Sunday, November 2, 2008

Silang Pagi

Zulkifli Nordin Serah Surat Tanpa Tarikh Kosongkan Kerusi Kulim- Bandar?

BAGAIKAN yang terang lagi bersuluh itulah yang dapat dikatakan mengenai tindak tanduk ahli Parlimen (yang diselamatkan) Zulkifli Nordin. Beliau hanya menanti masa saja untuk bertindak keluar daripada PKR dan menyertai Umno. Apa yang yang berbangkit mengenai dirinya akan dijadikan peluang bagi menghalalkan niatnya itu.

Saya nasihatkan kepada beliau tidak payah berdendang dengan berbagai lagu dan irama untuk menyertai Umno. Sertai saja, habis cerita.

Apabila Anwar Ibrahim mempertikaikan mengenai kenyataan beliau dalam interviu dengan Utusan Malaysia, Zulkifili terus memberi reaksi dengan 'melawan' cakap Anwar. Tidak berdosa kalau nak lawan cakap ketua yang pada anggapannya tidak betul, tetapi biarlah cara atau niat berlawan itu ikhlas dan tidak menampakkan melawannya kerana ada undang di sebalik batu.

Kita nampak cara Zulkifli Nordin melawan itu kerana ingin mencari gaduh bagi menghalalkan tindakan beliau untuk menyertai Umno. Zulkifli sangat suka kalau PKR mengambil tindakan ke atasnya, apa lagi kalau membuangnya dari keahlian parti berkenaan!

Cerita Zulkifli nak masuk Umno tidak boleh diselindungkan lagi. Sesiapa yang kenal lawyernya, Md Radzi Mustafa, silalah berjumpa dan tanya lawyer berkenaan. Radzi tahu dari awal hingga akhir dan kosong hingga 10 mengenai Zulkifli. Kalau nak telefon Radzi saya boleh sertakan di sini?

Kepada mereka yang menyokong beliau, selamat menyokong. Kalaupun beliau berada dalam Umno nanti, sokonglah dia kalau benar dia memperjaungkan Islam dan Melayu. Tetapi apakah orang boleh yakin (kalau beliau ikhlas) nak perjuangkan Islam dalam parti yang menolak Islam?

Satu pertanyaan ringkas untuk Zulkifli; beliau adalah antara lawyer yang tampil membela umat Islam yang dimurtadkan? Kenapakah kejadian murtad mudah berlaku? Bukankah kerana kelonggaran hukum Islam (hukum murtad) di negara ini? Dan siapakah kini bertanggungjawab ke atas semua itu? Bukankah kerajaan yang ditulangi Umno?

Kalau beliau mahu kembali ke parti asalnya kita tidak boleh mencegahnya. Kerana itu adalah hak asasi seseorang. Penyokong dan pentaksubnya mempunyai hak asasi untuk menyokong Zulkifli. Bagi orang yang tidak kenal dan rapat dengan Zulkifli akan menerima apa sahaja yang dituturkan. Tetapi bagi yang kenal jejak dan lawaknya, hanya mampu tersenyum saja apabila mendengar gebang Zulkifli.

Ini nak diceritakan bagaimana maklumat yang saya perolehi tentang beliau. Katanya Zulkifli telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru kepada Najib Razak. Surat perletakan jawatan itu tanpa tarikh. Ia dijadikan cagaran sekiranya beliau tidak berbuat demikian (umum masuk Umno), pihak Umno akan serah surat itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat itu diminta oleh Najib sebagai jaminan sebelum Abdul Aziz Sheikh Fadzil menarik balik petisyen kerusi Parlimen berkenaan. Di mana menurut persetujuan sekiranya Zulkifli tidak mematuhi syarat, mengumumkan keluar PKR dan menyertai Umno, maka surat itu akan valid dan diserahkan kepada Suruhan Jaya Pilihan Raya (SPR). Berdasarkan surat itu SPR akan mengistyharkan kerusi Kulim - Bandar Baru akan kosong.

Zulkifli katanya tidak mahu mengumumkan kemasukan dalam waktu terdekat dan akan mencari masa sesuai. Masa yang ditunjukkan kepada beliau dan dipersetujui ialah selepas Najib menjadi Perdana Menteri. Najib pula mahu Zulkifli berbuat demikian sebagai menandakan beliau mendapat kepercayaan dan sokongan.

Mungkin cerita ini menimbulkan kemarahan kalangan mereka yang terpesona dengan kepetahaan dan pembohongan Zulkifi Nordin selama ini. Saya tidak boleh berkata lebih daripaada apa yang sayang katakan. Cuma sama-sama tunggulah kemungkinan ini dengan penuh sabar.

Bagaimana pun, saya yakin 100 persatu mengenai kemungkinan ini. Sebaik saja Najib angkat sumpah jadi PM, semua permainan dan sandiwara ini akan terjawab. Bagi Zulkifli pula beliau perlu menyertai Umno bagi menyelamatkan kerusi itu untuk mengekalkan elaun sebanyak RM12,000 sebulan dan juga pencen sebagai MP. Jelas perjuangan Zulkifli bukan untuk membela agama tetapi menjaga perut!

Kepada Anwar usahlah pujuk dan rayu Zulkifli lagi. Biarlah beliau pergi membawa cita-cita Islamnya dalam Umno. Makin dirayu dan diungkit makin menjadi dia. Orang yang sudah terperangkap dan terjerat serta hilang prinsip macam Zulkifli tidak perlu ditahan-tahan lagi, buat sakitkan hati sahaja. Biarlah dia cepat-cepat masuk Umno! [wm.kl 10:00 am 02/11/08]

11 comments:

Shaharuddin Othman. said...

salam.
Apa nak jadi dengan MP kulim ni.sempat lagi nak berlakon.Kalau nak masuk Umno pun masuk je la.nak tggu apa lagi.Rambut je sama hitam tapi hati lain2.Nak kaya masuk Umno tapi nak berjuang masuk pembangkang.Tguuuu apa lagi YB.Declared je la.

Anonymous said...

pada awalnya ragu2 juga ngan telahan awal saudara mso.. tp bace utusan td, mcm mengiyakan plak benda tu.. hmm.. ke aku patut boikot utusan aa?

Anonymous said...

salam,
iyer ke?entahlah...jika benar bagai dikata.iskhhh...memang beliau peguam handalan.
namun ingatlah balasan Allah.saya meminati beliau sebelum beliau memasuki PKR lagi kerana perjuangan untuk membanteras gejala murtad.
Beliau harus menjawab dalam blog beliau sendiri sejauh mana kebenaran ini.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan MSO,

Selepas membaca artikel tuan ini, saya terus menghubungi YB Kulim dengan telefon. Beliau menafikan maklumat yang tuan tulis.

painah said...

Saya setuju ngan saranan ustaz agar yb kulim ini segera menyatakan pendiriannya.

kalu nak berundur dialu alukan dan kalu nak terus dengan agenda sendiri juga dipersilakan.

Ikan yg dah mula membusuk kalu simpan dalam peti ais pun akan tetap busuk juga.

seandainya semua menjadi nyata anda adalah pengkhianat yang telah mengkhianati pengundi anda. Sama taraf ngan Salientia.

Anonymous said...

sedih betul rasenyer... remuk raa hati ini.. bukan sebab apa... apakah MP islam yang sebegini je yang kita ada?? ada yang tgh berterabur... ade yang langsung tk boleh nak diharap... zulkifli mungkin boleh pilih laluannyer.. tapi menagapa islam yang dijadikan sebagai modal untuk semua itu... dan masuk UMNO ibarat macam kata2 Arwah Fadhil noor masuk "Lubang TAik"...

Haji tie...
sampai bila melayu ku terus begini.. aku anak muda terus keliru dengan silap mata bangsa ku sendiri... kema lagi kami nak hala laluan kami ini....

Anonymous said...

Kepada Anwar usahlah pujuk dan rayu Zulkifli lagi. Biarlah beliau pergi membawa cita-cita Islamnya dalam Umno. Makin dirayu dan diungkit makin menjadi dia. Orang yang sudah terperangkap dan terjerat serta hilang prinsip macam Zulkifli tidak perlu ditahan-tahan lagi, buat sakitkan hati sahaja. Biarlah dia cepat-cepat masuk Umno!<--- aku tertarik dgn petikan di atas, komen aku biorla si zul lak merasa duk dlm UMNo, merasa habuan yg boleh diperolehi dlm UMNo sebagaimana nuar ibrahim merasa habuan dulu2 amacam? :-)

Anonymous said...

Dalam blog beliau at http://zul4kulim.blogspot.com/

dah tadak bendera keADILan...sebelum tu ada...

Ha!tu macam confirmation nak keluar tu....LANTAK PI LAH...politik memang macam tu!!

Apapun...tunggu dan lihat je lah rakyat Kulim boleh buat, lain tadak!

Pok Nik Klate said...

Berbaik sangka itu dituntut dalam Islam..Dengan berlandaskan prinsip itu saya menyokong apa jua tindakan yg diambil oleh YB Zul Kulim.. Apa yg diharapkan lagi dalam PKR? Apa peranan sebenar PAS dalam Pakatan Rakyat? Ini sangat menyedihkan. Kalau ibarat pasukan bole PAS ni nak dikatakan pemain utama jauh sekali, pemain simpanan pun tidak juga. Habis?? Mugkin pegawai fisioterapi yg mana hanya diperlukan waktu terdesak ketika pemain tercedera. Selepas itu dibuang begitu saja.

PAS juga harus sedar kemana Anwar akan membawa PR??? Memanglah semoleknya saya cadangkan YB Zul menyertai PAS..tapi dalam PAS pun sekarang sudah berbelah bagi.. antara "matlamat" dan "cara". Mana satu nak didahulukan.

Namun begitu "selamat berjaya" kpd YB Zul kalau memang beliau terniat mahu menyertai kembali UMNO. Sila lah

Cikli said...

salam tuan,

kalau benar bagai dikata, nampaknya ada geng la zahid hamidi beronda dgn motor besar.

Anonymous said...

Saya nak kongsi cerita bagaimana "Ustaz"Zul ini diganyang oleh jemaah Surau Taman Permata, Ulu Kelang. Sehingga untuk mempertahankan hujjah karutnya beliau berkata beliau telah merujuk ulama dalamd an luar negeri dan beliau sudah berijtihad dengan itu. Maka jemaah yang bukan calang juga ilmunya terus mengeluarkan dalil2 naqli. Betapa hebatnya seorang kaki bohong boleh berijtihad... akhirnya terdiam "Ustaz"Zul di atas kerusinya didepan puluhan para jemaah. Dan saya yakin lepas ni Ustaz Zul tak kan sanggup lagi menjijaki Surau taman Permata.... Tanah kepada Tuan Haji Raos.