Friday, July 4, 2008

Analisa Isu

Perang besar negara antara Najib dengan Anwar
Yang untungnya Abdullah

PERANG antara Mohd Najib Razak dengan Anwar Ibrahim nampaknya sudah sampai ke kemuncak. Sudah mencecah ke 100 darjah celsius. Tidak ada diplomasi lagi antara keduanya dalam melancarkan serangan. Masing-masing menggunakan peluru tercanggih dan terahsia dengan niat agar membawa maut.

Perang mereka ini menarik. Ia terkeluar dari lumrah peperangan biasa. Kerana tidak ada siapa yang menang dalam peperangan yang berlaku hari ini. Sebaliknya kedua akan kalah dan menanggung akibatnya. Anih. Selalunya dalam mana-mana peperangan akan ada pihak yang menang dan pihak yang tewas. Berbeza dengan perang politik kedua tokoh ini. Keduanya akan kalah? Keduanya akan mengalami kerugian dan menanggung aib yang besar.


Kenapa? Kerana keduanya menggunakan peluru canggih yang merbahaya. Peluru dan senjata yang mereka lancarkan umpama peluru kimia yang akan membawa kesan panjang untuk membunuh hayat politik masing-masing. Setiap mereka yang terkena dengan peluru itu tidak akan ada harapan untuk pulih lagi.

Aksi perang mereka dapat disaksikan dalam televisyen semalam. Semalam tv mempamirkan kehebatan dan keghairahan mereka menyeranag antara satu sama lain. Keduanya membuat kenyataan akhbar bagi membidas dan membedal antara satu sama lain. Keduanya melepaskan bom atom yang menggerunkan dan sukar untuk diyakini.

Pernah diupah

Anwar telah mengelolakan kenyataan akhbar oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P Balasubramaniam a/l Permual yang mendedahkan kononnya Najib memang kenal dengan wanita Mongolia yang dibunuh kemudian diletupkan mayatnya, Altantuya Shaariibuu. Subramainan menerusi akuan bersumpahnya yang diikrarkan pada 1 Julai mendakwa Najiblah orang bertanggunjawab memperkenalkan Altantuya kepada Abdul Razak Baginda di Singapura.

Dan paling merujakan, pendedahan Balasubramaniam juga mendakwa Najib seperti mana diberitahu Razak kepadanya, pernah mengadakan hubungi seks dengan Altantuya. Perkembangan terbaru ini membatalkan semua penafian berkali-kali Najib mengenai perkara itu sebelum ini.

NajiB berkali-kali menegaskan beliau tidak mengenali wanita berkenaan. Bahkan dalam sidang akhbarnya di bangunan Parlimen semalam yang hampir serentak dengan sidang akhbar di pejabata PKR oleh Balasubramanian itu menafikan yang beliau kenal dengan Altantuya.

Pendedahan Balasubramaniam itu seakan bertalian dan mengukuhkan lagi pendedahan yang dibuat oleh Raja Putra Kamarudin menerusi akuan berkanunnya yang dibuat pada 18 Jun yang mendakwa Rosmah Mansor, isteri Najib berada di tempat pembunuhan Altantuya. Menurut Raja Putera Rosmah menyaksikan bagaimana bom (C4) diletakkan dibahagian tertentu tubuh Altantuya sebelum diletupkan.

Kedua-dua pendedahan itu (oleh Raja Petra dan Balasubramaniam) memburuk dan mencemarkan imej Najib. Maklumat yang disifatkan sebagai fitnah itu menyebabkan orang memadangkan serong kepada TPM itu.

Tuduhan itu sesuatu yang sangat meyeksakan batin Najib. Walaupun beliau mengakui beliau boleh tersenyum dan reliks namun apa yang terdampar di lubuk hatinya Tuhan dan Rosmah sahaja yang tahu.

Beri penjelasan

Begitu juga dengan Anwar. Apa yang disebutkan Najib itu bukan saja memedihkan telinganya tetapi membuatkan beliau menjadi cemas dan gelisah. Semasa berucap memberi penjelasan di Stadium Melawati malam Selasa lalu, Anwar menyebut beliau tidak rungsing. Tetapi hakikat apa yang dipamerkan oleh wajahnya dapat ditafsirkan oleh sesiapa saja, bahawa keadaan Anwar kini benar-benar resah dan gelisah.

Daripada mimik muka masing-masing yang terlekat di skrin tv semalam nampak mereka marah benar. Anwar marah dan berang dengan apa yang berlaku. Begitu juga Najib. Keduanya menganggap pendedahaan dan pengakuan itu sebagai untuk menjatuhkan imej masing-masing . Dan pendedahan itu adalah sebagai rekaan semata-mata. Keduanya berpegang kepada ayat dan bahasa yang sama.

Kalau reka, siapakah yang pandai mereka-reka 'fitnah' itu? Apakah Najib mereka cerita untuk memburukkan Anwar, atau Anwar mereka cerita untuk mencemarkan Najib? Begitukah?

Pokoknya peperangan mereka akan merebak dan boleh menghancurkan negara. Ini kerana keduanya bakal menjadi pemimpin negara. Orang yang diharap dan dipuja oleh rakyat (penyokong masing-masing) akan menerajui kepimpinan negara selepas ini. Dengan meletuskan peperangan membawa kepada pendedahan ini, keduanya sudah tidak ada kredibiliti dan berpotensi lagi.

Reputasi mereka juga buruk sekali di mata rakyat. Keduanya sudah cedera dan tempang. Sudah hampak dan busuk. Dalam soal ini Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat berpihak kepada sesiapa. Setakat ini PM itu berdiri di tengah-tengah. Walaupun apa yang berlaku menyesalkannya namun ia memberi sedikit keuntungan kepadanya. Secara diam Abdullah boleh tersenyum sendiri memerhatikan aksi perang kedua mereka.

Mendengar Anwar difitnah begitu rupa mejadikan Abdullah resah. Sekiranya beliau mempunyai hajat untuk membawa Anwar balik ke dalam Umno, perkembangan sekarang mematikan niat itu. Abdullah mengharapkan kepada Anwar untuk menjadi beteng sekiranya Naib merempuhnya!

Di pihak Najib pula, kalau sebelum ini beliau dikatakan bersiap sedia untuk melanggar Abdullah, namun dengan apa yang berlaku kini menyebabkan beliau terpaksa berfikir kembali. Beliau kena ralat semula dan menarik balik niat itu. Isu yang bergelumang ke atas dirinya kini tidak memungkinkan untuk beliau berhadapan dengan Abdullah.

Kesimpulannya, perang negara antara Najib dengan Anwar menguntungkan Abdullah. Beliau kini tidak perlu berfikir untuk keselamatan dirinya lagi. Keadaan sekarang ini mengukuhkan kedudukannya. Barangkali di similah untungnya orang yang ikhlas dan baik seperti beliau.
Setidak-tidaknya samentara perang ini reda Abdullah boleh terus tidur di atas kerusi emasnya dan terus bermimpi berlari mengejar kelinci putih dari Manila sampai Subuh! [wm.kl 8:30 am 04/07/08]

5 comments:

Anonymous said...

"perperangan" antara dua pemimpin ini sudah semestinya akan menjatuhkan negara malaysia. Lihat saja pasaran saham berberapa hari lepas yang sedikit jatuh.
Sekiranya perkara ini terus berterusan, keadaan negara akan menjadi lebih parah. Hilangnya kepercayaan orang luar untuk melabur ke dalam negara kita.Sekarang ini, Pak Lah juga diherat masuk ke dalam perperangan antara dua pihak. Spekulasi atau tidak,spekulasi perlu dihentikan.
Ia memecah-belah kan rakyat.

CUCU TOK KEDU said...

Sdr MSO yang dihurmati.

Semua orang dalam hidupnya nak naikkan diri untuk mendapat pangkat, kuasa, untuk mencapai matlamat (samada matlamat baik atau tak baik itu Allah Yang Maha Mengetahui cuma kita membaca gerak dan kata sahaja)diri sendiri. Tapi tak ada seorang pun yang waras nak sokong untuk menyusahkan diri sendiri contohnya menyokong kenaikan harga minyak, harga barang kecuali orang gila atau orang dah kena tindik hidung.

Untuk naik macam-macam cara! Naik ikut tangga. Naik ikut tingkap. Naik cara melompat. Naik cara memanjat. Naik cara duduk atas bahu orang.

Yang jahatnya naik dengan menjadikan orang lain kambing hitam!

Benar Pak Lah lena tidur tapi siapa kipas Pak Lah biar terus lena di tilam empok bermimpikan yang indah-indah? Selalunya orang yang boleh masuk bilik tidur seseorang itu ialah isteri, anak dan ada masanya menantu!

Bila UMNO dah mulai menuju kehancurannya, maka banyaklah orang loain menjadi kambing hitam untuk mengubati keparahan penyakitnya. Antaranya Anwar Ibrahim dijadikan kambing hitam, pembayar pemutus ubat kepada bomoh syaitan! Moga-moga UMNO akan terus kekal!

Entahlah .....


http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Unknown said...

Salam Sdr MSO,

Itulah kisahnya. Untung dan rugi orang politik. Bagaimana pula kisahnya untung dan rugi rakyat? Untungkah rakyat?

Perkembangan mutakhir ini, malah perkembangan beberapa tahun kebelakangan ini...tidak memihak kepada rakyat. Dengan kekayaan hasil bumi dan kesuburan tanah di negara ini, sepatutnya rakyat tidak lagi ada yang terkelas dalam golongan 'miskin', tapi hakikatnya masih ramai papa kedana.

Bilakah kemelut politik begini akan berakhir. Eloknya, politikus2 yang tidak bermoral, berkeperibadian rendah, tidak berhati perut ini terus saja rakyat singkirkan.

Begitu ke?

Anonymous said...

Kemelut ini mengingatkan saya peristiwa reformasi 1998.Ketika itu saya bekerja betul-betul di tgh ibukota.Rumah saya di kg baru saja tetapi saya terperangkap di pejabat krn bekerja lewat mlm,dgn keadaan sarat mengandung lagi.Depan pejabat sebuah motosikal terbakar,entah kerja siapa.Nasib suami juga bekerja di tempat sama ada menemankan.Waktu itu sungguh kacau-bilau sekali.Tak dpt keluar dan bergerak,terpaksa berpusing mengambil jln jauh utk pulang ke rumah yg cuma sepelaung saja.
Saya kira, seandainya DSAI ditangkap sekali lagi, keadaan akan bertambah parah kerana AAB terlalu lemah utk menangani isu ini.Sedangkan kekuatan pembangkang semakin terserlah kalau dibandingkan 10 thn dahulu.Saya sendiri merasa resah gelisah dgn perkembangan muktahir ini.Rasa mcm ada ancaman spt waktu darurat dgn komunis dahulu.Tak pernah saya rasa sebegini walaupun kini saya dah berjauhan 40km drp bandaraya KL.

mrf said...

saya rasa betul juga kata MSO abdullah badawi merupakan seorang yang baik dan ikhlas..kerana beliau tidak tersepit pada ketika ini melainkan 2 individu yg jelas tamak untuk merebut kerusi PM..

lihat saja bagaimana kejujuran beliau telah membantu beliau menepis tohmahan tun mahathir sehingga tun mahathir yg boleh dikatakan licik bermain politik boleh tumpas di tangan abdullah yang dikatakan lembik dan tidak tegas itu.

cuma apa yg saya harapkan di dalam senyap2 pak lah, beliau akan temui satu formula untuk meredakan keadaan dan membuatkan melayu kembali bersatu..

di waktu yg sama jgn lah kita terus menerus membuat demontrasi kenaikan minyak kerana ia akan memburukkan lagi pandangan antarabangsa kepada malaysia risau kiranya keadaan ekonomi akan bertambah buruk kerana pelabur tidak yakin akan kenstabilan semasa politik tanah air..sekiranya itu berlaku, kegawatan ekonomi yg bakal melanda akan betul2 memberi kesan kepada kita..

ambil saja langkah2 berjimat cermat..setiap sesuatu kesukaran pasti ada jalan penyelesaian..saya sudah mencuba, dan memberi kesan yg agak positif..kerana saya redha, tidak marah pada sesiapa, berdoa dan terus berusaha..insyaallah kita semua boleh melakukannya.