Tuesday, August 7, 2007

Berita Dari Jakarta

Speaker Kelantan di Jakarta, Tinjaun Pilkada Gebernur Jakarta

MSO

JAKARTA: Sepekar Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersama lapan orang rombongan tiba di sini lewat pertang semalam untuk meninjau dan memerhati perjalanan Pilihan Raya Daerah (Pilkada) untuk memilih Gebernur DKI Jakarta untuk periode 2007 – 2012.

Petang tadi Abdul Rahim sempat mengadakan beberapa perjumpaan dengan berbagai pihak dan bandan-badan NGO di Jakarta yang turut sama terlibat dalam memerhati perjalanan Pilkada berkenaan.

Salah satu badan NGO itu ialah Nasional Democratic Institute (NDI) di Jakarta, sebuah institusi yang dinaungi oleh bekas Presiden Amerika Syarikat Jimmy Catter.

Dalam pertemuan itu rombongan speaker berkenaan diberi taklimat kira-kira setengah jam berhubung peranan dan fungsi badan berkenaan dalam memantau perjalanan demokrasi oleh Direktur NDI Indonesia, W Paul Rowland.

Selepas itu menjelang petang rombongan berkenaan mengunjungi pejabat Parti Golongan Karya (Golkar) bagi Daerah Jakarta dan mendapat penjelasan berhubung proses pemilhan Gebenur serta strategi kempen untuk pasangan Fauzi dan Prijanto oleh Timbalan Ketua Umum Golkar bagi Daerah Jakarta, Bapak Agoes Zakaria.

Turut sama dalam rombongan berkenaan ialah bekas ahli Parlimen Tumpt, Wan Mohamad Jamil Mohamad, bekas ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Wan Ngah dan masing-masing seorang bekas Adun Pas Kedah dan Terengganu.[jkt : 7/8/07]

No comments: