Thursday, December 8, 2016

Batal jemput Dr Mahathir tindakan dukacita

SESUDAH SUBUH

Tindakan mengaibkan Dr Mahathir.
Jika diambil kira dari segi jenis manusia serta latar belakang yang menguruskannya, saya kira pemimpin Umno jauh lebih baik daripada sikap para pemimpin parti agama (Pas).

Pemimpin Pas kebanyakan mereka yang agak terkunci dalam dunianya sendiri dan dipengaruhi dek latar belakang pendidikan yang suka menghukum kononnya bersandarkan sunah dan Quran, menjadikan ia dikira berbeza dengan pemimpin Umno, yang lebih sosial dan terbuka.

Monday, December 5, 2016

PAU, Rohingya, Umno dan Pas isu-isu menarik

SESUDAH RILEKS

Wajah pemimpin masam, bagi saya mereka berduka.
Sekurang-kurang ada dua isu atau peristiwa yang tidak sempat saya sorot dan memberi ulasan disebabkan begitu "lorat" dengan kerja-kerja akhir untuk "mengafankan" manuskrip buku baharu untuk dihantar kepercetakan.

Dua isu atau peristiwa itu, mengenai perhimpunan agung Umno dan terbaharu peritsiwa himpunan solidariti ummah Rohingya yang berlanguung pagi semalam.

Alhamudilah hari ini lega, kerja-kerja menyudahkan buku, editing terakhir serta pemuktamadan memilih cover sudah pun siap Subuh tadi, dijangka buku itu akan menemui pembaca secepatnya pertengahan bulan ini.

Jangan lupa tajuknya ialah "Gelora Piraum 14, Siapa PM Selepas Najib. Buku ini merupakan Jubli Emas, buku ke 50 saya.

Thursday, December 1, 2016

PAU 2016: Ucapan dasar Najib yang desperate

ULAS NAJIB

Najib sampaikan ucapan dasar yang desperate. 
Walaupun sudah dapat dijangkakan apa yang bakal Najib Razak perkatakan dalam ucapan dasar dalam PAU tahun ini; mengulangi jerit tempik yang sama dengan "meneran-nerankan" suara, tetapi ternyata ucapan kali ini sangat teruk dari sebelum ini dan menggambarkan beliau sudah kehabisan idea dan modal.

Bukan sahaja pemerhati di luar kecewa dengan persembahan Najib hari ini, perwakilan dalam Dewan Merdeka juga kecewa dan kelesuan mendengar titah Najib.

Tuesday, November 29, 2016

Umno - Pas perlu sanding sebelum Piraum

SESUDAH SUBUH

Warna sama gambarkan citarasa yang sama.
Esok akan bermula persidangan agung Umno (PAU). Seperti biasa apa yang dinanti-nantikan ialah ucapan dasar presiden, Mohd Najib Razak. Dalam ucapan itulah Najib akan mengemukakan apa-apa gagasan dan pendekatan baharu parti setelah membuat penilaian keseluruhan perkembangan parti Melayu itu serta masa depan negara dalam tempoh setahun lepas.

Rumusan atau lontaran apa-apa idea daripada Najib itu memberi gambaran itulah yang perlu diperdebatkan kemudian dikonsensuskan dalam perhimpunan kali ini.

Thursday, November 24, 2016

RUU 355: Kita mentertawakan diri sendiri

 TAMAT HARI

Hadi semasa baca notis penangguhan.
Apabila Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) untuk meminda Akta 355 (RUU 355) yang hendak dibawa oleh ahli parlimen Marang Abdul Hadi Awang gagal dibentangkan di parlimen hari ini ramai yang tersenyum sinis. Apa lagi apabila Abdul Hadi memberi tahu ia ditangguhkan akan dibincang dalam sidang akan datang ada yang ketawa berdekeh-dekeh.

Apa yang berlaku hari ini wakil Marang itu hanya membaca notis mengenai rang undang-undang berkenaan dan ianya akan dilakukan sedikit pengubahsuaian dan akan dibentangkan pada sidang tahun depan. Itulah harapannya.

Mungkin sedikit sahaja yang berasa sedih dan terkilan atas apa yang berlaku itu. Boleh jadi juga orang Islam yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mensuseskan RUU 355 itu turut sama ketawa bersama yang bukan Islam? Alangkah sedihnya kalau keadaan ini berlaku.

Sunday, November 20, 2016

Bersih 5: Kegagalan Melayu dan kekuatan Cina

CATATAN BERSIH 5 (1)

KLCC ditawan Cina?
Mereka yang tidak hadir apa lagi yang anti dengan himpunan Bersih 5 semalam tentu mempunyai berbagai-bagai tanggapan negatif dan memburuk-burukkan himpunan berkenaan. Bahkan ada yang memaki hamu dan menyumpah saranan dengan peristiwa itu. Tidak kurang juga yang memerli hangit dengan menganggap Melayu yang menyertainya sebagai bodoh.

Tanpa menyaksi sendiri atau berada dalam himpunan perdana itu, mereka akan membuat pelbagai andaian yang tersasar jauh, kerana berpandukan kepada maklumat-maklumat yang diputar belit dan disihirkan kerana tujuan tertentu.

Jika kita selak media sosial macam-macam gambaran dan ulasan dibuat terhadap himpunan berkenaan. Ada baik ada buruknya, bergantung kepada kecenderongan si palapornya. Etika dalam membuat catatan berupa laporan langsung tidak dipedulikan ini menjadi kita dihidang dengan maklumat sampah yang mengelirukan.

Sunday, November 13, 2016

Mentafsir kebimbangan Najib tentang himpunan Kuning, Merah

MEREHAT OTAK

1. Saya bimbang dan mengambil berat kenyataan Najib Razak yang dikeluarkan di Tokyo berhubung himpunan Bersih 5 yang akan diadakan lusa, Sabtu 19 November. Menurut kenyataan itu PM tidak mahu berlaku pertarungan fizikal semasa himpunan berkenaan.

2. Najib membayangkan kebimbangannya akan berlaku pertarungan fizikal apabila satu pihak (Kuning) mahu memprotes kerajaan dan satu pihak (Merah) mahu mempertahankan kerajaan.

3. Apakah maksud kebimbangan Najib itu. Ia perlu difahami oleh semua orang apa yang tersorot dalam kebimbangan seorang perdana menteri yang dianggap sebagai peneraju kerajaan kleptokrasi, yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai kerajaan; penyangak, penyogok dan perompak itu.

Konvensyen PH menyatukan hati-hati yang retak

ULAS KONVENSYEN PH

Dr Mahathir pemimpin de facto penyatu. 
Sungguh pun konvensyen Pakatan Harapan (PH) kali pertama semalam tidak berakhir dengan satu pementeraian perjanjian di antara parti-parti gabungan dalam PH (PKR, DAP dan Amanah) dengan parti pembangkang lain khasnya Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dan hanya menerima pandangan dari beberapa pembahas yang akan diangkat sebagai resolusi lisan konvensyen itu, namun majlis itu tetap memberi signifikan tersendiri dan boleh dianggap berjaya.
Makna paling besar konvensyen semalam ialah kehadiran Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi dan Muhyiddin Yassin selaku presiden PPBM dan beberapa pimpinan PPBM lain.

Friday, November 11, 2016

Muhyiddin cuba main "kayu tiga"?

SESUDAH SUBUH

Muhyiddin tidak perlu termenung.
Menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Saifuddin Abdullah konvesnyen Pakatan Harapan kali pertama akan berlangsung esok akan membincangkan penubuhan gabungan pembangkang yang besar dan kuat untuk mewujudkan pelawanan 1 lawan 1 antara Pakatan Rakyat dengan BN.

Itulah mauduk ataupun harapan yang diletakkan kepada konvensyen berkenaan dan ia sangat dialu-alu dan dinanti-nantikan. Konvesnyen esok bakal dihadiri lebih 1,000 perwakilan, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan lewat semalam.

Konvensyen itu pasti akan menjadi sejarah penting dalam jelumu politik negara dan bakal membentuk landskap baharu politik negara. Kehadiran sama bekas Presiden Umno Dr Mahathir Mohamad sudah pasti akan mengaurakan momentum baharu baharu kepada pembangkang.

Wednesday, November 9, 2016

Konvensyen PR 2016 dan penggabungan pembangkang 12 November penting

SESUDAH SUBUH

Parti-parti pembangkang dalam gabungan Pakatan Harapan -- PKR, DAP, Amanah akan mengadakan konvensyen "Pakatan Harapan 2016" tanggal 12 November (lusa) yang akan disertai sama dua parti pembangkang baharu Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Penyertaan PPBM telah pun sahih tetapi Warisan masih belum menyatakan persetujuannya untuk menyertai konvensyen berkenaan.

Bagaimana pun sudah sahih parti agama (Pas) tidak akan menyertainya kerana tidak dijemput. Tanpa menjemput Pas untuk menyertai konvensyen itu adalah satu langkah terbaik bagi tidak menimbulkan "sakit hati", "serabut perut" dan membuang masa dengan ulah parti agama itu.