Monday, July 16, 2007

Sayang Kelantanku...

Jihad Ternak Jihad Benak

Siri 6

Rundingan Tidak Selesai Tanpa Husam!

"Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat, janganlah menyakiti tetangganya. Siapa yang percaya kepada Tuhan dan hari akhirat hendaklah memuliakan para tamunya? Siapa yang percaya pada Tuhan dan akhirat hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam saja." - Riwayat Abu Hurairah.

TANGGAL 8 Julai 2007 pihak Akademi
Pembangunan Keluarga Bahagia telah membuka pintu rundingan untuk menyelesaikan masalah dan kemelut Jihad Ternak. Pengerusi akademi Zulkefli Yaacob telah menelefon saya meminta jasa baik untuk menjadi orang tengah menyelesaikan pertikaian serta tuntutan (hutang) yang dibuat oleh Mohd Amin.

Saya sungguh gembira dengan perkembangan itu. Saya berdoa mudah-mudahan kemelut yang berlaku akan selesai segala tuntutan Mohd Amin dilunasi ataupun Husam bersedia tampil ke hadapan demi menjernihkan suasana yang semakin mengeruh.

Bagi saya kalaupun tuntutan itu tidak selesai tidak mengapa. Yang penting Mohd Amin diberi keadilan dan kesaksamaan dan tidak diperbudakkan. Mohd Amin perlu dihormati sebagai salah seorang tetamu Kerajaan Kelantan! Kalau Mohd Amin dilayan baik, apa lagi kalau Husam sedia berhadapan saya tidak perlu wujud dalam soal ini.

Saya tidak mahu pun mencampuri urusan Jihad Ternak ini. Sudah cukup dengan kerja-kerja awal yang saya lalukan mempertemukan Husam dengan Mohd Amin. 'Upah' yang Husam hulurkan sudah mencukupi bagi membiayai kehidupan saya di dunia dan akhirat. Terima kasih!

Sebab saya tahu kalau saya campur tangan dalam projek ini sedikit sebanyak tahi dan hamis kambing akan melekat juga kepada saya. Ini pun berbagai tohmahan sudah dilemparkan kepada saya, kononya projek Jihad Ternak itu adalah projek saya dengan Husam.

Apabila saya bersikap membela Mohd Amin bagi mendapatkan haknya, saya pula dituduh kononya ada kepentingan. Berbagai tuduhan sudah kedengaran termasuk yang tidak tersaul dek akal. “Sayuti membela Mohd Amin kerana Mohd Amin adalah warisnya,” itu antara tuduhan. Saya sendiri tidak tahu bila masa Mohd Amin menjadi waris kepada saya. Tetapi kalau saudara sesama Islam memang ya, macamlah juga Husam di sisi saya, sekadar waris sesama Islam.

Angkuh dan ego

Sesiapa saja di dunia ini adalah saudara sesama Islam. Dalam hal ini saya adakalanya tidak bersifat angkuh dan ego persis orang politik. Saya berkahwan dan berbaik dengan semua orang politik, waima dia orang Pas atau orang Umno. Tetapi saya juga bersedia bergaduh dan menentang sesiapa saja kalau dia sudah tidak betul dan enggan mengaku kesalahannya.

Tuduhan-tuduhan jelek dan cemar seperti itu sudah biasa kepada saya. Ibrahim Ali sendiri secara berseloroh telah membuat tuduhan kononnya saya mendapat RM10.00 bagi seekor kambing. Saya tidak pedulikan semua tuduhan itu dan Ibrahim sendiri tahu, berapa juta dia telah berikan kepada saya kerana membantunya dalam kerja-kerja politik! Yang penting saya tahu dan Tuhan tahu apa yang saya lakukan!

Tuduhan-tuduhan seumpama itu tidak menghairankan lagi. Husam sendiri pernah menuduh saya menulis sebuah buku menghentam Annuar Musa berhubung penyelewengan Annuar Musa dalam PPRT. Saya tidak fikir Husam boleh membuat tuduhan itu melibatkan saya. Tetapi itulah yang berlaku dalam dunia politik. Orang politik akan menggunakan apa saja hujah dan alasan untuk menyelamatkan diriya!

Saya tidak berkecil hati walaupun tuduhan itu telah menimbulkan reputasi buruk kepada saya. Husam mungkin kenal dan ingat classmatanya bernama Zaini yang kini bekerja dengan Kesedar. Tanyalah beliau...

Apakah saya jenis manusia menukarkan perjuangan dan kasih sayang kepada Islam dengan hanya seorang manusia ataupun dengan lambakan wang ringgit? Saya rasa setakat ini saya tidak lagi mengorbankan diri untuk menyokong kejahatan, sebaliknya bersedia menjadi hamba untuk menentang kemungkaran dan orang-orang yang munafik.

Sebenarnya sudah lama Zulkefli tidak menghubungi saya. Sejak timbul kontroversi untuk membina kandang kambing dan beliau melihat saya berpihak kepada Mat Yaman beliau tidak berani telefon saya. Kalau tidak kerana perundingan itu mungkin beliau tidak akan menelefon saya lagi. Tetapi kerana beliau diminta menyelesaikan kemelut ini maka beliau mencemarkan duli juga untuk konteks saya.

Berbalik kepada rundingan tadi, saya percaya dan yakin ianya dipanggil atas kehendak dan suruhan Husam. Husam sudah mula dapat membaca apa yang akan berkaku kalau masalah itu tidak diselesai kan segera. Sebagai seorang bijak dan strategis politik beliau dapat membaca kilau di dalam kilat. Kalau tidak diselesaikan dengan baik maruahnya sedikit sebanyak akan terjejas.

Sebelum ini saya telah memberi mesej kepada beliau agar menyelesaikannya. Melalui seorang kawannya saya telah mengatakan perasaan sedih dan dukacita saya atas tingkah lakunya. Rupa-rupa beliau terbuka juga hati untuk menyelesaikannya. Namun beliau tetap tidak menampakkan dirinya, inilah ego dan silapnya manusia bernama Husam bin Musa.

Berselindung dalam semak

Politiknya macam musang pandai memgambil kesempatan dan menggunakan peluang. Musang siang ia berselindung di dalam semak samun atau rongga lobang, tetapi malam hari aktif dan akan keluar mencari mangsa. Menangkap mangsa dalam gelap adalah kerja musang, kerja yang tidak gentleman dan hipokrit.

Setelah memberi tahu Mohd Amin, dan beliau mengharapkan segala rundingan dapat diselesaikan dengan baik, - menurut pandangan dan pendapat saya, saya ke Kota Bharu bersama peguam Md Radzi Musatafa (foto) yang dilantik Mohd Amin untuk berunding.

Tepat jam 12.45 mesyuarat bermula di pejabat akademi di Jalan Dusun Muda Kota Bharu. Pihak yang mewakili akademi ialah Hanifa Ahmad (calon Pas yang kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir) Latif Abdul Rahman (anak Tok Guru Hji Deraman Sungai Durian) (calon Pas yang kalah di Mengkebang) dua orang peguam akademi dan seorang bernama Wan Yusuf. Sementara Zulkefli menjadi pengerusi.

Melihat kepada suasana dan semangat perundingan itu jelas ianya atas arahan Husam. Ini dapat dikesan apabila terlepas kata-kata daripada Hanifa, bahawa kes itu tidak melibatkan Husam, dan salah seorang peguam akademi begitu beriya mempertahankan Husam selaku pemimpin. Porahhh... !

Kenapa Hanifa (foto) terlepas cakap begitu? Jelas mereka ini cuba menyembunyi dan melindungi Husam daripada kasus berkenaaan. Kenapa?

Kenapa begitu beriya untuk melindungi Husam, apakah kerana tidak mahu batang tubuh Naib Presiden Pas itu dilihat berkudis dan berkarat dengan sesuatu yang tidak baik, maka ia diprotect begitu sekali!?

Kalau Husam mahu dilihat bersih, cantik dan mulus luar dan dalam beliau harus ‘mandi’ dan menjaga fiil perangainya. Beliau perlu ubah pembawaan dirinya yang amat kontras sekali dengan sikap dan pewatakan pemimpin sebagai sebuah parti beridealogikan Islam.

Memanglah orang yang mencari makan sesuap nasi dengan Husam kena jaga Husam baik-baik. Segala dosa Husam kena lindungi. Tahi Husam kena kambus. Walaupun Husam pernah mengambus tahinya macam kucing, (kambus tahi) tetapi kalau sudah banyak sangat apa lagi tahi cair (tahi cerah) ia tidak semuanya dapat ditutup.

Menantang tahi ini ia berbau busuk. Tutup dan tindih macam mana sekalipun ia akan meruap dan masuk ke rongga hidung, rongga telinga. Dan paling dahysatnya apabila ia menyelinap masuk ke kamar hati. Bila sudah masuk kedalam hati sukar untuk membuangnya lagi.

Saya tidak tergamak berbuat begitu. Bagi saya salah adalah salah, benar adalah benar tidak kira siapa yang melakukannya. Dan hal ini Husam sendiri pun tahu apa yang dipertegaskan oleh Rasulullah yang bermaksud; “Katalah yang benar itu sekalipun pahit.”

Niat perundingan hari itu pun pun sudah tidak ikhlas dan jujur. Husam tidak wajar dijadikan dewa yang perlu dilindungi ataupun dikeramatkan. Beliau harus bertanggungjawab atas apa juga yang beliau lakukan. Apakah sikap yang beliau lakukan itu merupakan terbaik dan diajar dalam Islam? Beliau seharusnya gentelman dan hadir sama pada rundingan hari itu setidak-tidaknya menghormati orang tengah (saya) hadir untuk menyelesaikannya.

Bertentangan mata

Memberi arahan atau monitor menerusi telefon rasanya tidak elok. Kita sebagai orang Melayu dan Islam kena bertentangan mata. Sebab itu Nabi suruh kita bersalaman sesama saudaranya. Amalan ini nampaknya kurang dalam hidup Husam. Beliau tidak pentingkan kepada perkara akhlak, perkara ukhwah ini. Baginya yang penting apa yang dikehendaki tercapai atau terlaksana.

Rundingan pada hari itu tidak membawa apa-apa erti. Ia adalah satu test merket oleh Husam terhadap saya saja. Apakah saya masih boleh dibawa berunding – membantu menyelesaikan kes ini, berpihak kepadanya atau tidak! Kerana sebelum itu saya tidak menjawab beberapa kali panggilan telefon darinya.

Perundingan selama kiar-kira 2 jam setengah itu tidak mencapai apa-apa persetujuan konkrit melainkan pihak akademi telah menyatakan jumlah yang mereka ingin sedia bayarkan kepada Mohd Amin saja. jumlah yang dikemukakan oleh Mohd Amin ditolak. Ternyata harga yang ditawarkan jauh daripada yang dijangka dan yang berhak Mohd Amin terima.

Jadi perudingan pada petang itu berakhir tanpa ada sebarang keputusan muktamad dan tidak menyelesiakan kemelut Jihad Ternak. Pihak akademi memiinta peguamnya memulangkan balik jumlah itu kepada Mohd Amin untuk dipertimbangkan.

Seperti yang dijangka perundingan itu dipantau oleh mastermind projek, Husam Musa. Kira-kira jam 2.30 petang beliau menelefon saya kononnya untuk bertanya khabar sedangkan beliau sudah tahu saya di Kota Bharu.

Saya tahu tujuannya beliau menelefon saya adalah untuk mengetahui hasil rundingan itu. Beliau masih berpura-pura seolah tidak tahu menahu dan tidak lagi akan terlibat dengannya. Beliau tidak mahu bulunya terkena hamis kambing!.

“Tak pergi dekat tok guru ke? “ begitulah tanya beliau memulakan bicara jauh tersasau daripada apa yang sedang bergeladak di jiwanya.

“Di mana, untuk apa?" tanya saya buat-buat tidak faham.

“Dia pergi ke Dewan Beta tengok projek depu,” balasnya.

“Mari ambillah,” tawar saya. Saya tahu dia berkeinginan nak berjumpa.

Sekejap kemudian dia datang bersama Keckdefella, seorang pakar IT yang kini berkhidmat dengan Kerajaan Negeri tetapi di bawah kawalan dan arahan Husam sepenuhnya. Kami ke Kampung Dewan Beta. Ikut sama Md Radzi. Sepanjang perjalanan itu Husam tidak bertanya soal rundingan, dan dia tetap berpura-pura seolah tidak tahu menahu. Dia mahukan kami mulakan dulu.

Selepas di Kampung Dewan saya dan Radzi dibawa ke Kem Kijang, menghadiri majlis pembahagian wang kepada murid sekolah sebanyak RM15 seorang. Sekembali dari majlis itu beliau tetap juga tidak bertanya tentang rundingan tadi. Akhirnya dia mempelawa kami untuk ke rumahnya untuk makan durian kunyit dengan pulut.

Saya sudah dapat membaca niat dan tujuan untuk makan pulut itu. Jadi secara diplomasi dan dengan perasaan masih ada sayang tersisa saya menolak, dengan mengatakan; "saya tidak sempat kerana nak balik Fligt 8.25, lain kali saja dan terima kasih.'

Beliau lantas menelefon isterinya; "Na.. (isterinya nama Rohana) nampaknya dua orang tak nak pergi, sudah 'berpaling tadah,” katanya sambil ketawa. Saya tahu kata-kata itu ditujukan kepada saya. Selepas dia menghantar saya di hotel sehingga hari ini saya tidak lagi kelihat tubuhnya kecuali menerima satu SMS – pesanan ringkas daripadanya pada 12/7/07 jam 7:12 petang. [shah alam, uitm]

No comments: