Sunday, February 17, 2008

Dari Jeli Ke Jerun.
Turunkan Poster Annuar

SELEPASA selesai menyaksikan proses penamaan calon di Kelantan kelmarin saya berhajat untuk terus pulang ke Kuala Lumpur. Banyak kerja yang perlu disiapkan di sana sebelum turun semula ke Kota Bharu hujung minggu.

Dua kawan menganggu jadual saya, bila mana mereka pelawa untuk pulang bersama menerusi Lebuh Raya Timur Barat. Beriya-iya benar kawan itu mahu saya bersama mereka untuk menyaksikan perkembangan di beberapa buah negeri di Utara.

Katanya ada kejutan besar yang akan berlaku di Kedah dan Penang. Kedua negeri itu bakal dirangkul pembangkang kali ini. Saya kurang percaya dan yakin dakwaan itu.

Atas kepercayaan hukum alam politik Malaysia akan berubah dalam tempoh 10 tahun sekali, pilihan raya kali ini akan mengalami perubahan besar. Hanya kurang setahun untuk genap 10 tahun selepas pilhan raya 1999.

Sebaik berlepas meninggalkan hotel penginapan saya menghubungi Alwi Che Ahmad, calon BN di DUN Kok Lanas. Ingin mengetahui perkembangan di parlimen Ketereh dan kedudukannya di Kok Lanas. Alwi yang juga Ketua Penerangan Umno Kelantan tentu banyak mengetahui perkembangan politik Kelantan.

Sayang ketika dihubungi beliau dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk menghadiri mesyuarat. Awang Adek Hussin yang diangkat menjadi Pengarah Pilihan Raya Umno memanggil mesyuarat tergesa-gesa. Jadi tidak dapatlah bersembang dan bergelak ketawa dengan bekas ahli Parlimen Ketereh itu.

Tinjauan di Kok Lanas dibuat secara rambang dan tanpa mendapatkan penjelasan fresh daripada Alwi. Ia dibuat dari atas kereta saja. Dari pemerhatian kepada poster dan bendera, keadaan di Ketereh seimbang. Cuma di dataran KADA, situasi berpihak kepada Annuar Musa.

Banyak gambar, poster dan banting mengenai Annuar Musa memenuhi di sekitaran Dataran Berkenaan. Gambar terbesar dan utama menjadi bahan kempen juga turut berdiri tegak di situ.

Gambar yang bertemakan "Satu Undi Untuk Kelantan" mempamirkan Annuar berdiri berlatar belakang gambar Abdullah Ahamd Badawi sambilk menununjukkan jari ke atas. Sebenarnya gambar itu harus dibuang dan digantikan dengan gambar Awang Adek.

Mungkin poster itu mulanya relevan kerana Annuar diangan-angankan untuk menjadi MB. Tetapi setelah beliau digugurkan dan diganti dengan Awang Adek, elok gambar itu diturunkan. Gambar itu sudah menjadi penyakit kepada Umno. BERSAMBUNG [alor star 11:10 am 26/020/08]

No comments: