

Pindaan perlembagaan oleh Umno kerana hendak menghapuskan rasuah ini diharap bukan saja dilihat penting oleh ahli Umno tetapi biarlah ia juga dijadikan renungan oleh semua golongan politik di negara ini. [wm.kl. 8:45 pm 15/10/09]

6 comments:

Unknown said...

a'kum tuan,
UMNO pinda perlembagaan pemilihan pimpinan parti...

inilah yang pernah saya ulas dalam blog khir toyo:

buatlah apa saja, budaya rasuah dalam UMNO tidak akan berubah. Kalau tidak dalam bentuk duit, dala bentuk lain. Sbg contoh: calon-calon yang berkuasa seperti yb, exco, rasuah dlm bentuk pemberian tanah dan sebagainya.
Sebagai contohla kan, dgn kedudukan sbgi wakil rakyat, exco, apatah lagi menteri, byk benda yang boleh diberi. Rasuah tidak semestinya duit.
dalam pilihan raya bagan pinang, apa rasuah BN kepada pengundi di sana? menteri sewenang2nya menggunakan peruntukan kerajaan utk merasuah pengundi. klu tiada pilihanraya, jgn harap ada janji2, peruntukan2 yang sesegera itu.
pada saya, sepatutnya, dlm tempoh berlangsungnya pilihanraya, jangan dibenarkan menggunakan peruntukan kerajaan untuk buat itu buat ini. buat jambatanla, baiki jalanraya lah, bina sekolah la dan macam2 lagi. ini suatu bentuk rasuah sebenarnya. lagi teruk menggunakan duit kerajaan untuk memenangkan parti yan bertanding.
cuba tengok tuntutan wakil rakyat, menteri ke tempat pilihanraya. tuntutan perjalanan mereka kepada kerajaan atau kepada kepada parti atau duit poket sendiri?
kalau mereka buat tuntutan perjalanan ke, lojing/hotel ke, makan ke dengan kerajaan untuk ceramah parti, ini satu bentuk rasuah juga. penyelewengan kuasa.
tak kiralah parti mana. patut ada pemisahan jelas kerja untuk rakyat atau kerja untuk parti. jangan kerja untuk parti tapi tuntut dengan kerajaan.
so, pada saya, dlm UMNO, apa yang mereka pinda, rasuah takkan hilang. tak percaya, tengoklah. Beri jawatan pengerusi JKK, ketua kampung. hehehe kalau tak undi kau, mu tok leh jawatan tu ... pastikan anak buah mu pilih aku nanti... hheehehe...macam boleh...

Tidak mustahil, rasuah macam tu boleh berlaku dalam PAS, DAP dll parti.

andakmaon said...

Umno perlu dipulihkan kerana parti itu satu satunya parti yang jelas memperjuangkan ketuanan melayu. Sejarah membuktikan betapa ia sangat berjasa kepada orang melayu dan agama Islam .Sekiranya UMNO jadi musnah maka hancurlah melayu.Tengok saja sekarang bagaimana parti alternatif melayu yang lain seperti PAS yang terkulai layu di dalam pelukan DAP dan PKR. Sebenarnya orang melayu Islam di Malaysia ini tiada pilihan lain melainkan mempastikan UMNO terus kuat kerana telah terbukti jasa dan peranannya.

Rajawali said...

banyak yg dipindaan lebih kepada mengekalkan pihak atasan yg kebanyakannya adalah baru bertahkta..calon presiden mesti 2 penggal timb.calon TP 2 penggal naib dan seterusnya..bagaimana diadaptasi perubahan ini pada pemilihan akan datang?yang bermimpi mahu menjadi pemimpin hanya boleh memikirkan jawatan bawahan sajalah..Nyata ianya hanya untuk menjaga jawatan pemimpin atasan..selagi pemimpin ini tidak berubah,selagi itulah UMNO tidak akan berubah menjadi remaja yang dilaungkan.Inilah 1 Malaysia

Unknown said...

*Ahli PAS 518250
Terlalu banyak tumpuan dan ulasan yang diberi bila UMNO cuba membuat sesuatu perubahan.Apa sahaja idea bagi memperkasakan UMNO dimatahati pengundi akan diulas dan dicari kekurangannya untuk memperlihatkan bahawa UMNO hanya pandai berteori dan reotorik semata mata.
Hasilnya UMNO yang mula belajar dari kesilapan semakin berjaya menambat semula hati pengundi pengundi walaupun setengahnya dilakukan secara magic yang penuh dengan penipuan.
Malangnya kita yang asyik terpukau mengulas bagi menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tdak mampu berubah tidak menyedari bahawa kita sendiri yang perlu berubah.Kita sendiri gagal untuk mengesan dimana kekurangan kita yang memungkinkan kita ditolak sebagai pilihan kedua kepada UMNO.
Politik sebenar kita yang punya dua wajah masih belum disatukan.Bercakap dan berkuliah dengan nada yang berlainan tadkirah disurau dan berceramah dipentas politik olih orang yang sama menjadikan setengah pengundi bingong memikirkannya.
Sewaktu UMNO dihentam habis habisan kerana gagal memahami Islam,kita berdakap dan berpelok dengan PKR yang punya ideologi yang seakan sama dengan UMNO.
Untuk memimpikan kekuasaan politik nasional sebenarnya kita wajar melakukan lampau apa yang telah kita lakukan sebelum ini.Hujah hujah memperlekehkan keIslaman orang lain sudah lapok untuk diterima olih manusia Islam dizaman ini.
Kejujuran persahabatan juga sering meragukan.Kita tanpa segan silu bertempik untuk menunjukkan akulah jagohan partiku dengan menghentam sesama kawan dalam media terbuka jika apa yang dilakukan tidak menepati keinginan dan harapan kita.

suparjo@blogspot.com said...

Politik itu tempat tipu muslihat dilaksanakan. Pada saya, jangan terlalu mengharap kejujuran dan kebenaran melalui jalan politik. Kerana itulah jalan menemukan antara umno dan pas sentiasa buntu, kerana mereka saling melihat dengan buruk sangka dan mengatur tipu muslihat untuk mengena atau mengalahkan antara satu sama lain. Ahli pilitik juga yang kerap bermuka-muka untuk menarik sokongan, dan jika tepat pada masanya rakyat akan dikudakan oleh tokoh2 politik untuk kepentingan mereka.

Unknown said...

diharap disamping mso dan rakan2 memberi komen yang kurang membina dan bersifat mengomdem kepada parti UMNO ini.

jangan lupa untuk berdoa kepada Allah SWT agar parti UMNO diberikan hidayah untuk kembali ke jalan yang lurus demi perpaduan Islam dan bangsa.

-melayutara