Monday, August 31, 2009

Menanti Berbuka

SPR Akan Teruji Lagi
Apakah Ada Satu Lagi Pilihan Raya Kecil di Kedah?

ESOK bakal menentukan apakah satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan. Kali ini kerusi yang menjadi tumpuan ialah Kota Seputih, Kedah. Penentuan itu akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat esok untuk menentukan samada ada perlu atau tidak pilihan raya diadakan untuk kerusi berkenaan.

Kerusi ini menjadi tumpuan kemungkinan akan berlaku kekosongan menyebabkan pilihan raya akan diadakan apabila penyandang Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang dewan sebanyak dua kali tanpa kebenaran speaker. Menurut undang-undang kerajan Kerajaan Kedah mana-mana Adun gagal menghadiri sidang dewan tanpa kebenaran speaker menyebabkan kerusinya hendaklah diosongkan.

Adun berkenaan dikatakan tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut kerana sakit. Keadaan Adun berkenaan yang sakit dimaklumi oleh banyak pihak tetapi apa yang mungkin menjadi kesalahannya kerana tidak memberi tahu kepada spekaer DUN Kedah.

Apakah bentuk keputusan SPR esok? Spekaer DUN Kedah, Abdul Isa Ismail telah pun memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan kepada SPR berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada. Kini terserah kepada SPR kerana SPR akan menentukan sama ada kerusi berkenaan kosong secara automatik atau sebaliknya.

Ekoran ini sekali lagi wibawa SPR akan teruji. Orang ramai akan melihat sejauh mana SPR bertindak dalam menyelesaikan masalah ini. Sudah tentu kejadian yang berlaku di Perak tidak lama dulu menyebabkan timbul keraguan terhadap SPR dalam membuat keputusannya berhubung apa yang berlaku di Kedah itu.

Di Perak dulu SPR tidak memperakui kekosongan kerusi yang diistyharkan oleh speaker DUN Perak Sivakumar. SPR menggunakan budi bicara dan kuasa mutlak yang ada kepadanya untuk mengistyharkan sesutau kerusi itu menjadi kosong atau tidak.

Apakah kali ini SPR menjadikan alasan sama, pemakluman oleh speaker Kedah itu tidak sah maka penyandag sekarang masih kekal dan tidak perlu pilihan raya kecil.

Sekiranya esok SPR membuat keputusan mengekalkan kerusi berkenaan ia akan menimbul masalah. Persepsi buruk terhadap SPR akan timbul dan berterusan. Ini kerana awal-awal lagi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin telah membuat rayuan agar SPR mempertimbangkan supaya kerusi berkenaan tidak kosong.

Sekiranya keputusan esok SPR tidak bersedia menerima pemakluman speaker DUN Kedah itu sudah pasti SPR sekali lagi akan dilihat sebagai membuat keputusan yang memihak kepada UBN. Dalam pada itu SPR harus mengemukakan alasan teknikal yang melampau munasabah atas keputusannya kelak.

Dalam pilihan umum lalu kerusi berkenaan dimenangi oleh calon UBN Abu Hassan Sarif yang mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 495. Ismail mendapat 7,665. [wm.kl 6:00 pm 31/08/09]

Sunday, August 30, 2009

Naluri Kemerdekaan

Merdeka dan Realiti Politik Malaysia

TEPAT jam 00:00 (12:00) tengah malam ini usia kemerdekaan negara akan genap 52 tahun. Setiap kali menjelma detik keramat ini kita menghitung dan mencari makna kemerdekaan. Kita berpolemik mengenai erti kemerdekaan. Macam-macam pandangan dan pengertian mengenai apa itu kemerdekaan yang diluahkan.

Marilah kita menerima pendapat atau pandangan itu semuanya betul. Semuanya ada nilai tersendiri. Kita merdeka dengan baik! Melahirkan pendapat mengenai kemerdekaan itu juga sebahagian daripada kebebasan atau kemerdekaan peribadi. Semua orang ingin bercakap mengikut lidah dan rasanya.

Dalam posting ini saya tidak ingin memperpanjangkan dan mencari erti terpat mengenai kemederkaan. Apa yang hendak ditimbulkan di sini ialah mengenai realiti politik negara kita pada masa ini dan di masa mendatang. Apakah kenyatan yang hendak kita hadapi hari ini sebenarnya? Ada semacam kontra di antara apa yang termaktub dalam jiwa kita dengan apa yang kita praktikkan. Paling ketaranya perbezaan jelas antara aspirasi dan pendekatan ahli politik dengan azam dan apa yang rakyat (Islam) inginkan.

Ada kalanya kita lantang menyuarakan kebebasan dan kemerdekaan, ada kalanya kita menjadi begitu pesimis mengenai kemerdekaan dan kebebasan peribadi. Sehingga kita tidak ingin membuka ruang untuk orang lain merealisasikan nikmat kemerdekaan dari versi mereka. Kita hanya ingin merdeka, bebas dan mendapat semua hak kita tanpa mempedulikan orang lain.

Dalam satu segi kita bersetuju dengan laungan kemerdekaan sejagat itu tetapi dalam segi lain kita menghalang hak orang lain. Di sini ada pertentangan di antara pengertian rakyat (Melayu) dengan matlamat orang politik dalam hal ini. Orang politik mahukan kebebasan, sama rata dan adil demi meraih undi. Manakala rakyat pula perlu dibataskan kerana ia dikira menceroboh hak-hak dan kepentingan mereka, Melayu. Dalam keadaan ini mana satu yang betul?

Baik UBN atau Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan politik bekerjasama dalam semua peringkat. Poltii tidak ada sempadanan. Dua parti dominan Melayu Umno dan Pas memerlukan sokongan bukan Melayu untuk mendapatkan undi. Kerana itu kedua-duanya berbaik dan menerima persepakatan hidup di negara ini. Ekonomi peluang pendidikan, berbudaya dan sebagainya diberikan sama banyak mengikut kouta malah kadang-kadang soal kouta ini dirasakan tidak dipedulikan untuk melahirkan keadilan!

Begitu juga dengan pengembangan agama dalam semangat poltik tidak ada sekatan. Orang politik membebaskan semahu-mahunya asalkan tidak menganggu undi bagi mereka. Undi lebih dipentingkan dari kepentingan agama! Tidak ada halangan secara fizikal. Sokongan diberikan termasuk bantuan untuk membina institusi keagamaan.

Orang Melayu termasuk ustaz dan ulama kini sudah pun tegal hadir dalam upcara perasmian tokong Budha atau pun menggunakan kuil Hindu sebagai tempat bermesyuarat dan berceramah politik. Pemimpin Melayu juga sudah memberanikan diri datang ke majlis-majlis keagamaan berteduh di bawah bayangan patong dewa Hindu dan sebagainya. Bahkan sudah ada yang turut memasang lilin bagi menghormati kematian penganut agama lain.

Para ulama politik pula galak membuat tafsir dan mencari kitab-kitab menghalalkan segala tindakan itu. Semuanya atas maslahat undi dan kuasa!

Orang politik menerimanya sebagai satu persepakatan baru dalam politik dan agama. Inilah yang dikatakan semangat se Malaysia ataupun bentuk Malaysia Baru yang dicanang kini.

Namun berbeza pula dari kalangan rakyat bawahan. Anjuran itu ditentang dan tidak dapat diterima sepenuhnya. Anjuran itu tidak dihayati sewajarnya. Apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam perisitwa membawa kepala lembu sebagai protes pembinaan kuil Hindu di kawasan mereka menyerlahkan penentangan itu. Sikap rakyat ini jelas berbeza dengan semangat atau anjuran pemimpin politik.

Tindakan di Shah Alam itu menunjukkan masih ada rakyat enggan menerima anjuran politik itu. Bagi mereka kuil adalah tetap kotor dan menganggu keharmonian agama dan sosial mereka. Antara sikap orang politik dan rakyat bawahan ini masih berbezaan dan mana satu yang benar?

Jika mengikut kehendak orang politik masalah pembinaan kuil di tengah-tengah perkampungan Melayu di Shah Alam itu tidak ada masalah. Itu gambaran politik plural negara ini. Makanya ianya bukan satu cabaran dan pencemaran agama malahan realiti yang harus diterima.

Dalam melihat perkara ini bagi saya orang Melayu dan Islam mudah mengalah dan tidak bijaksana. Membina dan mempertahankan agama dalam realiti politik negara ini bukan lagi dengan fizikal. Bukan lagi dengan mempersendakan agam lain yang boleh membawa bahaya perbalahan ethnik. Tetapi dengan kekuatan azam, semangat dan keimanan yang tinggi.

Malaysia tidak dapat lari daripada kenyataan yang aspirasikan oleh orang politik. Orang Melayu Islam kena bersedia menerima pencampuran hidup berbudaya dan beragama. Ini termasuklah pembinaan kuil berdekatan masjid, pembinaan gereja bersebelahan masjid dan sebagainya tidak dapat dielakkan lagi.

Saya mengira tidak sampai 50 tahun lagi dengan rupa politik yang dianjurkan kini akan berlaku hal ini. Dalam tempoh kemerdeakaan satu abad apa yang dilihat di Indonesia, gereja bersebelah masjid akan dapat disaksikan di negara ini. Ia tidak menghairankan kerana inilah kemajuan yang ditafsirkan oleh para ahli politik Melayu sendiri.

Tidak ada pilihan lain untuk menghadapi ini umat Islam kena bersedia menguatkan akidah dan keimanan mereka. Kena penuhkan dada dengan iman yang tebal, bukannya dengan mengumpul kepala lembu ataupun menaggalkan salik-salik didinding gereja. Realiti politik yang dianjurkan pemimpin kita hari ini sedang mengorak ke arah itu.

Kerana itulah apa yang berlaku di Shah Alam itu pemimpin politik baik UBN dan PR bercakap dengan nada yang begitu hati-hati sekali untuk tidak kehilangan pengundi penganut agama Hindu. Orang politik sangat diplomasi bukan menjaga agama tetapi demi menjaga politik yang mungkar.

Kesimpulannya kalau umat Islam negara ini tidak mahu melihat senerio yang mulai dibayangkan kini janganlah memberi kepercayaan kepada orang politik lagi sebab mereka bukan pembela agama sebenarnya! [wm.kl 1:30 pm 30/08/09]

Saturday, August 29, 2009

Ehya Ramadhan?

Bila Melayu Usung Kepala Lembu

DALAM blog jinggo dipostingkan beberapa keping foto sekumpulan orang Melayu beragama Islam telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pembinaan kuil Hindu. Tidak jelas di mana berlaku tunjuk perasaan itu. Banyak banner dipaparkan dengan macam-macam tulisan dan kata-kata sinis yang ditujukan kepada pihak mana, tidak juga berapa jelas.

Melihat kepada sebahagian orang yang menunjuk perasaan itu semacam selepas solat Jumaat saja. Tunjuk perasaan sudah menjadi perkara biasa di negara ini. Sudah jadi macam Indonesia pula. Begitu juga dengan sepanduk dan kata-kata nesta dan protes yang beraneka ragam. Tetapi dalam tunjuk perasaan oleh sekumpulan Melayu beragama Islam ini ada kelainannya.

Selepas beberapa orang memberi ucapan upacara mengusung kepala lembu di lakukan. Melihat paparan ini macam dalam satu acara keagamaan orang Asli di Afrika pula. Ke mana ia hendak dibawa kurang jelas sebab tidak ada catatan dalam posting berkenaan. Mengenang kepada lembu ini juga teringatlah saya kepada kepala babi yang digantung di pintu pagar rumah orang dan juga kepada kepala babi yang diletakkan di dalam surau di sebuah universiti tidak lama dulu.

Apakah tindakan mengusungkan kepala lembu itu diambil ilham atas perbuatan mempermain-mainkan kepala babi itu? Apapun sebagai orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam rasanya kurang manis bermain dengan kepala haiwan itu. Apa lagi meniru perbuatan yang menjijikkan dan sangat terkeji itu.

Bukan kerana haiwan itu merupakan haiwan suci bagi satu agama, tetapi kepala lembu yang disembelih itu juga sebahagian daripada makanan manusia (Islam) yang halal apakah elok kalau makanan diperlakukan begitu? Apakah sudah tidak ada cara lain untuk dibawa bersama tunjuk perasaan itu? Diharap mereka dapat memikirkan semula tindakan mereka.

Di bawah ini dipostingkan salah satu daripada beberapa keping foto yang dipaparkan dalam blog jinggo berkenaan untuk tonton penjenguk blog merah tinta. Fikir dan renunglah sendiri apakah perbuatan ini bertepatan dengan akal budi Melayu beragama Islam dan sesuaikah ia dilakukan dalam bulan Ramadhan al mubarak ini.

Harapnya para ulama terutamanya Mufti Perak, Harussani Zakaria dan penceramah Ridhuan Tee Abdullah atau Mohamad Ravi Abdullah dapat memberi pandangan mengenai hal ini seperti mana sepatutnya. [wm.kl 6:00 am 29/08/09]

Kepala lembu ini dibawa bergilir-gilir dan diletakkan di hadapan pagar sebuah bangunan yang tidak jelas.

Thursday, August 27, 2009

Belasungkawa

Prof Dr Ismail Md Salleh Kembali ke Rahmatullah

NEGARA kehilangan seorang lagi tokoh ekonomi dan pendidikan terkenal dan komited apabila Prof Ismail Md Salleh,61 telah meninggal dunia hari. Menurut laporan agensi berita rasmi Kerajaan beliau mati awal pagi ini di Singapura sebaik tiba ke negara itu dalam penerbangan dari China.

Allahyarham berasal dari Salor seberang Pasir Pas, Kelantan dianggap sebagai seorang insan yang gigih tanpa mempedulikan keadaan fizikalnya. Beliau adalah Orang Kurang Upaya (OKU)(buta) yang pertama di negara ini dilantik menjadi anggota Dewan Negara.

Selain itu Allahyarham juga merupakan orang buta pertama mendapat anugerah Doktor Falsafah. Pernah menjadi pensyarah. Beliau juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS).
Pada masa ini beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech sebuah institusi pengajian tinggi swasta miliknya.

Allahyarham meninggalkan enam orang anak. [wm.kl. 2:05 pm 27/08/09]

Menjelang Zohor

Kes Kartika: Siapa Mengajar Siapa Kini?

DARI pemahaman umum filsafat sesuatu hukuman ke atas pesalah dikenakan ialah untuk menginsafkannya dan juga mengawal jenayah untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Diharap dengan hukuman itu menginsafkan pesalah dan wujudlah keamanan apabila manusia lain yang ada niat untuk melakukannya dapat menghayati maksudnya lalu memadamkan niat jahat itu.

Hukuman sebat ke atas seorang perempuan di Aceh. Apakah ini hukuman sebat mengikut Syariah Islam sebenarnya? Foto carian John.

Dalam konteks perundangan Islam (hudud) ia pula ia lebih daripada itu. Hukuman dikenakan disamping untuk pengajaran ia juga untuk memberi peluang pesalah mendapat keampunan Allah s.w.t.

Dalam kepercayaan beragama keampunan daripada Allah adalah mutlak untuk kehidupan seseorang. Betapa ia dipuja diusung oleh manusia ke hulur ke hilir kalau tidak mendapat keampunan Allah hidupnya tetap sia-sia. Jumlah penyokong yang ramai dan kuasa yang besar yang ada padanya tidak menjamin secara automatik akan mendapat keampunan dari Allah!
Atas prinsip itu maka undang-undang itu dieprkenalkan dan dilaksanakan. Baik undang-undang sivil ataupun undang-undang syariah itulah tujuan dan rohnya.

Apabila Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat enam rotan ke atas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 yang didapati bersalah meminum arak di khalayak tujuannya dengan harapan akan menginsafkan kita semua dan model itu bagi mendapat keampunan daripada Allah. Sebatan enam kali dan denda RM5,000 itu adalah terlalu sedikit dan rendah nilainya berbanding dengan keredhaan Allah yang tidak ternilai. Bagi orang yang beriman adanya syurga dan pahala akan sanggup sakit dan pedih di dunia jika jaminan syurga ada di akhiar.

Bagaimana pun malamat dan tujuannya itu nampaknya bersimpang siur dan bersimpul-simpul dan diterjemahkan berbagai versi oleh manusia. Terjemahan dan ulasan itu pula mengikut kadar atau telaga ‘khausar’ masing-masing. Perdebatan mengenai apa yang menimpa Kartika kini tampaknya bercelaru dan ada unsur-unsur untuk menegakkan kepercayaan dan bukan kebenaran walaupun semuanya bertolak atas rasa ingin memperbaiki perkara itu.

Dari seg kronologi isu ini timbul apabila pelaksanaan sebat ke atas Kartika yang sepatutnya dijalankan ditangguhkan. Penangguhan inilah membawa kepada perdebatan, perbahasan dan polemik bebagai pandangan mengikut kadar ilmu masing-masing. Penangguhan yang membawa kepada perdebatan hangat kini pula telah menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam sendiri. Apa lagi yang tidak faham mengenai undang-undang syariah atau sediakala sinis kepada keadilan dan kebenaran Islam menjadikan perdebatannya bertele-tele dan isu ini menjadi forum menegakkan benang basah.

Dilihat dari proses biasa dan peruntukan undang-undang berkenaan, awal-awal lagi dalam kasus Kartika ini sudah tersembol kepincangan. Dari perspektif pengamal undang-undang ianya sudah semacam bercanggah dan tidak mengikut prosuder biasa. Banyak sudut yang boleh didebat dan dipertikaikan.

Dalam Undang-Undang Syariah negeri Pahang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya sekali dan sebatan enam kali kepada pesalah minum arak. Jika dilihat kepada urutan hukuman ini menjelaskan hukuman bermula daripada denda, kemudian penjara dan sebatan. Sebaliknya apa yang terjadi terhadap Kartika dia hanya dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan sebatan enam kali tanpa penjara.

Persoalan yang mungkin timbul dari segi teknikal di sini apabila Kartika tidak di penjarakan dimanakah tempat untuk beliau menjalani hukuman sebat itu. Sebab itulah pada pagi untuk menjalani hukuman sebat Kartika hendak dibawa ke penjara Kajang Selangor. Secara logiknya juga hukuman itu tidak menjamin untuk mengawal pesalah yang sudah dijatuhi hukuman kerana ianya masih bebas bergerak? Apakah kalau ketika hendak dibawa ke penjara itu Kartik lari?

Menurut seorang peguam terkemuka yang juga Peguam Syarie, Md Radzi Mustafa (foto) dari firma Peguamcara dan Penguambela Radzi – Abdullah, langkah membawa Kartika untuk melaksanakan hukuman di luar negeri Pahang itu sudah tidak tepat. Seperti mana yang difahaminya bidang kuasa Undang-Undang Islam tertakluk kepada kerajaan negeri masing-masing.

Maknanya di sini perbicaraan, proses menjatuhi hukuman dan perlaksnaaan hukuman ke atas seseorang pesalah jenayah syariah itu perlulah dilaksanakan di negeri di mana ianya melakukan kesalahan.
Menurutnya perkara ini penting dipatuhi kerana tujuan hukuman itu ialah untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada penduduk di sesutau tempat itu dan bukannya penduduk di luar negari atau wilayahnya.

Bukan setakat itu saja kini perbincangan dan perdebatan mengenai isu Kartika ini menyerlahkan beberapa kecacatan dan kelemahan lain yang sangat memalukan. Ia menunjukkan kerajaan negeri Pahang dalam menggubal atau mengkanunkan undang-undang itu tidak cermat dan memahami konsep undang-undang berkenaan menyebabkan ia jadi tidak sempurna.

Ada dua kepincangan dan kelemahan besar berhubung hal ini di Pahang. Pertama tidak menyediakan tukang sebat wanita, kedua penal rayuan mahkamah syariah pun tidak dibentuk. Adalah anih dan ganjil kenapa undang-undang dan hukuman digubal tetapi terlupa melantik tukang sebat, pelaksana hukuman? Apabila tukang sebat wanita tidak ada, maka pelaksanaan hukuman itu tidak boleh dijalankan. Bukankah kelembatan melaksanakan hukuman ini satu penyeksaan prsikologis kepada pesalah?

Begitu juga bila penal rayuan syariah tidak ada menyebabkan keadilan kepada tertuduh tidak terjamin kerana mereka tidak boleh merayu disebabkan tidak ada penal untuk mendengar rayuan mereka.

Mungkin soal tiada rayuan dan peluang merayu inilah menyebabkan mata-mata yang anti kepada perundangan Islam mudah jadi juling menuduh ianya kejam. Walhal di sini kesalahannya bukan kepincangan hukuman bersumberkan Quran dan Hadith itu tetapi manusia yang menggubal dan hendak melaksananya yang lemah dan kejam!

Kesimpulannya di sini kes melibatkan Kartika telah membuka ruang bicara yang cukup menarik. Banyak ilmu dan maklumat berhubung undang-undang ini mula didedahkan satu persatu. Semua cerdik pandai, ulama, Mufti nampaknya tampil memberi pandangan masing-masing. Karika telah mengejutkan semua golongan ini daripada lena dalam gebal ketaksuban kepada kepandaian masing-masing.

Yang agak mendiamkan diri dan seolah tidak berminat mengenai isu ini ialah orang politik. Kita faham kenapa kalau mereka tidak mahu mengambil bahagian proakif kerana takut prestasi merudum dan kepentingan politik mereka terjejas. Dalam dunia politik selalunya yang merosakkan imej mereka bukan kerana dilanggar lori tetapi kerana tersilap cakap. Maka iulah sesetengahnya sanggup menjadi syaitan bisu.

Kita masih belum mendengar sepatah ulasan dan pandangan daripada Menteri Agama Islam Malaysia. Biro Agama Umno juga tidak mengeluar apa-apa pendapat. (Ada lagikah biro agama dalam Umno?) Begitu juga dengan Dewan Ulama Pas belum mengeluarkan pandangan secara rasmi atas polemik yang timbul kini.

Menguntip apa yang berlaku kini nampaknya tujuan asal undang-undang syariah yang bertujuan hendak mengajar dan memberi keinsafan kepada pesalah itu telah bertukar menjadi sebaliknya. Kartika yang sedia untuk menjalani hukuman itu atas maslahat yang beliau sendiri yang tahu nampaknya telah memberi pengajaran kepada umat Islam negara ini termasuknya pihak berkuasa.

Sekiranya ada peruntukan dalam mana-mana kanun, yang berbunyi; apabila kamu (penguasa) gagal untuk menjatuhkan hukuman atau melaksnaakan hukuman ke atas pesalah yang dijauhi hukuman atas sebab-sebab kelemahan kamu (penguasa dan mahkamah) baik secara teknikal atau fakta, maka diberikan (dipulangkan) kuasa kepada si pesalah untuk menjalankan hukuman seperti dihukumkan ke atasnya kepada pihak penguasa dan mahkamah.” Kalaulah ada kanun memperuntukan demikian maka jelas orang yang mempunyai kuasa (kerajaan) dan membentuk mahkamah syariah itu semuanya perlu disebat oleh Kartika Seri Dawi Shukarnor termasuk kini yang memberi undi? [wm.kl 1:00 t/hari 27/08/09]

Fajar Menyingsing

Rumah Nik Madihah
Pas Sudah Tunai Janji, Umno Bila Pula?

KERAJAAN pAS Kelantan telah menunaikan janjinya untuk menyediakan sebuah rumah baru yang serdahana kepada pelajar cemerlang Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, 18. Penyerahan kunci rumah baru untuk keluarga Nik Madihah itu telah pun disempurnakan oleh Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohd Amar Abdullah baru-baru ini.

Menurut catatan dalam blog pemudapc.blogspot.com rumah berkenaan dibina dibawah projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menerusi sebuah anak syarikatnya dengan kerjasama beberapa pihak lain.

Tengok kepada gambar rumah itu comel lote dan jauh lebih baik daripada rumah didiami Nik Madihah sebelum ini. Harapnya dengan rumah baru ini Nik Madihah dan keluarganya lebih berazam untuk membaiki kehidupan.

Dengan keadaan yang lebih selesa dan harmoni sudah tentu Nik Madihah dan keluarganya boleh merangka kehidupan jauh lebih baik. Apa yang pentingnya kurniaan hadiah ini perlu diinsafi dan disyukuri oleh keluarga berkenaan. Bukan semua orang miskin di dunia ini walaupun mendapat pendedahan tetapi bernasib baik seperi Madihah dan keluarganya. Jangan pula hendaknya dengan anugerah melimpah ini wujud rasa riak menyebabkan lalai untuk melapazkan syukur kepada Allah.

Lumrah, manusia mudah dan rajin bersyukur dan berzikir mengingati Allah ketika dalam kesusahan dan kesempitan tetapi bila sudah keluar dari tirani kehidupan akan melupai segala-galanya.

Bila bercakap mengenai rumah untuk Nik Madihah ini maka teringatlah kita kepada janji satu pihak lagi. Ketika cerita kesusahan hidup pelajar ini kerana terpaksa mendiami rumah sewa yang buruk di tepi pantai, Umno Pengkalan Chepa bukan main lagi beriya-iya untuk membantu Nik Madihah dan keluraganya.

Kalau tak silap Umno Pengkalan Chepa juga bercadang untuk membina sebuah rumah untuk keluarga Nik Madihah ini. Kita nak tanya apakah rumah itu sudah siap atau belum? Ataupun sekadar berjanji saja. Umno Pengkalan Chepa khasnya dan Umno Kelantan amnya patut malu kepada kerajaan Pas Kelantan yang telah menunaikan janjinya.

Apakah orang-orang Umno Kelantan sedang mencari tapak untuk dibangunkan rumah Madihah? Atau sebahagiannya sedang menebang pokok untuk dijadikan tiang, mencari daun sagu untuk dijahit dijadikan atap? Ataupun Umno Pengkalan Chepa sudah melupai segala janji?

Apa yang berlaku ini kita boleh lihat dan nilai sendiri di antara janji kerajaan Kelantan (Pas) dengan janji Umno mana satu yang lebih tepat. [wm.kl. 6:45 am 27/08/09]

Wednesday, August 26, 2009

Sudut Serong

Yang Perlu Dipelajari Dari Permatang Pasir

YANG jelas dan nyatanya pencapaian Pas pada pilihan raya kecil Permatang Pasir semalam lebih bagus daripada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tiga tahun lalu dan pilihan raya kecil Manik Urai di Kelantan sebulan lalu. Di Pengkalan Pasir, Pas terpaksa menangis tidak berlagu, manakala di Manik Urai Pas hampir-hampir terjun ke Sungai Peria. Pas menang hanya 65 undi sahaja, cukup-cukup menang saja.
Kemenangan di Pengkalan Pasir semalam menebus kekalahan di Pengkalan Pasir dan kemenangan tipis di Manik Urai itu. Kemenangan besar dengan majority 4,551 menenggelamkan UBN Pulau Pinang itu menyebabkan kesedihan dan keterkejutan Pas di Manik Urai hilang ghaib sekalip mata saja. Pas berjaya menebus kesakitan di Manik Urai.

Tahniah kepada calon Pas, Mohd Salleh Man dan seluruh jentera pilihan raya kecil Permatang Pasir kerana menggondong kemenangan itu.

Perkara menarik untuk diperhatikan kenapa pencapaian di Permatang Pasir itu naik mendadak jika di bandingkan dengan Manik Urai. Apakah sebab musababnya? Mungkin sesetengah ahli Pas merasa jelek untuk dibandingkan dua pilihan raya ini. Mungkin akan ada mengatakan ianya tidak relevan dan saya sengaja mahu cari gaduh.

Tetapi suka tidak suka perbandingan ini kena ditenguk dan diselidiki demi untuk kebaikan dan masa depan Pas. Apa lagi Kelantan adalah negeri kubu Pas, seharusnya perbezaan pencapaian pilihan raya kecil itu tidak begitu menonjol. Apakah kubu itu sudah bertukar dari Kelantan ke Pinang?

Pandangan di luar amat berbeza dengan pandangan didalam yang kadang bermotif untuk melindungi kebusukan sendiri. Tetapi kerana saya tidak ada kepentingan biarlah saya sebut secara terus terang mengikut firasat saya dan kalau tidak suka pun tak mengapa.

Bagi saya kecemerlangan Pas di Permatang Pasir adalah fakor Anwar Ibrahim. Anwar berasal dari kawasan itu. Dia mengundi di situ. Sokongan kepada Pas itu adalah kerana menumpang pengaruh Anwar. DUN Permatang Pasir termasuk dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Anwar. Ini bermakna pengaruh Anwar dan auranya masih kuat dan memberi kuasa tambahan kepada Pas di Pulau Pinang. Saya percaya kalau tidak kerana sokongan padu Anwar mungkin agak ‘rohok’ juga untuk Pas meraih kemenangan sebesar itu.

Faktor lain ialah cara jentera pilihan raya kecil itu di gerakkan. Ternyata sokongan Pas kepada pilihan raya itu sepadu dan mantap. Tidak ada perpecahan dalaman yang boleh dieksploitasikan UBN. Ini kerana kebijaksanaan jentera pilihan raya kecil itu. Dalam hal ini mungkin yang boleh diberikan ucap selamat ialah kepada Pengarahnya, Mahfuz Omar. Mahfuz nampaknya mengarah dengan baik di sepanjang pilihan raya berkenaan.
Sepanjang pilihan raya itu berjalan tidak ada kenyataan songsang dan berkadas yang dikeluarkan oleh Mahfuz. Pendekatan yang diambil juga menyenangkan dan tidak cuba mengenepikan kepakaran orang lain sebaliknya dijalinkan dengan sepenuhnya. Ia dibantu kejap oleh seorang lagi Naib Presiden Sallahuddin Ayub yang mana dikatakan dalam keadaan diserang demam pun tidak pernah menjauhi gelanggang.

Di Permatang Pasir tidak kedengaran kenyataan dan pendekatan sonsang melarang mana-mana pemimpin Pas dari menghadiri dan berkempen. Soal pemimpin itu menyokong Unity Goverment (UG) dan pemimpin ini anti UG tidak timbul. Tidak kedengaran larangan gambar si anu tidak boleh dinaikan dan gamgar si anu saja yang perlu ditonjolkan seperti mana berlaku di Manik Urai.

Di Manik Urai dulu jentera pilihan raya kecil itu telah membuat larangan terbuka kepada tokoh-tokoh tertentu daripada memasuki kawasan pilihan raya kononnya ia memberi liabaliti kepada calon Pas. Akibat ada asimilasi itu menyebabkan para penyokong dan ahli Pas dari luar rasa terkilan dan merasakan tenaga dan fikiran mereka tidak diperlukan. Naijahnya menyebabkan pilihan raya itu tidak dihadapi secara sepadu dan penuh hati.

Alasan kenapa berlaku demikian kerana pilihan raya itu mengambil pendekatan lokaliti. Pendektan lokaliti ini yang lebih mirip kepada pendekatan Orang Asli – pendekatan kolot dan tertutup, ini pertama kali diperkenalkan dalam pilihan raya di Kelantan. Hasil daripada pendekatan lokaliti ini walhasilnya maka Pas hanya menang sebanyak 65 undi daripada majoriti sebelumnya sebanyak 1,352 undi.

Kesimpulannyanya, jentera pilihan raya kecil itu dan khasnya JPN Kelantan kena belajar dari Mahfuz Omar, Mujahid Yusuf Rawa dan jentera pilihan raya kecil Permatang Pasir itu. Belajarlah bersikap terbuka dan sedia mengakui kebodohan diri dan sedia menerima tunjuk ajar dari luar juga. Saya yakin kalau semua pemimpin Pas bersatu dan tidak ada blok-blok Pas boleh menang besar di Manik Urai tempoh hari.

Dan sekiranya ada mana-mana pilihan raya kecil di Kelanan selepas ini sewajarnya kalau jentera itu tidak lagi dikendalikan oleh orang yang sama iaini Abdul Fatah Haroh sebagai pengarah, yang dinasihati rapat oleh Wan Abdul Rahim Wan Abdullah. Kedua-duanya adalah barang kitar semula dalam Pas Kelantan yang cuba diguna pakai semula. Mereka adalah satu geng dalam trio Tiga Abdul yang pernah membuat onar pertengahan tahun 90-an dulu. [wm.kl. 7:00 am 26/08/09]

Tuesday, August 25, 2009

Terbaru Dari Permatang Pasir

PengundianTamat, Pas Dijangka Menang

[kemaskini] SAH PAS MENANG DENGAN MAJORITI 4,551 UNDI. PAS MENDAPAT 9,618 MANAKALA UBN 5,067. Sejak jam 7:00 malam tadi Pas terus mengungguli pilihan raya kecil Permatang Pasir dengan memperolehi 8,524 undi berbanding UBN sebanyak 4,063. Pas kini mengatasi dengan 4,461 undi. Terdapat kira-kira 1,000 undi lagi belum dikira. Dipercayai Pas akan menang dengan majoriti hampir sama dengan pilihan raya umum lalu lebih 5,000. Ini bermakna Pas menang secara mutlak dalam pilihan raya ini. Selamat berbuka puasa.

Keputusan tidak rasmi Pas mendapat 7,217 manakala UBN mendapat 3,204. Majoriti 4,013?

PROSES pengundian pilihan raya kecil Permatang Pauh telah pun amat. Semua pusat membuang undi telah ditutup kira-kira 40 minit tadi. Kini pengiraan undi di pusat-pusat pengundi sedang dilakukan sebelum peti undi dibawa ke pusat penjumlahan undi.

Keputusan tidak rasmi dijangka akan diketahui sekitar jam 6:30 petang, manakala keputusan ramsi dari SPR jam 8:00 malam.

Sebanyak 73.1% pengundi telah keluar mengundi iaini kira-kira 14,832 pengundi. Ternyata peratus ini meleset daripada sasaran SPR yang mensasarkan 80%.

Peratus ini dikira sedarhana. Berdasarkan fakta biasa dalam pilihan raya kecil peratus ini memberi kelebihan kepada Pas.

Dalam pemerhatian bebas dijangka Pas menguasai antara 55% hingga 60% dari jumlah berkenaan. Sekiranya andaian ini tepat bermakna Pas dilihat akan memenangi pilihan raya ini dengan majoriti sekitar 3,000 undi.

Berdasarkan fakta itu Pas mengaut lebih 9,000 undi manakala UBN sekitar 5,500 undi.

Dalam pada itu satu perkembangan tidak memberangsangkan Pas menurut maklumat dari salah seorang pemimpin tertinggi Pas peratus keluar mengundi di kawasan Cina agak lembab. Katanya situasi ini boleh membantutkan Pas untuk menang dengan majoriti besar. [*** 5:45 pm 25/08/09]

Pengundian Permatang Pasir

Proses Pengundian Lancar, Sukar Meramalkan Siapa Menang?

PROSES pengundian pilihan raya kecil Permatang Pasir berjalan lancar. Penyokong kedua-dua parti keluar sejak awal pagi dan menggunakan berbagai helah, tarikan dan ikhtiar untuk memastikan pengundi memangkah calon mereka.
Di pusat-pusat pembuangan undi penyokong kedua pihak boleh dikatakan sama ramai ini menyebabkan sukar untuk diramalkan siapa bakal menang? Ketiadaan bangsal panas juga menyebabkan telahan parti mana menyerlah tidak dapat dilakukan.

Meskipun pihak SPRM mengenakan peraturan baru tidak membenarkan mewujudkan bangsal panas dan membenarkan bendera parti dikibar dan diletakkan dikenderaan, arahan itu masih tidak dipatuhi sepenuhnya. Lambang parti masih lagi dipakai baik di topi ataupun dijadikan topeng menutup mulut mengelakkan jangkitan selesema babi.

Sehingga kini sudah lebih 55 peraus pengundi sudah keluar mengundi. SPR menjangkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil ini mencecah 70%. Harapan SPR peratus keluar mengundi 80%. Bagaimana pun memandangkan bulan Ramadhan pencapaian itu agak sukar. Peratus keluar mengundi tinggi biasanya akan memberi natijah buruk kepada Pakatan Rakyat.

Bersama ini disertakan beberapa keping gambar di sekitar pusat-pusat pengundian dan gelagat penyokong parti kedua pihak yang dirakam oleh jurufota, Zamzarina khas untuk penjenguk blog ini. [*** 1:40 t/hari 25/08/09]

Jangan lupa lambang ini... salah seorang penyokong Pas mengangkat kipas berlambangkan bulan purnama penuh.

Calon UBN diberi sambutan oleh penyokongnya ketika melawat ke salah satu pusat pembuangan undi.

Ini pula gelagat penyokong dan perayu undi PAS. Turut sama penyokong bukan Melayu. Apakah kegembiraan ini menandakan Pas akan menang besar?

Inilah pula muslimat Pas yang tidak pernah ketinggalan ikut sama berjuang. Jangan lupa juga perjuangkan taraf wanita dalam politik mestilah sama!

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan bersalaman dengan penyokong Pas. Kali ini dia hanya mengenakan kupiah, ke mana diletaknya serban. Mungkin tertinggal kok?

Inilah pula wanita Umno. Semuanya sudah veteran dan lanjut usia. Namun masih gigih berjuang.

Dan ini pula pemuda UBN, ada yang bergaya macam cawboy. Tetapi lagak ini pasti ianya tidak sikitpun menggerunkan penyokong Pas.

Monday, August 24, 2009

Foto Kempen Permatang Pasir

Kempen Pas Ceria Dan Disambut Hangat!

SETELAH menunggu beberapa hari baru sore ini saya mendapat beberapa keping gambar kempen pilihan raya kecil Permatang Pasir. Jurugambar Zamzarina rupa-rupanya menghadapi masalah untuk mengirimkan gambar. Bagaimana pun Alhamdulilah dapat juga dipaparkan untuk penjenguk setia blog ini meskipun kempen sudah berada di penghujung. Terima kasih banyak kepada Zam.


Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menemani Salleh Man menemui orang ramai petang semalam.

Salleh Man sempat bersalaman dengan beberapa pengundi yang rata-rata

menerima baik pencalonannya dalam pilihan raya kecil itu.

"InsyaAllah enta akan jadi YB selepas ini". Mungkin itu yang diucapkan oleh Anwar Ibrahim kepada Salleh sambil diperhatikan Guan Eng sambil tersenyum.


Guan Eng dimajlis berbuka puasa bersama Anwar dan Salleh. Keakraban inilah yang dicemburui UBN.

Rombongan kempen mengiringi Salleh ke sebuah permatang petang semalam.



Bukan sebarang ustaz, Salleh menunjukkan kebolehannya menimang sepak raga. Lepas ini akan timang rakyat pula! [wm.kl. 6:15 pm 24/08/09]


Komitmen dari rakan Pas, Nuridah Kamarudin, Ketua Angkatan Wanita PKR turut sama turun ke lapangan berkempen untuk Salleh. [wm.kl 6:15 pm 24/08/09]

Sebelum Berbuka

Kalaulah Kartika Seri Dewi Minum Arak di Kelantan?

SAYA tidak dapat nak bayangkan bagaimana gegak gempitanya sekiranya model Kartika Seri Dewi Shukarno, 23 meminum arak dan ditangkap serta dibicarakan dalam mahkamah syariah di Kelantan atau Kedah. Apa lagi kalau mahkamah syariah telah menjatuhi hukum denda sebanyak RM5,000 dan sebat. Wou.... raya sakan kaum kerabat di dalam UBN dengan peristiwa itu.

Segenap NGO feminis pejuang hak asasi pun juga akan bangkit serentak. Kemungkinan besar tunjuk-tunjuk perasaan pun akan diadakan di Kota Bharu. NGO bernama MTRK, Perkasa dan sekufu dengannya bersama Umno dan segala macam kerabatnya akan berarak beramai-ramai membantah keputusan itu yang akan disifatkan sebagai zalim.

Akan dinaikan sepanduk mencela kerajaan Pas Kelantan sebagai zalim, kolot, tidak tamadun dan sebagainya.

Kenapa saya membayangkan begitu kerana salah seorang bapa UBN, pernah menghina dan mempersendakan hukum hudud. Katanya kalau hukum hudud dilaksanakan di Kelantan ramai penduduk Kelantan akan kudung tangan dan batu atas jalan raya juga akan habis kerana digunakan untuk melontar pesalahan hukud. Kata-kata itu sangat sinis menunjukkan bencinya dia kepada perundangan Islam.

Saya yakin kalau dia menjadi ketua negara dia akan komen dan kritik hukuman sebat itu sebagai ala Taliban di Afghanistan atau persis hukuman di zaman Arab jahiliah.

Tetapi nasib baik apa yang menimpa Kartika Seri Dewi itu berlaku di negeri Pahang Darul Makmur. Mahkamah yang menjatuhi hukuman itu juga mahkamah di Pahang. Negeri asal Tun Razak Hussein dan Najib Razak. Negeri yang sejak tahun 1955 diperintah oleh Perikatan. Maka selamatlah negeri Pahang dicela oleh para pejuang kebangsaan itu.

Apabila mahkamah syariah Pahang menjatuhkan hukuman itu tidak ada apa-apa protes dari wanita Umno dan puteri Umno. Ia seakan hukuman itu diterima dengan baik oleh Umno. Apakah ini menggambarkan hukuman yang digubal atau dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang itu lebih sahih daripada hukuman yang digubal oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu dulu? Begitukah?

Hari ini Kartika Seri Dewi sepatutnya menjalani hukuman sebat. Beliau telah pun diangkut dari rumahnya di Sungai Siput, Perak oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Pahang untuk dibawa ke Penjara di Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan. Sampai sekarat jalan, Kartika dihantar balik ke rumah kerana hukuman itu ditangguhkan. Alasannya kerana bulan ini bulan Ramadhan.

Penangguhan itu atas permintan Jabatan Peguam Negara. Kenapa pula ditangguhkan dan apakah kena mengena dengan Ramadhan? Bukankah di bulan mulia ini manusia berebut untuk berbuat kebaikan dan amalan soleh. Pelaksanaan hukuman sebat itu adalah antara tuntutan Allah s.w.t. Apabila penangguhan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara ia menjelaskan bahawa bidang kuasa pelaksanaan hukuman ternyata masih di bawah JPN. Ada hikmahnya penangguhan ini kerana ie menjelaskan antara sebab kenapa perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan di Kelantan kerana masalah pelaksanaan hukuman tadi?

Penangguhan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika itu agak aneh sikit. Apakah kerana ia dibimbangi memberi impak kepada kepimpiann 1 Malaysia maka ia perlu ditangguh dan mengambil masa sesuai kerana kejadian itu berlaku di negerinya dan pada masa ini dia PM. Begitukah?

Sekali lagi, keadaan akan menjadi gegak gempita kalau penagguhan itu dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikatakan meragui perundangan sendiri. Sudah tentu kerajaan Pas akan dikecam. Dalam masa sama kerajaan Pas akan dikatakan tidak bersungguh melaksanakan perundangan Islam dan ianya adalah agenda politik bagi menarik perhatian umat Islam. Tetapi kerana ia berlaku di bumi kelahiran pemimpin 1 Malaysia, maka ia ditangguhkan, dilewat-lewatkan. Dan tidak ada pula suara sumbangan dari mana-mana pihak mempertikaikannya.

Penangguhan sesuatu yang wajib itu tidak baik dilakukan. Kemungkinan dengan penangguhan itu menyebabkan hukuman itu akan berubah. Apa lagi bila ada desakan dan hasutan pihak pejuang hak asasi terutamanya di peringkat internasional menyebabkan ia akan disemak semula. Paling mengesalkan kalau hukuman itu dipinda.

Dalam hal ini kesediaan Kartika untuk membersihkan dirinya kerana minum arak terhalang. Apa kata kalau dalam tempoh penangguhan ini beliau tidak sempat melaksanakan hukuman itu? Apakah pemerintah dalam kes ini kerajaan Pahang akan bertanggungjawab memikul dosanya? Nampaknya begitulah... Apapun syabas diucapkan kepada Kartika kerana redha menerima hukuman berlandaskan firman Allah.[wm.kl 5:25 pm 24/08/09]

Analisa Awal

Pas Dijangka Menang Dengan Majoriti Serendah 300 Undi

KURANG 20 jam lagi lebih 20,000 pengundi berdaftar di Permatang Pasir akan keluar bagi memilih siapakah antara dua anak 'Man', Mohd Salleh Man dengan Rohaizat Othman yang akan menjadi wakil mereka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Mereka akan memilih wakil bagi menggantikan Aallahyarham Mohd Hamdan Abd Rahaman yang meninggal dunia pada 31 Julai lalu. Apakah calon Pas, Ustaz Mohd Salleh akan dipilih sebagai menyambung tugas-tugas Hamdan yang belum selesai ataupun pengundi Permatang Pasir akan berubah selera memilih wakil UBN, Rohaizat sebagai wakil mereka yang baru?

Kempen kedua-dua pihak dirasakan sudah sampai ke kemuncaknya. Segala strategi yang diracangkan sudah pun dilaksanakan seampuh mungkin. Calon masing-masing juga sudah diperkenalkan. Peribadi calon sudah pun dihafal dan diketahui oleh pengundi Permatangan Pauh. Apa-apa yang tidak terungkit mengenai perwatakan, peribadi kedua-dua calon sudah pun terselak. Semuanya didedahkan bagaikan terselaknya kelambu di dalam bilik tidur yang penuh kerahsiaan.

Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada isu baru yang ditimbullah oleh kedua-dua pihak, melainkan mengulangi isu-isu lama. Isu nasional masih berkisar kepada soal ketidakadilan kerajaan dan juga kerakusan dalam menggunakan kuasa seperi akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penggunaan SPRM untuk mengekalkan kuasa UBN serta isu bahasa Melayu - PPSMI yang belum total berakhir.

Manakala isu lokal berkisar kepada pembangunan setempat, masalah rakyat miskin, kemudahan jalan raya, eletrik dan sebagainya dan mengenai ketidakupayaan Pakatan Rakyat dalam membela rakyat. Isu-isu ini dibangkikan oleh pihak UBN.

Kerana kekurang isu-isu besar itu menyebabkan pilihan raya ini nampak biasa saja dan tidak hangat. Bagaimana pun pilihan raya ini tetap membawa signifiken tersendiri. Hakikatnya ia mencerminkan masa depan Pakatan Rakyat dan UBN. Kemenangan bagi Pakatan Rakyat menunjukkan pengaruh mereka tidak bergoyang dan ini petanda bahawa Pakatan khasnya Anwar Ibrahim masih teguh dan beraura. Adu domba UBN terhadap Pakatan Rakyat untuk melihat pakatan itu relai satu persatu seperti di Perak ternyata gagal.

Manakala kemenangan Pakatan itu nanti bakal memberi kesan kepada UBN. Bahawa projek 1 Malaysia yang dilancarkan oleh taukeh baru UBN, Mohd Najib Razak tidak diterima rakyat.

Sehubungan itu juga langkah UBN memburukkan Anwar sebagai pengkhianat bangsa juga tidak diterima oleh rakyat. Kemenangan Pas nanti mengesahkan bahawa Anwar masih hero kepada pengundi Permatang Pasir khususnya dan melihat wajah lain sebenarnya pengkhianat!

Baik UBN dan Pakatan Rakyat sudah kekeringan modal dan terpaksa mengulangi perkara lama. Mungkin kerana kekerapan berlaku pilihan raya kecil (sudah enam kali) menyebabkan keduanya merasa sudah tidak begitu ghairah dan menyebabkan isu-isu juga sudah kekeringan. Isu yang dimainkan dalam beberapa pilihan raya lalu tidak relevan lagi untuk ditimbulkan tetapi masih tetap juga kedengaran.

Ternyata isu peribadi kali ini mendominasi pilihan raya kecil kali ini. Pas bernasib baik kerana masalah mengenai diri Rohaizat berhubung firma guamannya yang dibatalkan lesen kerana melakukan penyelewengan wang pelanggan dan isu isteri muda disembunyikan menjadi isu yang digemari oleh pengundi. Walaupun isu itu bersifat personal terutamanya kahwin dua, nampaknya isu itu benar-benar menjadikan Rohaizat goncang. UBN menggeletar apabila rahsia peribadi yang amat peribadi ini terdedah.

Penampilan rakan kongsi firma guaman Rohaizat sendiri, Yusri Ishak benar-benar membantu Pas dalam merealisasikan isu ini. Kalau Yusri tidak tampil menjelaskan bagaimana penyelewengan berlaku mungkin ia sukar untuk dipercayai kerana bukti ditampil sebelum ini boleh dinafikan oleh pihak UBN. Walaupun disaat akhir Yusri telah 'konar baring' dengan menyokong Rohaziat memuji sebagai orang baik, tetapi ia tidak membawa apa-apa erti lagi. tindakan Yusri itu sudah terlewat, sia-sia dan dirasakan aneh.

Tuduhan dan kerja-kerja jelek memburuk Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh UBN secara melampau tidak banyak menguntungkan UBN. Tuduhan kononnya tok guru itu menuduh ahli Umno tidak masuk ke syurga, membalun UBN sendiri. Mulanya isu itu menimbulkan kemarahan umat Islam tetapi bila UBN gagal mengemukakan transkrip sebenar cakap-cakap Nik Azi itu menyebabkan isu memakan UBN balik. Langkah Nik Aziz menyaman tiga akhbar yang menyiarkan laporan Bernama yang membuat celaan itu menyebabkan rakyat kembali yakin bahawa caka-cakap dan pandangan agama Nik Aziz diputar belitkan secara kering dalam soal ini.

Demikian juga pengumuman Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh keluar dari PKR tidak memberi markah tinggi kepada UBN. Umum sudah memahami kenapa Mohd Radzhi membuat tindakan itu kerana ingin melepaskan dirinya dari lingkaran neraka ciptaan Umno. Apapun alasan yang Radzhi berikan rakyat tidak akan percaya kerana sudah ada precedent sebelum ini di mana ada wakil rakyat berpaling tadah kerana hendak selamatkan nnyawa.

Manakala keseluruhan perjalanan pilihan raya Permatang Pasir ini baik dan bersih, tiak ada ketegangan dilaporakn. Kecuali di hari penamaan calon melibatkan ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakhrisnan berlagak macam bobon mabuk tuak agak mendukacitakan. Tetapi bagi orang yang memahami siapa dia Gobalkrishnan tidak pedulikan apa yang berlaku. Penahanan Global oleh polis sessuatu tindakan yang wajar disokong.

Bedasarkan senerio itu tadi, pada analisa rawak saya Pas tidak perlu risau dengan keputusan pilihan raya itu esok. Kalau Pas tidak dapat mengekalkan majoriti 5,433 yang diraih dalam pilhan raya umum 2008 lalu tetapi Pas sudah tentu akan dapat mengekal undi asasnya seperti mana diperolehi tahun 2004 dulu sebanyak 679 undi.

Kalau pun benar berlaku gelombang pengundi Melayu kembali semua kepada Umno, namun Pas masih bernasib baik kerana tetap mendapat kepercayaan undi Cina. Peratus pengundi bukan Melayu di Permatang Pasir ialah 27 peratus dan dipercayai Pas menguasai lebih 60 peratus. Keadaan ini menyebabkan Pas setidak-tidaknya akan menang dengan jumlah majoriti lama itu.

Kesimpulannya kemenangan Pas dengan majoriti di bawah 1,000 ia tidak menjadikan Pas kalah namun jumlah undi itu memberi isyarat besar kepada Pakatan bahawa arus 1 Malaysia yang dijaja Najib kini mungkin sudah mula bergerak. Sebaliknya kalau Pas menang dengan majoriti 3,000 ke atas ini bermakna segala isu, cakap-cakap, pembaharuan dan semangat 1 Malaysia yang dibawa Naib dan armadanya itu tidak terhingin oleh rakyat Malaysia dan mimpi untuk terus berkuasa selepas pilihan raya umum ke-13 kelak bolehlah dibungkus! [wm.kl 10:45 am 24/08/09]

Pohon Bantuan

Dimana Anak-anak Dan Isteri Adnan?

SEORANG penjenguk blog ini, Adnan Othman dari Kota Bharu Kelantan telah mengirimkan satu email kepada saya yang menceritakan mengenai kehilangan isterinya Rohani Daud,40 bersama dua orang anak yang masih kecil, Nurkasih Kamila dua setengah tahun dan Nurkasih Kamelia satu setengah tahun.

Menurut Adnan kehilangan isterinya bersama dua anak comel itu berlaku ketika beliau di Sabah pada 3 Ogos untuk mengikuti ekspedisi mendaki gunung Kinabalu, di Sabah.

Kehilangan itu disedari setelah beliau pulang dari Sabah pada 8 Ogos. Laporan polis mengenai kehilang isteri bersama anak itu juga sudah pun dibuat pada 10 Ogos. Kini sudah 21 hari isteri dan anak-anaknya hilang tanpa dapat menghidu ke mana jejaknya.

Menerusi email itu beliau menceritakan sewaktu meninggalkan rumah 2 Ogos, isterinya dalam keadaan baik seperti biasa, mesra dan bercerita. Tetapi semasa dihubungi pada 3 Ogos ketika Sabah menerusi telefon tiada jawaban dan beliau mula mengsyaki berlaku sesuatu.

Sehinggalah beliau pulang pada 8 Ogos mengesahkan ketiadaan isteri dan anak-anaknya di rumah dan kejadian itu benar-benar mengejutkannya. "Saya terkejut bila pulang ke rumah didapati isteri dan anak-anak tiada." katanya. Barang-barang rumah juga turut sama hilang tambahnya.

Isteri itu dipercayai meninggalkan rumah dengan memandu kereta Datsun Sunny bernombor plat BBT 3157.

Menurutnya dia tidak tahu apakah punca isterinya melarikan diri, ini menyebabkan fikirannya bersimpang siur san agak tertekan kerana merindui kepada kedua anaknya.

Kata Adnan beliau sudah mencari isterinya ke mana-mana termasuk ke rumah keluarganya di kampung Anak Ikan, Gemuruh, Setiu Terengganu. "Saya dah cari ke rumah orang tuanya dan bertanya kaum keluarganya, mereka juga tidak tahu menahu mengenai isteri saya dan anak saya," ceritanya lagi.

Menerusi emil itu Adnan meminta agar berita kehilangan isterinya diuar-uarkan menerusi blog ini. "Saya berharap kepada sahabat semua jika mengetahui di mana isteri dan anak-anak saya berada sila maklumkan kepada saya menerusi telefon 019-9531680." rayunya.

Untuk mengesahkan email itu saya menghubungi Adnan jam 12:30 tengah malam tadi. Beliau sangat berharap kepada pembaca dan penjenguk blog ini dapat membantu mengesan isterinya berdasarkan fakta-fakta gambar dan nombor plat kereta yang diberikan. [wm.kl. 12:30 t/malam 24/08/09]

Di bawah ini disiarkan sepenuhnya email Adnan kepada saya;

SALAM.. SAYA SELALU MENGUNJUNGI BLOG SAUDARA ,AMAT MENARIK DAN BRNAS SEKALI SAYA PERCAYA SAUDARA MEMPUNYAI KAWAN SELURUH MALAYSIA. SEHUBUNGAN DENGAN ITU SAYA MOHON JASA BAIK SAUDARA.

BEGINI CERITANYA:"SAYA KESABAH PADA 02 OGOS BARU-BARU NI MENYERTAI XPDC MENDAKI GUNUNGKINABALU SAYA PULANG DARI SABAH PADA 08.08.09 BALIK RUMAH ISTERI DAN ANAK-ANAK SAYA SUDAH TIADA, SAYA MENCARI SEHINGGA KAMPUNG ASAL DITERENGGANU.

SAYA TAK TAHU APA PUNCA SEBELUM SAYA PERGI PADA 02.08.09 ELOK DAN BAIK JE BERSEMBANG DAN BERCERITA. KENAPA ISTERI SAYA BEGITU TEGA LARI DARI RUMAH MEMBAWA ANAK-ANAK DAN BARANG2 SEKALI? SAYATIDAK TAHU APA MASALAH SEBENARNYA.

SAYA RINDUKAN ANAK-ANAK SAYA."MOHON SAHABAT2 JIKA TAHU DAN TERLIHAT DIMANA ISTERI DAN ANAK-ANAKSAYA DIMANA SAHAJA TOLONGLAH BAGITAHU ISTERI SAYA MEMANDU KERETANISSAN SUNNY BBT 3157 DAPATKAN MAKLUMAT DIMANA DAN HUBUNGI SAYA NOTEL 019-9531680 .

TERIMA KASIH. SAMA-SAMA KITA DOAKAN SEMUGA USAHAINI BERJAYA. HANYA ALLAH JUA MEMBALAS JASA BAIK SAHABAT2. MOHON PANJANGKAN KEPADASEMUA KAWAN2. HARAP SANGAT2 SAYA DAN BUNTU DIMANA NAK CARI LAGI.

NAMA ISTERI : ROHANI BT DAUD 40 THN (asal Terengganu) ANAK: NUR KASEH KAMILA 21/2 THN NUR KASEH KAMELIA 11/2 THNDI SERTAKAN GAMBAR ISTERI DAN ANAK-ANAK.TERIMA KASIH HUBUNGI SAYA JIKA RAGU-RAGU DENGAN MAKLUMAT INI.

Sunday, August 23, 2009

Ulasan Adun PKR Keluar Parti

Apa Sebab Adun Lunas Keluar Parti?

MASALAH yang dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak habis-habis, parti itu menghadapi masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu timbul kejadian mengilankan. Apakah PKR diwujudkan untuk menghadapi masalah dan ikut sama menyusahkan orang lain? Barang kali tidak begitu. Tetapi itulah hakikatnya.

Ataupun masalah yang menerpa PKR kerana hebatnya serangan UBN ke atas parti berkenaan. UBN beriya mahu mengocakkan PKR kerana parti itu adalah parti bekas TPM, Anwar Ibrahim. Disebabkan kehebatan Anwar maka PKR yang menjadi sarangnya kini perlu dirobohkan sebelum ianya membiak dan berkuasa.

Jika dilihat kepada kronologi perisitwa politik negara ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, masalah dalam Pakatan Rakyat berpunca dari masalah dalam PKR. Masalah wakil rakyat atau pemimpin mereka yang tidak mempunyai intergriti dan dijadikan umpan ugutan oleh UBN?

Runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak awal tahun lalu misalnya disebabkan ulah dan perangai dua Adun dari PKR, Othman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi. Mulanya mereka diserkup oleh SPRM. Lepas itu bertindak mengumumkan keluar dari PKR. Bertolak dari bahana kedua-dua wakil rakyat itulah akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini terbaru ialah Adun Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh (foto) pula buat hal dengan mengumumkan keluar dari PKR semalam. Radzhi juga seorang Exco kerajaan Kedah. Apakah peristiwa yang berlaku ke atas dua Adun Perak itu menimpa Adun Lunas ini, diugut dan akan diserkup oleh SPRM?

Jika melihat kepada kedudukan Adun itu tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan parti. Tiada tekanan dari dalaman parti terhadapnya. Dan kedudukan sebagai Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia itu juga sudah lumayan buatnya. Kedudukan itu sudah cukup untuk menyara dia dan anak bini setahun dua ini. Apa lagi yang kejar dalam politik kalau bukan kedudukan? Kononnya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara dalam politik hanya gula-gula saja.

Alasan kenapa beliau keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya dia juga keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka beliau kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya.

Ternyata alasan itu dangkal dan naif sekali. Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya.

Justeru dalam hal ini apa yang mungkin berlaku ialah Radzhi diugut. Mungkin SPRM sudah pun melingkungi rumahnya. Sekiranya beliau tidak melepaskan diri dari PKR dan menyatakan sokongan kepada 1 Malaysia maka beliau mungkin akan dicekup dan diheret ke mahkamah. Sebab itulah kalau dilihat kepada kenyataan keluar partinya itu Radzi menyatakan sokongan kepada PM? Mengapa sekonyong-konyong menyokong Najib Razak?

Sebelum ini sudah tersebar Adun ini ada masalah dalam kes membuat tuntutan melampau. Mungkin kes tuntutan melampau inilah yang mencengkik lehernya dan terpaksa mencari tali hayat untuk menyelamatkan keadaan dirinya. Bila diri sudah lemas untuk apa dipedulikan kepada nasib orang lain.

Katanya Anwar Ibrahim telah tahu masalah Radzhi ini dan menyerahkan kedudukan Radhzi ini kepada MB, Azizan Abdul Razak? Cuma Azizan masih bersikap tunggu dan lihat dan tidak mengambil tindakan malahan terus merekmen Radzhi menyambungkan kedududunya sebagai Exco. Ertinya masalah Radzhi sudah lama memburuk dalam kerajaan Kedah.

Saya cukup yakin kalau tidak ditekan dan dibelit masalah rumit Radzhi tidak akan meninggalkan PKR. Apa lagi jawatan Exco yang disandang itu tidak mudah untuk diperolehi. Belum tentu kalau dia bersama Umno akan dilantik menjadi Exco. Tetapi mungkin kerana ditekan menyebabkan dia bertindak demikian. Itulah politik dan jahat serta licitnya politik UBN.

Pengumuman yang dibuat Radzhi menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir ini bagaimana dipercayai tidak memberi apa-apa kesan kepada pilihan raya berkenaan. Pengundi Permatang Pasir tidak akan tergugah dengan langkah beliau itu. Malahan pengumuman yang diatur itu dikira memberi kesan baik kepada calon Pas, Mohd Salleh Man. Pengundi yang sudah arif dengan taktik UBN akan jadi lebih berkobar lagi untuk memenangkan Pas sebagai melepaskan perasaan terkilan atas tindakan Radzhi itu.

Dan kalau tindakan Radzhi itu untuk menyelamatkan nyawa politiknya ia juga tidak selamat. Apa kata kalau selepas ini pihak kerajaan Kedah pula akan membuat laporan ke atasnya berhubung apa-apa penyelewengan yang mungkin dilakukannya? Bukankah kes ini boleh disifatkan takutkan ular di depan diterkam harimau di belakang?

Ahli PKR juga tidak perlu walang dan berdukacita atas keputusan Radhzi itu. Sebaliknya ahli PKR perlu rasa gembria kerana orang-orang yang lemah semangat, bermasalah, tidak mempunyai waja dalam perjuangan tidak lagi berada dalam parti mereka.

Anggaplah penghijrahan keluar oleh mana-mana ahli itu sebagai proses untuk menyucikan PKR daripada terbelenggu dengan mereka yang berstatus habuk dan sampah dalam perjuangan. Tidak ada makna dan gunanya kalau kebenaran itu berbelit dengan kebatilan! [wm.kl.6:30 pm 23/08/09]

Saturday, August 22, 2009

Susur Ke Dalam

Keliru Dengan Tulisan Zulkiflee Bakar

SAYA merasakan rencana bertajuk “Realiti Umat Islam Selatan Thai” yang ditulis oleh Zulkiflee Bakar dalam Utusan Malaysia hari ini kurang garam atau kurang maklumat dan tidak pentas dihidangkan sebagai sebuah rencana politik dan sosial oleh akhbar yang berkobar-kobar dengan semangat nasionalis.

Kerana kekurangan itu (tidak membuat tinjauan menyeluruh, adil dan bebas) menyebabkan rencana itu mirip kepada sebuah propaganda murahan untuk pihak tertentu dengan tujuan tertentu pula. Melihat kepada ketidaktelusan dan kebebasannya mungkin rencana itu disengaja dikarang begitu kerana dibayar! Apabila Zulkiflee mengatakan dia telah membuat tinjau mengenai kondisi sebenarnya di selatan Thai ia sangat meragukan jika dibanding dengan apa yang saya dapatkan.

Apakah benar beliau membuat kajian dan tinjauan di selatan Thai atau hanya mendapat maklumat di dalam restoran tom yam atau mendengar cerita dalam land rover keselamatan sambil pusing-pusing bandar di selatan Thai itu?

Daripada apa yang digambarkan dalam rencana itu ia berbeza dengan apa yang dipandang mata umum mengenai selatan Thai pada masa ini. Ada perlindungan fakta dan suasana sebenar tidak didedahkan dalam tulisan itu. Sepantasnya rencana sebegitu hanya layak untuk dibacakan kepada orang buta yang tidak mempunyai keupayaan untuk melihat sendiri apa yang berlaku di selatan Thai sejak empat tahun lalu hingga ke kini. Bagi mereka yang celik dan menjejakkan kaki ke Pattani betapa rencana itu sebuah dendangan murahan untuk menyeronokkan hati pihak tertentu saja.

Rencana itu berat sebalah. Iya bahaya. Kerana beberapa kesan atau mesej yang ditinggalkan oleh rencana berkenaan tidak wajar dikemukakan. Apa lagi dalam konteks hubungan serumpun dan segama rasanya ia tidak membela sebaliknya memberi kesan buruk kepada apa yang berlaku kini.
  • Menggambarkan masyarakat Islam di selatan Thai dalam keadaan biasa dan tidak menghadapi apa-apa tekanan dari mana-mana pihak dan hidup aman dan damai.

  • Memberi gambaran kejahatan puak pemisahan yang berjuang untuk memerdeka semula tanahair mereka.

  • Kekacauan yang berlaku di Thai kini langsung tidak ada kena mengenakan dengan kerajaan.

  • Rakyat Islam Thai membenci kekacauan yang berlaku kini yang dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Gambaran ini sungguh menyesalkan. Orang Pattani mungkin marah sehingga boleh bertindak membakar akhbar berkenaan yang tidak peka dan prihatin kepada nasib mereka. Apakah benar seperti mana yang digambarkan oleh wartawan ini dalam tulisannya mengenai situasi di selatan Thai itu?

Kebetulan saya juga baru pulang dari selatan Thai dan sempat meninjau ke beberapa buah daerah sambil menziarahi sanak saudara di sana. Seperti mana yang saya catatkan dalam blog sebelum ini, keadaan di sana amat berbeza dengan masa-masa lampau. Kejadian jenayah, perbalahan di selatan Thai berlaku sejak berabad lalu. Namun suasannya tidak separah hari ini. Paling ketara ialah kebanjiran tentera di selatan Thai. Apakah keadaan ini tidak terpandang oleh penulis rencana berkenaan?

Hari ini tentera berada di mana-mana saja. Sepanjang jalan mereka mengawal keadaan. Sekatan jalan raya diadakan setiap satu km, di hadapan sekolah, masjid, kuil Budha dan simpang-simpang jalan di kampung. Apakah maksud gambaran ini? Kenapa tentera Thai perlu berbaris di setiap jalan. Apakah ini tanda kedamaian dan kemakmuran. Apakah keadaan ini disukai oleh penduduk wilayah berkenaan? Ia seharusnya ditinjau oleh Zulkiflee.

Hanya memetik khutbah yang dibaca khatib yang menyeru supaya bersatu atas nama Islam dan janganlah terpengaruh dengan situasi dan usaha untuk memecah belahkan rakyat Pattani, ia tidak memberi gambaran menunjukkan orang Melayu Pattani senang dengan suasana yang wujud di selatan Thai hari ini.

Apa yang berlaku di sekitar masjid Jamek Pattani itu bukan menggambarkan perasaan keseluruhan orang Pattani. Suara dari mimbar masjid itu bukan menunjukkan luahan perasaan masyarakat Islam di Pattani. Masjid itu sendiri dibangunkan dengan kewangan Raja Siam, di mana kekok bagi khatibnya untuk membaca khutbah yang menyuarakan perasaan atau mendedahkan sukaduka rakyat Pattani yang sebenarnya.

Menurut penulis itu dia juga diberitahu mengenai apa yang berlaku sekarang ini daripada pihak tertentu yang merupakan orang dipihak kerajaan. Sudah tentu mereka tidak berkata benar dan memberi maklumat sebenarnya mengenai apa yang terjadi. Gambaran yang diperkatakan ialah gambar indah belaka.

Unuk menghidangkan sebuah rencana yang mempunyai gagasan besar begitu ia tidak sepatutnya bersumberkan kepada bekas pegawai kerajaan seperti bekas Panglima Tentera Thailand Sonthi Boonyaratglin yang dipetik penulis memberi tahu umat Islam tidak berasa kehidupan mereka terancam.

Dari ukuran manakah Sonthi Boonyaratglin boleh berkata demikian? Apakah dia menyelami ke dalam dada dan dasar sanubari setiap umat Islam Pattani? Seperti juga di Malaysia, di Thai ada orang Melayu yang dibayar gaji oleh kerajaan dan ada yang mencari makan sendiri. Mereka yang menerima gaji akan memuji kerajaan dan mengeji perjuangan bangsanya sendiri dan melindungi fakta sebenarnya.

Zulkiflee juga ada menyebut mengenai janji Bangkok untuk mencurah kewangan bagi pembangunan di selatan Thai. Janji sebegini sudah lama kedengaran. Apa yang ada di selatan Thai hari ini. Apakah pembangunan ekonomi yang dijanakan untuk rakyat di selatan Thai? Zulkiflee elok masuk ke kampung dan melihat sendiri corak kehidupan masyarakat Pattani yang relatif miskin dan daif. Di tepi-tepi jalan menuju ke kampung gambaran sebenar masyarakat Pattani akan dapat disaksikan.

Tahukah beliau sudah hampir dua abad Thai menguasai dan menakluk Pattani? Tempoh itu bukan satu masa yang pendek. Kalau betul Bangkok ingin majukan Pattani perubahan kini sudah dapat disaksikan. Melainkan jalan raya perubahan lain tidak ketara. Mungkin pemberontokan dan rasa tidak puas hati ke atas Bangkok tidak akan meruap seperti hari ini. Namun apa yang dijanjikan itu jelas kosong belaka.

Harus juga difahami keperluan bagi rakyat empat wilayah itu bukan saja pembangunan fizikal tetapi lebih penting ialah memaknakan kehidupan mereka atas nama bangsa (Melayu) yang beragama Islam. Sebagai mana juga bangsa Siam mereka juga mahu mendaulatkan bangsa mereka dan menghidupkan agama mereka. Penindasan ke atas hak-hak asasi mereka mengenai bangsa dan agama ini ini jelas berlaku.

Selaku penulis Zulkiflee sepatutnya membuat tinjuan menyeluruh, dapatkan pandangan semua pihak yang bebas dan bukan menjadi agen kepada mana-mana pihak. Cara itulah baru penulisan yang bertanggunjawab dapat dihasilkan dan dilihat waras oleh semua.

Saya tidak fikir penulis melupai tragedi pembunuhan beramai-ramai di Takbai, tragedi dalam masjid Krisek menyebabkan dan paling baru ialah penembakan dalam masjid di kampung Air Tempayan dekat Golok Jun lalu.

Siapakah yang lakukan angkara ini semua? Sebelum membuat rumusan, puak lain yang berlaku zalim, penulis sepatutnya menyelidik siapa pelakunya. Dalam hal ini kena guna akal sendiri dan jangan bersandarkan penjelasan pihak berkepentingan yang sudah tentukan akan menudung fakta sebenarnya.

Di Takbai siapa yang menembak dan menangkap orang yang berhimpun di pejabat kerajaan? Seramai 85 maut dalam kejadian itu. Siapa yang memanggil orang ramai berhimpun kemudian memerangkapnya di situ sebelum ditembak? Apakah ianya ditembak oleh pihak pemisah atau mana-mana pihak lain? Kaji dan selidik juga kenapa kejadian itu berlaku?

Begitu juga serangan dan tragedi di dalam masjid Krisek menyebabkan 32 terkorban dan 16 ditangkap. Siapa yang menembak jemaah dalam masjid itu? Apakah dilakukan oleh puak pemisah atau taukeh dadah yang kononnya ingin menimbulkan huruhara demi perniagaan mereka? Yang pastinya semua yang terbunuh bukan rakyat tempatan dan yang menembaknya ialah tentera Thai.

Tuduhan penulis kepada pejuang pemisah sebagai munafik juga sangat kesat. Kita tidak hafal mengenai sejarah perjuangan rakyat Pattani hampir 200 tahun lalu. Jika kita mengetahuinya mungkin tuduhan rapuh itu tidak akan keluar dari mulut orang yang mengakui Melayu dan mengamalkan ajaran Islam.

Kesimpulannya rencana Zulkiflee Bakar itu bukan menunjukkan realiti sebenar nasib dan perjuangan rakyat selatan Thai (Pattani) dalam mendaulahkan agama, bangsa dan tanahair mereka, tetapi ia sebuah dongengan yang indah namun realitinya tetap pahit. [wm.kl. 3:00 pm 22/08/09]

Jawab Nasrudin

Terima Kasih Kepada Nasrudin Tantawi

TEGURAN saya terhadap cara Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan al Tantawi (foto) agak panas sikit. Para penyokongnya cuba memperbetulkan saya, menjelaskan agar memahami apa maksud sebenarnya maka Nasrudin yang boleh saya sifatkan sebagai adik itu menimbulkan isu isteri calon UBN, Rohaizat Othman itu.

Daripada komen-komen yang masuk menunjukkan Nasrudin mempunyai penyokong dan peminat yang ramai. Sykurlah. Itulah yang diharapkan semoga Nasrudin akan muncul menjadi pemimpin pelapis (Pas) yang popular dan komited dengan Islam dan istiqamah berimej ulama yang ada hari ini.

Dan pagi ini saya menerima emil penjelasan dari Nasrudin berhubung isu yang timbul dan menjadi teguran saya itu. Kesediaan Nasrudin memberi penjelasan ini ternyata beliau terbuka dan sedia mendengar teguran dan boleh ditegur. Saya bangga dengan sikap ini dan terima kasih.

Di sini saya turunkan email Nasrudin itu;

Assalamualaikum... Teruk juga Abg Sayuthi belasah saya . Tidak mengapalah, tapi haraplah kiranya Abg Sayuthi dapat siarkan artikel saya berkait isu ini dari blog saya untuk tatapan umum. Saya dedah yang kasar kasar sahaja. Tidak tergamak nak dedah semua kalau keadaan tidak memaksa. Saya hanya dedah setakat yang diizinkan oleh isterinya.

Tujuan saya supaya Rohaizat kembali kepada isterinya dan berlaku adil. Kalau dia tidak boleh berlaku adil hanya kepada 2 org isteri, persoalannya bagaimana dia nak berlaku adil terhadap lebih 20 ribu pengundi di Permatang Pasir kelak. Ini bukan soal peribadi. Kalau dia hanya nama Rohaizat semata - mata. Tetapi kini ia Rohaizat yang menawar diri nak jadi pemimpin.

Peribadi pemimpin mesti baik , bertanggungjawab dan berlaku adil..Dia nak kahwin 2 atau 3 bukan persoalan saya, tetapi jgn zalimi isteri. Bagi saya , zalim pada seorang isteri oleh sang suami samalah dosanya zalim kerajaan pada seorang tahanan bawah ISA yang ditahan tanpa bicara, yang kita bantah ramai - ramai hari tu.

Saya bukan nak berhujjah dengan Abg Sayuthi ni tetapi sekadar nak maklumkan maksud saya . Pun begitu, benarlah saya masih muda dalam politik dan saya perlu tunjuk ajar.Tapi dalam mengenal kezaliman untuk di tentang, rasanya saya sudah cukup ajar Insyallah.Selamat berpuasa bang ! tolong siar deh artikel ambo tuh.

Itulah bunyi email Nasrudin. Di sini saya tidak mahu mengulas dan menerimanya dengan niat baik penjelasan itu walaupun ada sudut-sudut yang boleh dijelas dan dibahaskan lagi. Mengenai permintaan agar menyiarkan artikelnya itu cukup kalau saya linkkan di sini saja. Silalah... http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/08/kezaliman-ke-atas-seorang-muslimah.html

Penjelasan beliau itu saya terima dengan baik. Iya, mungkin saya silap dalam hal ini kerana seolah-olah cuba menjawab persoalan di sebalik poligami dan bukan isu penganiayaan wanita (Hafizah) seperti mana diungkitkan itu.

Seperti mana saya jawab di hujung posting iu, persoalan yang saya bangkitkan ialah kenapa isu itu diungkit oleh Nasrudin. Bagi saya ia adalah isu personal yang perlu elakkan dibahaskan oleh seorang pemimpin. Ini yang menyebabkan saya terkilan. Kalau Nasrudin ingin menegurnya bukan menerusi ruang terbuka sebab ia adalah masalah peribadi. Berhikmah adalah antara sifat yang patut menjadi pakaian pemimpin.

Saya hormat perjuangan sosial yang dibawa oleh beliau soal penganiayaan wanita, kezaliman ISA, penjualan arak dan sebagainya. Tetapi ia kurang tepat apabila isu isteri Rohaizat itu dibangkitkan dalam suasana pilihan raya atas apa nawaitu tersirat atau terbuka sekali pun. Ini menyebabkan orang mudah meneka ia dibangitkan kerana politik semata-mata sedangkan niat ikhlas itu tidak kelihatan.

Sebagai seorang pemimpin di barisan atas, isu-isu peribadi biarkan saja kepada pemimpin yang setaraf denganya yang menimbulkannya. Masih ramai pemimpin Pas yang layak dan sesuai membawanya kalaupun ia dikira dapat meraih undi, tetapi bukan orang seperti Nasrudin yang telah saya mengecaminya sebagai sosok ulama muda berpotensi. Lihat bagaimana Tuan Ibrahim Tuan Man, kenapa beliau tidak mengungkitkannya sedangkan dia lebih tahu mengenai Hafizah itu? Di sinilah kebijaksanaannya.

Nasrddin mungkin tidak sedar bahawa dia sedang diperhati, sedang digembur untuk menjadi pemimpin Pas di masa akan datang. Saya sendiri mulai mengikuti ucapan dan tertarik dengan gaya syarahannya sejak lama sebelum ini. Ucapan pertama beliau saya ikuti di Kuala Lipis, Pahang tahun 1989.

Kerana itu walaupun ada pihak sekular alias Pas klon tidak senang dengan cara Nasrudin berpakaian, berserban, berjubah, tetapi itu tidak pada saya. Saya senang dengan penampilan yang membawa imej dan rupawan ulama sejati dan relevan dengan gerakan Pas.

Jadi bila beliau urut tersasau dengan mengungkitkan isu peribadi itu maka saya jadi teralat dan membuat teguran itu. Iya... nawaitu dan keikhlasan kita tidak mudah untuk dihayati oleh orang luar. Maka Nasrudin yang diharapkan menjadi pemimpin pelapis perlu bijaksana dalam membangkitkan sesuatu isu jangan isu itu bertentangan dengan sahsiah yang dianggap oleh umum menyebabkan kita nanti dikelaskan sama sebagai pemimpin jenis ayam raga.

Mungkin orang Pas seronok melihat apa saja yang Nasrudin lalukan. Mereka tidak akan mengira apakah kesan dan impilikasinya kepada swadaya dan keperibadian kepimpinannya, janji ia sedap didengar saja. Tetapi bagi pemerhati seperti saya akan membuat penilaian dari sudut-sudut lain yang terlepas disuluh oleh orang Pas. Dan teguran saya ini rasanya kali kedua ke atas Nasrudin, manakala banyak aksi politiknya sebelum ini dapat diterima baik oleh saya.

Apapun terima kasih atas sikap responsif adiknda Nasaruddin dalam menjelaskan perkara ini. Semoga perbezaan pandangan ini baik dibelah saya dan dibelah adiknda dapat merapatkan lagi hubungan minda dan menyemarakkan perjuangan demi Allah. Selamat berpuasa semoga kita semua diberakti Allah. [wm.kl. 11:00 am 22/08/09]

Friday, August 21, 2009

Marah Jumaat

Salahkah Berkahwin Lebih Dari Satu?

CALON UBN Permatang Pasir, Rohaizat Othman terus dililit tuduhan demi tuduhan yang menyebabkan nafas politiknya sukar untuk bernafas. Semakin jadi beringus hidung calon UBN itu menjadi-jadi.

Terbaru ialah dakwaan beliau berkahwin seorang lagi dengan perempuan bernama Hafizah yang menjadi ketua kerani di pejabat guamannya.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasaruddin Hassan? Rohaizat telah menafikan tuduhan itu menjelaskan beliau tidak berkahwin pada tahun 2005. Katanya dia ada seorang saja bini.

Kesihan kepada Rohaizat. Begitulah adat politik kalau kita dipilih jadi calon maka semua tentang kita akan dibuka dan diselak sampai ke paras paha dan pusat. Fitnah adalah senjata paling ampuh dalam dunia politik.

Bukan saja persoalan di sekitar diri kita saja, hal-hal lain seperti anak bini, keluarga juga akan turut sama diheret dan dijadikan isu. Misalnya kalau isteri kita tidak pakai tudung, main badminton pakai skirt, bercakap kasar di telefon dan sebagainya akan dibangkit dibongkar sampai lumat. Pendeknya apa saja bahan yang dikira boleh menarik perhatian pengundi akan dibongkar dan dieksploitasikan.

Tidak mengapa kerana lumrah politik begitu. Tetapi di sini saya nak tanya ketua Dewan Pemuda Pas itu sepatah. Apakah berkahwin dua atau lebih daripada satu menjadi kesalahan?

Apakah ianya bertentangan dengan Islam? Kalau tidak kenapa perkara itu perlu dijadikan isu.
Dalam soal berbini dua bukan saja dari kalangan ahli Umno tetapi dari Pas sendiri juga ikut sama mengamalkan sunah Nabi itu. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kahwin dua. MB Kedah, Azizan Razak kahwin dua. Bekas pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang kahwin dua. Exco Kelantan, Takiyuddin Hassan kahwin dua atau tiga. Bekas timbalan speaker Dun kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh kahwin dua atau tiga.

Speaker DUN Kelantan Nasaruddin Daud juga kahwin dua. Bekas speaker DUN Kelantan, Wan Abdul Rahim Abdullah juga kahwin dua atau tiga. Timbalan speaker DUN Kelantan, Zaki Ibrahim juga kahwin dua.

Bekas wakil rakyat Jeli, Apandi Mohamad juga kahwin dua atau tiga. Bekas wakil rakyat Guchil, Zulkefli Yaacob juga kahwin dua. Adun Air Lanas, Ustaz Abdullah Yaacob juga kahwin dua atau tiga.

Sebenarnya banyak kalau nak disenaraikan pemimpin Pas yang berkahwin dua atau lebih daripada dua. Sebab itulah saya pernah mencadangkan agar ditubuh Penshawat di Kelantan iaini persatuan lelaki yang berkahwin lebih daripada dua bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul di sebalik amalan sunnah itu.

Sebenarnya kahwin dua, tiga dan empat tidak jadi masalah. Yang jadi masalah ialah apabila perkahwinan itu mendatangkan masalah sosial dan menganggui orang lain. Yang bermasalah yang berkahwin secara gelap, maksudnya tidak diberi tahu kepada isteri pertama. Misalnya ada yang susuk bini di apartment, yang berkahwin di Medan, di Cina, Kemboja dan lain-lain. Ini yang menjadi masalahnya. Setengah itu kerana kahwin tak daftar atau lambat daftar jadi masalah bila-bila bini dah beranak.

Pada saya apabila Nasaruddin membangkitkan isu Rohaizat kahwin itu nampak sangat kerendahan pemikiran ketua dewan pemuda Pas itu. Nampak sangat yang beliau tidak ada modal untuk dijual bagi memburukkan calon UBN itu. Kalau nak buruk pun carilah yang logik, munasabah dan isu yang membabitkan umum dan isu yang bertaraf nasional. Apa yang didedahkan mengenai penyalahgunaan wang guaman koperasi pekebun kecil getah itu sudah cukup untuk merobekan cita-cita politik Rohaizat.

Kepada Nasaruddin belajarlah berfikir perkara-perkara besar bersifat global dan nasional bukannya terus terperosok dalam isu peribadi seperti soal kahwin dua, tidak berkhatan ataupun cucuk hidung dan telinga. Apa juga isu, ulasan dan idea yang dilontarkan mestilah menggambarkan sebagai orang muda yang berfikiran jauh dan melepasi dari belitan soal-soal remeh temeh seperti tuduhan ke atas Rohaizat itu. Perkara kahwin lebih dari dua ini bukan isu sebenarnya. [wm.kl. 1:00 t/hari 21/08/09]

Qiaserey Goodbye

Dr Rosli Sudah Tidak Lagi Berkerja Dengan Husam?

SEMALAM saya menerima satu SMS ringkas dari Kota Bharu Kelantan yang memberi tahu Dr Rosli Alani Abdul Kadir (foto) tidak lagi menjadi Pembantu Khas (PA) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat, Husam Musa.

Tidak pula dibilang sebab musabab kenapa Dr Rosli tidak lagi bekerja. Apakah ianya dipecat kerana melakukan penyelewengan atau pun kerana tidak tahan dan tidak sesuai berkhidmat dengan Husam ataupun telah melakukan pecah rahsia Husam tidak juga dimaklumkan.

Mungkin cerita itu tidak penting sebab soal berhenti atau kena berhenti perkara biasa saja.
Sebelum ini pun dua orang yang pernah menjadi PA kepada Husam tidak lagi berkerja dengannya. Tidak pula diketahui apakah kedua-dua PA itu diberhentikan atau pun mengambil keputusan mengundur diri atau kerana diletakkan di tempat yang lebih selesa dan lumayan bagi menjaga periuk nasi politik Husam.

Bukan itu saja, dua orang yang pernah menjadi driver peribadinya juga turut sama tidak berkerja dengannya. Ini bermakna sudah empat orang yang menjadi pegawai atau pembantu peribadinya tidak berkerja dengannya. Umur perkhidmatan mereka dengan Husam nampaknya tidak panjang.

Bila saya menghubungi semula pengirim SMS itu bertanya sebab musababnya, dia tidak mencerita dengan jelas. Cuma menyebut Husam katanya ada lempar fail kepada Dr Rosli. Wah... kenapa sampai baling-baling fail pula. Itu bahaya kalau isi fail itu terburai dan kebetulan ada yang confidential parah nanti kalau diketahui umum. Bak lempar fail ini macam perangai Anwar Ibrahim semasa menjadi TPM dulu saja bunyinya. Anwar juga pernah baling fail di depan Abdullah Badawi dalam mesyuarat perhubungan Umno Pulau Pinang.

Azalina Othman Said bekas Menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancungan juga dikatakan pernah membaling fail. Setiap kali hendak adakan mesyuarat dengan menteri para pegawai kementerian berdoa panjang agar tidak kena herdik dan dibaling fail oleh Azalina. Apakah Husam juga turut sama main baling-baling fail? Jangan...

Selain itu khabrnya juga Dr Rosli tidak berapa senang dengan rombongan mengukur laut untuk mendapakan royaliti minyak tempoh hari. Menurut pengirim SMS itu Dr Rosli ada menceritakan kepadanya mengenai anggota rombongan itu termasuk wartawan yang mabuk dan muntah-muntah dan rasa tertipu dengan ekspedisi itu.

Apabila seorang PA kepada Exco mencerita hal-hal tidak manis begitu, maka adalah yang tidak kena atau kemas skeru yang berlaku antara keduanya. Apakah 'pemberhetian' Dr Rosli itu sebahagiannya berpunca dari situ?

Jika dilihat kepada latar belakang pendidikan Dr Rosli dan proses pengambilannya untuk jadi PA tidak seharusnya dia berakhirnya dengan keadaan tidak baik. Dr Rosli ketika itu berkhidmat dengan HUSM dan berhenti kerana diminta menjadi PA. Pengambilan Dr Rosli itu dilihat sebagai menambah nilai kepada Exco berkenaan kerana Dr Rosli seorang profesional dan bukan peringkat ketua cawangan kelas cancing air. Kita tidak fikir kalau Rosli ingin mencari glamour dengan jawatan itu apa lagi pendapatan kerana gajinya sebagai doktor lebih mahal. Gaji PA hanya RM1,500 saja selain elaun.

Makanya kalau tidak ada perkadasan besar berlaku mungkin Dr Rosli tidak mengambil keputusan itu. Sebab keputusan beliau meninggalkan hospital dan bersedia berkhidmat dengan orang politik adalah keputusan yang difikir panjang. Ia juga boleh sifatkan sebagai satu pengorbanan beliau untuk parti dan kerajaan.

Justeru elok juga sisatan mengenai kenapa Dr Rosli ini tidak lagi berkerja dengan Husam dijalankan, sekurang-kurang untuk dijadikan bahan kajian. Apakah beliau tidak sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak dirasakan perlu dan membahayakan dirinya ketika berkhidmat sebagai PA itu. Kenapa saya sebut ini kerana bekas PA Husam dulu pernah menandatangani doklumen pembayaran wang bagi pihak Husam bernilai RM66,400. Tindakan itu boleh meletakkan PA berkenaan menjadi saksi penting di mahkamah sekiranya ada pendakwaan berhubung wang berkenaan!

Mungkin arahan-arahan diluar tugas dan tangungjawab seperti itulah menyebabkan Dr Rosli merasakan tidak betah dan tidak sesuai untuk menjadi penunggu di kamar Exco berkenaan. Atau ada masalah lain yang masih terungkit dan terbongkor. Sementara waktu ini katanya jawatan PA Exco seorang ini dipangku oleh seorang bloger bertaraf internasional di Kelantan. [wm.kl. 11:00 am 21/08/09]