Thursday, May 28, 2009

Berita Terkini

Tengku Hassan Kekal Sebagai Adun Ledang

[kemaskini] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi Manik Urai, Kelantan pada 6 Julai hari penamaan calon manakala 14 Julai hari mengundi. Pilihan raya itu diadakan selepas 40 hari kematian Ismail Yaacob atau Pak Su Weil.

MAHKAMAH Persekutuan pagi ini menolak permohonan (petisyen) calon BN bagi DUN Ledang, Terengganu yang memohon agar kemenangan Tengku Hassan Tengku Omar pada pilihan raya umum 3 Mac lalu dibatalkan.

Penolakan itu bererti mahkamah itu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sebelum ini yang menolak petisyen itu, demikian menurut peguam Tengku Hassan, Md Radzi Mustafa.

Salah seorang pengundi DUN Ladang telah mengemukakan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu meminta kemenangan Tengku Hassan dibatalkan. Bagaimana pun dalam penghakimannya Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan itu.

Pempetisyen itu tidak berpuas hati membawanya ke Mahkamah Persekutuan.

Dengan keputusan itu bermakna Tengku Hassan kekal sebagai Adun Ledang. [wm.kl. 10:45 am 28/05/09]

1 comment:

Admin said...

Abang Sayuti, setakat yang saya tahu,Muktamar tu berlangsung pada 5-7 Jun dan bukannya pada bulan Julai.Maaf kalau maklumat saya ni salah.