Saturday, July 19, 2008

Sebuah Pengharapan

Umno - Pas
Bermuzakarah Bukan Bermakna Bergabung

DENGAN mengenepikan terus isu yang membelenggu Penasihat PKR, Anwar Ibrahim pada masa ini, cadangan muzakarah Pas dengan Umno sangatlah perlu diberikan perhatian. Kedua pihak harus terbuka dan telus untuk mengorak langkah ke arah itu. Biarlah kali ini jadi!

Jangan ada syarat-syarat ganjil yang membawa kepada kegagalan muzakarah berkenaan. Baik Umno maupun Pas jangan berkeras hati apa lagi mempolitikkan cadangan berkenaan. Usah ada hendaknya ada yang menonjol kononnya suka kepada perpaduan tetapi dalam masa sama mencari helah secara senyap untuk mengagalkannya.

Kedua pihak juga perlu melihat kepada kepentingan masing-masing. Kepada kenapa keperluan mengapa muzakarah diperlukan. Janganlah heret rakyat dan orang Melayu dalam kencah perbalahan seperti mana yang berlaku di Semanjung Gaza atau Pelestin!

Rasanya bagi kedua pihak inilah masa terbaik untuk memulakan niat baik itu. Pilihan raya umum lalu seharusnya dijadikan iktibar oleh kedua pihak dan seluruh orang Melayu negara ini.

Umno ada masalah, Pas juga ada masalah. Masalah mereka berbeza! Umno sedang mengalami kepupusan pengaruhnya. Kelemahan kepimpinan dan kegagalan parti berkenaan membawa pembaharuan dan gaya politik baru menyebabkan Umno menjadi semakin lemah dan hilang kepercayaan dan tidak diminati lagi.

Kalah teruk

Namun dalam sudut lain Umno masih utuh sebagai parti yang mendokong prinsip Melayu. Walaupun BN yang ditunjungi Umno kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu namun undi Melayu kepada Umno tidak banyak berubah. Yang menolak Umno tempoh hari ialah undi Cina dan India.

Sebab musabab ini patut difahami. Kenapa orang Cina dan orang India melarikan diri daripada Umno. Mereka tidak akan melakukan sesuatu kalau tindakan itu tidak menguntungkan kedua komuniti berkenaan. Mengapa selama ini mereka akrab dengan Umno (BN) dan kini mula mempunyai kesimpulan lain terhadap hubungan itu?

Berdasarkan Umno sebagai parti terulung masih mempunyai kekuatan dan mempunyai nilai sentimental value yang sukar untuk dilupakan. Orang Melayu akan menanagis kalau Umno bermasalah seperti orang Islam akan sedih kalau Pas dikhianati!

Ironi dengan apa yang dihadapi Umno, Pas terus maju dan mendapat kepercayaan orang Cina dan orang India. Dalam pilihan raya lalu sampai ada orang Cina dan India memakai baju bulan. Aksi inilah menjadikan pemimpin Pas teruja dan terus merasakan orang Cina dan India tulus bersama mereka.

Pas harus membuat analisa apakah sokongan itu satu yang ikhlas atau satu perlarian sementara? Pas jangan mudah terperangkap oleh eksplotasi dan manipulasi politik! Dari segi amalan agama dan budaya sukar untuk orang Cina maupun India menerima Pas. Melainkan Pas sedia berkompromi dan menukar perinsip dan dasar-dasar perjuangannya.

Itulah masalah Pas. Kini menerusi Pakatan Rakyat, Pas sudah mulai terperangkap dan merasa mual dengan tindak tanduk beberapa individu di dalam parti pakatan terutama DAP. Pendirian dan tuntutan-tuntutan yang luar batas persefahaman pakatan sudah mula kedengaran dan ini sungguh tidak menyeronokkan Pas. Pemimpin DAP pula terus mempertahankan prinsip mereka untuk mewujudkan sebuah negara bebas berdasarkan prinsip-prinsip sosial liberal.

Kepada Pas kalau DAP berani mempertahankan prinsip perjuangan mereka di mana saja mereka berada mengapa tidak dengan Pas? Apakah kerana terpesona dengan janji dan sihir politik tertentu maka Pas rela membungkuskan prinsipnya?

Keadaan Pas dalam Pakatan Rakyat ini seperti serba salah dan dilema. Pas tidak boleh melawan dan menentang apa-apa yang kontras dengannya kerana ia dianggap sebagai melanggar peraturan pakatan yang tidak ada hitam putih itu. Pas dalam pakatan kini seperti sedang memakan hati berulamkan jantung!

Tidak perlu dilewatkan

Jadi dalam suasana kedua ada masalah eloklah Pas dan Umno mencari jalan untuk sefahaman dalam konteks mengukuhkan kedudukan Melayu dan Islam. Cadangan ini tidak perlu dilewatkan. Baik sekiranya pemimpin kedua parti Melayu dan Islam itu harus berusaha menjayakannya. Mereka jangan pedulikan kepada suara-suara yang menentangnya kerana penentangan itu jelas kerana ada agenda lain disebaliknya.

Pemimpin tertinggi masing-masing yakni Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang hendaklah mengambil inisiatif ke arah itu. Mungkin pertemuan peringkat pegawai seperti mana diamalkan pada pertemuan atau perbincangan dua negara sebelum ini tidak perlu dalam hal ini. Seelokkan keduanya langsung bertemu dan mencari persefahaman baru memberi tahu pegawai (ahli).

Mereka boleh menggunakan kedudukan dan kapasiti mereka sebagai presiden untuk mengambil langkah itu.

Bagi Pas suasana hari ini sangat baik kerana Umno sudah membuka pintu untuk berunding. Pas juga kena ingat Umno mungkin tidak sepanjangnya berada dalam masalah. Sementara Umno bermasalah inilah harus dicuri kesempatan. Yang penting kedua parti jangan memikirkan apakah keuntungan parti perolehi daripada muzakarah itu sebaliknya lebih melihat apakah yang bangsa Melayu dan Islam perolehi daripada persefahaman berkenaan.

Keegoaan kedua parti untuk tidak mahu duduk sekali memikirkan soal masa depan negara yang bertunjangkan Melayu ini tidak menguntungkan sesiapa. Sebaliknya sikap degil dan keras kepalanya itu bakal memusnahkan Melayu.

Jadi sebelum bubur yang dulunya adalah ketulan nasi menjadi basi dan tidak boleh untuk digunakan untuk apa-apa tujuan eloklah kalau kedua pemimpin bermuzakarah. Rasanya tidak ada seorang pun rakyat negara ini yang berbangsa Melayu menentang muzakarah berkenaan kecuali mereka yang sudah dirasuk dengan kuasa ghaib, terpesona dengan janji dan mimpi yang dikarai di siang hari atau mereka mempunyai agenda peribadi! [wm.kl 12:00 nonn 19/07/08]

5 comments:

Desperado said...

Kalau dengan Lim Kit Siang boleh Hadi berpeluk-pelukan...tak kan lah dengan sesama muslim melayu Hadi nak tolak...

Insyalllah...doakanlah...

bebas said...

Ramai orang semakin serong dengan agenda pas.UMNO PERNAH TINGGAL SERUMAH DENGAN PAS,BILA BERPINDAH MUNGKIN MENGUNDANG RINDU UMNO KEPADA PAS

yiemega said...

Tuan MSO,

Saya amat bersetuju dengan pandangan Tuan MSO ini, saya juga turut memuatkan komen mengenai Muzakarah UMNO-PAS ini di blog saya.

http://www.suaragenerasimuda.com

Anonymous said...

Allah swt menyarankan agar bermujadalah/bincang/debat/muzakarah dsb dengan cara yg terbaik ( nawaitu, teknik, bertujuan menurut kehendak Allah dan rasul). Refer kepada al-Quran dan sunnah. Ikhtilaf itu ada rahmat, namun ikutilah cara yg terbaik tanpa koner-koner @ guna jalan lekok-lekok.Biar semua ikhlas dan lillah.ingat, syaitan suka pecah belahkan manusia dan suka benar menusia membelakangi Allah dan Rasul.ikhtilaf yg bertujuan baik akan menghasilkan yg baik jua dan memeperolehi rahmat kedua belah pihak. insya allah.

Anonymous said...

Pas boleh bermuzakarah dengan siapa-siapa pun. Umno,PKR,Orang bukan Islam. Sekarang kawan-kawan Umno (mca,mic sedang nazak).50 tahun umno tak berniat untuk tegak Hukum Allah di Malaysia. Umno terlalu angkuh kepada negeri-negeri melayu yang diperintah oleh PAS(Kelantan & dahulunya Terengganu). Adakah Umno telah sedar kesilapan meninggalkan Islam dan menzalimi orang Islam telah membawa kepada petaka?