Tuesday, December 9, 2008

Peranan YB

Adun Hulu Kelang Ringankan Bebanan Rakyat

JADI wakil rakyat bukan payah sangat dan tidaklah terlalu mudah. Mungkin ia payah dan rumit kalau mereka yang mengambil berat terhadap kebajikan rakyat. Sebaliknya ia mudah kepada mereka yang menemui rakyat ketika berkempen saja, lepas itu duduk diam dengan anak bini di rumah.
Bukan itu saja kalau tidak kena, wakil rakyat akan dikritik dan dilemparkan dengan berbagai tuduhan. Sedikit melakukan kesilapan akan diperbesarkan dan terlupa terus jasa dan baktinya sebelum ini.
Mungkin bagi Adun Hulu Kelang, Selangor, Saari Sungip menjadi wakil rakyat ia sesuatu yang bukan mudah dan dianggapnya sebagai tanggungjawab dan amanah yang wajib dipenuhi.
Kerana beliau terpaksa memasuki kampung mencari di mana saja rakyat kawasannya untuk mengetahui masalah bagi dihulurkan bantuan serba sedikit untuk meringankan bebanan mereka.
Sabtu lalu selepas turun dari Bukit Antarabangsa melihat lokasi tanah runtuh saya sempat mengikuti program beliau berjumpa rakyat di sebuah kampung di Ulu Kelang.
Saari juga baru turun dari tempat bencana itu.

Kampung yang dimasuki itu wujud sejak bertahun-tahun lalu. Saya sendiri walaupun sudah lebih 20 tahun tinggal di sekitarnya namun tidak pernah sampai dan menjejak kaki ke kampung berkenaan. Tidak tahu sama sekali kewujudannya sehinggalah Sabtu lalu. Saya tidak sangka jauh di sudut bandar itu ada kelompok manusia berkampung di sana.

Kampung itu dihuni oleh 30 buah keluarga dengan jumlah penduduk seluruhya kira-kira 300 jiwa. Nama kampung itu kalau tidak silap kampung Warisan.

Tiga blok rumah pangsa yang serba daif menjadi tempat penginap penduduk berkenaan. Segala kerperluan dan prasarana lain di kampung itu jauh dari mencukupi. Kampung itu dipisahkan oleh sebatang sungai dihubungi oleh sebuah jambatan kayu yang hanya muat sebuah kereta.

Menurut Haji Maamor yang bertindak menjadi penghulu kampung itu kebanyakan mereka berkerja sendiri.
Menurutnya Saari sering menugnjungi kampung berkenaan untuk bertanya khabar dan menghulurkan bantuan kepada penduduk disitru. Sehingga kini sudah empat kali kampung itu menerima kunjungan Saari.

Kehadiran Saari hari itu untuk menyampaikan sedikit makanan untuk penduduk kampung berkenaan membuat persediaan bagi menyambut hari raya korban. Walaupun pemberian atau derma yang disampaikan tidak seberapa namun bagi penduduk kampung itu ia memberi erti yang besar.
Bagi mereka sumbangan tidak diharapkan sangat tetapi kunjungan orang bernama wakil rakyat dirundi selalu. [wm.kl. 9:00 pm 09/12/08]

No comments: