Sunday, March 15, 2009

Spekulasi Calon

Siapakah Taruhan Pas di Bukit Gantang?

PAS khabarnya akan mengumumkan calon mereka pada 26 Mac depan. Sekali lagi Pas mengambil sikap mengalah dalam soal mengumumkan calon dan tidak berlumba dengan UBN. Pendekatan dan tektik melambatkan mengumumkan calon seperti semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu mungkin satu trend baru Pas.

UBN telah pun mengumumkan calonya semalam iaitu Ismail Suffian, 49 seorang anak tempatan Bukit Gantang. Beliau ialah bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno bahagian Bukit Gantang. Semasa pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini beliau kalah untuk merebut jawatan ketua bahagian ditangan Rosli Husin yang juga Adun Trong.

Ismail dikatakan antara orang yang akan mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Presiden Umno sekiranya beliau menang jawatan ketua bahagian. Ini bermakna beliau bukan orang Timbalan Perdana Menteri, Mohd Najib Razak. Beliau dikatakan kalah kerana tidak menggunakan duit dan bermodalkan gigi dan lidah saja dalam pertandingan itu.

Kini permerhati tertumpu kepada Pas, siapakah yang akan diturunkan untuk berhadapan dengan Ismail. Sesiapa yang akan diletakkan Pas terpaksa memikul tanggungjawab berat kerana kerusi Bukit Gantang adalah kerusi milik Pas sebelum ini. Sesiapa menjadi calon perlu pastikan kemenangan.

Ada beberapa nama disebut-sebut untuk diturunkan Pas di Bukit Gantang. Mulanya nama MB Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin disebut-sebut dan antara calon yang popular. DAP rakan Pas dalam Pakatan Rakyat telah mencadangkan supaya Nizar diturunkan.
Begitu juga tinjuaan menerusi blog dan internet lebih 50 peratus mahukan Nizar diturunkan Pas.

Selain Nizar ada beberapa nama lain yang turut disebut. Antara ialah Ustaz Idris Ahmad, (foto) bekas Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya Pas Perak, Asmuni Awi, Setiausauaha Badan Perhubungan Pas, Perak dan beberapa yang lain.

Nama-nama ini katanya sudah pun diangkat oleh Pas Perak untuk dipertimbangkan dan diperhalusi oleh pucuk pimpinan tertinggi Pas. Pas tidak menghadapi masalah dalam pemilihan calon kerana Pas Perak tidak berkelompok dan berkroni seperti di Kelantan dan Terengganu.

Di peringkat bawahan nama Idris Ahmad dikatakan berada di jujutan kedua selepas Nizar Jamaluddin. Mengapa Idris menjadi pilihan memandangkan beliau juga anak tempatan Bukit Gantang.

Idris pernah bertanding dalam pilihan raya kecil Changkat Jering, kalah. Dalam pilihan raya lalu beliau bertanding di Parlimen Jerlun berhadapan dengan Mukhriz Mahathir tetapi kalah. Beliaulah bertanggungjawab memanggil bekas ahli Parlimen Roslan Sharum untuk bertanding di Bukit Gantang pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Idris yang berpendidikan agama dan seorang ustaz juga lebih sesuai dengan masyarakat Melayu Bukit Gantang. Beliau juga mempunyai keluarga besar di Bukit Gantang. Di kalangan Pas beliau juga dikenali sebagai seorang tokoh ulama muda. [wm.kl. 10:15 pm 15/03/09]

1 comment:

psychedelicmundo said...

Pak Sayuti sy stuju sgt kalau ustaz Idris jd calon Bkt Gantang.seorg ulama' haraki muda yg shrusnya di ketngah kan PAS dalam parlimen.Ustaz Idris pun antara ilmuan yg byk mnulis.tapi a3la kulli hal kutusan tetap pada majlis syura PAS utk mmutuskannya.semoga Malaysia am nya dan negeri Perak khasnya sentiasa di pimpin oleh mereka yg berilmu