Friday, August 29, 2008

Celoteh Murai 2

Anak Kakak Tua Belajar Berkokok

Berdecap-decip anak kakak tua mengatakan hujah Anwar 80 peratus retorik. Katanya Anwar ada cara tesendiri dalam berhujah dan pidato. Namun dari analisa hanya 20 peratus fakta selebihnya retorik.

Murai tidak tahu apakah anak kakak tua itu memahami dunia politik! Kalau tidak tahu Murai ingin bilang sama anak kakak tua apakah rumusan politik yang diamalkan oleh kebanyakan ahli politik sekuar.

Dalam politik itu ada lima perkara atau elemen yang saling lengkap melengkapi yang perlu diketahui dan diamalkan. Pertama; hipokrasi, kedua; spekulasi, ketiga; manipulasi, keempat; spekulasi dan kelima eksploitasi. Adapun bapak kepada anak kakak tua memiliki dan mengamalkan ke limanya rukun itu dengan satu tambahan lagi "kukubesi".

Murai : Hanya menyanyi-nyayi.

1 comment:

donmny said...

TUAN

1. saya sangat kurang berminat kiranya anak kakak tua ini menjadi ketua pemuda

2. paling sesuai rasanya dalam yang tak sesuai tu mungkin DR KHIR TOYO