Monday, March 23, 2009

Susupan Malam

Abdullah Sudah Tandatangani Surat Wasiat?

PERDANA Menteri yang akan bersara awal bulan depan, Abdullah Ahmad Badawi baru saja tiba dari Kuwait jam 9:30 malam ini dengan pesawat khas di lapangan terbang tentera di Subang. Tidak ramai yang datang menyambut Abdullah, sekitar 50 orang terdiri daripada budak-budaknya saja.

Tiada seorang menteri pun dilihat menanti ketibaan beliau. Ikut kelihatan turun dari pesawat ialah Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman yang ikut sama dalam rombongan Abdullah ke Kuwait.

Kelesuan sambutan terhadap Abdullah ini menjelaskan beliau benar akan meninggalkan Putrajaya selepas perhimpunan agung Umno. Khabarnya sebelum berangkat ke Kuwait kelmarin beliau sudah 'menandatangani' borang wasiat kepada Najib Razak.

Antara lain wasiatnya ialah meminta Agar Najib melantik menantunya Khairy Jamaluddin sebeagai menteri penuh sekiranya Khairy menang ketua pemuda pada Rabu ini.

Mungkin desas desus ini benar dan kenapa perlu Abdullah meminta Najib berbuat demikian kerana Khairy menjelaskan sebelum ini beliau tidak mahu apa-apa jawatan kalau pun menang ketua pemuda.

Adalah dipercayai lawatan Abdullah ke Kuwait adalah lawatan terakhir beliau ke luar negara atas kapastitinya sebagai Perdana Menteri.

Perkembangan ini juga menjawab teka teka ke belakangan ini kononya Abdullah akan melengahkan perletawakan jawatan untuk diambil Najib.

Pertemuan dengan Anwa Ibrahim di Hulu Langat dan siri-siri pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak merubah pendirian dan keputusan Abdullah.

Rancangan Abdullah untuk terus menjadi PM sehingga Jun juga tidak terlaksana kerana tekanan dari Umno khasnya para penyokong Najib semakin kuat. Abdullah terpaksa melakukan begitu bagi mengelakkan dimalui dalam perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok.

Abdullah walaupun kecewa tetapi beliau dikatakan lebih menyanyangi rekodnya dalam parti yang tidak pernah mengkhianti Umno. Selamat bersara Abdullah. [wm.kl. 9:55 pm 23/03/09]

No comments: