Thursday, March 12, 2009

Langsung Parlimen

Kerana Bangkit Isu Pembunuhan Altantuya
Govind Deo Diperintah Keluar Sidang

PARLIMEN Malaysia begitu alergik untuk mendengar nama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibunuh kemudian mayatnya diletup di hutan simpan Puncak Alam dua tahun lepas.

Gara-gara membangkitkan soal pembunuhan Altantuya dan mengaitkan dengan nama ahli Parlimen Pekan,Mohd Najib Razak, ahli Parlimen Puchong, Govind Deo diperintah keluar sidang oleh Timbalan Speaker, Ronald Kiandess.

Govind ketika membahas peruntukan tambahan untuk Jabatan Perdana Menteri telah memperli kerajaan tidak guna mempunyai bangunan mahkamah yang baik tetapi perlaksanaan keadilan meragukan,

Beliau lantas menyebut isu kes pembunuhan Altanyuta yang cuba dikaitkan dengan Mohd Najib.
Tindakan Govind itu terkeluar daripada butiran perbahasan menyebabkan Ronald Kiandee memberi amaran supaya tidak cuba membangkitkan persoalan yang terkeluar dari butiran perbahasan.

Govind tidak berganjak dan terus cuba meniumbulkan kes pembunuhan itu dengan mengaitkan nama Mohd Najib dan meminta Najib menjelaskannya. Laporan dari akhbar Leberation, Perancis ada menyebut Najib terlibat dengan pembunuhan itu.

Menyedari sikap kerenah Gobind Deo yang enggan berhenti daripada cuba meniumbulkan kes pembunuhan itu menyebabkan Ronald Kiandee tidak ada pilihan lain memerintah Govind keluar dari sidang sehingga tamat sessi petang.

Govind seperti bapanya berkeras untuk tiak mahu keluar dan terus duduk di kerusinya. Laungan ahli Parlimen pembangkang agar Govind keluar terus memecah dewan.

Kerana asakan bertubi-tubi Govind akhirnya keluar.

Semasa Govind keluar giliran ahli Parlimen pembangkang pula melaung mempersoalkan tindakan ke atas Govind sebagai tidak adil dan tidak patut.

Terdengar laungan ahli parlimen dari pembangkang melaung kenapa halau ahli Parlimen Puchong itu keluar. Apa salahkah bangkitkan soal pembunuhan itu kerana ia sekadar mahu penjelasan sahaja, laung seorang ahli Parlimen pembangkang. [parlimen 4:30 pm 12/03/09]

4 comments:

Unknown said...

Salam MSO,

Sememangnya ramai yang sedang menunggu cerita sebenar di sebalik pembunuhan Altantuya. Apakah Najib terlibat atau hanya konspirasi? Syabas Govind Deo kerana membangkitkan isu tersebut. Najib perlu tampil memberi jawapan sebelum menjadi PM (kalau jadi la)...

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Sehari dua ni kita telah digula gulakan dengan pakej rangsangan ekonomi hingga 60 billion,super market billion saya tahulah,kebanyakkan ahli politik sehingga kepada rakyat marhain merasa ceria,rasa lega dan rasa serta merta jadi kaya,hati pun jadi senang....namun demikian tidak kurang juga dikalangan kepimpinan politik khususnya dari parti pembangkang merasa cuak dan curiga,apa tidaknya jika diteliti kepada soalan dari mana datang duit sebanyak itu (pinjam dari bank dunia atau IMF pun tidak disebut atau jika dari hasil petrolium,habislah royalti minyak untuk negeri terengganu kena sapu sama agaknya) maka kita dapati jawapannya amat dicurigai dan kurang menyakinkan,ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengah hari......


Apa yang dipersembahkan ialah bayangan dalam bentuk angka yang akan diperuntukan sejumlah tertentu bagi tujuan latihan kemahiran dan juga persediaan untuk pengambilan siswazah yang sedang menganggur bagi mengisi jawatan kosong dibeberapa kementerian atau di jabatan kerajaan.Namun demikian kita juga difahamkan dari pakej yang dibentangkan itu langsung tidak menyentuh kepada nasib 340.000 pesara kerajaan yang mana suku juta dari angka tersebut mungkin terdiri dari pesara tentera yang juga sedang menganggur. Sayugia dimaklumkan para pesara tentera ini purata umurnya dibawah 56 tahun (bagi pegawai LLP).Bererti mereka ini masih lagi berpotensi dan berupaya untuk terus menyambungkan kerjanya dibidang awam yang mungkin bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman yang beliau miliki dalam perkhidmatan tentera.Jadi apa salahnya sebahagian dari pesara tentera yang saya maksudkan ini perlu juga dimasukkan sekali kedalam peruntukan pakej rangsangan ini untuk mengisi perjawatan awam dalam kerajaan.
Jika dilihat pada kelulusan asas akedemik golongan pesara tentera hanya diperingkat sekolah menengah sahaja,namun demikian jika diteliti dari pengalaman kerja dan juga melalui kursus kursus diperingkat sijil yang dihadiri semasa dalam perkhidmatan,saya yakin dan percaya "status" pengetahuan mereka bolih disetarafkan dengan kemahiran lepasan sijil sijil kursus MLVK, malah tidak keterlaluan jika bolih dikatakan keilmuan mereka juga bolih setanding dengan seorang para siswazah yang berkelulusan diperingkat diploma.Sebagai contoh jika digabungkan kesemua kursus kursus yang saya sendiri hadiri seperti mengambil kursus sijil asas pengenalan komputer,sijil asas perakaunan perniagaan dan usahawan,sijil asas masakan dan hospitaliti,sijil asas menjadi tenaga pengajar memandu kenderaan,,sijil asas keagamaan ulumul al"qur"an.Sijil pengurusan dan pentadbiran tenaga kerja (anggota),diploma makanan dan perhotelan (secara tidak formal). Nah....itulah sebabnya saya katakan jika dikabungkan pengetahuan ini,bolih mencabar keintelektual seorang siswazah yang ada diploma mahupun ijazah.
Olih yang demikian saya kira sudah sampai masanya pehak kerajaan mengiktiraf kemahiran kerja bekas bekas tentera dan sedikit peratusan kuota kerja juga perlu turut diperuntukan kepada pesara tentera ini.Satu usul lagi daripada saya ialah keupayaan dan kebolihan yang diperolihi dalam pengalaman kerjaya tentera dapat digabungkan sama dengan kelulusan akedemik semasa sebelum memasuki tentera.Tambah nilai ini perlu diambil kira dan menjadi pra syarat untuk diambil bekerja bagi mendapat tahap gaji sekurang kurangnya setaraf juga dengan tangga gaji para pemegang diploma.
Dengan cara ini sahajalah,peluang untuk menaikan taraf serta menambah baik tahap ekonomi bekas bekas pesara tentera kerana perlu diingat mereka ini harus dan perlu dibela kerana meraka bukannya bekas banduan atau bekas penagih dadah, akan tetapi sebaliknya ialah bekas orang yang berjasa pada bangsa dan negara.Akhirnya terima kasih kepada mana mana individu atau organisasi yang sanggup tampil membela para pesara ini.

Anonymous said...

dalam membangkitkan kes altantuya diharap ahli2 parlimen yg ada tidak lupa kpd kes sharlinie yg sudah setahun lebih menghilang sejak 13/1/2008.
apakah perkembangan tebaru kes tersebut apakah polis begitu sibuk menjadi balaci bn sampai lupa kpd kes melibatkan rakyat kita sendiri.

HASHIM, KUALA LANGAT.

Anonymous said...

tuan yang dipertua,

saya sokong yb poksu 100%...
dum dum dum dum....(ketuk meja)


ahli parlimen unta